Pencarian WhatsApps Menjadi Topik Hangat Trending Satu Dunia

Pencarian WhatsApps Menjadi Topik Hangat Trending Satu Dunia

 Assalamualaikum semua

Berikutan sistem WhatsApp, Facebook dan Instagram Down bermula 5 Oktober 2021 tepat jam 1200 tengah malam, sudah pasti topik in menjadi isu hangat yang diperkatan oleh warganet. 

Meninjau pencarian di Google Trends, sebanyak 200K carian berkenaan dengan topik WhatsApp telah dicari oleh warganet serata dunia. 

Selain topik wassap, topik berkenaan Facebook dan juga Instagram juga menjadi trending. Antara pencarian yang trending ialah seperti berikut:

facebook down

whatsapp problem

whatsapp down

instagram down

whatsapp problem today

facebook problem

is whatsapp down

mark zuckerberg

facebook server down

is facebook down

is facebook down today 2021

whatsapp down today

whatsapp server down

Baca Juga : Sistem WhatsApp, Facebook dan Instagram Down Buat Warganet Kecoh

whatsapp not working

why whatsapp is not working

is instagram down

login facebook

Downdetector

facebook instagram and whatsapp down

whatsapp app

what happened to whatsapp

5xx server error

fb down

whatsapp down 2021

facebook down today

whatsapp not working today

whatsapp inc.

facebook problem today

what happened to whatsapp today

Facebook is down

what happened to facebook today

facebook stock

facebook whatsapp down

Namun, pagi ini servies bagi ketiga-tiga platform social terbabit sudah pun kembali normal. 

With Love

Papaglamz

-sekian-

Sistem WhatsApp, Facebook dan Instagram Down Buat Warganet Kecoh

Sistem WhatsApp, Facebook dan Instagram Down Buat Warganet Kecoh

 Assalamualaikum semua

Sistem WhatsApp, Facebook dan juga Instagram mengalami masalah servisnya. Aku rasa ianya bermula jam 1200 tengah malam 5 Oktober 2021. Masa mula-mula tu aku rasa kenapa whatsapp tak lepas-lepas. Ingatnya masalah pada line internet. Tak bayar bila ke apa kan. Rupa-rupanya memang sistem wassap, facebook dan instagram mengalami masalah di seluruh dunia. 

Aku saja meninjau di laman twitter. Ternyata, twitter tak mengalami masalah seperti yang dialami oleh facebook, instagram dan whatsapp. 

Ternyata, hasil carian WhatsApp, facebook down dan Mark Zuckerberg menjadi trending. Warga twitter ramai yang mengeluh dan tak kurang juga melawak bila facebook dan wassap down dengan berseloroh membandingian twitter dengan social media yang lain. Memang mencuit hati nitizen ni. 



So korang macam mana? Ada effek kat korang ke bila wassap down, facebook down dan instagram down jugak?

Update.. 

Memang betul WhatsApp, Facebook dan Instagram Down



Berikut berita yang aku dapat dari harian metro.

Perkhidmatan WhatsApp, FB dan Instagram tergendala

Kuala Lumpur: Perkhidmatan gergasi social media iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu.

Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 43 peratus pengguna menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

Wujud juga laporan menyatakan bahawa ia mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan menghadapi gangguan perkhidmatan.

Disiarkan pada: October 5, 2021 @ 12:26am
Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

With love
Papaglamz
-sekian-


Pingat Gangsa Untuk Malaysia - Badminton Piala Sudirman 2021

Pingat Gangsa Untuk Malaysia - Badminton Piala Sudirman 2021

Assalamualaikum semua

Satu kejayaan paling manis buat skuad negara apabila dikalungkan pingat gangsa atas kejayaan muncul sebagai semi finalis bersama Korea dalam Kejohanan Piala Sudirman 2021.

Memori 12 tahun kembali menjelma!

Tahniah Presiden, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Norza Zakaria & Persatuan Badminton Malaysia.

Kalian kebanggaan seluruh rakyat Malaysia

With Love

Papaglamz

-sekian-


5 Kesan Negatif Sidai Baju Basah Dalam Rumah

5 Kesan Negatif Sidai Baju Basah Dalam Rumah

Assalamualaikum semua

RASANYA rata-rata daripada kita suka sidai baju dalam rumah. Lebih-lebih lagi, apabila basuh pada waktu malam dan tidak kurang juga yang memang suka jemur di dalam rumah atas sebab-sebab tertentu.

Biasanya kalau sidai baju dalam rumah disebabkan oleh tiada ampaian, tinggal di pangsapuri dan mungkin juga yang sudah terbiasa jemur di dalam rumah.

Ada juga yang memberi alasan kerana takut hujan dan tiada orang di rumah. Jalan selamat, jemur sahaja dalam rumah.

Baca Juga : Doakan kedua ibu dan bapa kita

Ada sesetengah alasan mungkin boleh diterima apabila sidai baju dalam rumah. Tetapi, sebenarnya ia tidak elok untuk kesihatan diri dan keluarga yang kita tidak nampak.

5 Kesan Negatif Sidai Baju Basah Dalam Rumah

1. Penyebab Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tidak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut memberi kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.

4. Penyakit Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan Sistem Ketahanan Badan

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangkut, cuci kering lagi selamat.

Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah kepada sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Mingguan Wanita : Kadang-kadang, kita ingat benda ‘simple’ ini okay sahaja. Tetapi, kita tidak tahu apa akan berlaku nanti. Kalau boleh, elak dan jangan biasakan.

Sumber: PetuaIbu Melalui Mingguan Wanita

With Love

Papaglamz

-sekian

Sesi Persekolahan Bersemuka Bermula di Negeri Sembilan - 4 Oktober 2021

Sesi Persekolahan Bersemuka Bermula di Negeri Sembilan - 4 Oktober 2021

Assalamualaikum semua

Hari ini terbaca berita tentang sesi persekolahan bersemuka telah bermula. Di Negeri Sembilan pada hari ini, sesi persekolah bersemuka telah bermula yang melibatkan seramai 23,111 orang pelajar. Ia melibatkan seramai 14,779 pelajar tingkatan lima, 1,855 pelajar tingkatan enam rendah dan 1,333 pelajar tingkatan enam atas.

Semoga lebih banyak lagi sekolah-sekolah di Malaysia yang akan dibuka untuk sesi pembelajaran secara bersemuka kelak. Insyallah.

Sumber - Astro Awani

With Love

Papaglamz

-sekian-

Keputusan Mengejut Perlawanan Aksi EPL Tottenham VS Manchester United - 3 Oktober 2021

Keputusan Mengejut Perlawanan Aksi EPL Tottenham VS Manchester United - 3 Oktober 2021

Assalamualaikum semua

Kekalahan Manchaster United (MU) kepada Tottenham 1-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur semalam sangat mengejutkan. 


Gol jaringan yang dihasilkan oleh Pierre-Emile Hojberg minit ke-27 diikuti jaringan sendiri Matt Targett (71') memastikan kelab London tersebut kembali ke landasan kemenangan dengan mengumpul 12 mata setelah mengharungi tujuh perlawanan.

Bca juga : Skor 3- 0 Benifica Vs Barcelona | Keputusan Luar Jangkaan 30 September 2021

Sudah pasti kemenangan ini membangkitkan kembali semangat pasukan Tottenham sekaligus mengurangkan tekanan terhadap pengendali Nuno Esprito Santo yang kebalakangan ini dikritik di atas persembahan hambar pasuakan itu.

With Love

Papaglamz

-sekian-

TERKINI- Keputusan Separuh Akhir Badminton Piala Sudirman 2021 Malaysia VS Jepun

TERKINI- Keputusan Separuh Akhir Badminton Piala Sudirman 2021 Malaysia VS Jepun

Assalamualaikum semua

Sudah lama Malaysia tidak melangkah ke pusingan separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman. Kemenangan Malaysia melawan Indonesia diperingkat suku akhir adalah sesuatu yang sangat bersejarah. Kontijen Malaysia yang diketuai oleh Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir yang akan menentang Jepun. Sebelum ini, dalam pertemuan peringkat kumpulan D, kita tewas 1-4 dengan pasukan Jepun. Namun, malam tadi sekali lagi kita kalah menentang Jepun dengan agregat 1-3.

Piala Sudirman 2021

Walau apapun keputusannya, tahniah buat barisan pemain badminton negara yang baru yang pastinya akan menjadi pelapis sukan badminton negara pada masa akan datang.

Baca Juga : Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

MALAYSIA [1] VS [3] JEPUN 2.10.2021

BEREGU LELAKI – JEPUN MENANG

SET 1 15-21

SET 2 14-21


PERSEORANGAN WANITA- JEPUN MENANG

SET 1 7-21

SET 2 5-21


PERSEORANGAN LELAKI MALAYSIA MENANG

SET 1 22-20

SET 2 21-19


BEREGU WANITA JEPUN MENANG

SET 1 19 21

SET 2 17 21


BEREGU CAMPURAN (tidak bertanding)

SET 1

SET 2

With Love

Papaglamz

-sekian-

Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

 Assalamualaikum semua

Aku sekarang macam baru-baru nak kenal apps tiktok. Sambil-sambil scroll timeline tiktok, aku rasa banyak video drama I-Tanggang yang aku tengok. First impression tentang drama ni macam menarik. So aku search googla nama drama ni. Rupanya ada di Astro Citra.

Drama I-Tanggang dah mulakan siarannya pada 13 September 2021 setiap hari Isnin, jam 9 malam. 

Drama ini mengetengahkan issue penderittan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Menarikkan? Rasanya kat Malaysia ini adalah drama pertama yang mempunyai tema sebegini. Antara pelakon drama I-Tanggang ini adalah Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak serta diterbitkan oleh KL Motion Pictures.

Watak - watak pelakon drama I-Tanggang

Sherie Merlis sebagai Erma

Faizal Hussein sebagai Rahmat

Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)

Nadhir Nasar sebagai Syafiq

Emma Sofea sebagai Esra

Sofia Jane sebagai Dr Nini

Andy Teh sebagai Dr Norman Arif

Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

Sinopsis Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang. 

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?..

Selamat menonton.

With Love

Papaglamz

-sekian-


Apple iPhone 13 Pro Max | Harga di Malaysia & Spec

Apple iPhone 13 Pro Max | Harga di Malaysia & Spec

 Asslamualaikum semua.

Berikut ialah harga Iphone 13 san juga spec yang korang perlu tahu sebelum membelinya.

Apple iPhone 13 Pro Max Specification





Harga Apple iPhone 13 Pro Max

Harga iphone 13 Pro Max ialah bermula dari RM5299 - RM7599

With Love
Papaglamz
-sekian-
Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

 Assalamualiakum semua

Indonesai tewas ditangan Malaysia. Pertamanya, tahniah buat pasukan Malaysia yang dapat menewaskan pasukan Indonesia diperingkat suku akhir Piala Sudirman 2021. Kekalahan ini menghentikan terus perjuangan pasukan Indonesia dalam kategori beregu yang mana perlawanan berlangsung pada malam tadi (1/10/2021)

Malaysia berjaya melangkah ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 3-2 kepada Indonesia. 

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA  3  INDONESIA 2

Aaron Chia/Soh Wooi Yik mn Marcus Fenaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12, 21-15 (33 minit)

Kisona Selvaduray kk Gregoria Mariska Tunjung 20-22, 21-18, 19-21 (67 minit)

Lee Zii Jia mn Anthony Sinisuka Ginting 21-11, 21-16 (44 minit)

Pearly Tan/Thinaah Muralitharan kk Greysia Polii/Apriyani Rahayu 20-22, 21-17, 18-21 (91 minit)

Hoo Pang Ron/Cheah Yee See mn Praveen Jordan/Melati Daeva Oktavianti 21-19, 9-21, 21-16 (61 minit)

Tahniah barisan kontigen Malaysia

With Love

Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com