Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H oleh YBhg. Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad


Assalamualaikum

Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H
Pinjam Picture dari : C3ngk3rik

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 18 Jun 2015 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di TV3

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Selasa 16 Jun 2015M bersamaan 29 Syaaban 1436H untuk melihat atau cerapan anak bulan selain menyatakan beberapa tempat untuk tujuan tersebut

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab

Sumber : Mysumber

Selamat berpuasa Papaglamz ucapkan pada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Khasiat Tersembunyi Energy Soy Protein (ESP) Bagi Lelaki Sejati

Khasiat Tersembunyi Energy Soy Protein (ESP) Bagi Lelaki Sejati

Kesihatan Lelaki Sejati dengan Energizing Soy Protein (ESP)


Assalamualaikum

Papaglamz akui, jika kita search di google, sering kita lihat ESP untuk ibu menyusu, ESP untuk ibu hamil, ESP untuk kulit cantik. Whoaaa, ESP ini untuk wanita sahaja kah? OH TIDAK TIDAAKKK!! ESP Shaklee juga sangat sesuai untuk lelaki atau kaum adam tau! Haha. ESP sangat sesuai untuk para lelaki yang inginkan kesihatan yang optimum.

Untuk lelaki yang tak sempat nak breakfast sebelum ke tempat kerja.
  • Bekalkanlah sekeping roti bersama sebotol shaker ESP Shaklee untuk suami anda setiap pagi. Dalam pada nak tunggu lampu merah tu, bolehlah dia glup glup ESP shake dan ngap ngap roti tu. InsyaAllah kenyang sampai tengahari. Dapat dia nak focus masa kerja nanti!!

Untuk pelajar lelaki yang ada kelas pagi.
  • Bancuh ESP Shaklee dalam shaker dan bawa ke kelas. Boleh shake shake masa on da way nak ke kelas ye. Bila dah sampai kelas, letak beg dan duduk kejap, baca Bismillah dan glup glup ESP Shake anda! Tidaklah berkeroncong perut anda semasa cikgu/lecturer mengajar kat depan tu.

Untuk para atlit dan suka bersukan
  • Selepas workout/senam/main bola/jogging… apa sahajalah sukan yang anda lakukan, minumlah segelas ESP Shake untuk mengelak muscle tear.

Untuk lelaki yang ingin turunkan berat badan.
  • Minum ESP Shake untuk mengelak makan benda merapu kerana ESP yang rendah glisemik akan menyebabkan anda merasa kenyang lebih lama. Juga, selepas workout, minum ESP untuk mengelak muscle tear dan menggalakkan pembakaran lemak (bukannya otot!!)

Untuk lelaki yang menderita gastrik
  • ESP (bersama gabungan B-Complex dan Ostematrix) dapat membantu pesakit gastrik meneutralkan keasidan dalam perut dan mengelak diserang gastrik.

Untuk lelaki yang selalu rasa cepat letih dan tidak bertenaga.
  • ESP Shaklee memberi tenaga segera, dan bertahan lebih lama, insyaAllah. Soya protein memberi “makanan” kepada sel-sel tubuh, justeru memberi tenaga kepada tubuh.

Untuk lelaki yang mengidap diabetes.
  • ESP Shaklee merupakan minuman lazat dan berkhasiat yang mengandungi indeks glisemik yang rendah, tiada kolestrol dan rendah lemak. Ia sangat sesuai diambil oleh pesakit diabetes sebagai pengganti minuman yang tinggi gula, mengandungi pewarna, pengawet dan sebagainya.

Untuk lelaki yang pentingkan kesihatan.
  • ESP membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Protein digunakan dalam dua bentuk di dalam badan kita; pertama, membina sel-sel baru (dan menyingkirkan sel-sel lama dan rosak) dan memberi “makanan” kepada sel yang baru dan sihat tadi. Kedua, protein diperlukan untuk sintesis hormone dan enzyme dalam tubuh. Kedua-dua hormone dan enzim yang sihat dan stabil adalah sangat penting untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, memang sangat sesuai ESP Shaklee berada di setiap rumah. Ini kerana, kedua-dua wanita dan lelaki dapat menikmati kelazatan dan kebaikan ESP ini.  Para isteri, para suami, anak lelaki, anak perempuan semuanya boleh mendapatkan kelebihan ESP Shaklee.

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
Pilihan Raya Setiap Hari Selsaikan Isu Politik Dalam Diri.

Pilihan Raya Setiap Hari Selsaikan Isu Politik Dalam Diri.

Kata-kata Hikmah dan Mutiara


Assalamualaikum

Selamat tengahari pada semua pembaca.

(^_^)y


"Hidup ini seperti memandu kereta.Jika kita menutup mata, tentu berlaku kemalangan dan tidak akan sampai ke destinasi yang dituju. Begitu juga dengan hidup kita, jika tidak membuka mata hati atau minda,kita tentu tersasar. Jangan biarkan mata hati kita dipengaruhi oleh orang lain, media dan suasana. Buka mata hati dengan memperbanyakkan refleksi diri, muhasabah dan tanya kenapa kita fikir, apa kita fikir, kenapa kita buat, apa kita buat dan marah apa kita marah. Buat 'pilihan raya' setiap hari. Iman lawan nafsu, dosa lawan pahala, syurga lawan neraka. Jadikan perkataan ini bahasa harian keluarga. Bahasa menentukan fokus dan destinasi kehidupan."
Prof Dr Muhaya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
I'am Back

I'am Back

Cerita Diri Ku


Assalamualaikum

I'm back...!! Akhirnya Papaglamz dapat juga menitipkan sedikit kata dalam satu entri ini. Dekat dua minggu jugak Papaglamz.com tidak aktif. Kesibukan kerja dan hal ehwal keluarga membuatkan Papaglamz tidak berkesempatan untuk mencoret di sini.
I'am Back
2 minggu yang begitu menyesakkan. Namun, dalam kesesakan itu, berbagai ilmu dan pengalaman yang Papaglamz dapat. Baik dari masalah-masalah yang berlaku di tempat kerja sehinggakan Papaglamz perlu mencari jalan penyelesaian bersama pasukan siang dan malam dan juga hal-hal kekeluargaan yang Papaglamz dapat pelajari. 

Terlalu banyak ingin di ceritakan. Kisah-kisah tragedi Cik Elle yang kekadang menyakitkan hati. Namun, bila di fikir kembali, apa yang terjadi itu adalah hasil dari kekhilafan diri sendiri. Nanti la Papaglamz ceritakan dalam entri yang lain. 

Dalam kesibukan ini, terima kasih Papaglamz ucapkan buat team blogger Papaglamz tak lain dan tak bukan Exchange Feed Group yang banyak membantu dalam menceriakan suasana dan juga membantu dalam entri-entri wajib yang patut Papaglamz update dan juga feed yang wajib ditukar. Walaupun tidak selalu dapat membelek-belek blog ni, pertukaran feed dan juga entri-entri wajib update dapt juga Papaglamz buat. Alhamdulillah. Thank you guys. Heheh. #KipasSyiling

Ok la, Sekian sahaja coretan ringkas dari Papaglammz. Kita jumpa di entri yang lain. Stay tuned, I AM BACK......!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton


Assalamualaikum

Cik Elle sakit minggu lepas. Jadi, Papaglamz hantar la jumpa doctor. Bukan doctor cinta, doctor tayar yer. Cik Elle ni Kereta Persona Papaglamz la. Break tayar depan dah haus. Jadi kena la tukar. Lebih-lebih lagi nak balik kampung ni, kena periksa kereta sebaik mungkin supaya tidak ade yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan nanti. Insyallah.

Nak tahu something tak? Sebenarnya, sebelum tukar break dekat workshop, Ibu Dhia hantar la kereta untuk buat inspection kat pusat sevis Proton. Mana tau kot-kot ade warranty kan? Memang Papaglamz tak pernah skip service kereta kat pusat servis Proton yer. Lepas diagnose, memang confirm break kereta Papaglamz dah haus dan harus di ganti. Sebelum tukar tu tanya la kos untuk ‘break pad’ tu dengan upah semua sekali RM 343.00 hangus dan tak de warranty tau. Terkejut den. Nasib la Ibu Dhia call Papaglamz Tanya nak buat ke tak. Harus la Papaglamz cancle. Hehehe

Korang rasa ok ke rege tu? Untuk ‘break pad’ kedua-dua belah tayar depan siap upah RM 343.00 tu pada Papaglamz agak membebankan la. Jadi, Papaglamz pun call la mana-mana workshop yang boleh tukar ‘break pad’ tu. Alhamdulillah dapat.

Jadi, tengahari masa lunch keluar kejap dari offis pergi workshop mintak tukar ‘break pad’ yang dah kehausan tu. Tokey tu kata jenis baik performance pun baik. Cincai-cincai RM 159.00 kasi habis. Huhuhuh. Moga-moga tokey tu tak tipu la. (^_^)y Dan tukar la. Tak sampai pun sejam. Alhamdulillah. Semoga dapat balik kampung dengan selamat.

Errrrrr.. Korang Nampak tak perbezaa harga di situ? Benda yang sama. Tapi harga yang berbeza. Sebenarnya bukan masalah break ni jer. Dulu, tayar kereta Papaglamz dah haus, pergi la pusat service tanya nak tukar siap tanya harga dan upah. Dan ternyata harga tukar tayar kat pusat servis lebih tinggi dari harga di workshop biasa ni. Dan perbezaan yang sangat besar. Bukan kecik-kecik jer.
Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Dalam proses rawatan

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Break pad yang dah haus

Bukan nak cakap tak elok servis kat pusat servis tu. Tapi, sebagai pengguna, Papaglamz rasa, kita berhak kan untuk memilih mana-mana servis yang kita nak. Betul tak? Harga ikut kemampuan kita. Cuma Papaglamz tertanya-tanya kenapa ade perbezaan harga itu. Ok la. Sekadar bercerita. Harap tak kena saman dengan Proton dah la. Muahahha.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bukan Cinta Sandiwara

Bukan Cinta Sandiwara

Assalamualaikum

Tetiba memalam ni terkeluar idea. Korang hadap la yer..

Menelusuri kerangka masa silam,
Aku terpana dengan kisah cinta ku,
Yang aku tidak sedari,
Yang aku harungi hingga waktu ini,

Ah..

Cinta..

Sungguh mudah melafas cinta,

I Love You
Aku Cinta Padamu
Aku Sayang Padamu
Aku Sayang Kamu

Namun,

Tahukan kita akan kisah di sebalik cinta?
Tahukan kita akan beban kerana cinta?
Apakah maksud sebenar cinta?
Siapa pula yang berhak merasa rasa cinta dari kita?

Yang pasti,
Cinta bukan hanya pada lafaznya,
Cinta itu wujud pada praktikalnya,
Perhalusi tanggunjawab sebagai pencinta,
Cintailah pencipta rasa cinta,
Dengan sepenuh hati.
Dengan mentaati seluruh kata arahannya,

Ya,
Cinta itu satu tanggungjawab,
Yang harus kita lunaskan,
Yang bukan hanya,
Sekadar bait-bait SANDIWARA,
Cintailah Allah sepenuh hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Karipap Giant Inti Meletop

Karipap Giant Inti Meletop

Resepi Karipap Inti Kentang


Assalamualaikun

Waktu petang pastinya perut tercari-cari santapan ringan sebelum mengambil dinner. Papaglamz kalau di waktu petang akan mengambil sedikit kudapan ringkas bagi mengalas perut. Sambil-sambil berehat bersama keluarga dan menanti waktu makan malam, pastinya menggamit suasana indah di dalam keluarga. 

Baru-baru ni Papaglamz berkesempatan merasa karipap giant yang dibeli di warung sekitar rumah Papaglamz. Karipap ni besar dan inti dia sangat best. Pedas-pedas manis. Sakali makan mestu nak lagi. Jemput la tengok yer. Hehehe    
Haaaa korang nampak tak kebesaranya tu? Inti die yang Papaglamz suka sangat. Ok la, selamat mencuci mata.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Motivasi | Cinta Saling Menyempurnakan

Motivasi | Cinta Saling Menyempurnakan

Koleksi Kata-kata Hikmah


Assalamualaikum

Selamat Pagi

(^_^)y
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan. Itulah SUAMI ISTERI"

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bertemu Sifu Blogspot, Hasrul Hassan

Bertemu Sifu Blogspot, Hasrul Hassan

Sifu Blogspot, Hasrul Hassan


Kalau sebut je Hasrul Hassan Papaglamzrasa semua blogger tahu siapakah beliau. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang menggunskan blogspot sebagai hosting. Kalau korang nak tahu tentang sifu ni boleh la klik link di sini.

Nak di ceritakan, Papaglamz berkesempatan berjumpa dengan Abang Hasrul ni masa review buffet ramadhan di BGR tempoh hari. Jumpa sekajp je pon. Amik picture tukar-tukar business kad sembang sikit-sikit dan balik. Dah malam kan, Masing-masing ada urusan masing-masing. 

Tapi alhamdulillah, walaupun alam masa yang singkat ia sangat berharga. Bukan mudah nak jumpa. Abang Harul ni duduk di utara, tapi sangup datang event di Bangi. Jauh tu. Walau apapun, Papaglamz doakan semoga selamat. Hati-hati di jalan raya.


Nampak tak ke'excited'an Papaglamz di situ, Muahaha Ok la sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
3 Makanan Tambahan atau Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam

3 Makanan Tambahan atau Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam

Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam


Assalamualaikum

Salam ceria. Papaglamz ingin kongsikan 3 vitamin utama yang di perlukan oleh kulit kita agar ia bebas dari sebarang cela dan sentiasa cantik.


Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)

Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)

Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalau ada extra budget.. sila amik COllagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)

Semoga bermanfaat

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com