Assalamualaikum semua. Pasir Gudang antara tempat perindustrian yang terbesar di Malaysia. Tapi siapa sangka dalam kesibukan kawasan perindustrian yang begitu, terdapat sebuah tempat yang menempatkan spesies buaya paling besar dan ganas. Siapa tak kenal dengan buaya tembaga kan? Bagi yang ingin melihat dengan dekat spesies buaya ini, Taman Sarang Buaya di Pasir Gudang merupakan tempat menarik untuk korang lawati.
Baru-baru ni PapaG dan family berkesempatan jalan-jalan sekejap di taman ni. Ternyata tempat yang dibangunkan pada bulan Februari 2009 ni mempunyai tarikan tersendiri yang pasti bakal memukau para pengunjung yang datang. Kalau korang nak tahu, keluasan Sarang Buaya yang berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Langsat Pasir Gudang ini ialah seluas 3.237 hektar dan ia dibangunkan dengan konsep habitat liar sebenar spesies buaya yang meliputi tempat untuk buaya mengawan, sarang-sarang bertelur dan pembiakan yang tersendiri. Dikatakan bilangan terkini buaya yang ada di sarang buaya ini lebih kurang sebanyak 130 ekor.
Yang menarik di sarang buaya ini, korang ditemani oleh seorang pekerja taman yang akan memberikan begitu banyak penerangan dan info-info menarik tentang buaya dan habitatnye sepanjang anda menjelajah kawasan taman ini. Tentu semua nak tahu berapa harga masuk ke taman ini kan? Harga biasa untuk orang dewasa ialah RM8. Tetapi kadang-kala ada promosi menjadi RM4 dan untuk warga emas hanya RM1 sahaja. Jika korang hendak cuba memberi makan pada buaya, korang boleh membayar RM5 untuk 14 ketol ayam yang begitu besar. Selain itu, korang jugak boleh posing-posing amek gambar dengan baby buaya tau. Bayar je RM2 nanti diorang akan bawakkan sekor buaya yang kecik dan comel. Memang best.
Pengalaman PapaG di sini memang sangat menerujakan. Lagi teruja bila melihat buaya datang pada kita untuk diberi makan. Semua buaya yang ada di dalam kolam berenang ketepi menuju tempat untuk diberi makan. Masing-masing menanti sambil bersedia untuk membuka mulut membaham ayam yang di campak pada mereka. Selain memberi makan, PapaG mengamil gambar bersama baby buaya yang comel. Mula-mula nak pengang tu agak menggelikan. Dalam ramai-ramai family, PapaG sorang je yang berani pegang dan posing dengan baby buaya tu. Rasa inilah pengalaman paling menarik untuk PapaG di taman buaya ini.
Overall, Taman Sarang Buaya di Pasir Gudang merupakan tempat menarik yang korang mesti cuba lawat bila korang ke Pasir Gudang. Pasti ianya menyeronokkan. Ok la, sampai di sini sahaja pengalaman jalan-jalan PapaG. Next time PapaG cerita lagi. Banyak lagi cerita jalan-jalan yang PapaG nak ceritakan tunggu masa hendak mengarang je ni. Tunggu ye.
With Love
Papaglamz
-sekian-
bestnya
BalasPadamLamanya pcl x bawa anak2 tgk buaya atau pergi zoo.. bila anak2 dah besar remaja memang xdelah nk zoo zoo lagi. Tggu nanti ada cuculah kot..
BalasPadam