Assalamualaikum semua. PapaG percaya ramai yang suka pergi travel kan? Tak kira bercuti di dalam ataupun di luar negara. Sebelum bercuti tentu sahaja banyak perancangan yang perlu kita buat. Samada dari segi kewangan, perancangan tempat penginapan, makanana dan sebagainya. Korang percaya tak sekarang ni booking hotel online memudahkan percutian anda?
Baru-baru ni PapaG bercuti di Melaka pun PapaG menggunakan khidmat booking hotel secara online tau. Sangat memudahkan. Korang jangan lupa baca pengalaman PapaG bercuti di Melaka baru-baru ni. PapaG pergi ke Taman Burung Melaka, menikmati coconut shake yang popular di Melaka, PapaG cuba asam pedas Melaka di Dataran Pahlawan, dan pengalaman PapaG menaiki beca di Melaka. Memang seronok tau. Jangan lupa baca kesemua entri PapaG tu yer.
Ok la, berbalik semula pada booking hotel secara online tadi, PapaG memang akui bila kita booking hotel secara atas talian amat memudahkan. Sekarang ni banyak laman-laman web khusus untuk kita membuat tempahan hotel. Lebih menarik lagi bila booking hotel online ni kadang kala boleh dapat discount. Paylesser.com antara laman sesawang yang popular untuk kita membuat tempahan mana-mana hotel bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Korang jangan lupa untuk mendapatkan Hotels.com Discount Code untuk mendapatkan harga yang lebih murah semasa korang booking hotel melalui laman sesawang ini.
Selain itu juga, di Paylesser.com juga, korang akan dapat discount hotel yang murah dari Agoda tau. Ramai yang tahu Agoda juga merupakan salah satu laman ssesawang terbaik untuk kita membuat tempahan bilik hotel. PapaG pernah menggunakan servis Agoda ini untuk booking hotel. Tetapi jika kita membuat tempahan hotel melalui Paylesser.com dengan menggunakan kod-kod diskaun yang di sediakan, kita akan dapat harga hotel yang lebih murah. Sungguh jimat kan?
Kelebihan booking hotel secara online
Dalam zaman teknolgi tinggi sekarang ni, sebenarnya ada juga yang masih tidak begitu percaya dengan khidmat tempahan hotel secara atas talian. Mungkin ramai yang masih sangsi dengan kejujuran jual beli dan mereka takut jika apa yang mereka tempah tidak betul. Oleh sebab ini, ramai yang lebih rela membuat tempahan hotel secara "walk in" sedangkan tempahan begini biasanya harganya lebih tinggi berbading booking secara online. Lebih-lebih lagi bila tempahan secara online ni kadang kala banyak offer discount. Seperti diskaun yang dibuat dari Paylesser.com ni kan.
Berikut antara 3 kelebihan dan kebaikan yang akan kita perolehi jika kita membuat tempahan hotel atau resort secara online. Antaranya:
- Jimat wang dan masa - Anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit. Selain harga tempahan lebih murah, anda tidak perlu menghubungi setiap hotel bertanyakan bilik yang kosong untuk menginap.
- Mudah dan fleksible - Urusan pemilihan dan perbandingan hotel yang menepati citarasa dan bajet boleh dibuat secara fleksible hanya dengan 1 klik sahaja.
- Tempahan saat akhir - Mencari bilik hotel yang masih kosong juga senang terutamanya jika ‘last minute‘ baru ingin nak cari hotel di sesuatu lokasi yang ingin ditujui.
Selain itu, banyak aplikasi terkini yang ada lebih memudahkan kita untuk membuat tempahan selain memberi seribu satu keselesaan kita untuk memilih jenis hotel dan juga tempat penginapan yang memenuhi budget dan kemampuan kita. Jadi, apa lagi, jangan lupa untuk mendapatkan kod-kod diskaun yang hebat dari Paylesser.com sekarang supaya korang semua dapat membuat tempahan hotel atau resort secara mudah, cepat dan jimat. Jangan lupa tau.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Ada diskaun.. Senang la nak booking nanti..
BalasPadamKadang memang booking online lebih murah
PadamGunalah Trivago..hehehe..akak pun ok je kalau tempah hotel online..lg senang...
BalasPadamtrivago memang pilihan saya jugak kak.
PadamSekarang ni semua dah dihujung jari..semua dah jadi mudah ..
BalasPadamwahhh memang mudah.. jimat masa nk survey
BalasPadam