Malam Kimia Penuh Makna - 2024 Pahang Branch

Malam Kimia Penuh Makna - 2024 Pahang Branch

Pada 23 Februari 2024, aku dan isteriku meluangkan masa untuk menghadiri acara makan malam Malam Kimia yang dianjurkan oleh IKM Pahang Branch. Anak-anak kami tinggal bersama pengasuh, memberikan ruang untuk kami berdua menikmati malam itu bersama.  


Tema makan malam kali ini ialah "Hawai," dan lokasinya dihias indah dengan suasana tropika. Dekorasi belon berbentuk buah-buahan seperti nenas, daun palma, dan flamingo ceria menghiasi ruang, memberikan rasa seperti berada di tepi pantai. Lampu-lampu rotan yang digantung di atas menambahkan sentuhan magis dan santai pada malam itu.  

Makan malam itu "not bad" — makanan yang dihidangkan sederhana tetapi cukup memuaskan. Namun, yang paling menyeronokkan adalah peluang bertemu dengan rakan-rakan lama dan baharu dalam bidang kimia. Ada yang aku kenali dan sudah lama tidak jumpa, manakala ada juga muka-muka baharu dari sekitar Kuantan. Sesi perbualan kami penuh dengan gelak tawa dan nostalgia.  

Selain makan malam, acara itu turut diserikan dengan persembahan karaoke. Suasana bertambah meriah apabila rakan-rakan tampil di atas pentas menyanyikan lagu-lagu santai, ada juga yang memilih lagu dengan vibe pantai dan tropika. Ada yang menyanyi dengan penuh semangat walaupun sumbang, tetapi itulah yang membuatkan suasana lebih ceria. Tidak kurang juga yang tampil dengan suara merdu, membuatkan kami semua terhibur. Aku dan isteriku turut bersorak memberi semangat kepada mereka di pentas.  

Sebelum pulang, aku dan isteri sempat bergambar kenangan di sebuah cermin besar yang dihiasi dengan lampu-lampu halus. Aku mengenakan kemeja kasual, manakala isteriku tampil anggun dalam pakaian floral yang manis, sesuai dengan tema Hawai. Malam itu menjadi satu momen istimewa — satu gabungan antara kerjaya dan hubungan peribadi yang erat.  

Mungkin sesekali meluangkan masa untuk acara sebegini adalah satu bentuk penghargaan terhadap diri sendiri dan pasangan. Ia membuatkan aku lebih menghargai momen-momen kecil bersama orang tersayang.  

Enjoy...!!!

Aktiviti Water Rafting di Kuala Kubu Baru - Spike up your Adrenaline

Aktiviti Water Rafting di Kuala Kubu Baru - Spike up your Adrenaline

Pengalaman Water Rafting di Kuala Kubu Baru dengan Kawan-Kawan Kerja

Pada 23 Ogos lepas, aku dan kawan-kawan dari tempat kerja buat aktiviti outdoor yang betul-betul seronok, ala-ala "go to nature" gitu – water rafting kat Kuala Kubu Baru (KKB). Memang best gila! Kami gerak dari Kuantan pada hari Jumaat tengah hari. Masing-masing excited nak cuti, tapi travel jauh-jauh dulu, sampai je KKB terus check-in ke homestay.


Malam tu, tak ada agenda yang berat sangat. Kami buat aktiviti free flow je, sambil lepak-lepak tunggu ahli kumpulan yang lain sampai. Macam-macam cerita keluar, gelak-gelak je. Ada yang cerita pasal kerja, ada yang update pasal drama life masing-masing. Memang malam tu santai habis!

Pagi Sabtu, semua bangun awal sebab excited nak try water rafting. Sebelum gerak ke tempat aktiviti, kami breakfast kat homestay. Makanan pagi tu memang power, ada roti telur, nasi lemak, teh tarik… siap makan banyak, macam nak bekal tenaga sepanjang hari! Lepas siap breakfast dalam pukul 9 pagi, kami pun bergerak ke tempat rafting.

Kira-kira pukul 11 pagi, sampai lah kami kat lokasi water rafting. Sebelum mulakan, macam biasa, ada sesi briefing. Instructor tunjuk cara handle perahu dan bagi safety briefing. Tapi, time ni lah ada yang gelabah, ada yang cool, macam-macam perangai. Lepas briefing, semua pun ready. Tugas utama – jangan terjatuh dalam air! Hahaha!

Kitorang start rafting dalam pukul 11.30 pagi, dan tak sangka 2 jam lebih berlalu macam tu je! Memang best! Ada yang hampir jatuh, ada yang gelak sakan bila perahu terbalik sikit, ada yang “terlepas” dayung. Tapi, semua tetap enjoy! Kalau ada yang takut pun, kejap je terus hilang bila dah rasa seronok main air. Sampai pukul 2 petang, balik semula ke homestay. Semua penat tapi puas hati!

Petang tu, ada yang terus tidur sebab penat gila, ada yang relax dengan memancing kat kolam homestay, dan ada juga yang demam sikit (rasanya sebab sejuk sangat lepas berrafting, hahaha!). Nasib baik homestay ada swimming pool, so tak la bosan sangat. Boleh chill, basahkan diri sekejap.

Malam tu pula, kami ada BBQ dan tukar-tukar hadiah. Wah, part tukar hadiah ni memang paling meriah! Ada yang dapat hadiah lawak, ada yang dapat hadiah berguna. Semua gelak besar, happy betul! Kami sambung lepak-lepak sampai pukul 12 malam, then masing-masing tidur dengan senyum puas.

Ahad pagi, sambil-sambil breakfast, ada yang mandi kolam lagi. Habis kembang semua, badan rasa fresh balik. Lepas tu, kami check out dan decide untuk singgah makan durian. Kat KKB kan memang terkenal dengan durian, jadi memang wajib singgah kejap. Lepas puas makan durian, masing-masing pun bergerak balik ke Kuantan.


Malam tu, semua sampai rumah masing-masing, penat tapi penuh dengan memori best. Alhamdulillah, seronok betul aktiviti kali ni. Esoknya, kerja balik la… tapi tak kisah, sebab pengalaman ni memang takkan dilupakan!

Enjoy..!!!

Rakyat Malaysia Boleh Merentas Negeri Esok 11 Oktober 2021

Rakyat Malaysia Boleh Merentas Negeri Esok 11 Oktober 2021

Assalamualaikum semua

Hari ini, tentu ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman yang telah pun disampaikan oleh Perdana Menteri, YB Ismail Sabri. Telahan awal rakyat tentang kebenaran untuk merentas negeri betul-betul mengena.

YB Perdana Menteri telah membuat pengumuman berkenaan dalam sidang media khas yang terlah berlangsung pada jam 3 petang tadi. 

Alhamdulillah, perkara ini tentu sahaja menjadi perkara yang paling gembira buat semua rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, kebenaran merentas negeri ini diberikan buat mereka yang telah lengkap mengambil 2 dos vaksin. Jadi, bagi anda yang belom lengkap tu sila duduk diam-diam ya.

Selain itu, PM juga menasihatkan rakyat agar terus kekal menjaga SOP agar kes positif Covid-19 tidak akan meningkar secara mendadak. 

Baca juga : Datuk Azizul Hasni Awang Show-off Pemandangan Pantai Di Melbounrne Yang Cantik TANPA Perlu Ikut SOP Covid-19

Memetik persoalan yang diajukan oleh wartawan ketika sesi tersebut, PM berkata, jika kes positif Covid-19 akan meningkat juga, hanya PKPD yang berbentuk lokaliti akan dilakukan. Bukan satu negara. Tapi, diharapkan agar rakyat semua mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab untuk terus menjaga diri dan keluarga.

Jom jadikan kebenaran ini sebagai satu peluang untuk kita menziarahi kelurga yang selama ini jauh dimata.

Akhir kata, hati-hati dijalan raya. Ingatlah orang tersayang.

With love

Papaglamz

-sekian-

 Down To Earth - Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga RM27.00 Undang Pujian Warganet

Down To Earth - Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga RM27.00 Undang Pujian Warganet

Assalamualaikum semua

Baru-baru ini menjadi bualan warganet tentang sifat rendah diri Permaisuri Selangor Tuanku Permaisuri Norasyikin yang bersahaja mengenalan tudung keluaran Fazura yang hanya berharga RM27.00 itu. Ramai yang tahu bahawa hubungan baik antara selebriti terkenal tersebut bersama tuanku permaisuri bagaikan sebuah keluarga. 

Kesudian tuanku mengenalan tudung keluaran Fazura itu mengundang rasa gembira buat pemiliknya. Faruza juga meluahkan rasa berbesar hari melihat sikap tuanku yang sudi mengenakan tudungnya itu melalui posting di instagram milik peribadi beliau.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri. Junjung Kasih Tuanku. Semoga ALLAH SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” titip Fazura.

Warganet rata-rata memuji penampilan dan imej Tengku Permaisuri Norashikin yang manis.

Susulan dari itu, ramai di kalangan peminatnya mula mencari tudung berkenaan untuk dimiliki.

- “Terus nampak exclusive dan expensive.”

- “Nak place order laaa Kak Udaaaa.”

- “ Bestnya... Please restock dear.”

- “Sungguh rupawan permaisuri negeri saya.”

- “Mohon keluarkan balik Kak Uda.”

- “Masya-ALLAH...bertuah sungguh Fazura dapat penghargaan dari Tuanku Permaisuri memakai tudung Fazura. Kelihatan sangat jelita dan eksklusif!”

With Love

Papaglamz

-sekian- 


Kesihatan Elyana Semakin Menggusarkan - Kos Rawatan Kenser Limforma Cecah 250 Ribu Ringgit

Kesihatan Elyana Semakin Menggusarkan - Kos Rawatan Kenser Limforma Cecah 250 Ribu Ringgit

 Assalamualaikum semua

Penyanyie yang pernah popular dengan lagu "Tarik Tali" sedang berjuang dengan kenser limpforma tahap 4 sejak 10 tahun yang lalu. 

Memetik dari Harian Metro, Elyana berkongsi kepada pembaca bahawa penyakit dan kesihatannya semakin menggusarkan kebelakangan ini. Beliau dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini.

Baca juga : Neelofa Hamil?

Namun begitu, Elyana menjelaskan bahawa perkara itu agak’ berat’ baginya kerana ia mencecah RM50,000 untuk satu rawatan dan ia memerlukan Elyana untuk melakukan 5 kali rawatan.

“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.”

Katanya lagi, dengan situasi sekarang, dia terkesan dengan jumlah pendapatannya dan ia menggusarkan Elyana memandangkan kos rawatan itu tinggi.

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas.”

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu, pendedahan itu dibuat menerusi konsert Gegar Vaganza pada tahun 2017.

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan Elyana dipermudahan dalam menjalani rawatannya.

With Love

Papaglamz

-sekian-

Neelofa Hamil? Masih Lagi Bermain Teka-teki

Neelofa Hamil? Masih Lagi Bermain Teka-teki

 Assalamualiakum semua,

Baru-baru ini berita tentang kehamilan Neelofa hangat diperkatakan oleh warganet. Sebelum ini, Neelofa pernah berkongsi gambar yang seakan menunjukkan 'baby bump' telah menjadi viral di media sosial telah menjadi trending. Tetapi, sehingga kehari ini, Neelofa masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan tentang berita kehamilannya.

Memetik dari OhBulan, baru-baru ini dalam satu majlis Pengagihan Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bersama Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diadakan di Surau Al Mustaqim, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, beliau telah mengadakan sesi soal jawab bersama wartawan. Sudah pasti, isu kehamilan beliau menjadi antara persoalan hangat dalam kalangan wartawan yang hadir.

Baca juga : Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

TUNGGU

Berkata kepada wartawan, Neelofa tidak menafikan dan tidak juga mengiyakan tentang berita kehamilan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Bagi beliau, soal kehamilan ini adalah sesuatu yang agak sensitif untuk diberitahu kepada umum dan sudah pasti ada sebab tersendiri mengapa beliau tidak mahu menjawab soalan itu

"Kalau katakanlah desas-desus terbabit betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua. Berita gembira yang dikongsikan itu adalah satu doa."

"Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai pelindungan."

"Saya fahami kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukan sesuatu berita yang perlu disorokkan."

Walauapapun yang berlaku, kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasanga Neelofa dan juga PU Riz.

With Love

Papaglamz

-sekian- 


Datuk Azizul Hasni Awang Show-off Pemandangan Pantai Di Melbounrne Yang Cantik TANPA Perlu Ikut SOP Covid-19

Datuk Azizul Hasni Awang Show-off Pemandangan Pantai Di Melbounrne Yang Cantik TANPA Perlu Ikut SOP Covid-19

Assalamualaikum semua

Vaksin adalah antara jalan alternatif untuk kita bebas dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Dengan pengambilan vaksin, kebebasan untuk kita membuat aktiviti seharian akan lebih dilonggarkan. Jadi, sebagai rakyat malaysia marilah kita sama-sama menyahut seruan kerajaan untuk mengambil vaksin demi kemaslahatan kesihatan awam.

Terbaru, jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam posting twitter peribadinya mengajak orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid019 untuk menikmati lebih banyak kebebasan dan kelonggaran SOP.


Beliau membuat kenyataan tersebut diposting twitter miliknya dengan berlatarbelakangkan suasana sebuah pantai di Melbourne, Victoria di Australia. Ingin menunjukkan betapa dengan peratusan penduduk yang mengambil vaksin yang tinggi, insyallah kita akan menikmati kelonggaran SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Yang pasti, hanya melalui pengambilan vaksin Covid-19 kelonggaran tersebut akan dapat kita nikmati.

Tambah beliau, hanya melalui vaksin COVID-19 kelonggaran tersebut dapat dinikmati dan tiada jalan lain buat masa ini.


Jom kita tonton perkongsiang beliau kongsikan di laman twitter peribadi milik beliau


"Hi semua, ini Azizulhasni Awang (The Pocket Rocketman) seperti yang anda dapat lihat di belakang terdapat ramai orang berada di pantai. Ini adalah keadaan biasa di Australia dan tidak kira di mana pun, apabila matahari keluar orang ramai akan membanjiri pantai.

"Kenapa? ia mudah kerana mereka mahu menikmati matahari, berehat, berjumpa kawan dan sudah tentu untuk berseronok. Bagaimana ini dapat dilakukan?

"Jawapannya mudah, hanya melalui vaksin. Vaksin merupakan solusi untuk COVID-19 pada waktu ini tidak kira anda suka atau tidak. Jadi untuk semua kawan-kawan dan peminat di Malaysia, ambillah vaksin, tidak tahu nak cakap macam mana lagi dah, ambil vaksin ya," 

With Love

Papaglamz

-sekian


Cornetto Love Rose Sudah Ada Di Malaysia | Cepat Grab Sebelum Kehabisan

Cornetto Love Rose Sudah Ada Di Malaysia | Cepat Grab Sebelum Kehabisan

Assalamualaikum semua

Cornetto Love Rose ialah aiskrim yang viral dan dah masuk Malaysia! Tengok pada rupanya sangat-sangat cantik. Sebiji macam bunga ros. 

Cornetto Love rose

Nampak sangat cantik kan? Aiskrim dia atas rose, tengah putih tu rasa sangat-sangat creamy dan mengasyikkan tau! Dalam putih tu ada coklat sos pulak! Kon dia pun rasa coklat rangup teruk! Tengok pun nampak sangat-sangat sedap kan?


Cepat...!! Pergi beli sekarang kat mana-mana kedai serbaneka di seluruh Malaysia, Lazada, Shopee & FoodPanda. Love sangat dengan #CornettoLoveRose


With Love

Papaglamz

-sekian=-

Inilah Dia RAHSIA Membuat Bawang Goreng Rangup Dan Wangi

Inilah Dia RAHSIA Membuat Bawang Goreng Rangup Dan Wangi

Assalamualaikum semua

SEDAPNYA bawang goreng ini dan kalau boleh, mahu atah sampai habis sepaket. Nampak macam senang sahaja jika dibuat sendiri.

Sebenarnya senang sangat untuk membuat bawang goreng 'homemade' di rumah. Lebih segar, lagi rangup dan wangi dan yang paling penting, jimat.

Jom kita lakukannya mengikut resipi daripada Ahmad Salehuddin Amirwan ini. Senanglah nak makan bawang goreng, stok sudah ada.

Baca juga : 11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba

CARA MEMBUAT BAWANG GORENG RANGUP DAN WANGI

1. Mula-mula kupas kulit bawang. Nak mudah, rendam dalam air panas jadi senanglah untuk dikupas kulit.

2. Kemudian, hirislah bawang itu nipis-nipis.

3. Lepas dihiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.

4. Selepas sudah kering, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak harus betul-betul panas, baru masukkan bawang. Kemudian, rajin-rajinlah gaul supaya bawang itu masak sekata.

5. Apabila sudah kekuningan garing, bolehlah angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.

TIPS DARIPADA MAK:

* Apabila warna bawang sudah mula kekuningan, bolehlah perlahankan api dapur supaya bawang tidak hitam dan hangus.

* Bahagian inilah biasanya orang terlepas pandang kerana apabila hitam, bawang itu akan menjadi pahit dan tidak sedap.

* Sentiasa kacau apabila sudah perlahankan api. Kacau sampailah ia garing. Sudah garing bolehlah angkat.

* Saya buat 2kg bawang dapatlah 1 bekas.

Kredit: Ahmad Salehuddin Amirwan

With love

Papaglamz

-sekian-


Anugerah Bintang Popular (ABP34) - Zul Ariffin, Remy Ishak dan Zizan Razak tidak tersenarai

Anugerah Bintang Popular (ABP34) - Zul Ariffin, Remy Ishak dan Zizan Razak tidak tersenarai

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengelola majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 mengesahkan undian diperoleh tiga calon artis awal ABP34 dalam kategori solo menerusi pencalonan Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular tidak akan dikira dan tidak disenaraikan pada tangga lima teratas.



Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABP34, Shamshul Azree Samshir berkata ia juga merangkumi undian seorang calon kategori YouTuber Popular, yang mengumumkan menarik diri sebelum ini.

Menurut Shamshul, sebagai acara hiburan berprestij yang mementingkan integriti dan legasi dicipta lebih tiga dekad lalu, ABP mahu terus memberi mandat kepada peminat untuk menentukan artis mana yang layak bergelar Bintang Paling Popular.

Pun begitu, katanya, undian diperoleh tiga artis untuk kategori atas talian iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambil kira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan.

“Tiga artis solo itu adalah Zizan Razak yang tersenarai dalam calon awal kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan kategori online Gandingan Serasi Filem Popular; Zul Ariffin (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular.

“Selain itu, Zul juga mendapat dua pencalonan dalam kategori online Gandingan Serasi Drama Popular) serta Remy Ishak (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular dan kategori online Gandingan Serasi Drama Popular).

“Calon kategori Artis YouTuber Popular yang turut menyatakan hasrat menarik diri daripada pencalonan awal ABPBH 34 ialah Zukie Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baca Juga : Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

Selain itu, kata Shamshul, pihaknya menghargai keutuhan, kesetiaan dan sokongan peminat terhadap penggiat seni walaupun industri kreatif tempatan dilihat agak sepi sejak pandemik Covid-19 melanda, 18 bulan lalu.

“Tidak keterlaluan jika dianggap peminat adalah penyelamat kepada kelangsungan dunia hiburan yang perlahan-lahan bangkit semula susulan kelonggaran diberi kerajaan kepada penggiat industri kreatif, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, ABP mahu terus menyemarakkan industri kreatif dengan menyantuni sokongan diberi peminat terhadap penggiat seni termasuk artis yang tercalon dalam pusingan awal dan akhir ABP34,” katanya.

Shamshul juga berkata, ABP turut memperakui bakat dan sumbangan anak seni yang menepati syarat ditetapkan Jawatankuasa Penjurian ABP34 untuk dicalonkan dalam kategori utama dan online acara anugerah ini saban tahun.

“Sehubungan itu, ABP berharap usaha menyemarakkan industri kreatif pada era pandemik ini, dan lebih penting memberi peluang pekerjaan kepada petugas belakang tabir sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran edisi ke-34 ABP ini dapat diteruskan atas semangat kekitaan sesuai dengan tema tahun ini #KITABERSAMA.

“Kami juga ambil maklum mengenai sebab-sebab penarikan diri mereka, dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan yang sesuai bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, demi memastikan acara tahunan ini mampu menyumbang dengan lebih efektif dalam memartabatkan lagi industri kreatif tanah air,” katanya.

Pada malam kemuncak ABP34, sebanyak 14 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular.

Selain itu, kategori lain termasuk Penyampai Radio Popular, Watak Animasi Popular, enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.

Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular mula dibuka hari ini.

Sumber - Utusan Malaysia

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com