Dari Hantu Raya ke Anyam Ketupat, Cerita SH Engagement kat Cerating 2025

Dari Hantu Raya ke Anyam Ketupat, Cerita SH Engagement kat Cerating 2025

Tanggal 22 April 2025, bertempat di Royal Chulan Cerating — tempat yang cukup eksklusif untuk percutian, tapi hari tu kami conquer untuk program SH Engagement Department kami. Bukan engagement nak tunang ya, ni engagement antara team management dan staf-staf hebat lain department aku.


Team lab dan rakan-rakan

Program kali ni memang lain macam. Bukan sekadar datang dengar taklimat pastu balik. Dia siap campur-campur, ada tema raya, ada team building, ada presentation achievement last year, ada kaunter check kesihatan, dan tak lupa juga makanan yang buat lupa ko tengah diet.

Sebelum Program Start: Cucuk Dulu Baru Sembang

Sebelum sesi rasmi bermula, peserta yang datang awal boleh singgah dulu kat kaunter pemeriksaan kesihatan. Siap ada staff dari klinik datang buat cek tekanan darah, gula dalam darah, BMI, dan macam-macam lagi.

Ada yang confident terus masuk, ada juga yang pura-pura sibuk cari tandas sebab takut jumpa jarum. Tapi lepas tengok nurse dia senyum manis, terus semua beratur elok. Hehe.

Sesi Pagi: Otak Makan Info

Pagi-pagi kami start dengan sesi serius sikit. Sesi pembentangan achievement tahun 2024 dan planning 2025. Time ni semua muka fokus, ada yang semangat ambil nota, ada yang semangat ambil gambar slide (dan ada juga yang semangat tahan mata dari tertutup sendiri 😂). Tapi overall, info yang dikongsi memang power.

Taklimat dari En. Amir, GM kita

En. Shahruny our Site Director

Sesi Tengahari: Hantu Raya Menjadi!

Lepas tu, kami masuk ke sesi team building yang paling ONZZZZ. Permainan Hantu Raya, versi kita ubah suai dari Warewolf. Yang ni sumpah kelakar! Masing-masing unleash bakat terpendam. Siap ada yang patutnya boleh pergi audition drama TV3 slot Akasia.

Ni tengah struggle membela diri sebab kene accuse kita jadi Hantu Raya. Padahal bukan


Keriuhan permainan Hantu Raya

Tutup mata semua. Hantu Raya nak beraksi

Aku sendiri pun berlakon bukan main. Tahan gelak tu satu hal, nak elak kena ‘bunuh’ tu lagi satu seni. Tapi yang bestnya, semua masuk game, semua enjoy. Suara gelak bersahut-sahut macam pesta.

Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Makan Tengahari: Syurga Lidah Bertema Raya

Lepas penat menjerit sebab takut hantu raya (dan takut kantoi), kita recharge balik tenaga dengan jamuan raya. Ya Allah, nikmat tak terhingga. Lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, semua ada. Boleh kata meja makanan tu macam buffet Aidilfitri level kampung halaman. Kalau ada muzik latar lagu Dendang Perantau masa makan tu, memang syahdu habis.

Makan time


Sesi Petang: Explore Race – Ketupat, Kelapa dan Kecoh

Petang tu kita sambung dengan aktiviti Explore Race. Dibahagi kepada 4 kumpulan, masing-masing terus aktif macam masuk rancangan realiti TV.

Antara cabaran dalam Explore Race petang tu memang macam-macam gaya. Cabaran pertama, kami kena isi air dalam botol pakai span. Bunyinya macam main budak-budak petang kat taman, tapi bila buat sendiri, berpeluh macam tengah masuk Ironman Cerating Edition. Span kecil, botol besar, dan tekanan tu tinggi sebab semua nak menang.

Masuk cabaran kedua, anyam ketupat – haa ni memang tempat aku bersinar. Aku anyam semua ketupat dalam 4 minit je. Kalau ada markah gaya anyaman, konfem dapat bonus markah sebab hasilnya elok dan padat. Hehe. Berangan la kau..!!!

Jom la menganyam


Aku dok sebok fokus menganyam, boleh pulak masing-masing pose belakang aku

Cabaran seterusnya, boling kelapa – satu aktiviti yang buat kita rasa kelapa tu macam ada personal vendetta. Baling dah macam bowler Sri Lanka, tapi pin tetap berdiri teguh macam tiang bendera. Bila akhirnya satu pin jatuh, semua bersorak macam menang pingat emas.

Jatuh je tak pin tu? Die punya tengok kau main lagi

Last sekali, kami main batu seremban dan telefon buruk versi lukis-lukis, bukan bisik-bisik. Konsep dia senang je – orang pertama dapat satu perkataan, lepas tu kena lukis, orang kedua tengok lukisan tu dan teka, orang ketiga lukis semula, dan orang seterusnya teka lagi, sampailah ke orang terakhir. Tema kami masa tu ada tiga perkataan: baju melayu, pokok kelapa, dan pelita. Dua yang last tu berjaya diteka dengan penuh jitu – hasil seni lukisan pokok dan pelita boleh tahan kreatif. Tapi bila masuk “baju melayu”, lukisan tu terus jadi misteri. Makin lama makin hilang hala tuju, dan akhirnya bila sampai kat orang terakhir, perkataan yang keluar jadi “belajar menari”. Kami pun tak pasti bila baju bertukar jadi gerakan tari, tapi yang pasti semua tergolek gelak tak cukup nafas.

Teringat time kecik-kecik main batu seremban


Telefon buruk

Dan guess what? Team aku menang! Juara Explore Race ni. Bangga weyh. Boleh buat letak dalam resume ni. Hahaha.

Nilah die tema juara...!!!!



Team terpaling bolot semua hadiah. Hahahaha

Kudos to the AJK!

Overall, program ni memang function habis. Tak rasa pun bosan walaupun mula dengan sesi formal. Semua berjalan lancar, penuh gelak tawa, dan yang penting, kita semua rasa lebih rapat, lebih faham, dan lebih semangat untuk capai target 2025.

Tahniah kepada team organizer! Korang bukan setakat plan program, tapi berjaya cipta kenangan manis yang kami akan ingat sampai bila-bila. BRAVO...!!!

Enjoy...!!!

Dah 37 Pun Masih Dapat Hadiah, Alhamdulillah!

Dah 37 Pun Masih Dapat Hadiah, Alhamdulillah!

Tahun ni birthday aku jatuh pada 4 April — ya, kebetulan tengah sibuk raya.

Waktu tu memang tak ada ruang nak feeling birthday sangat. Pagi raya dah sibuk dengan bakso, tengah hari baraan, malam pun masih berjalan rumah ke rumah.  api lepas seminggu raya dah reda sikit, bini aku datang bagi satu kejutan.

Dengan muka bersalah tapi ada senyum manja dia tu, dia hulur satu kotak sambil cakap,

"Maaf la bang, hadiah lambat sikit. Raya hari tu kita sibuk sangat."

Aku senyum je. Dalam hati dah berbunga dah. Tapi bila buka je kotak tu… terus senyum tu bertukar jadi senyum wangi. Rupanya dia belikan aku dua botol perfume jenama Dolcea. Ya, yang famous kat TikTok & Instagram tu — yang Syed Saddiq dengan Bella Astillah promote tu.

Yang ni bau ala-ala Arab

Yang ni bau sweet-sweet gitu la

Satu bau dia jenis pak-pak Arab — ala mewah, eksklusif, macam abang sheikh yang baru keluar masjid pakai jubah putih berkilat. Satu lagi jenis bau sweet-sweet, tapi still maskulin dan segar. Bau yang bila kita pakai, orang sebelah confirm tanya, "Eh wangi la, pakai perfume apa?"

Yang buat aku rasa best bukan sangat pasal perfume tu, tapi sebab dia ambil masa fikir pasal apa aku suka, dan belikan ikut style aku.

Yelaaa aku ni jenis yang tak tau pun apa yang aku sendiri suka. 

Kadang tu, bini aku siap bising,

"Nak belikan hadiah pun susah! Abang ni suka apa pun tak tau!"

Bila dia tanya:

"Abang suka warna apa? Bau apa? Gaya macam mana?"

Aku dengan tenangnya jawab:

"Apa-apa je lah."

Haaa… mau tak pening kepala dia. Hahaha. Tapi tu la, walaupun aku jenis tak demand, bila dia belikan sesuatu yang memang ngam dengan jiwa aku, terus rasa macam… “Ooo ni rupanya citarasa aku eh?”.

Dia kenal aku lebih dari aku kenal diri sendiri kot. Dan sebab tu la perfume tu — walaupun orang nampak macam hadiah biasa — jadi sangat bermakna untuk aku. Setiap kali aku sembur perfume tu sebelum keluar rumah, aku akan senyum sikit — bukan sebab bau je, tapi sebab teringat orang yang belikan dengan penuh kasih sayang.

Perfume boleh habis, tapi moment ni simpan dalam hati lama-lama.

Enjoy...!!!

"Persuasive Communication" - Training Chill-chill, Tapi Banyak Benda Aku Dapat!

"Persuasive Communication" - Training Chill-chill, Tapi Banyak Benda Aku Dapat!

Weekdays yang lepas, aku berpeluang join satu program leadership training yang sangat menarik dan bermakna – It's kind of Leadership Training gitu la. Communicating Persuasively. Program ni buat kat Zenith Hotel, Kuantan – tempat yang selesa, sesuai nak recharge diri dan belajar benda baru. Traing dalam 2 hari jugak. So, 2 hari jugak la kita off laptop tak masuk office ye. Recharge katanya. Hahaha


Yang bestnya, program ni bukan jenis duduk diam dengar ceramah semata. Tapi penuh dengan aktiviti yang buat aku lagi faham macam mana nak jadi pemimpin yang ada impak – terutama dari segi komunikasi. Kami belajar kenal gaya komunikasi masing-masing, sama ada jenis Driver, Amiable, Expressive atau Analytical. Setiap orang lain gaya, dan semua gaya tu ada kekuatan tersendiri.


Bukan sekadar cakap, tapi bagaimana kita connect dengan orang lain

Itulah point penting yang aku dapat. Dalam kerja, especially bila kita bawa team atau handle situasi penting, cara kita bercakap dan menyampaikan mesej tu memainkan peranan besar. Tapi lagi penting – adakah orang rasa difahami, dihargai dan termotivasi lepas dengar kita bercakap?


Program ni juga bagi peluang aku kenal ramai kawan baru dari pelbagai bahagian. Sembang santai, gelak sama-sama, buat aktiviti kumpulan – semua tu buat bonding jadi kuat. Bila tengok balik gambar yang kita ambik, rasa seronok dan semangat tu memang terasa!

Secara keseluruhan, aku rasa program ni antara yang paling power aku pernah join. Bukan je tambah ilmu, tapi bagi aku kesedaran diri, keyakinan, dan inspirasi untuk jadi pemimpin yang lebih ikhlas dan memberi makna.

Baca juga - BASF Petronas Event - Digital Discovery Roadshow: Level Up Your Digital Skill!

Thank you kepada semua fasilitator yang susun program ni dengan jayanya. Harap akan ada lagi leadership training sebegini lepas ni – aku pun masih lagi belajar, dan leadeship journey aku tak pernah habis.

Enjoy...!!!


Bukan Jem, Tapi Lori – Kisah Kesabaran Nak Balik Kampung

Bukan Jem, Tapi Lori – Kisah Kesabaran Nak Balik Kampung

13 tahun aku kerja di Kuantan. Dan dalam tempoh tu, balik kampung ke Batu Pahat dah jadi macam acara wajib bulanan atau tahunan. Yang menariknya? Tak pernah lagi tersangkut dalam jem teruk. Tapi… bukanlah semuanya smooth macam dalam iklan minyak enjin.

Actually, dari Kuantan ke Batu Pahat, takde highway weh. Yang ada cuma jalan persekutuan, kampung demi kampung, simpang demi simpang, dan sudah semestinya… sangat banyak lori kat jalan ye.

Paling menguji iman bila beratur panjang belakang lori balak, lori sawit, lori isotank – semua jenis lori yang kalau kita potong, boleh berdoa dulu dalam hati. Tambah pula bila jalan dua lorong je, memang kena sabar menunggu port selamat baru boleh potong. Kalau cuaca hujan, lagilah... drama.

Baca juga - Cuti Balik Kampung jom Singgah Kari Kambing 40 Hari

Tapi yang aku suka – walaupun takde highway, jalan tak pernah terlalu sesak. Takde stuck 2 jam kat tol, takde crawl 30 minit nak keluar exit. Paling-paling pun kena praktis skill mengekori lori dengan penuh tawakal.

Kadang-kadang bila jalan tenang, aku boleh layan view kampung, bukit-bukit hijau, dan playlist nostalgia zaman sekolah. Anak kat belakang lena, bini dah start bekal makanan – so walaupun bukan jalan laju, tapi hati tenang.

Kesimpulan dia, balik kampung dari Kuantan ke Batu Pahat tak perlukan highway – cukup dengan kesabaran, roti gardenia dan sikap reda bila jumpa lori balak. Hehehe

Enjoy...!!!

Gerendol Dua Dapur: Bila Bubur Raya Jadi Lawak Keluarga!

Gerendol Dua Dapur: Bila Bubur Raya Jadi Lawak Keluarga!

Raya kali ni memang happening habis. Macam biasa, bila semua adik-beradik balik kampung, rumah pun jadi macam pasar malam – riuh, penuh gelak ketawa, dan dapur tak pernah sunyi. Kitorang memang ada dua port utama – rumah lama mak dan rumah kakak aku. Dua rumah ni sebelah-sebelah je, tapi bila bab masak-masak ni, kadang-kadang boleh jadi dua dunia berbeza.

Cerita bermula petang raya ketiga, aku dengan abang plan nak buat bubur gerendol (ada orang panggil bubur biji nangka). Satu hidangan nostalgia yang wajib ada bila semua dah berkumpul. Macam biasa, aku yang jadi runner – pergi beli barang dan bawa balik letak atas meja dapur rumah kakak aku.

Lepas solat, aku pun start la projek bubur gerendol ni dengan bini dan anak-anak buah. Time nak uli tepung, aku mula rasa pelik – aku beli dua bungkus tepung, tapi yang ada cuma satu. Dalam hati aku fikir, “Aduh, mungkin tertinggal kat kedai.” Tapi takpe lah, kita redah je dengan apa yang ada.

Tengah syok-syok gerendol nak siap, tiba-tiba abang aku muncul dari rumah mak. Muka dia macam orang tengah cari harta karun. Dia pun tanya,

“Eh, ada santan lebih tak?”

Aku tanya balik,

“Santan buat apa?”

Dia jawab,

“Buat gerendol la.”

WHATT?!! Aku tergelak besar –

“Aku pun tengah buat gerendol ni!”

Rupa-rupanya abang aku pun tengah buat bubur yang sama kat dapur sebelah, dan teka apa? Tepung aku yang ‘hilang’ tu sebenarnya dia dah ‘selamatkan’ dan guna untuk projek dia. Hahaha! Patutlah hilang satu bungkus.

Baca juga - 4 April - Antara Syukur dan Rindu yang Tak Pernah Padam

Puncanya?

Masa aku balik dari beli barang, aku ada pesan kat sorang anak buah supaya panggil abang aku datang buat sama-sama. Tapi entah la mungkin aku yang tersalah cakap ataupun mesej yang disampaikan tu salah. Dia pergi sampaikan mesej suruh abang aku buat gerendol kat rumah mak, bukan datang ke dapur kakak aku. Maka terhasillah dua versi bubur gerendol – satu versi dapur lama, satu lagi dapur moden.

Walaupun tersilap komunikasi, dua-dua bubur habis juga. Sedap weh! Dua-dua dapur power! Takde isu, takde siapa berkecil hati. Yang ada cuma gelak tak habis-habis bila ingat balik kejadian tu.

Itulah dia kisah gerendol dua dapur – kalau tak buat kita kenyang, mesti buat kita ketawa! Raya memang tentang keluarga, makanan... dan lawak spontan yang jadi kenangan manis sampai ke tahun depan.

Ada yang pernah alami kejadian lebih kurang macam ni? Share la, nak gelak sama-sama!

Enjoy...!!!

Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Raya-raya ni, selain makan kuih tart nenas dan pergi baraan, satu lagi benda yang tengah meriah — Serumpun Challenge!

Lagu raya baru dari Mimi Fly ni memang padu habis, catchy gila. Dekat TikTok memang bersepah orang buat cover, siap ada gaya tarian khas dan paling unik — siap ada sign language sekali dalam choreo dia. Respect!

So, kita pun join the vibe laaa.

Tak sangka wehh… famili aku semua sporting, dari anak-anak sampai la ke mak dan bapak mertua aku pun on je! Mula-mula buat suka-suka je, tapi bila tengok hasil video… eh, boleh tahan juga kita ni. Rasa macam satu family K-pop raya edition! 😂

Tarian Serumpun ni bukan je fun, tapi dia macam eratkan lagi bonding satu keluarga.

Gelak-gelak hafal step, salah gerak, ulang rakam banyak kali… semua tu jadi kenangan manis raya tahun ni.

So yeah…

Enjoy Serumpun Dance Challenge dari famili aku!

Walaupun bukan pro, tapi yang penting semangat tu ada. Raya ni bukan pasal perfect, tapi pasal kita enjoy sama-sama.

Enjoy...!!!

Baraan - Tradisi Raya Johor yang Tak Pernah Hilang Seri

Baraan - Tradisi Raya Johor yang Tak Pernah Hilang Seri

Kalau sebut pasal musim raya, dan kau orang Johor… tradisi baraan memang satu benda yang wajib ada dalam senarai nostalgia.

Kat kampung aku sendiri, baraan ni dah jadi rutin tetap setiap kali raya kedua atau ketiga. Masa tu, geng-geng anak muda kampung—dari yang sekolah menengah sampai la yang dah masuk umur kerja—akan berkumpul, bergerak dari satu rumah ke satu rumah dalam kampung.


Bukan sekadar datang makan kuih atau kumpul duit raya. Tapi niat utama baraan ni lebih besar daripada tu. Kitorang akan berselawat, baca doa, dan memuji kebesaran Allah bersama-sama, dalam suasana yang penuh berkat dan semangat ukhuwah.

Kat kampung aku, baraan ni dah ada sejak lebih 40 tahun dulu. Dari aku kecik, aku dah ikut dari belakang, sambil tengok abang-abang kampung laung selawat sambil senyum dan ketuk pintu rumah orang. Sekarang, aku pulak yang sambung langkah-langkah tu—bawa anak sendiri ikut sama.

Tiba-tiba kene jadi juru cakap

Dan yang paling aku suka pasal baraan ni—tuan rumah tak perlu sediakan apa-apa pun. Sekadar apa yang ada. Kami datang bukan nak makan, bukan nak minum. Kami datang sebab nak ziarah. Nak eratkan silaturahim. Nak doakan kesejahteraan sesama jiran.

Baraan ni bukan sekadar tradisi—ia satu bentuk dakwah, satu cara jaga silaturrahim, dan lambang kuatnya komuniti kampung. Kalau dulu ramai yang naik motor, sekarang pun masih ramai yang kekal naik motor, ye la senang bergerak, boleh cilok jalan sempit. Ada juga yang berjalan kaki je, sebab rumah-rumah dekat dan suasana kampung tu memang best untuk jalan pelan-pelan sambil borak.

Dan jujurnya, baraan ni antara sebab kenapa aku sayang kampung aku. Tradisi yang tak semua tempat ada, tapi Johor… dia simpan elok-elok budaya ni sampai hari ni.

Moga tradisi ni terus hidup, dan anak-anak kita nanti pun dapat rasa nikmatnya baraan macam mana kita rasa dulu.

Enjoy...!!!

4 April - Antara Syukur dan Rindu yang Tak Pernah Padam

4 April - Antara Syukur dan Rindu yang Tak Pernah Padam

Tahun ni aku masuk umur 37. Sweet ke tak sweet, tak tahulah… tapi umur makin banyak, tu pasti. Orang kata hidup ni makin naik nombor, makin dekat la kita dengan destinasi akhir. Aku pun dah mula rasa benda tu.

Kebetulan tahun ni, 4 April jatuh masa cuti raya. Jadi sambutan pun ala-ala raya, simple je dekat kampung dengan family. Dapat makan sedap, dapat duduk rehat, dapat tengok mak senyum—cukup dah untuk aku.

Tapi 4 April ni bukan sekadar birthday.

4 April jugak... Adalah hari aku kehilangan satu-satunya anak lelaki aku.

Ya, mungkin ramai ucap "Happy Birthday!" hari ni… Dan aku pun senyum, ucap terima kasih. Tapi dalam hati aku, ada satu ruang yang kosong dan sunyi, yang tak akan pernah penuh balik.

Anak aku, yang sekejap je Allah pinjamkan… tapi cukup untuk buat aku rasa macam mana rasanya sayang yang tak ada hujung.

Hari pengkebumian Muhammad Ramadhan (4 April 2022)
Dan bila dia pergi, aku rasa macam sebahagian dari hati aku pun ikut hilang.

Jadi, 4 April ni, selamanya akan jadi tarikh yang istimewa, tapi dalam cara yang sangat personal.
Tarikh yang buat aku muhasabah, buat aku tunduk diam, dan bercakap lebih lama dengan Tuhan.

Aku bersyukur sebab umur panjang sampai ke 37.

Tapi aku juga rindu pada seorang anak yang aku tak sempat nak tengok membesar.

Semoga dengan bertambahnya umur aku, bertambah juga iman, sabar, amal, dan kekuatan untuk jadi manusia yang lebih baik.

Dan semoga suatu hari nanti, aku dapat jumpa semula anak aku di tempat yang paling indah.

Selamat ulang tahun buat diri sendiri.

Dan selamat jalan rindu, sampai kita bertemu lagi.

Salam Rindu...!!!

Raya & Bakso: Ziarah Raya Rumah Besan!

Raya & Bakso: Ziarah Raya Rumah Besan!

Dalam senarai ziarah wajib musim raya, selain rumah sedara-mara dan sahabat handai, satu tempat yang confirm masuk list adalah… rumah besan mak aku. Yes, rumah mak mertua aku.

Bergambar dengan mak mertua aku. Yang duduk pakai cermin mata tu mak mertua aku. Sebelahnya mak ku.

Tahun ni, bila semua adik-beradik dah berkumpul kat rumah mak, kitorang pun plan la untuk ziarah raya sama-sama. Jadi, aku pun bawak la mak aku dan adik-beradik aku ke rumah mertua aku — besan kepada mak aku. Seronok tengok dua keluarga besar boleh duduk berbual, gelak ketawa, makan sama-sama. Macam kenduri kecil-kecilan.

Dan kalau dah sampai rumah mertua aku masa raya ni, satu benda yang wajib ada — BAKSO TULANG LEMBU. Serius, dah jadi makanan tradisi Syawal untuk keluarga mertua aku. Setiap tahun, tetamu yang datang mesti tanya, "Tahun ni buat bakso ke tak?Kalau tak buat, memang rasa macam tak lengkap Syawal tu.

Bakso ni bukan calang-calang, ya. Tulang lembu besar, isi padat, kuah dia kaw! Rasa dia memang umphh gila. Aku sendiri pun kalau boleh, nak makan pagi, petang, malam. Raya pertama tu je aku sempat makan tiga mangkuk.

➡️ Satu sebelum solat raya,
➡️ satu lepas solat raya,
➡️ satu lagi masa tengah hari.

Tak termasuk suapan "nak rasa sikit je" dari mangkuk orang lain. Hahahaha! Kembung perut bukan halangan, asalkan dapat nikmati sup panas-pedas yang padu tu.

Seronok bila dua keluarga boleh duduk semeja, makan sambil bercerita, tengok mak aku dengan mak mertua borak mesra—itu semua momen raya yang tak ternilai.

Kalau korang datang beraya rumah mertua aku dan nampak bakso atas meja tu—jangan tanya, terus ambil mangkuk. Confirm tak menyesal! 😋🍜

Bakso & Raya, satu kombinasi yang tak boleh dipisahkan.

Raya Kedua kita ke Open House Wak Jadud, Sambil Ejas Masa Dengan Mak

Raya Kedua kita ke Open House Wak Jadud, Sambil Ejas Masa Dengan Mak

Raya kedua tahun ni, sementara tunggu abang-abang dan adik-beradik lain balik rumah mak, aku sempat bawak mak pergi open house Wak Jadud kat Sungai Dulang.

Biasa la, tahun ni ramai adik-beradik yang outstation beraya rumah mertua masing-masing. Tapi aku dengan kakak aku ni jodoh sekampung, jadi boleh la ejas masa dengan family mak kami. Asalkan susun jadual betul-betul, semua boleh jadi.

Lelaki yang berkopiah putih tu la wak jadud. Sebelah kiri die tu mak aku.


Sesi bergambar dengan sepupu-sepupu dan anak buah

Wak Jadud ni kira abang kepada mak aku, dah tua juga. Kalau mak aku 75 tahun, dia mungkin dah lebih 80 tahun. Jalan pun dah tak larat sangat, sama macam mak aku. Jadi bila dia buat open house, rasa macam wajib datang, sebab bukan selalu dapat jumpa.

Sampai je rumah Wak Jadud, jumpa sepupu-sepupu, mak sedara, pak sedara, yang lama tak bersua. Masing-masing dah besar panjang, dah beranak-pinak. Ada yang aku tak cam langsung! Haha, biasalah, jumpa setahun sekali (itu pun kalau sempat). Tapi bila dah duduk berbual, memori lama muncul balik—teringat zaman budak-budak dulu main sama-sama.

Suasana memang meriah. Sembang, makan, gelak-gelak, dan yang paling penting, mak aku nampak gembira. Itu pun dah cukup buat aku rasa puas hati.

Baca juga - Raya Ke-3 - Tema Warna-Warni, Raya Penuh Seri!

Terima kasih Wak Jadud sebab sudi jemput. Moga Allah panjangkan umur, beri kesihatan yang baik buat Wak Jadud, mak aku, dan semua ahli keluarga. Semoga ukhwah kita terus erat, walaupun masa dan jarak makin jauh. InshaAllah.

Kadang-kadang, raya bukan pasal berapa banyak rumah kita pergi, tapi berapa banyak hati yang kita bahagiakan. Raya kedua ni simple, tapi penuh makna.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com