Kalau sebut pasal musim raya, dan kau orang Johor… tradisi baraan memang satu benda yang wajib ada dalam senarai nostalgia.
Kat kampung aku sendiri, baraan ni dah jadi rutin tetap setiap kali raya kedua atau ketiga. Masa tu, geng-geng anak muda kampung—dari yang sekolah menengah sampai la yang dah masuk umur kerja—akan berkumpul, bergerak dari satu rumah ke satu rumah dalam kampung.
Bukan sekadar datang makan kuih atau kumpul duit raya. Tapi niat utama baraan ni lebih besar daripada tu. Kitorang akan berselawat, baca doa, dan memuji kebesaran Allah bersama-sama, dalam suasana yang penuh berkat dan semangat ukhuwah.
Kat kampung aku, baraan ni dah ada sejak lebih 40 tahun dulu. Dari aku kecik, aku dah ikut dari belakang, sambil tengok abang-abang kampung laung selawat sambil senyum dan ketuk pintu rumah orang. Sekarang, aku pulak yang sambung langkah-langkah tu—bawa anak sendiri ikut sama.
Tiba-tiba kene jadi juru cakap
Dan yang paling aku suka pasal baraan ni—tuan rumah tak perlu sediakan apa-apa pun. Sekadar apa yang ada. Kami datang bukan nak makan, bukan nak minum. Kami datang sebab nak ziarah. Nak eratkan silaturahim. Nak doakan kesejahteraan sesama jiran.
Baraan ni bukan sekadar tradisi—ia satu bentuk dakwah, satu cara jaga silaturrahim, dan lambang kuatnya komuniti kampung. Kalau dulu ramai yang naik motor, sekarang pun masih ramai yang kekal naik motor, ye la senang bergerak, boleh cilok jalan sempit. Ada juga yang berjalan kaki je, sebab rumah-rumah dekat dan suasana kampung tu memang best untuk jalan pelan-pelan sambil borak.
Dan jujurnya, baraan ni antara sebab kenapa aku sayang kampung aku. Tradisi yang tak semua tempat ada, tapi Johor… dia simpan elok-elok budaya ni sampai hari ni.
Moga tradisi ni terus hidup, dan anak-anak kita nanti pun dapat rasa nikmatnya baraan macam mana kita rasa dulu.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan