17.11.16

Pelakon Shukri Yahya Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum semua. Siapa peminat slot akasia di TV3 memang tak kan terlepas dengan slot drama terbaru iaitu drama 7 hari mencintaiku kan? Drama yang membariskan hero dan heroin hebat antaranya Shukri Yahya dan Siti Saleha tentu sahaja menjadikan drama ini menjadi satu drama yang meletop kan. Rasanya agak lambat PapaG nak update tentang drama ini. Tapi takpe la, asalkan update. Sekarang ni (entri ditulis) drama ni dah bersiaran sebanyak 8 episod.

pelakon drama 7 hari mencintaiku, pelakon 7 hari mencintaiku, novel andai itu takdirnya, novel online, 7 hari mencintaiku, 7 hari mencintaimu ungku hariz sinopsis drama 7 hari mencintaiku

Barisan pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku

  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Wan Sharmila sebagai Sofi
  • Aman Graseka sebagai Pak Samad
  • Liza abdullah sebagai Mak Leha
  • Idris Md Diah sebagai Pak Andak
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Rosnah Johari sebagai Roziah
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Mohd Ariff sebagai Buntat (Shahrul)
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Faye Kusairi sebagai Syakilla
  • Ungku Hariz sebagai Khalil
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Zarynn Min sebagai Nurul Ain
  • Zulkifli Ismail sebagai Datuk Megat Idrus
  • Dato Ahmad Fauzee sebagai Dato Razman
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
  • Datin Ira Ghani sebagai Maria
  • Ben Ryzlan sebagai Tan Sri Raziq
  • Zila Bakarin sebagai Datin Hayati
  • Lia Natalia sebagai Zurita
  • Mak Wan sebagai Mak Limah

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku


Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?

Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.

Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?

Lagu tema / OST Drama 7 Hari Mencintaiku

Tajuk : Lelaki Teragung 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Jangan lupa menonton. Tapi jangan lupa solat maghrib dan mengaji jua tau. Jangan hanyut dengan keseronokan dunia jer.

With Love
Papaglamz

-sekian-

12 ulasan:

  1. novel tu ciktie dah baca dah memang best cuma drama tu je tak sempat nak tengok lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk online je klu x smot tgk kt tv3 tu

      Padam
  2. sempat papaglam layan drama ne?

    jemput singgah cikmijah.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk klu dan je. Klu x sempat, lyn online je.

      Padam
  3. saya dah baca novel dia mmg best!
    dan sy harap jalan cerita drama ni tak lari dari novel yg asal. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula, tapi kdg ble dlm drama ni ad tokok tmbh skit bagi sedap.

      Padam
  4. novel dia best tapi drama xtgk la plk haha

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com