Tutorial Meletakkan Widget Top Komentar

Tutorial Meletakkan Widget Top Komentar

Memasang Widget Top Komentar di Blog


Assalamualaikum

Ok entri kali ini adalah entri macam note buat Papaglamz yang baru belajar blog ni. Macam mana nak buat widget top komentar di dalam blog kita. Mudah je nak buat. Papaglamz tahu pun sebab pergi blog walking di blog kengkawan. 

Top komentar ni penting bagi Papaglamz untuk menghargai kerajinan mereka-mereka yang sudi datang singgah dan komen dalam blog Papaglamz.com ni.

Ok la, tak moh cerita panjang. Jom ikut langkah-langkah mudah ni untuk pasang widget Top Komentar di blog anda.

1. Log in blogger.com

2. Dashboard >> Layout >> Add gadget >> HTML/Javascript

3. Copy code bawah ni
<script type="text/javascript"> function getYpipe(feed) { document.write('<ol>'); var i; for (i = 0; i < feed.count ; i++) { var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'"; if(feed.value.items[i].link == "") var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>"; else var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>"; document.write(item); } document.write('</ol>'); } </script> <script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?YourBlogUrl=URL BLOG &ExcludedNick1= NAMA ADMIN &ExcludedNick2= Anonymous &ShowHowMany=10 &ExcludeCommentsBefore=01-04-2015&IncludeCommentsBefore=30-04-2015 &_callback=getYpipe &_id=50b225c916b74b06779b9489abceef2a &_render=json" type="text/javascript"></script>
4. Paste ke dalam box HTML/Javascript

5. Edit coding.
URL BLOG = Url Blog korang contoh http://www..papaglamz.com/
NAMA ADMIN =  Papalamz
10 = Jumlah komentator
01-05-2014 = kiraan tarikh komen mula masuk Hari-Bulan-Tahun
31-05-2014 = kiraan tarikh komen berakhir Hari-Bulan-Tahun

6. Dah siap Edit. Save!

Mudah kan? Selamat mencuba.

Credit : Mimin Adam

-sekian-
Nasi Ayam Menu Pilihan Ketika Makan Tengahari

Nasi Ayam Menu Pilihan Ketika Makan Tengahari

Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap


Asalamualaikum

Masa rehat lunch adalah masa yang ditunggu untuk keluar dari kesibukan tugas di kilang. Biasanya kalau tengahari ni, Papaglamz akan keluar makan dengan kawan-kawan tempat kerja Papaglamz untuk makan. Banyak je tempat makan sekitar kilang tu. Tapi, ade satu warung ni kerap juga Papaglamz singgah untuk merasa Nasi ayamnya. Kami panggil "nasi ayam pok". Pok tu maksud die Pak Cik la. 

Memang hot stuff la nasi ayam ni. Lagipun mudah makan nasi ayam ni. Dah siap, tak payah nak tungu lama-lama. Kami kejar masa. Yela, rehat sejam lebih sahaja. Komitment kerja gitu kan. Hehehe. 
Nasi_Ayam
Jadi sekarang Papaglamz nak kongsi resepi nasi ayam yang simple dan sedap dari Kak Azie ni. 

Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.


Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan

Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata. 

Sambal Cili
12 - 13 tangkai cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Sambal Kicap
Kuah sup
Kicap cap kipas udang

Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.


Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap

Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.

Haaa selamat mencuba yer semua.

-sekian-
Isi Kandungan Resume Lengkap Untuk Memohon Pekerjaan

Isi Kandungan Resume Lengkap Untuk Memohon Pekerjaan

Menjadi job hunter dengan mempunyai ciri-ciri resume yang baik

Assalamualaikum

Ingat lagi entri Papaglamz tentang 9 pekerjaan popular di Malaysia? Alhamdulillah jika masih ingat. Adik-adik nak tahu tak? Dalam usaha mencari pekerjaan perkara utama yang seharusnya adik-adik perlu titil beratkan ialah dalam membuat resume. Resume ni menjadi sebagai pengganti diri yang pertama sekali kita akan tunjukkan pada bakal majikan kita. Tentu sekali, pandangan pertama majikan terhadap kita seharusnya positif. Dengan ini penyediaan resume yang mantap mampu memberi persepsi yang baik tentang diri anda.

Berikut adalah contoh format resume yang Papaglamz gunakan semasa Papaglamz menjadi job hunter dulu. Harap boleh di jadikan panduan buat semua.

ciri-ciri_resume_yang_baik

ciri-ciri_resume_yang_baik

Antara ciri-ciri resume yang baik yang boleh kita ikut adalah seperti berikut:


1. Memberitahu jawatan yang hendak dipohon.

Bila kita memberitahu jawatan yang hendak dipohon, ini akan memudahkan bakal majikan mengenal pasti permohonan kita. Permohonan tanpa memberitahu jawatan yang dipohon akan membuatkan bakal majikan kita tertanya-tanya dan menyusahkan pihak mereka. Jadi, bad impression telah wujud di situ. Jadi, sila perihatin tentang hal ini.

2. Pastikan meletakkan gambar tebaru anda yang formal

Meletakkan gambar di dalam resuma adalah sesuatu yang penting. Pastikan anda menggunakan gambar yang kemas dan professional. Bukan selfie tau.Buat lawak je kalau letak gambar selfie. Dengan gambar jugalah memberi persepsi awal bakal majikan anda terhadap anda.

3. Resume anda ringkas dan padat

Pastikan resume tidak teralu panjang lebar macam novel. Tiada siapa yang nak membaca. Biar ringkas dan padat. Penuh dengan informasi-informasi tentang diri anda. Latar belakang, pengalaman-pengalaman yang ada, sejarah pendidikan dan sebagainya. Di sini anda perlu kreatif agar resume anda tidak menjadi novel yang panjang berjela.

4. Gunakan jenis tulisan dan kertas yang sesuai

Dalam menulis resume, anda haruslah menggunakan jeni tulisan yang sesuai agar ianya mudah dibaca. Jangan gunakan saiz tulisan terlalu kecil sehingga kan sukar untuk dibaca dan jangan pula gunakan saiz yang terlalu besar. Kebiasaanya resume menggunakan tulisan bersaiz 11-12, jenis tohama, arial, verdana ataupun calibri.

5. Tonjolakn kebolehan, Kemahiran dan Pencapian

Majikan biasanya akan menerima permohonan yang banyak bagi setiap jawatan yang perlu diisi. Jadi, anda harus ‘stand out’ di dalam permohonan anda. Lupakan tentang ribuan calon yang turut bersaing dengan anda sebaliknya tumpukan kepada kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri anda. Tonjolkan semua kelebihan yang ada pada diri anda untuk meyakinkan majikan bahawa anda layak untuk dipanggil temuduga.

6. Maklumat yang sesuai dan Relevan

Pengisian maklumat di dalam sesebuah resume haruslah sessuai dan relevan. Bakal majikan tidak ada msa untuk membaca info-info yang sangat banyak di dalam resume anda. Jadi, pastikan, hanya maklumat yang penting dan sesuai sahaja yang anda tulis di dalam resume anda.

7. Jujur

Ingat jangan menipu di dalm resume. Risiko yang sangat tinggi jika anda menipu. Elakkan memberi maklumat palsu. Kerana permohonan anda akan di tolak serta-merta. Bahaya kan?

8. Cover letter

Ini adalah yang terakhir. Pastikan kepilkan bersama cover letter ketika anda menghantar resume kepada majikan anda. Ini akan menampakkan anda begitu professional dan beradap.

Jadi, bagi job hunter semua, jom update resume agar lebih elok dan bakal majikan kita tarik. Semoga perkongsian ini berguna. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-


East Coat Mall | Blogger Kuantan Meet Up

East Coat Mall | Blogger Kuantan Meet Up

Perjumpaan Blogger Area Kuatan di East Coast Mall (ECM), Kuantan


Assalamualaikum

Pada hari Sabtu 9 May 2015, Papaglamz dan beberapa orang blogger telah berpeluang untuk berjumpa. Antaranya Syamimi Rosnee, Syaf, Ina Aina, Amirnawawi dan Shark. Mereka-mereka ni semua memang duduk area Kuantan ni. Kebetulan kami berpeluang untuk menghadiri event yang sama, jadi berjumpa la. 

For your infi, ini adalah kali pertama Papaglamz berjumpa dengan blogger secara bersua muka kerana selama perkenalan kami hanya di alam maya sahaja. So far alhamdulillah, pada mulanya memanglah agak malu-malu kucing tapi lelama tu dapat la get long each other. 

Blogger_Kuantan_Meet_Up

Blogger_Kuantan_Meet_Up

Yang dalam gambar tu, dari kiri Papaglamz, Shark, Ina Aina, Syamim, Syaf, dan Amirnawani. Kali pertama berjumpa, kami lepak-lepak di Nando's yang terletak di tingkat bawah ECM tu. Ni pun suggestion dari food blogger Ina Aina tu. Memang best la. Jadi, sesiapa nak buat meet up, jom arrange time. Insyallah kita berjumpa.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Fahrin Ahmad dah Nikah?

Fahrin Ahmad dah Nikah?

Gambar Majlis Penikahan Fahrin Ahmad dan Pramugari Elena Hani, Berita Harian





Assalamualaikum

Papaglamz baru tau yang Fahrin Ahmad ni dah kawen. Terus cepat-cepat google nak tau cerita lanjut. Setelah membaca beberapa artikel, sah memang Fahrin Ahmad sudah bernikah pada 9 Mei 2015. Tahniah Papaglamz ucapakan. Semoga ikatan yang dibina akan kekal hingga sampai ke anak cucu dan juga di syurga.
Pernikahan_Fahrin_Ahmad_dan_elena
Fahrin Ahmad pelakon yang tidak sing lagi di Malaysia menamatkan zaman bujangnya pada umur 36 tahun bersama pasangan pilihannya Elen Hani Eleas juga berumur 36 tahun yang merupakan seorang pramugari. Majlis pernikahan yang idah telah berlangsung di Pusat Convention Sime Darby. Dengan hanya sekali lafaz Fahrim telah selamat diijabkabulkan oleh Pegwai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Hazman Hashim dengan berwalikan ayah Elena sendiri Eles Hashim.

Semasa majlis pernikahan, Fahrin telah memberikan mas kahwin sebanyak RM 80.00 dan sebentuk cincin kepada Elena. Bagaimanapun kedua-dua pasangan tidak memberi sebarang dulang hantaran.


Semua pengantin nampak sepadan kan? Macam gitu jugak la si Fahrin dengan Elena ni. Apa peribahasa dedulu cakap. Seperti pinangdi belah dua gitu. Walau apapun Papaglam doakan semoga Fahrin dan isteri kekal bahagia hingga ke syurga. Insyallah. 

p/s: Tetiba termasuk entri bab retis ni. Macam mana..?

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tarikh Sambutan Hari Ibu

Tarikh Sambutan Hari Ibu

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum

Andai kita sedang bersendirian, mak lah peneman setia. Ingat lagi semasa belajar dulu, kalau stay up belajar sampai malam tu mak la yang duduk teman kita. Sambil-sambil lipat baju la itu ini. Bila kita buat salah, orang yang paling garang dan paling teruk memarahi kita mak la jugak. Teringat lagi, satu kisah buat salah dulu-dulu, siap kena ikat kat pokok rotan bagai. Ganas tak mak Papaglamz? Alhamdulillah dengan garangnya mak tu, Papaglamz jadi manusia sekarang ni. Huhuhu 
Terikh_menyambut_hari_ibu
Itulah mak yang membesarkan kita dari kecil sampai besar panjang. Mak melihat kita ketawa, menangis, suka, duka dan sebagainya. Mak juga yang sentiasa ada bersama kita dalam kita susah senang. Saat kita down dalam hidup. Mak la yang tetap setia bersama kita. 

Dan sekarang ni Papaglamz dah ade isteri yang juga merangkap seorang ibu pada seorang puteri Papaglamz. Sungguh bagai di kata, seorang ibu begitu tinggi pengorbanannya dalam mendidik dan membesarkan anak. Walau apa jua halangan dan rintangan kekuatan yang ada padanya bagaikan tiada penghujung dalam mendidik dan membesarkan anak. Lebih-lebih lagi bila isteri Papaglamz tidak tinggal bersama Papaglamz. Dia la sendirian menjaga dan membesarkan Imtiyaz tu. Tq my dear.

Sebagai seorang anak, wajib kita mengenang segala jasa yang telah ibu lakukan untuk kita. Ingat tanpa meraka siapalah kita. Mungkin ade yang terlupa setiap tahun pada minggu kedua bulan mei adalah sambutan hari ibu. Dan pada tahun ini jatuh pada hari ahad 10 Mei 2015. SELAMAT HARI IBU Papaglamz ucapkan.

Sebagai menghargai pengorbanan ibu, sebenarnya tak perlu pun nak tunggu hari yang tertentu untuk melakukanya, bahkan setiap hari itu adalah hari yang sepatutnya kita raikan ibu kita. Namun, tidak salah jika ingin di sambut sekiranya tidak melampaui batas-batas agama dan tidak ada pembaziran. Adalah lebih elok jika menyambutnya dengan melakukan majlis doa selamat ataupun tahlil dan sebagainya bagi menzahirkan rasa keyukuran pada Allah atas kurniaan ibu yang hebat buat kita di dunia ini.

Jadi, jom ramai-ramai pakan tadah tangan doakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibu kita walau di mana mereka berada. Tak kita jauh di mata atau di depan mata kita. 

To my MOTHER

M in the milliong she gave me,
O means only that she's growing old,
T is for the tears she shed to save me,
H is fo her heart of purest gold,
E is for her heart of purest gold,
R menas right, and right she'll always be

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tutorial bagaimana hendak semak SEO di chkme.com

Tutorial bagaimana hendak semak SEO di chkme.com

Tips SEO


Assalamualaikum

Pastinya ramai blogger yang inginkan blognya mesra SEO kan? Dalam entri Papaglamz.com 100% mesra SEO sudah dikongsikan yang Papaglamz.com 100% mesra SEO. Jadi, bagi tujuan supaya tidak lupa ilmu yang di pelajari di dalam ExchangeFeedGroup Papaglamz nak buat nota tutorial dalam entri ni. Untuk kegunaan Papaglamz juga satu hari nanti. Nak tau macam mana semak SEO blog engkorang di chkme.com?

1. Petamanya masub website chkme.com. Klik Di Sini. Dah masuk website die? Kalau dah bagus. Hehehe

Semak_SEO_blog
2. Masukkan address blog di dalm kotak yang Papaglamz kotakkan seperti gambar di bawah ni.

Semak_SEO_blog
3. Dah sudah masukkan addres blog korang, klik Check. Nanti dapat lah result SEO blog korang. Papaglamz.com suada 100% mesra SEO.

Semak_SEO_blog
Mudah kan? adi jangan lupa untuk semak SEO blog masing-masing tau. Nanti share dengan Papaglamz. Tarima kasih sahabat-sahabat di dalam ExchangeFeedGroup yang membantu Papapglamz tentang SEO ni. Insyallah dalam entri yang ain Papaglamz kongsikan bagai mana cara untuk mendapatkan 100% mesra SEO. Stay tuned.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tip-tip dan amalan-amalan doa untuk mendapat anak yang soleh dan solehah

Tip-tip dan amalan-amalan doa untuk mendapat anak yang soleh dan solehah

Tip Ibu Bapa, Doa


Assalamualaikum

Semua Ibu Bapa ingin anak yang soleh dan solehah. Sebab apa? Merekalah yang akan menjadi pembantu kita pabila kita kembali menmui Allah kelak. Sememangnya bertuah andai kita mendapat anak-anak yang sentiasa mendoakan Ibu dan Bapanya kan? Untuk mendapat anak yang soleh dan solahah, ia perlu bermula dari Ibu Bapa itu sendiri. Didikan agama yang terbaik harus di berikan agar mereka tidak hanyut dipukul gelombang kemasiatan. Selain usaha, haruslah kita berdoa memohon kepada Allah agar kita dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Doa_Harian
Berikut merupakan amalan doa dan zikir yang boleh diamalkan bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Insyallah:
  • Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
  • Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
    • “Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah."
    • Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
  • Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
    • " Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
  • Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
  • Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
  • Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
    • " Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
  • Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
  • Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
    • " Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
  • Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikan doa amalan harian anda agar rayuan kita didengari oleh Allah. Insyalah. 

With Love
Papaglamz

-sekian-


Kulit, Rambut dan Kuku lebih sihat dengan pengambilan ESP

Kulit, Rambut dan Kuku lebih sihat dengan pengambilan ESP

Kebaikan ESP sebagai sumber protein Dalam Badan


Assalmualaikum

ESP adalah antara hot produk Shaklee. Rami yang repeat order beli ESP ni. ESP baik untuk kesihatan tubuh badan. Lelebih lagi mereka-mereka yang nak cantik. Jom Papaglamz kongsikan kebaikan ESP.
fungsi_protein

MELEMBAPKAN KULIT
  • Kulit yang kering akan menampakkan wajah lebih tua, kusam. Wajah berminyak pula sangat merimaskan dan boleh menyebabkan jerawat dan pelbagai masalah kulit. Soya bertindak sebagai pelembap yang sangat baik untuk kulit jenis kombinasi dan juga sangat bagus untuk melenyapkan masalah kulit kering dan bersisik. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, soya dapat membantu menghilangkan lebihan minyak.

ANTI-PENUAAN

  • Soya mengandungi phytoestrogen yang membantu penghasilan estrogen didalam badan. Semakin kita berusia, hormon estrogen semakin berkurangan dan inilah yang menyumbang kepada penuaan kita. Hormon estrogen sangat penting bagi memastikan kulit kekal elastik. Tanpa estrogen yang mencukupi, kulit akan kelihatan kusam, berkedut, berjeragat dan kurang elastik. Pengambilan soya secara konsisten dapat membantu penghasilan estrogen bagi menjamin keanjalan kulit.

VITAMIN E
  • Soya mengandungi vitamin E yang membantu menyingkirkan sel mati dan menjana sel baru yang sihat. Ini membantu kita kelihatan berseri dan lebih muda. Selain mengambil soya sebagai minuman, anda juga boleh jadikan masker untuk kulit anda. Jika orang zaman dahulu mengambil kacang soya, menghancurkannya sehingga halus untuk dijadikan masker, sekarang kita ada pilihan yang lebih mudah. Dengan ESP shaklee, hanya titiskan air/toner dan ianya sudah tersedia sebagai masker terbaik anda. Untuk kesan yang lebih baik lakukan 3 kali seminggu.

MENGUATKAN KUKU
  • Soya membantu menguatkan kuku, menjadikannya lebih bersinar dan melembapkan kuku. Cuba amalkan sekurang-kurangnya 6 bulan pengambilan soya secara konsisten untuk melihat hasilnya :D

RAMBUT BERSINAR
  • Soya juga dapat menjadikan rambut anda kelihatan lebih lembut, bersinar dan beralun. Satu tips yang baik, sapukan air soya pada rambut selama 3 bulan untuk melihat hasil yang mengejutkan. Tapi kalau tak mahu, minum aja ESP
Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Set Berpantang Dari Shaklee Membantu Anda Kekal Sihat

Set Berpantang Dari Shaklee Membantu Anda Kekal Sihat

Mencari Set Penjagaan Ketika Berpantang


Assalamualaikum

Bagi mereka yang ingin keterangan tentang Set Berpantang Shaklee, Ibu Dhia harap entry ini dapat memberi sedikit info dan panduan. Ya, menjaga kesihatan ibu semasa dalam pantang adalah amat penting. Ini memastikan kita pulih sedia kala, sihat, cergas, ceria membesarkan anak, menguruskan suami dan juga untuk diri sendiri. Namun, disamping kesihatan ibu, ibu juga wajib mengambil berat kesihatan si kecil. Apa yang ibu makan, itulah akan disalurkan kepada si kecil melalui susu ibu. Adalah penting meneliti dan memastikan apa yang ibu konsume adalah SELAMAT & SEMULAJADI. 

Set Berpantang Dari Shaklee


Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
Tip_tip_ketika_berpantang
Secara ringkasnya supplement yang dicadangkan dalam set ini adalah seperti berikut :

✓ Membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, dll)
✓ Lengkap dengan 8 kumpulan vit b termasuk asid folik dan biotin
✓ Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
✓ Menukarkan makanan kpd tenaga.

✓ Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen.
✓ Mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

✿ Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) -
✓ Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin.
✓ Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
✓Juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

✿ Zinc –
✓ Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim) ,
✓ Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
✓ Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

✓ Membekalkan tenaga
✓ Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu.
✓ Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol.
✓ mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati. 

✓ Membekalkan kalsium yang cukup kepada ibu & bayi terutamanya yang menyusu bayi.
✓ Ia juga membantu melawaskan membuang air besar semasa dalam pantang.

Saya IBU DHIA
Berpengalaman berpantang dengan SET BERPANTANG serta SET PENYUSUAN Shaklee. 

Pakar_Nutrisi_Ibu_Dan_Anak
 Untuk Maklumat Lanjut
Wassap 0136380445
Facebook : Saadiah Fauzi
www.ibudhia90.blogpot.com
COD : Temerloh, Kuantan, Maran
Pos seluruh malaysia 

-wassalam-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com