RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH

RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH

Assalamualikum semua. Sekarang ni kalau ada majlis pape kuih talam adalah antara side dish yang terbaik. Jom cuba resepi kuih talam gula merah yang mudah ni.

Jom tonton : Best and Easy Creamy Butter Chicken Recipe


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:
1 cawan gula* | (*) masak dan sejukkan 
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara:

1.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2.Gaulkan adunan dan tapiskan.
3.Tuangkan dalam loyang dan kukusan selama 20 minit.
4.Bila dah masak cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.

Lapisan atas:

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara:

1.Gaul dan tapiskan.Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.
2.Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit.
3.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.


Kredit damai qalbu

Selamat mencubaa.

With Love
Papaglamz

-sekian-
RESEPI KUIH LIDAH BUAYA/TIRAM

RESEPI KUIH LIDAH BUAYA/TIRAM

Assalamualaikum semua. Siapa suka makan ni? korang panggil keropok apa? Lidah buaya,tiram,kapal terbang?


Resepi mudah dan ringkas!!! Jom cuba resepi kuih lidah buaya/tiram


Bahan A

3 gelas tepung gandum
1 biji telur
1 sd mkn mentega (tak letak pun boleh)
Air secukupnya
Pewarna jika suka

Jom tonton : Masak Maggie Goreng Bersama Anak-anak

Bahan B

3 sd makan tepung jagung
1 1/2 sd mkn minyak masak
*campur jadikan pes.
*gula (kisar)

Cara-cara

Uli bahan A sehingga menjadi doh seperti doh karipap, pastikan tidak lembik,bahagikan doh kpd 2 dan rehatkan sebentar.

Canai tipis doh, kemudian sapukan bahan B sehingga rata, gulung doh dan potong dgn pisau..Selepas tu canai setiap bahagian yang dipotong.

*bila sdh selesai, panaskan minyak dan goreng dlm minyak terendam, api "medium heat"

*biarkan sejuk kemudian tabur dgn gula kisar
Selamat mencuba.

Rujukan: Jom Belajar Buat Bisk

With Love
Papaglamz

-sekian-
How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple

How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple

How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple – Papaglamz TV

Hi semua. Hari in saya nak kongsikan resepi corndog simple (corndog recipe). Corndog ni mula dikenali ramai bila adanya influence dari drama-drama korea. Kiranya corndog ni makanan dari negara diorang.


Sebenarnya mudah je nak buatnya. Homemade corndogs ramai je yang mencubanya sekarang ni. Dan menjadi tau. So saya pun nak cuba la. 

Jom tonton : How To Make Corndog | Resepi Corndog Simple

Banyak je resepi corndog yang korang boleh cari kat google. kalau koran nak cuba boleh google:

how to make corn dogs from scratch,
resepi corn dog,
easy corn dogs recipe 

dan banyak lagi..!!!

So, enjoy this video dan selamat mencuba gais..!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Assalamualaikum semua. Jom layan resepi siakap 3 rasa ala thai yang mudah ni. Selamat mencuba.

Jom tonton : Resepi Rempah Ayam BBQ Edisi Masak Outdoor di Pantai Cherating


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:

2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum – guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Memasak:

1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Selamat mencuba..!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
HOMEMADE | Resepi Sangkaya Ala-ala Boat Noodles

HOMEMADE | Resepi Sangkaya Ala-ala Boat Noodles

HOMEMADE | Resepi Sangkaya Ala-ala Boat Noodles - Papaglamz TV

Asslamulaikum semua. Ada yang tercari-cari resepi sangkaya ala-ala boat noodle tu? Mai sini saya kongsikan HOMEMADE | Resepi Sangkaya Ala-ala Boat Noodles.


Resepi sangkaya mudah ni saya cuba dengan bantuan cik abang google la. Siapa lagi kan? Korang jangan lupa untuk mencuba sangkaya pandan ni tau.

Nak tahu bahan-bahan serta cara buat sangkaya pandan ni sila lah menonton video ini sehingga ke penghujungnya. Klik link di bawah ni.

Jom tonton : HOMEMADE | Resepi Sangkaya Ala-ala Boat Noodles - Papaglamz TV

Enjou this video dan selamat mencuba...!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
RESEPI BINGKA LABU KEMBOJA

RESEPI BINGKA LABU KEMBOJA

Assalamualaikum. Sedapnya dapat makan bingka labu petang-petang kan? Saya ternampak resepi bingka labu ni di facebook. Jom la layan. Siapa nak buat, boleh la cuba. Ok.!

Jom tonton : Video Resepi Butter Kek Simple dan Sedap


Bahanp-bahan

1 cwn tepong gandom (bagi penoh cwn )
1 cwn susu cair
1 cwn santan pekat
1 cwn gula pasir ( tak mahu manis 3/4 cukup gula )
200 gram labu yg telah direbos dan dilecek .
3 biji telor
2 sb minyak masukan dlm loyang
1 sk garam
1 sk minyak sapi gee .
Sedikit bijan


Cara membuatya

Blend kesemua bhn masukan kedlm loyang yg telah dipanaskan telebeh dahulu 10 minit , taburkan bijan dan bakar lebehkurang 40 minit suhu 150 darjah celcious.

Selamat mencuba.

Kredit Hajah zainab bt Mawan

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Telur Gulung Korea | Korean Egg Roll Recipe

Resepi Telur Gulung Korea | Korean Egg Roll Recipe

Assalamualaikum semua. Ok la, video kali ni saya nak share cara-cara nak buat korean egg roll yang mudah dan sangat-sangat simple. 


Telur gulung atapun korean egg roll ni sangat popular. Selain cara nak buat telur gulung ni yang mudah ia juga sangat sedap dan juga menyihatkan. 

Siapa yang tengah on diet tu boleh la cuba resepi telur gulung korea yang mudah ni ya!

Ok la, jangan cerita panjang. Jom layan video ala-ala korean food saya kali ni di channel youtube Papaglamz TV saya. Klik link di bawah.

Jom tonton : Resepi Telur Gulung Korea | Korean Egg Roll - Papagamz TV

Enjoy...!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Ikan Patin Bakar Awesome

Resepi Ikan Patin Bakar Awesome

Assalamualiakum semua.

Jom layan resepi ikan patin bakar yang awesome ni. Selamat mencuba.


Bahan-bahan:

1 ekor ikan patin
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 batang serai
30 gm udang kering
4 cm kunyit hidup
3 helai daun kunyit
Daun pisang atau foil aluminium
Garam dan gula secukup rasa

Jom tonton : Resepi Rempah Ayam BBQ Edisi Masak Outdoor di Pantai Cherating

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan.

2. Kisar semua bahan dan lumurkan ke keseluruhan ikan patin.

3. Balut ikan dengan daun kunyit, diikuti daun pisang atau foil. Ikat kemas.

4. Bakar di atas api yang sederhana.

5. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.

credit - Patin PokDin

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Ikan Patin Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Patin Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Patin Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum semua. Jom layan resepi nak buat ikan patin masak tiga rasa ni. Biasa siakap je masak tiga rasa. Kali ni tukar angin guna ikan patin pula. Sedap ke idok.......!!!??


Bahan-bahan:

1 ekor ikan Patin.
3 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
40 gm cili kering }
1 batang serai – diketuk
10 biji cili padi – diketuk
2 sm halia – dihiris halus
3 helai daun limau purut
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu air limau nipis
1 cawan tepung jagung
Garam dan gula
Minyak

Jom tonton : Resipi Rendang Ayam Terbaik Untuk Raya

Cara-cara membuat:

Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing. Angkat dan hidangkannya di atas pinggan.

Cara-cara membuat sos:

Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halia hingga naik baunya. Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos cili, sos tiram dan air limau. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian tunggu hingga ia mendidih. Akhir sekali curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang telah siap dihidangkan tadi.

credit - patin pokdin

With Love
Papaglamz

-sekian-
Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh

Assalamualaikum semua. Jom layan resepi ikan patin masak tempoyak. Yang bestnya, resepi ni adalah resepi asli dari Temerloh tau.

Jom tonton : Best and Easy Creamy Butter Chicken Recipe


Bahan bahan:

1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:

Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api. 

Nota:

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Kredit : Azie Kitchen

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com