Terokai 4 Ciri-ciri Pasangan Pilihan Yang Harus Anda Cari

Terokai 4 Ciri-ciri Pasangan Pilihan Yang Harus Anda Cari


Ciri-ciri Pasangan Idaman Hati


Assalamualaikum

Salam keceriaan dan ukhwah buat semua pembaca. Perkara nikah, cerai dan ruju’ merupakan perkara yang sangat serius. Syariat islam itu sendiri amat menitik beratkan hal-hal ini kerana ia melibatkan nasab keturunan. Jika permulaan nasab keturunan itu bermula dengan elok, insyallah akan menghasilkan sebuah keluarga yang elok dan sebaliknya. Oleh sebab ini, seorang muslim amat diperitahkan untuk berhati-hati dan teliti dalam memilih pasangan hidup. Sekiranya ciri-ciri pasangan pilihan yang harus kita cari tidak diikuti, amat sayang. Ditakuti hal-hal yang tidak diingini akan berlaku di hari kemudian. Nauzubillah.
Ciri-ciri Pasangan Idaman Hati

Dalam syariat islam itu sendiri telah diajar tatacara dalam pemilihan pasangan. Terdapat 4 ciri utama yang diberi pada kita untuk memilih pasangan hidup. Antaranya:

1. Taat Kepada Allah 

Ya, ini adalah ciri yang utama. Jika anda seorang yang beriman, pastinya anda wajib mencari pasangan yang beriman dan taat pada perintah serta larangan Allah. Rasulullah juga menggalakkan memilih pasangan yang baik agamanya. Dalam hadis baginda ada menyebut:
“Wanita biasanya dinikahi kerana 4 hal iaitu hartanya, kedudukannya, paras rupanya, dan agamanya. Maka hendak kamu memilih wanita yang baik agamanya. Kalau tidak, nescaya kamu akan rugi” (HR. Bukhari-Muslim)
Jadi, pemilihan calon pasangan hidup yang memiliki kefahaman agama yang baik adalah di tuntut dalam islam.

2. Sekufu 

Sekufu bermaksud setanding. Mungkin terdapat beberapa perkara yang harus dipandang bila bercakap tentang sekufu sebagai contoh sekufu dari segi agama. Ini penting kerana sekiranya seseorang kuat agamanya berkahwin dengan seorang yang fasik, di khuatiri ia akan terarah kepada kefasikan. Namun, sekiranya seorang lelaki yang ingin mengahwini wanita fasik dengan niat untuk memperbetulkan wanita itu, ia sangat diharuskan.

3. Elok di pandang 

Ya betul tu, kita harus memilih pasangan yang elok dipandang. Sebab itu dalam islam sendiri digalakkan untuk mengadakan sesi suai kenal (ta’aruf). Kalau orang-orang melayu kata merisik. Ini bagi membolehkan kita membuat pertimbangan terhadap pemilihan pasangan yang bakal menjadi teman hidup kita sehidup semati.

4. Subur 

Hikmah perkahwinan itu sendiri ialah untuk mengembangkan zuriat keturunan demi mengekalkan kemuliaan agama. Semoga dengan pemilihan insan-insan yang baik bakal melahirkan generasi yang baik akan datang. Insyallah.

Begitulah 4 ciri-ciri pemilihan pasangan yang telah digariskan dalam Islam. Sekiranya 4 ciri ini terdapat dalam sesorang, sudah pasti ciri-ciri positif yang lain pasti anda akan temui dalam dirinya. Selamat memilih. Jangan pula terlalu memilih. Pasangkan niat yang baik dalam mencari cinta hati anda. Semoga Allah membantu anda menerangi jalan-jalan mencari cinta. Insyallah. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Lelaki | Bila Baik di Kata Bersebab, Bila Jahat di Kata Kejam

Lelaki | Bila Baik di Kata Bersebab, Bila Jahat di Kata Kejam

Assalamualaikum

Renungi bersama

LAKI-LAKI adalah ciptaan
TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari 
umur yang sangat muda. 

Dia membelanjakan
semua duit,
untuk beli HADIAH,
untuk yang dia CINTA,
hanya untuk melihat
dia TERSENYUM.. 

Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk
seorang WANITA....
Dia KORBANKAN masa
mudanya demi istri dan anak2nya 
dengan bekerja sampai malam 
TANPA MENGELUH. 

Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
dengan hutang
dan membayar hutang
sampai stress..

Dia telah bersusah payah
tapi masih dimarahi Isteri
dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk
MENGALAH demi
KEBAHAGIAAN orang lain 

Kalau dia keluar rumah,
kata org dia MERAYAU...

Kalau dia tinggal dirumah,
kata org dia MALAS.... 

Kalau dia marahi anak2,
kata org dia GALAK...

Kalau dia tak marah, kata Org
dia laki-laki yang TAK TEGAS...

Kalau dia tak bolehkan isteri  bekerja, 
kata org dia Seorang yang MENGUNGKUNG... 

kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata org dia MAKAN
gaji isteri. 

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI

Kalau dia dengar kata isteri,
kata org dia GTBI
(Geng Takut Bini)

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, 
dikata HIDUNG BELANG...

Kalau tak mau tolong
wanita lain, katanya KEJAM..

Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,
dia tetap TEGAR.... KUAT

Dialah LAKI-LAKI....

HARGAILAH setiap LAKI-LAKI ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ’ช
dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah
tahu apa PENGORBANAN yang
sudah dilakukan buat Anda. 

#KopipesDariWassap

With Love
Papaglamz

-sekian-
Amalkan 9 Langkah Menzahirkan Cinta Suami Isteri

Amalkan 9 Langkah Menzahirkan Cinta Suami Isteri

Mungkin anda mencari:
- Cerita cinta suami isteri
- Rumah tangga bahagia
- Nasihat-nasihat dalam rumah tangga


Assalamualaikum

Pernah tak kita tanyakan pada pasangan suami isteri yang sudah menikah dengan soalan:
Korang ni tengah bercinta ke?
Mesti jawapan mereka kebanyakannya:
Tak lah kitorang dah kawen la.
Betul tak? Memang majoriti macam tu. Bukan nak mengata pada orang. PapaG sendiri pun macam tu juga. Kekadang terlepas pandang yang sebenarnya pasangan suami isteri ni sedang bercinta. Berbeza kan kalau soalan yang sama di tanyakan pada pasangan-pasangan couple kat luar sana. Mesti dengan cepat mereka jawab YES.. WE ARE IN LOVE EACH OTHER. Giteww Speaking..!!!

Mungkin ade yang beranggapan bahawa sebuah perkahwinan itu adalah hanya sebagai satu tanggunjawab. Ya betul. Ia satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Walaubagaimanpun, jangan rasa perkahwinan itu sebagai satu jawatan yang di penuhi dengan pelbagai tanggungjawab. Jadikan status suami dan isteri itu sebagai jalan untuk mencintai dan di cintai. Malah, dengan perkahwinan anda harus memperhebatkan lagi perintaan anda berdua. Percayalah...!!!

Berikut PapaG kongsikan antara langkah untuk menzahirkan rasa cinta suami isteri dari Ustazah Siti Nor Bahyah

Amalkan 9 Langkah Menzahirkan Cinta Suami Isteri
Semoga kasih sayang yang dibina dlm mahligai rumahtangga setiap pasangan akan disinari dgn keberkahan menuju keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah, insyaAllah! Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Korang Patut kenal Akak Yang Rajin Blogwalking Ni

Korang Patut kenal Akak Yang Rajin Blogwalking Ni

Assalamualaikum

Selamat petang PapaG ucapkan buat semua. Entri ringkas baru balik kerja sementara nak tunggu malam. Korang nak tau tak..? Ada sorang Kakak ni rajin je datang ke blog PapaG. Walaupun PapaG jarang sangat singgah blog akak ni, tapi beliau sangat rajin. Tiap-tiap hari ada saja komen-komen ala-ala check in dalam blog ni. 

Seriously terharu sangat...!!!. Terima Kak Anum dari www.anumkhairil.blogspot.com sebab hari-hari sudi singgah kat sini. Ok petang ni PapaG melawat blog akak ni pulak. Tetiba terpegun dengan quotes akak ni kat blog die (Walaupun tak boleh copy PapaG salin semula. Jangan marah tau. Heheh)

LIFE IS BEST FOR THOSE WHO WANT TO LIVE IT, LIFE IS DIFFICULT FOR THOSE WHO WANT TO ANALYZE IT, LIFE IS WORST FOR THOSE WHO WANT TO CRITICIZE IT, OUR ATTITUDE DEFINES LIFE... ENJOY YOUR LIFE, LAUGH SO HARD THAT EVEN SORROW SMILES AT YOU, LIVE LIFE SO WELL THAT EVEN DEATH LOVES TO SEE YOU ALIVE, FIGHT SO HARD THAT EVEN FATE ACCEPTS ITS DEFEAT

Setuju sangat dengan akak kalau nak hidup dengan baik, Kena betulkan attitude atau sikap kita. Nak jadi baik, sikap kita perlu bercirikan seorang yang baik. Kejayaan dalam hidup tak kan bereti tanpa usaha yang kuat dan bijak. Semoga akak dan suami kekal bahagia hingga akhir hayat. Aamiin.

Korang jangan lupa singgah blog akak ni. Banyak cerita-cerita percutian yang akak ni kongsikan. Jeles PapaG tengok akak honeymoon kat BALI uolllssss.. #MampuMimpiBuatMasaSekarang. Hehehe.

Ok la sekali lagi tq akak sudi singgah di sini.


With Love
Papaglamz

-sekian-
Abang, Sayang Nak Rehat Boleh Tak..? Penat La..

Abang, Sayang Nak Rehat Boleh Tak..? Penat La..

Rintihan Isteri


Assalamualaikum

PapaG nak kongsi kisah di bawah ni. Semoga dapat pengajaran. Insyallah. Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak... 
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''
''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.
''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.
''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang... 
''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''
Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''
Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...
''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''
3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.
''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''
Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...
''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...''
Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...
''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...
''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...

Untuk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

Wallahu A'lam...

With Love
Papaglamz

-sekian-
Menikmati Makanan Itali yang HALAL di Restoran Capricciosa Sunway Pyramid

Menikmati Makanan Itali yang HALAL di Restoran Capricciosa Sunway Pyramid

Mungkin anda sedang mencari:
- Makanan Itali halal di malaysia
- Tempat makan makanan Itali di Malaysia
- Tempat makan makanan Itali di Sunway Pyramid
- Restaurant Capricciosa di Sunway Pyramid
- Penggemar makanan Itali


Assalamualaikum

Kembali lagi dengan entri review dari PapaG. Ingat lagi tak entri 50% OFF EVERYTHING makanan Itali di Capricciosa? Nak di jadikan cerita, hari sabtu lepas adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk PapaG dan beberapa blogger yang lain mencuba menu-menu Italian di Capricciosa Restaurant, Sunway Pyramid ni. Alhamdulillah. Dapat bayang tak kegigihan PapaG dari Kuantan travel ke KL semata-mata untuk memenuhi undangan ni. Hehehe. Tepat jam 11.00 AM PapaG dan family serta blogger-blogger lain sampai la ditempat yang di janjikan.

PapaG jumpa la rakan-rakan blogger yang baru kenal dan ade juga yang pernah jumpa sebelum ini. Tak pe, dalam entri lain, Papag nanti cerita sorang-sorang blogger yang PapaG jumpa. Hari tu boleh la di katakan banyak hidangan yang telah pun di arrange oleh pihak restaurant untuk kami. Nak tahu tak, masa kami makan tu, ramai sangat orang beratur menunggu turn nak makan kat situ. Ini lah bukti betapa restaurant ni merupakan restaurant Itali yang menjadi pilihan ramai. Nasib baik la table untuk blogger-blogger ni sudah di sedia kan. Tak payah la kitorang beratur-beratur. Hehehe

Jom PapaG kongsikan beberapa menu yang di sajikan oleh pihak restaurant kepada kami.


Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia
Credit to Yaya

Sharing Platter Ultimate Surf & Turf (RM 89.90)

Munkin ni menu utama kat sini. Platter wajib beli sebab sangat berbaloi. Boleh kongsi 2-3 orang. Kalau couple eh pasangan suami isteri tu memang best la cuba platter ni. Ada beef, salmon, black mussles, nasi cheese dan pasta. Memang Italian habis..!!!

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia
Credit to Lan Careno

Caesar Salad with Chicken (RM19.90)

Ceaser salad ni antara yang PapaG suka. rasa creamy dia tu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa enaknya. Menu sihat salad dan ayam. Gizi seimbang ni. Korang patut cuba.

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Calamari Fritto - RM15.90

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Pizza Signature Capricciosa

Ni pulak Pizza Signature Capricciosa . Sedap...!!! Yela, signature restaurant ni kan? Korang mesti cuba. Dalam pizza ni ada beef, beef pepperoni, mozarella cheese,  mushrooms & bell peppers.
Family 12" RM27.90
Personal 9" RM17.90

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Squid ink pasta RM 27.90

Squid Ink Pasta ni antara menu yang PapaG teruja nak rasa. Seriously ni kali pertama dengar yang dakwat sotong orang guna untuk masak. Selama ni PapaG tengok mak buang. Dan rasa die sedap....!!!!

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Tiramisu (RM 11.90)

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Chocolate Brownie (RM 11.90)

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia
Credit to Lan Careno

Minuma range harga RM 12.00 ke atas

Sebenarnya PapaG teringin nak minum kopi. Tapi masa tu mesin kopi rosak. Harapnya masa korang datang mesin tu dah elok. Tapi takpe minuman lain ade. Mesti rambang mata nak pilih. Percayalah....!!!

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Posing siket sebelum balik. Imtiyaz tido. Alangkah nikmatnya menikmati makanan. Muahahha. Tapi tangan lenguh kena dukung sambil die tido. Senanya nak mintak Ibu Dhia suapkan time makan tapi die malu kat depan-depan orang. Hikhikhik.

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia

Tempat+makan+makanan+Itali+di+Sunway+Pyramid+Malaysia
 Sebelum balik masing-masing bergambar sebagai kenang-kenangan. The end of the story. Tapi sebelum tu, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Restaurant ni boleh klik link-link kat bawah ni.

FACEBOOK CAPRICCIOSA

WEBSITE CAPRICCIOSA

1. Capricciosa Sunway Putra Mall (The Mall)
Lot 3-29, 3rd Floor
Sunway Putra Mall
Tel: 03-4050 5883
Business Hour: 11am - 10pm

2. Capricciosa Pavillion KL
Lot 1.52.00, Level 1
Pavillion KL
Tel: 03-2141 0517
Business Hour: 11am - 10pm

3. Capricciosa Sunway Pyramid
Lot 2.127A, Lower Ground 2
Sunway Pyramid
Tel: 03-7492 0515

Business Hour: 11am - 10pm

With Love
Papaglamz

-sekian-


Anda Perlu Tahu 10 Perkara Yang Lelaki Suka Dan Benci Tentang Wanita

Anda Perlu Tahu 10 Perkara Yang Lelaki Suka Dan Benci Tentang Wanita


Perkara yang lelaki suka dan benci terhadap wanita


Assalamualaikum
Perkara yang lelaki suka dan benci terhadap wanita

Lelaki suka… 


1. Wanita bersifat keibuan 

Gaya lemah lembut dan berperawakan sederhana mudah meruntun jiwa lelaki. Mustahil seorang wanita sebegini terus membujang!

2. Wanita matang 

Lelaki teruja apabila berdepan wanita yang matang. Bijak, pandai membuat keputusan dan tidak merimaskan adalah kunci kejayaan menjadi kekasih pujaan seorang lelaki.

3. Wanita yang menjadi dirinya sendiri 

Jangan menjadi ‘plastik’ semata-mata untuk memenangi hati dan perasaan seorang lelaki. Lelaki lebih gemar dan selesa berbual dengan wanita yang tidak kekok bila berbicara.

4. Wanita berpotongan badan menarik 

Jangan pula terasa hati andai tidak memiliki bentuk badan idaman. Sebaliknya, yakin pada diri sendiri dan penting sekali mengambil pemakanan sihat.

5. Wanita berterus terang 

Pantang bagi seorang lelaki apabila seorang wanita cuba menyembunyikan rahsia dirinya. Lelaki suka apabila wanita berterus terang dan terbuka.

6. Wanita yang sederhana 

Usah pula menunjukkan ‘saham’ anda yang kononnya tinggi dengan meminta itu dan ini. Lelaki tidak sukakan cabaran dan situasi yang sukar kerana mereka gemar sesuatu lebih bersifat sederhana.

7. Wanita pandai memasak 

Jangan merasakan kecantikan sudah cukup membeli jiwa seorang lelaki. Sebenarnya faktor memasak juga menjadi kunci kejayaan dalam menawan hati seorang lelaki. Rajin-rajinlah ke dapur!

8. Wanita pandai menjaga hati 

Keperibadian wanita yang lemah lembut mudah untuk didekati dan disayangi lelaki. Jangan sesekali membangkitkan perkara yang membuatkan dirinya cemburu dan menyakitkan hati.

9. Wanita yang manja 

Manja bukan bererti mengada-ngada. Manja yang disenangi seorang lelaki adalah milik mutlak dirinya semata-mata. Jangan pula menunjukkan sikap sama dengan lelaki lain sehingga membangkitkan rasa cemburu. Awas!

10. Wanita yang menghormati dirinya 

Sudah menjadi resam lelaki untuk menguasai dan seorang wanita itu perlulah menghormati dirinya sebagai ketua.

Lelaki benci... 


1. Wanita jual mahal 

Lelaki mempunyai ego yang tinggi. Jangan sesekali meletakkan diri anda umpama seorang ratu. Akibatnya sukar untuk memujuk kembali hati seorang lelaki.

2. Wanita ego 

Ego seorang wanita tidak boleh mengatasi sifat semula jadi lelaki. Jika kedua-dua ego bertemu, alamatnya memang tidak ke mana perhubungan itu.

3. Wanita mengongkong 

Mungkin seorang wanita berasa sikap mengambil tahu sebagai bukti cintanya, tidak pula bagi lelaki. Lelaki hanya menganggap dirinya dikongkong apabila semua perkara dilakukannya ingin diketahui pasangannya.

4. Wanita seksi 

Jangan sesekali merasakan imej seksi boleh membeli jiwa seorang lelaki. Tanggapan itu salah, sebaliknya seksi di mata lelaki lebih kepada perawakan semula jadi dan kelembutan peribadi seorang wanita.

5. Wanita mengada-ngada 

Terdapat dua faktor berbeza antara wanita manja dan mengada-ngada. Lelaki cukup mual bila berdepan dengan wanita mengada-ngada hingga merimaskan mereka.

6. Wanita terlalu mendesak 

Pantang seorang lelaki apabila didesak untuk melakukan perkara yang dia tidak senangi. Jangan memaksa sebaliknya berbincang dengan cara baik sebelum membuat keputusan.

7. Wanita yang terlalu memuji dirinya 

Tidak perlu terdesak untuk menonjolkan kehebatan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan keselesaan seorang lelaki. Biarlah pujian itu datang dari mulut seorang lelaki.

8. Wanita yang mata duitan 

Jangan pula menonjolkan sikap ‘pisau cukur’ dengan meminta itu dan ini sehingga sukar untuk diberi seorang lelaki.

9. Wanita yang hipokrit 

Lelaki boleh memaafkan kesalahan wanita tetapi jangan sesekali bersikap hipokrit dalam perhubungan sehingga mengeruhkan keadaan.

10. Wanita kuat cemburu 

Belum pun sampai ke gerbang perkahwinan wanita sudah cemburu tidak tentu pasal. Perlu diingat, lelaki mudah bosan dan tidak suka dikongkong dengan perkara remeh-temeh!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Teknik Ciuman Dan 4 Sentuhan Suami Yang Hangat Untuk Memujuk Isteri

Teknik Ciuman Dan 4 Sentuhan Suami Yang Hangat Untuk Memujuk Isteri

Cara-cara memujuk isteri yang sedang merajuk


Assalamualaikum

Teknik Ciuman Dan 4 Sentuhan Suami Yang Hangat Untuk Memujuk Isteri | Melayari bahtera rumahtangga tidak sah jikalau tidak dilambung ombak dan badai. Bak kata pepatah melayu sedangkan lidah lagikan tergigit, ini kan pula hidup suami isteri. Namun badai dan ombak inilah yang akan mewarnai kehidupan suami isteri agar lebih ceria. Orang kata hidup tak de dugaan tak mencabar la bro. Ok, PapaG percaya cabaran paling sukar bagi seorang suami ialah memujuk isteri betul tak? Kalau isteri dah merajuk tu aduhai nak pujuk tu mesti macam-macam nak kena buat. Berbanding kita lelaki, kalau merajuk pun kejap je sejuk dah. #Pengalaman


Cara-cara memujuk isteri yang sedang merajuk

Mungkin ramai yang tidak sedar akan keperluan sentuhan-sentuhan fizikal dalam rumah tangga. Bagi suami-suami kat luar sana. Kat sini PapaG kongsikan cara mudah untuk memujuk isteri-isteri anda jika sedang merajuk. Tanpa menggunakan kata-kata. Kita guna kelebihan tubuh badan kita untuk memujuk mereka-mereka ni. Antaranya:

Ciuman mesra

Kalau perasan isteri anda mula nak merajuk tu. Cuba korang datang dekat dia terus cium. Cium la di dahi ke. Pipi ke. Mana mana la yang sesuai. Pastikan ciuman ikhlas hangat membara. Sebab perempuan ni sangat suka pada ciuman. Terasa mereka disayangi gitu la. Ciuman juga merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan intim antara pasangan. Kalau korang nak tahu, ade sesetenagah pendapat mengatakan bahawa ciuman itu lebih bermakna dari hubungan seks. Tu PapaG tak pasti la betul ke tak. Korang boleh la buat eksperiment sendiri. Tapi, untuk suami isteri sahaja. Yang bujang-bujang tu jangan mengada. HARAM...!!!

Senyuman ikhlas

Senyuman merupakan cara paling mudah untuk kita lakukan. Yela mulut tuhan sudah ciptakan. Tinggal nak ukirkan senyuman sahaja. Senyuman dan lirikan mara ikhlas insyallah dapat memujuk iseri yang sedang merajuk. Walaupun senyum tu mudah, tapi ia sukar untuk di ukir kan. Kenapa? Sebab EGO...!!! Haa di sini, abang-abang semua kalau nak memujuk isteri-isteri anda turun kan ego, insyallah settle nak pujuk isteri tu.Tak payah nak cakap apa-apa pun.

Pelukan hangat

Pelukan adalah antara satu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. PapaG percaya semua yang baca entri ni, tentu tahu bagaimana cara untuk berpeluk. Dalam hidup suami isteri, pelukan diperlukan untuk merapatkan lagi hubungan. Kalau korang nak tahu, pelukan antara suami isteri ni dapat membuang segala rasa negatif yang tersimpan di dalam hati. Jadi, amatlah baik jika sekiranya pelukan di jadikan salah satu cara untuk memujuk isteri anda. Cuba tau...!!

Usapan mesra

Isteri ni kebanyakannya bersifat manja. Gunakan sifat ini sebagai point untuk memujuknya. Macam mana? Cuba mengusap-usap kepala isteri anda jika dia mula merajuk. Sudah pasti rajuknya akan hilang. Ramai isteri yang menyukai jika suaminya mengusap-usap kepalanya. Mereka mengatakan sekiranya kepala diusap oleh suami, ia akan membangkitkan rasa aman dan nyaman dan akan merasakan aliran kasih sayang dari suami itu dalam diri si isteri. Mudah kan? Tak perlukan modal dan kata-kata. Hanya usapan mesra dari suami, insyallah isteri anda tidak akan merajuk lagi. Jangan lupa cuba.

Haa itu lah dia 4 teknik sentuhan untuk memujuk isteri anda yang sedang merajuk. Korang boleh cuba. Apa yang pasti, satu je cara nak pujuk dengan mudah. Turunkan EGO. Kalau ego kita sebagai lelaki dapat diturunkan, insyallah memujuk isteri amatlah mudah. Insyallha. Sampai sini sahaja perkongsian dari PapaG. Jumpa di lain entri. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Fahami 7 Hikmah Perkahwinan Yang Bukan Hanya Untuk Memenuhi Kehendak SEKS Semata

Fahami 7 Hikmah Perkahwinan Yang Bukan Hanya Untuk Memenuhi Kehendak SEKS Semata


Nikmat-nikmat perkahwinan yang Allah janjikan 


Assalamualaikum

Setiap hembus nafas yang kita hela. Setiap hari kita dapat melihat. Pernah tak sekali kita terfikir jika bagaimana sekiranya semua nikmat yang Allah kurnia ni di tarik semula? Nauzubillah kan? Itu perlunya kita sentiasa bersyukur. Banyak sangat nikmat yang Allah kurnia pada kita sebagai hambanya. Betapa cintanya Allah pada hambanya telah diciptakan Hawa sebagai peneman Adam yang kesepian di syurga.
Nikmat-nikmat perkahwinan yang Allah janjikan

Ya..!!! Wanita tercipta untuk lelaki. Saling melengkapi dan saling memerlukan. Tapi dalam islam sendiri Allah melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun, betapa kasihnya allah pada kita, Dia mengharuskan perkahwinan bagi memenuhi kehendak hambanya. Alangkah indahnya nikmat dan Sunnah yang di beri. Bersyukurlah.

Perkahwinan itu indah. Berbagai nikmat dan hikmah yang kita perolehi dari perkahwinan. Siapa yang tak nak kawen kan? Jodoh tu Allah dah tentukan. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha dan berdoa dan terus berdoa. Berikut antara nikmat-nikmat dan hikmah-hikmah perkahwinan yang PapaG dapat kongsikan dari pandangan  Dato’ Ismail Kamus.

1. Sunah para nabi dan rasul 

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38) 

2. Zuriat keturunan 

Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah 

Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.” 

4. Bertanggungjawab 

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.” 

5. Memelihara maruah 

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).” 

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga 

Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Hah..!! banyakkan himak perkahwinan ni? Bukan hanya memenuhi keperluan seks semata. Ya, PapaG akui seks perlu dalam rumah tangga. Tapi adakah cukup jika kita sandarkan perkahwinan itu dengan seks semata? Kita semakin tua, tenaga semakin menurun. Kalau hanya bersandarkan seks semata memang tak kemana perkhawinan itu. Ingat cintailah seseorang kerana Allah. Insyallah rumah tangga yan dibina kekal hingga ke syurga. Aamiin. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Blogwalking Berdarah

Blogwalking Berdarah


Henset Jatuh Atas Muka


Assalamualaikum

Selamat pagi semua. PapaG harap semua dalam keadaan sihat dan PapaG doakan anda semua berada di bawah rahmat allah SWT. Insyallah. Terima kasih korang sebab sudi singgah baca entri pepagi buta ni. Hehehe. Apa la yang berdarah dengan PapaG ni kan? Korang tak terasa teruja ke nak tahu?

Sebenarnya malam tadi PapaG dah ala-ala mengantuk. Tapi gigih la bukak phone nak blogwalking. EFG members ade target bulan ni. Tak capai lagi tu yang sedih. Mengigihkan la diri untuk berblogwaliking. Dapat 5 or 10 blog jadi la kan. Hehehe
Henset Jatuh Atas Muka

Nak dijadikan kisahnya, pegang hanset sambal baring, bila mata terlelap jatuh la henset tu kat muka. Hat ni jatuh kat mulut. Habis luka gigi ku. Sob sob sob. Tapi, luka sikt jer la. Tak la sampai kena pergi hospital and warded segala bagaikan? Manja sangat kalau macam tu. Kulit bajet-bajet sutera je la kalau gitu kan. Hehehe. I is kuat. Yeah..!! #Giuteww

Ok la, korang mulakan hari korang dengan gembira ok. Jangan lupa bacalah BISMILLAH sebab bila buat sesuatu kita mulakan dengan menyebut nama Allah insyallah ia akan menjadi satu ibadah. Sekali lagi PapaG doakan korang semua sihat dan dipermudahkan segala urusan hari ni. Wallahualam

p/s: Nak letak gambar gigi berdarah tapi malu la. Gigi tak santek macam KC dari sayidahnapisah.com hahahahah. Maaf andai kemerapuan ini menjengkekal semua. (^_^)y

With Love
Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com