Promosi 50% Italian Food | Beita Baik Bagi Penggemar Makanan Itali

Promosi 50% Italian Food | Beita Baik Bagi Penggemar Makanan Itali

50% OFF EVERYTHING makanan Itali di Capricciosa


Assalamulaikum

Baru ni ade seorang PR dari Restoran makanan Itali, Capricciosa call PapaG untuk buat food review sabtu ni di Sunway Pyramid. Sejujurnya PapaG tak pernah dengar pun nama Restaurant ni. Untuk mencari beberapa kepastian, search tentang restaurant ni kat google. Alhamdulillah terjumpa satu blog ni yang pernah mencuba makanan di restaurant ni. Complete review die buat. Terliur jugak la tengok. Seriously tak sabar nak tunggu hari sabtu ni. Jom PapaG kongsikan beberapa makana yang ada di restaurant ni. 
hiasan dinding capricciosa 4

Ocean Platter

Pizza

selfie depan capricciosa
Ni pemilik blog Explorasa.my tempat PapaG pinjam gambar-gambar ni. Terima kasih Brother Sohoq. Korang boleh la usha-usha blog abang ni. Gerenti sesat tak jumpa jalan keluar tengok macam-macam makanan ade. Hehehe

Tunggu PapaG review tempat ni sabtu ni tau. Kat instagram pun ade, Facebook pun ade. Jangan ketinggalan. Stay tuned. #TakSabarKuasa100

With Love
Papaglamz

-sekian-

TERUJA | Papaglamz di Laman Media.?

TERUJA | Papaglamz di Laman Media.?

Pengamal Media Sosial dan Blog


Assalamualaikum

Harap semua sihat. Terima kasih pada semua yang sudi singgah blog Papaglamzcom yang tidak seberapa ni. Terima kasih jugak sudi membaca celoteh-celoteh yang kadang-kadang tu ade kemrapuan tu. Harap maaf jika ada salah dan silap dalam tulisan-tulisan yang telah di post dalam ruangan blog ini.
Pengamal Media Sosial dan Blog

Pengamal Media Sosial dan Blog

Untuk pengatahuan semua, PapaG bukan hanya ada blog ni sahaja. PapaG juga boleh la korang temui di facebook dan juga instaram. Jangan lupa like dan follow kedua-dua media sosial ni. Kat sini la kita dapat sembang-sembang. Harap nak masuk media RTM ke.. Metro ke. Majalah ke.. Memang tak la kan. Pak Jemah tak mampu hokayyy. Kita bermula dari blog la yer. Insyallah satu hari jadi macam Dato' Siti. #Gitewww #KauMampu

Jom Follow Instagram Papaglamz (Klik button di bawah)

Jom Folow Instagram @papaglamz



Instagram



Jom Like FB Page Papaglamz



Sekian sahaja untuk entri ringkas dari PapaG. Semoga bertemu di lain kesempatan. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
TUBUH WANITA | NAFSU JANTAN ‘NAIK’ SECARA TIBA-TIBA..??

TUBUH WANITA | NAFSU JANTAN ‘NAIK’ SECARA TIBA-TIBA..??


Perkara yang boleh mencabar nafsu lelaki 


Assalamualaikum

Lelaki mudah terangsang. Ya betul. Walaupun lelaki ni di beri 9 akal dan hanya satu nafsu, tetapi nafsu ini sememangnya specifik untuk SEKS. Berbanding wanita, walaupun mereka diberi 1 akal dan 9 nafsu, nafsu mereka itu bukan terfokus pada seks sahaja. Oleh sebab lelaki yang mempunyai 1 nafsu yang fokus inilah terkadang ia mudah terangsang dan nafsu jantanya ternaik secara tiba-tiba walaupun dengan sedikit rangsangan. Lebih-lebih lagi bila terpandang wanita.

Mungkin bila wanita memandang tubuh mereka sendiri dan tubuh milik wanita lain secara logiknya memang tidak ada daya tarikan nafsu langsung. Mereka tidak mampu menilai pakaian yang mereka pakai sesama sendiri. Bukan dari perspektif lelaki yang menilai pemakaian wanita ini lebih memfokus pada sensual. Oleh itu, wanita yang di katakan perhiasan dunia ini, harus berhati-hati dalam menjaga aurat terutamanya ketika anda berada dalam kalangan lelaki-lelaki bukan mahram anda.
Perkara yang boleh mencabar nafsu lelaki

Boleh dikatakan, hampir kesemua bahagian tubuh wanita terutamanya bahagian-bahagian sulit sangat menjadi idaman lelaki. Malah, bahagian-bahagian yang sering dianggap oleh wanita tiada apa yang istimewa oleh wanita seperti lengan dan kaki adalah antara bahagian yang mampu menggoda dan mencabar nafsu lelaki. AWAS…!!! Tutup aurat anda. Jangan biarkan lelaki terseksa.

Islam itu mudah. Islam tahu bagaimana sifat semula jadi manusia. Lebih-lebih lagi sifat seksual lelaki. Jadi Islam menggariskan tatacara pergaulan dan juga cara berpakaian antara lelaki dan wanita. Objektifnya tak lain tak bukan ialah untuk menjaga nafsu sesama umat. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya tiada suruhan dalam menutup aurat? Apa yang terjadi? #MerenungKeluarJendela

Di sini, bukan bermaksud wanita sahaja yang wajib untuk menutup aurat. Lelaki pun sama juga. Malah dalam islam juga ada menggariskan panduan penutupan aurat bagi lelaki. Dan kita wajib mengikuti. Lagipun, menutup aurat ni juga merupakan salah satu cara menjaga maruah kita kan? Cuba bayangkan kalau aurat tidak ditutup? Kesana kemari tada seurat benang pun. Haishhhh. Selisih malaikat 44. Hehehe

Ok la, sampai di sini perkongsian dari PapaG. Jagalah aurat ok. Jangan sampai NAFSU JANTAN NAIK SECARA TIBA-TIBA nanti. Jenuh la nak turunkan. Gitewww.. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

BAHAYA | Seekor Ular Melilit Kepala Kemaluan Lelaki

BAHAYA | Seekor Ular Melilit Kepala Kemaluan Lelaki

Cara mencuci kemaluan dengan betul..


Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.
Cara mencuci kemaluan dengan betul

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? 

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. 

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya:
”Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil. 

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? 

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya…. 

Kaum lelaki: 

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya. 

Kaum wanita: 

Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusing kan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. 

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Kerana dijanjikan neraka utk mereka yangg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Perkara yang perlu kita buat sekiranya terupa baca bismillah ketika makan

Perkara yang perlu kita buat sekiranya terupa baca bismillah ketika makan

Doa terlupa baca bismillah ketika hendak makan


Assalamualaikum 

Menjamu juadah merupakan rutin harian bagi setiap insan. Sebagai muslim, setiap saat hidup kita sepatutnya berpahala. Syaratnya, mestilah dengan membudayakan Sunnah Baginda. Hatta, makan-minumpun ada sunnahnya. Sayang bukan kalau aktiviti wajib ini kita tidak menuai pahala? 
Doa terlupa baca bismillah ketika hendak makan

Berikut PapaG kongsikan perkara yang perlu kita lakukan jika kita terlupa membaca bismillah ketika makan: 

Baginda berpesan 
“Apabila kamu hendak makan, maka hendaklah mengucap bismillah” (HR Abu Dawud). 
Bismillah bermaksud dengan nama Allah. Apa yang nabi ajar hanya ucapkan Bismilah. Itu sahaja. Cukup mudah kan? Kalau hendak dibacaka lafaz penuh bismillah ataupun di tambah dengan doa pun tidak mengapa. Namun sekadar ucapan bismillah pun sudah sempurna. 

Syaitan musuh kita. Jangan pula sudi membelanjainya makan percuma. Sabda Nabi: 
“Sesungguhnya syaitan mencari halalnya makanan yan tidak disebut nama Allah.” (HR Muslim) 
Bagaimana pula jika kita terlupa? Jika kita terlupa, ucapkanlah “Bismillahi awwalahu wa akhirahu – Dengan nama Allah, pada awal dan akhirnya.” 

Ada seorang sahabat Nabi makan. Sampailah tinggal sesuap sahaja lagi yang hendak diangkat kemulutnya. Pada ketika itu dia teringat lalu terus membaca bismillahi awwalahu wa akhirahu. Melihat keadaan itu Rasulullah bersabda: 
"Tidak henti-henti tadi syaitan makan bersamanya. Tetapi setelah dia teringat lalu mengcapkan bismillah, maka syaitan memuntahkan seluruh makanan yang ada dalam perutnya.” (HR Abu Dawwud)
Mudah kan? Jika sesiapa yang terlupa untuk membaca bismillah ketika hendak makan bacalah doa seperti di atas walaupun dah nak abes korang makan. Sunnah yang sangat mudah dan tiap-tiap hari kita boleh lakukannya. Selamat beramal. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA

PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA

Definasi Perubatan Naturopati (Naturopathic Medicine or Naturopathy)

Yusmizee Naturopathic Center


Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.



Di Malaysia, terdapat dalam lingkungan 300 Natoropathy  bertauliah mengamalkan perubatan ini. Mereka menyediakan latihan dan pendidikan di terapi semulajadi, seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.



Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).



Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka


Hari ini, di Negara-negara maju telah beralih kepada perubatan Naturopati kerana ianya lebih berkesan dan sangat selamat, Insya Allah ! Suatu kaedah perubatan yang telah di iktiraf oleh WHO dan perubatan dunia.

Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, adalah sebuah pusat rawatan dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.



Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.

Yusmizee Naturopathic Centre


Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;

1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.

2) Harga untuk rawatan vvip.

3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.



Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.



Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.



Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre

Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;



"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"




DrN Yusmizee Bin Yusoff 

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)

Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).


Tel : 012-3556736

Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 

78000 Alor Gajah. Melaka







Jadi Bapok Dengar Pendapat Isteri…?

Jadi Bapok Dengar Pendapat Isteri…?


20 Pesanan buat suami dalam menjalani rumah tangga 


Assalamualikum

Dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga, untuk menemui kebahagiaan sebagaimana yang diharapakan memerlukan kita untuk saling memahami. Orang yang mencintai keluarganya merupakan seorang yang sabar dalam mendidik akhlak dan keimanan di dalam rumahtangga. Rasanya hanya mereka yang kuat dan tabah dapat mengharungi pelayaran bahtera dna menjulang kebahagiaan di dalam rumah tangga.
20 Pesanan buat suami dalam menjalani rumah tangga

Suami isteri tentunya mempunyai peranan yang tersendiri yang masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Kehidupan rumahtangga pasti akan lebih manis jika sekiranya pasangan saling bekerjasama untuk menguruskan rumah tangga. PapaG kongsikan pada semua pesanan-pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah kepada para suami di luar sana. Antaranya ialah:

Hargai 

Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

Prihatin dan beri perhatian 

Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

Jangan membanding 

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

Jangan demand 

Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

Sama-sama menjaga anak 

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Kerjasama mengemas 

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

Tinggalkan hidangan 

Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Bagi tahu kalau member nak datang rumah 

Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

Saiz badan isteri 

Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Kentut 

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormati Ibu Bapa 

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Kedekut 

Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

Maruah 

Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

Sikap pengotor 

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

Memberi bantuan 

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

Jangan putar-belit 

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

Kayu tiga 

Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

Tegur secara baik 

Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

Pergi klinik 

Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

Jadi bapok.? 

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati

Kesimpulannya saling la bekerjasama. Macam wonder pet. Apa yang penting.? KERJASAMA… Insyallah jika kita sama-sama dalam melakukan hal-hal kehidupan rumah tangga, pastinya keharmonian rumah tangga pasti kita kecapi. Sambil-sambil tu jangan lupe berdoa mohon rumah tangga kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Ketahui 5 Tanda-tanda Suami Anda Sedang Curang di Belakang Anda

Ketahui 5 Tanda-tanda Suami Anda Sedang Curang di Belakang Anda

Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal


Assalamualaikum

Mendapati pasangan yang curang amatlh menyakitkan. Namun kadang kita sukar untuk mengesan kecurangan pasangan kita. Lebih-lebih lagi lelaki yang bersifat baik dan 'Family Man'. Bila pasangan mula melakukan perkara-perkara yang janggal, mungkin bibit kecurangan telah muncul. Antara tandanya ialah:
Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal

Sering merahsiakan sesuatu di dalam telefon bimbitnya

Ya, PapaG akui setiap orang mempunyai privasi yang tersendiri. Tetapi mungkin bagi mereka yang mempunyai skandel di belakang isteri akan lebih bersifat perahsia tentang isi kandungan di telefon bimbitnya. Salah satunya lelaki ni kerap delete atau menghapus setiap mesej atau wassap dalam phone. Orang kata buang bahan bukti gitu la. Selain membuang bukti-bukti mesej, mungkin suami anda telah meletakkan password di telefonnya agar tidak ada orang lain selain die yang boleh menggunakannya. Padahal sebelum ini, suami anda tidak pernah langsung meletakkan sebarang password. Agak meragukan. Betul tak..?

Nampak lebih bergaya dan menjaga ketrampilan

Teringat drama P.Ramlee dialog dia "Butang baju melayu abang mana???". Hati-hati yer semua jika suami anda yang tidak pandai bergaya sebelum ini sudah pandai bergaya. Lebih-lebih lagi seandainya ingin keluar dengan kawan-kawan tanpa membawa anda. Perlakuan suami yang tidak biasa melawa A.K.A menjaga penampilan ini mungkin mempunyai sesuatu disebaliknya. Pepatah melayu ada mengatakan ada udang di sebalik batu. Janggal bukan.? Mungkin ini adalah tanda suami anda sedang curang di belakang anda, Hati-hati.

Menjadi terlalu baik dengan memberikan hadiah

Jika suami anda seorang yang tidak langsung pandai membuat sebarang kejutan pada anda tetapi kebelakangan ini dia sangat baik dan pandai mengambil hati anda dengan kata-kata ataupun hadiah, sila berhati-hati. Mungkin suami anda sedang menutupi sesuatu yang berlaku di belakang anda. Jika tidak memberi hadiah pun, suami anda menjadi seorang yang terlalu baik. Kerap tersenyum, ayat-ayat romantis kerap diberikan pada anda dan sebagainya. Ini mungkin perlu anda jaga-jaga. Ye la, orang sedang bercinta, hati sedang berbunga. Semuanya baik-baik yang keluar. Jadi, berhati-hati.

Mudah bertelingkah dengan isteri

Mungkin jika suami anda sebelum ini baik. Mudah beralah dengan anda. Tidak overprotektif dengan kehidupanya. Tetapi kebelakangan ini anda berdua kerap bergaduh. Suami banyak mengungkit kesalahan anda. Cakap sikit sudah melenting. Di waktu ini anda harus berhati-hati. Mungkin ada sesuatu yang disorokkan di belakang anda. Suami akan lebih mencari kesalahan psangannya kerana ingin menutupi kesalahannya sendiri. Jadi, anda harus hati-hati dengan tanda-tanda suami anda mula curang ini.

Instinct seorang isteri

Mungkin anda boleh merasa jika suami anda sudah curang. Gunakan deria 6th sense anda. Orang kata deria wanita ni kuat dan betul. Tapi ingat anda harus gunaan deria anda dengan berhemah. Jangan main hantam sahaja. Selidik dulu. Gunakan cara yang terbaik. Niatkan di dalam hati untuk membetulkan keadaan bukan untuk mencari silap atau menghukum. Insyallah Allah akan membantu kita mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda dalam rumah tangga.
Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal
Kesimpulannya, seseorang yang sedang merahsiakan sesuatu iaitu skandel dalam hidupnya, orang terdekat akan mudah untuk mengatahuinya. Kalau anda rasa suami sedang curang, perhatikan. Selidik secukupnya. Jangan ambil tindakan terburu-buru. Kalau sudah terbukti. Bincang dengan sebaiknya Teruskan bermuhasabah diri dan tenang. Insyallah Allah bantu anda. Jom berdoa agar kehidupan rumah tangga kita suami isteri akan kekal harmoni sampai bila-bila. Aamiin.

With Love
PapaGlamz

-sekian-
Jangan Pernah Berhenti Mencuba

Jangan Pernah Berhenti Mencuba


Assalamualaikum

Jika kita gagal dalam mendapatkan sesuatu, hanya ada satu perkara yang dapat kita lakukan iaitu CUBA LAGI. Dan jika kita mempunyai keinginan untuk mencipta sesuatu, kita tidak akan pernah lelah untuk MENCUBA LAGI walaupun sering kali kita gagal. Ingat, jangan pernah berhenti untuk terus mencuba. Kata pepatah ada mengatakan kalau genggam bara api, biar sampai jadi abu dan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan membawa erti yang signifikan dalam hidup kita agar kita terus mencuba dalam hal-hal kehidupan dunia.
rahsia+kejayaan

PapaG akui, kadang kala kita lelah. Terasa nak give up je kan? Contohnya dulu masa belajar, kita nak keputusan yang baik, pointer tinggi, test markah tinggi dan sebagainya. Kita dah usaha sungguh-sungguh baca buku, study group dan macam-macam lagi. Tapi keputusan cukup-cukup makan jer. Haa kat sini jangan pulak mengeluh dan give up. Kita kena percaya pada rezeki. Teruskan usaha. Jangan pernah berhenti mencuba dan cuba lagi. Mungkin Allah igin menguji kita sebab tak dapat ape yang kita nak. Dia nak kita lebih meminta-minta padanya. Kerana Allah sangat suka pada mereka yang sering meminta padanya dengan cara berdoa.

Ayuh, berhenti menjadikan minda kita negative, mulakan langkah drastik dan bismillah. Tentukan nasib anda. Teruskan mencuba dan jangan pernah berhenti. Allah pernah berfirman yang maksudnya “Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum (seseorang ), jika kaum (orang) itu tidak merubah nasibnya sendiri”. Ingatlah, ketika kegagalan menghampiri kita, ia bukan satu titik nokhtah berakhir segalanya. Kita harus bangkit dan lakukan sebaik mungkin dan jangan pernah berhenti untuk terus mencuba. Study semula mana yang silap, kita perbetulkan. Semoga cubaan kita yang seterusnya akan membuahkan kejayaan. Insyallah.

Akhir kata dari PapaG,
“Don’t Stop Trying, Don’t Try Stopping” 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Fasa Kitaran Haid Normal Yang Anda Semua Perlu Tahu

Fasa Kitaran Haid Normal Yang Anda Semua Perlu Tahu

Kepentingan mengetahui waktu subur anda


Assalamualaikum


Manusia ciptaan Allah yang bernama wanita amat unik. Setiap wanita akan menjalani waktu haid yang tersendiri setiap bulan. PapaG ingin kongsikan pada semua pembaca tentang pengiraan waktu haid pad wanita yang mana ia penting bagi kita untuk mengetahui waktu kita subur lebih-lebih lagi bagi mereka yang merancang untuk hamil
Kepentingan+mengetahui+waktu+subur+anda

Kebiasaannya, wanita akan datang bulan dalam tempoh masa 28-30 hari sebulan. Paling cepat pun 25 hari dan paling lewat pun 35 hari. Kelewatan atupun terawal ada normal kera ia berkait rapat dengan gaya hidup anda. Tidak perlu dirisaukan. Sebenarnya anda boleh membuat andian sendiri tentang kitaran haid anda sekiranya anda mengetahui dan memahai tarikh-tarikh permulaan dan tamat haid anda setiap bulan. 



Kepentingan mengetahui waktu subur anda 

Sebenarnya hanya seorang sahaja yang faham akan kitaran haid ni. Dia ialah diri anda sendiri. Anda yang merasai dan anda yang memahami. Bukan orang lain. Seharusnya anda sendiri menjadi pakar dalam mengetahui kitaran haid anda. Hal ini kerana, dengan mengetahui dan memahami kitaran haid anda sendiri, ia akan membantu anda dalam 2 perkara: 
  • Untuk mengira waktu tepat usia kehamilan anda. 
  • Untuk perancangan keluarga bagi mengelakkan dari mengandung. 
Jadi dengan itu, anda jangan pandang remeh akan kepentingan mengetahui dan memahami kitaran haid anda sendiri demi kebaikan diri and juga. 



Fasa kitaran haid bagi seseorang wanita 

Secara amnya terdapat 4 fasa yang anda perlu tahu tentang kitaran haid anda. 



Fasa pertama: Hari pertama hingga ke 4. 

Fasa ini di kenali dengan fasa keluar darah (menstruation). Bila datang sahaja darah haid, anda harus mencatat atau mengingati tarikh ini sebagai hari pertama anda datang haid. Hari pertama inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kitaran haid anda sehinggalah haid anda tamat dan kitaran haid anda bermula yang baru pada bulan seterusnya. Mengetahui kitaran haid dengan tepat adalah penting untuk menganggarkan hari subur anda sekiranya anda merancang untuk hamil. 



Fasa kedua: Hari ke 5 hingga ke 13 

Pada tempoh ini, hormom estrogen dalam tubuh wanita adalah berada pada tahap yang optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding Rahim. Fasa ini di kenali dengan nama follicular phase. Telur iaitu ovum yang berada di sekitar ovari berada pada tahap matang dan bersedia untuk disenyawakan. 



Fasa ketiga: Hari ke 14 

Pada peringkat ini, ovum akan akan dilepaskan dari ovari. Proses ini di panggil ovulasi. Ovum akan dilepaskan dan menanti kehaidran sperma untuk disenyawakan. Sekiranya sperma tidak kunjung tiba, maka proses persenyawaan tidak akan berlaku dan ovum akan bergerak ke tiub fallopio ke Rahim seorang wanita. 



Fasa ke empat: Hari 15 hingga 28 

Pada fasa ini, hormone progestron akan dirembes keluar. Dengan kehadiran hormone ini, lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding akan terus menebal dan akan runtuh semula dan proses kitaran haid akan berulang kembali 



Hari subur wanita 

Apabila memahami kitaran haid anda sendiri, anda akan dapat tahu bila waktu subur anda yang sebenar. Ia akan memudah bagi anda untuk mengagak usia kehamilan dan juga membantu bagi pasangan yang merancang untuk hamil. Pada fasa ketiga inilah peratusan persenyawaan antara sperma dan ovum akan berlaku. Insyallah. 



Pengambilan vitamin dapat membantu kehamilan anda.


Sebenarnya pengambilan vitamin atau makanan tambahan boleh menjadi sebagai alternatif merawat kesuburan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, antara vitamin yang boleh diambil ialah Vitamin E, Zinc Complex dan COQHealth. Untuk wanita pula antaranya ialah Alfalfa, GLA dan ESP. 

Testimoni


Berikut merupakan bebrapa testimoni pengguna produk Shaklee untuk mengatasi masalah kesuburan mereka.

Mengatasi kesuburan

Mengatasi kesuburan

Mengatasi kesuburan
Nah sekarang pilihan di tangan anda

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 Pengedar Shaklee Anda

Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Artikel-artikel pilihan (Klik link di bawah)





Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com