Home » All posts
Kek Coklat Oreo Kukus Mudah 3 Bahan | Kek Coklat Kukus Moist Simple Ukur...
Kek Coklat Oreo Kukus Mudah 3 Bahan | Kek Coklat Kukus Moist Simple Ukuran Cawan
Assalamualaikum semua. Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat. Saya kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus. Bajet semua bawah RM10. Memang berbaloi kalau buat ni.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Tags
kek coklat mudah dan sedap, kek coklat mudah sukatan cawan, kek coklat mudah kukus, kek coklat moist, resepi kek,
Mamee Daebak Habanero Kimchi Jjigae & Spicy Chicken Noodles | CANORNOTCH...
Assalamualaikum semua.
Hai, jom tonton video aku makan Mamee Daebak Habanero Kimchi Jjigae & Spicy Chicken Noodles.
Selamat menonton.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Tag :
mamee daebak habanero kimchi jjigae, mamee daebak habanero kimchi, mamee daebak habanero spicy chicken, ghost pepper, daebak habanero, mukbang malaysia, habanero, spicy chicken, habanero kimchi jjigae, habanero spicy chicken, kimchi jjigae, mukbang, mukbang malaysia, canornotchallenge, asmr, kl, kl foodie, spicy food spicy ramen, samyang ramen, ghost pepper, habanero, habanero pepper
Resepi Chicken Chop Dan Sos Black Paper Homemade | Sos Black Paper Simple
Assalamualaikum semua.
Chicken chop adalah juadah yang berasal daripada barat. Ianya telah diubah suai mengikut citarasa orang kita dan sehingga kini, ianya telah menjadi kegemaran kita semua. Pelbagai restoran telah menjual juadah ini, daripada yang mahal sehingga yang murah, dimana mana sahaja anda boleh mencarinya.
Baiklah, untuk video kali ini, saya kongsikan bagaimana cara yang mudah untuk membuat chicken chop bersama kauh black paper. Bahan-bahan yang saya perlukan untuk gorengan ayam Ayam - Saya guna bahagian dada ayam 2 senduk tepung gandum 2 senduk tepung jagung 1 sudu besar serbuk lada putih
gram secukupnya
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam
2 biji telur
Bahan-bahan yang saya perlukan untuk membuat sos lada hitam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu tepun jagung yang di bancuh dalam air
Enjoy.....!!!!!!!
With Love
Papaglamz
-sekian-

Resepi Talam Berlauk
Assalamualaikum semua. Nak tahu cerita sis ni buat kuih talam berlauk? Jom layan resepi kuih talam berlauk ni.
Honestly this is the best kuih talam berlauk I have ever eaten..sedapp, lembut, secukup rasalah pada kami...selalunya yang biasa kita nampak kuih talam berlauk toppingnya adalah daging cincang kan..tapi yang ni gunakan udang..itu yang membuatkan kita nak mencuba..lagipun tengok recipe senang aje nak buat dan bahan2 semuanya ada kat rumah..
Jom tonton : Resepi Rempah Ayam BBQ Edisi Masak Outdoor di Pantai Cherating
Resepi Talam Berlauk
Bahan:-(Ayu gunakan loyang 10")
3 cawan tepung gandum
200ml santan cap ayam - atau 1 cawan santan segar pekat
4 cawan air - atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
Untuk Lauk:-
Udang size kecil dalam 200g (ikut suka)-(Ayu gunakan udang sederhana besar tapi dihiris dua dan dipotong dadu)
8 ulas bawang merah-(Ayu lebihkan)
2 ulas bawang putih-(Ayu lebihkan sedikit)
1 sudu besar udang kering(ditumbuk)
2 biji cili merah-(Ayu campur gunakan cili padi merah)
sediit daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada sulah
sedikit gula(dalam 1/4 sudu kecil)
garam secukup rasa (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
sediki minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Cara:-
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup & daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yang dibuang kulit & cili merah. Bubuh sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa.Bila udang sudah masak tutup api dan masukkan bawang yang telah digoreng tadi bersama daun sup & daun bawang gaul rata. Ketepikan.
Satukan bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang kedalam bekas, ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus dalam 15 minit dulu. Kemudian buka dan tabur bahan lauk yang telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yang telah diasingkan tadi sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Setelah sejuk barulah dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Kredit ayu
With Love
Papaglamz
-sekian-

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN
Assalamualaikum semua. Siapa peminat asam pedas? Jom kita cuba resepi asam pedas ikan patin ni. Boleh buat makan tengahari.
Jom tonton : Cara Mudah Nak Buat Jagung Manis Lemak Berkrim
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan asam keping
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 btg serai dititik
Daun kesum
1 bunga kantan dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
15 tangkai cili kering dikisar
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sedikit belacan (ikut suka)
Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang
Cara-cara
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.
Tumis bawang, serai dan cili kering yang telah dikiasr tadi hingga naik bau.
Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.
Masukkan ikan, garam, gula dan belacan jika suka,biar sehingga ikan masak, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Selamat mencuba!
With Love
Papaglamz
-sekian-

RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH
Assalamualikum semua. Sekarang ni kalau ada majlis pape kuih talam adalah antara side dish yang terbaik. Jom cuba resepi kuih talam gula merah yang mudah ni.
Jom tonton : Best and Easy Creamy Butter Chicken Recipe
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah:
1 cawan gula* | (*) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur
Cara:
1.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2.Gaulkan adunan dan tapiskan.
3.Tuangkan dalam loyang dan kukusan selama 20 minit.
4.Bila dah masak cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.
Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara:
1.Gaul dan tapiskan.Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.
2.Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit.
3.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.
Kredit damai qalbu
Selamat mencubaa.
With Love
Papaglamz
-sekian-

RESEPI KUIH LIDAH BUAYA/TIRAM
Assalamualaikum semua. Siapa suka makan ni? korang panggil keropok apa? Lidah buaya,tiram,kapal terbang?
Resepi mudah dan ringkas!!! Jom cuba resepi kuih lidah buaya/tiram
Bahan A
3 gelas tepung gandum
1 biji telur
1 sd mkn mentega (tak letak pun boleh)
Air secukupnya
Pewarna jika suka
Jom tonton : Masak Maggie Goreng Bersama Anak-anak
Bahan B
3 sd makan tepung jagung
1 1/2 sd mkn minyak masak
*campur jadikan pes.
*gula (kisar)
Cara-cara
Uli bahan A sehingga menjadi doh seperti doh karipap, pastikan tidak lembik,bahagikan doh kpd 2 dan rehatkan sebentar.
Canai tipis doh, kemudian sapukan bahan B sehingga rata, gulung doh dan potong dgn pisau..Selepas tu canai setiap bahagian yang dipotong.
*bila sdh selesai, panaskan minyak dan goreng dlm minyak terendam, api "medium heat"
*biarkan sejuk kemudian tabur dgn gula kisar
Selamat mencuba.
Rujukan: Jom Belajar Buat Bisk
With Love
Papaglamz
-sekian-

How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple
How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple – Papaglamz TV
Hi semua. Hari in saya nak kongsikan resepi corndog simple (corndog recipe). Corndog ni mula dikenali ramai bila adanya influence dari drama-drama korea. Kiranya corndog ni makanan dari negara diorang.
Sebenarnya mudah je nak buatnya. Homemade corndogs ramai je yang mencubanya sekarang ni. Dan menjadi tau. So saya pun nak cuba la.
Jom tonton : How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple
Banyak je resepi corndog yang korang boleh cari kat google. kalau koran nak cuba boleh google:
how to make corn dogs from scratch,
resepi corn dog,
easy corn dogs recipe
dan banyak lagi..!!!
So, enjoy this video dan selamat mencuba gais..!!!
With Love
Papaglamz
-sekian-
Label
#BloggerTalk
About
AFB
Foodsglamz
Germany
Giveaway
Hiburan
Penafian
Resepi
Resepi Ayam
Resepi Batang Keladi
Resepi Brownies
Resepi Daging
Resepi Ikan
Resepi Kek
Resepi Kerang
Resepi Nasi
Resepi Sambal
Resepi Sayur
Resepi Sotong
Review
segmen
Semasa
Shaklee
Shawl Exclusive by Papaglamz
Shopee
Site Map
sukan
Tentang Pengarang
Tinta Papaglamz
Tipsglamz
Travelglamz
Youtube Channel