Assalamualaikum semua. Lelaki sememangnya mempunyai bau badan yang kuat. Kadang kala bau badan boleh membuat orang disekeliling kita rasa tidak selesa. Bila orang sekeliling kita tidak selesa, kemungkinan untuk kita hilang kawan tinggi. Tentu sahaja kita akan keseorangan nanti. Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik. Apa kata cuba 4 cara menghilangkan bau badan dengan sumber alam semula jadi ini. Insyallah berkesan nanti.
Sumber : Google
Limau Kasturi
Potong sebiji limau Kasturi. Selepas potong, buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Insyallah bau badan korang akan hilang nanti.
Daun Sirih
Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif. Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria. Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas. Biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Bila sudah sejuk minum air rendaman sirih tadi. Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang. Kalau rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambah sedikit gula.
Timun
Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan. Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil. Semasa mandi, gosokkan kepingan timun itu pada seluruh badan.
Setelah itu barulah dibilas bersih.
Bunga Cengkih
Kalau tiada selera untuk minum air sirih, boleh guna bunga cengkih. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang. Kemudian minum air rendaman tersebut. Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau.
Haa macam mana? Mudah je kan petua-petua untuk menghilangkan bau badan dengan bahan alam semulajadi ni kan? Kebanyakan bahan-bahan ni mudah diperolehi di kedai-kedai runcit biasa je. Jadi apa tunggu lagi. Jom cuba 4 cara menghilangkan bau badan ni. Selamat mencuba.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Sumber : Cari.my
great tips
BalasPadam