4 Destinasi Pelancongan Wajib Pergi Jika Anda Ke Phuket

4 Destinasi Pelancongan Wajib Pergi Jika Anda Ke Phuket

Bila bercakap tentang negara yang mempunyai laut-laut atau pantai yang cantik dan indah, sudah pasti negara Tailand termasuk antara negara yang kaya dengan laut dan pantai yang cantik dan terkenal di dunia. Banyak destinasi pelancongan wajib pergi jika anda ke sini.


Sebab itu Thailand seringkali menjadi destinasi yang dikunjungi oleh para pelancong bukan sahaja dari negara sekitarnya, malah pelancong dari seluruh Asia Tenggara dan Eropah juga bertandang ke Thailand untuk bercuti. 

Di Thailand, Phuket merupakan pulau terbesar dan juga mempunyai pulau-pulau kecil di sekitarnya. Phuket menjadi tarikan kepada kebanyakan pelancong kerana di sini mempunyai laut dan pantai yang sangat indah dan cantik.

Jom ikuti senarai laut yang indah dan cantik yang terdapat di Phuket Thailand.

James Bond Island


Foto: CBSTravelAsia

James Bond Island terletak di kawasan Taman Nasional Teluk Phang Nga, yang merupakan lokasi penggambaran filem James Bond 1974 yang dibintangi oleh Roger Moore, Man dan Golden Gun. 

Foto: Google

Di sini, terdapatnya lokasi-lokasi yang cantik yang anda boleh ambil gambar sebagai kenang-kenangan ketika bercuti di Phuket. Keindahan lautnya membuatkan pulau ini mampu menarik pelancong yang ramai tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Aktiviti menaiki speedboat merentasi pulau adalah aktiviti yang sangat menarik dan popular di sini.

Similan Island


Foto: EasyDayPhuket

Similan merupakan salah satu kepulauan yang ada di Phuket. Memiliki sembilan pulau, Similan menyimpan keindahan bawah laut yang menakjubkan. Menyelam di sini akan membuatkan percutian anda semakin menarik. Selain itu, keindahan di setiap pulaunya juga membuat Similan menjadi destinasi pelancongan paling popular di Thailand.

Foto: SunriseDiversPhuket

Keindahan bawah laut Similan sendiri menarik banyak perhatian para penyelam di seluruh dunia. Tidak hairan jika anda bercuti di Similan, anda akan berjumpa banyak pelancong-pelancong asing.

Nai Harn Beach


Foto: Joeysantin

Pantai Nai Harn pasti memikat dek kerana suasananya yang nyaman. Dengan suhu sekitar 29 Darjah Celcius dan latar belakang pemandangan yang indah dan cantik pasti membuatkan anda yang datang kemari terpesona. 

Foto: Thailang Island Guide

Pantai pasir putih yang sangat indah ini akan memanjakan mata kamu saat berada di pantai Nai Harn ini. Salah satu pantai yang benar-benar memikat para pengunjung untuk datang ke Phuket adalah pantai ini, karena keindahan lautnya yang mampu membuatkan anda ingin bersantai lama-lama di tepi pantai.

Phi Phi Island Ditutup


Selain tiga pantai ini, terdapat satu lagi pantai yang cantik di Phuket iaitu Phi Phi Island. 

Foto: MyThailandTours

Pantai yang berada di antara tebing-tebing batu yang besar ini memiliki pemandangan dengan yang indah dan pesona yang berbeza dari pantai lainnya di Asia. Dengan pasir putih dan ombak yang sangat landai, anda boleh menikmati pantai ini dengan bebas tanpa risaukan keselamatan anda.

Tapi sayang, Phi Phi Island ditutup untuk para pengunjung. Metik dari Astroawani online, pihak berkuasa Thailand mengarahkan pantai Maya Bay, di pulau Phi Phi yang terletak di Laut Andaman, ditutup sementara untuk empat bulan. Arahan dibuat bagi menghentikan pencemaran yang berpunca daripada pelancong. Penutupan ini bagi membolehkan pemulihan terumbu karang di pulau itu dan kehidupan laut.

Bagaimanapun, atas permintaan tinggi dari pelancong, pantai ini akan dibuka semula pada Oktober. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong, sejak ia dipaparkan dalam filem 'The Beach' yang diarahkan Danny Boyle, berdasarkan novel tulisan Alex Garland.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Tak Sah Jika Tak Jejak Kaki Ke 4 Lokasi Ini Di Phuket" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.
Wordless | Change You Life Today!

Wordless | Change You Life Today!


Change your life today. Don't gamble on the future, act now, without delay.
Simone de Beauvoir

With Love
Papaglamz

-sekian-

"Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N

"Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N

Thailand adalah antara negara Asia yang anda wajib pergi untuk bercuti. Selain lokasinya yang agak dekat dengan negara kita, kos untuk bercuti ke sana agak murah. Jenis pengangkutan untuk masuk ke Thailand juga banyak sama ada dengan menaiki kereta, kapal terbang atau pun keretapi.

Antara tempat-tempat menarik dan popular yang anda boleh lawati di Hatyai ialah pasar terapung. Pasar ini sangat unik kerana pasar ini terletak betul-betul di atas air sungai. Dan banyak lagilah!

Bajet tak sampai 1K pun

Terbaru, seorang penggunma Twitter dengan panggilan @nadzmiii telah berkongsi pada semua tentang beberapa itenari dan bajet percutiannya di Hatyai-Songkla dengan bajet yang murah. Mari ikuti perkongsiannya.

Perjalanan menaiki train dari KL - Padang Besar - Hatyai




Hatyai Junction Railway Station

Ada juga kedai-kedai makanan sekitar stesen keretapi ini. Makanan pun boleh tahan.

Teh Tarik Power!


Tom Yam Asli dari Thailand

Menarik di Hatyai


Wajib pergi Floating Market dan rasa makanan yang ada di sini. Macam-macam ada!



Chabura dimsum


Floating Market Pandangan Dari Atas



Wajib pergi Asian Night Market yang jual barang murah-murah





Time to go back home!



Kacang murah-murah di Kimyong Market. Boleh buat ole-ole balik Malaysia!

Waktu train di Hatyai dan Padang Besar




Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang hendak bercuti di Hatyai.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N' sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.
Percutian Menarik Atas Houseboat Di Tasik Kenyir, Terengganu

Percutian Menarik Atas Houseboat Di Tasik Kenyir, Terengganu

Assalamualaikum semua. Dah lama aku nak cerita tentang percutian aku bersama kawan-kawan sekerja aku di Tasik Kenyir. Sebenarnya ini adalah first time aku naik houseboat di Tasik Kenyir. Macam-macam aktiviti menarik di Tasik Kenyir yang kitorang buat. Antaranya yang menarik tak lain dan tak bukan ialah melihat ikan kelah dengan lebih dekat di Kelah Sanctuary. Memang menarik!

Jom aku cerita satu persatu aktiviti kitorang. Enjoy!

11.08.2018 (Sabtu)

Seawal 6.30 start berkumpul. Plan 6.45 nak gerak tapi, 7.15 juga baru gerak. Macam biasa la sebelum gerak ada breakfast, briefing sikit dan doa.

Lepas flag off, masing-masing stop di check point selepas tol Ajil. Ni nak kumpul sebab ada peserta yang rumah di Kemaman, so diorang tak berkumpul di kilang. Kiranya kat Ajil ni semua peserta ada sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir.

Dalam pkul 12 tengah hari kitorang sampai. Check in House Boat di Tasik Kenyir apa semua. Then, ‘perlayaran’ bermula menuju ke Sungai Lasir. Perjalanan dalam 1.30jam juga.

Sebelum bertolak menaiki houseboat

Dalam perjalanan tu kitorang pun merewang prepare untuk lunch. Add on membawang sekali la. For your info, aktiviti kali ni tiada sorang pun perempuan. So bebas. Hahahahah.

Merewang

Sambil membawang. Ko nampak gaya mulut dan pisau kat tangan tu? Betul2 membawang ni

Dalam pkul 1.30 sampai di tebing Sungai Lasir kitorang pun lunch, solat dan aktiviti seterusnya berkayak. Lepas berkayak, kami hiking untuk mandi di air terjun sungai lasir.

Aktiviti berkayak. Gaya nampak ok dah yang depan tu

Air terjun Sungai Lasir 

Selfie dengan bos besar!

Dalam pkul 6.30 masing2 balik semula ke house boat, prepare untuk dinner, solat maghrib dan malam tu weolls semua ada bbq. Add on karaoke. Kira malam ni masing2 santai makan2 sambil borak2 dan ada pertandingan memancing sekali.

Dinner kami

Bbq terbaik!

11 malam semua tido. Tapi ada juga yang continue karaoke. Aku? SELAMAT DI BUAI MIMPI. Keletihan mendayung kayak lenguh tangan namati.!

12.08.2018 (Ahad)

Pepagi lagi 5.30 houseboat dah kecoh. Best! Geng2 yang agak umur lebih kurang bapak2 aku kejut bangun subuh. Macam bapak2 sangat tau. Tetibe time ni rindu bapak aku kat kg. Hahaha.

Pandangan pagi hari dari tengah2 Tasik Kenyir di atas houseboat menuju Kelah Sanctuary

Menikmati bayu pagi dari tingkat atas houseboat. Memang best..!!!

Santai dengan orang2 kuat BPC di pagi hari

Lepas sembahyang subuh, houseboat kitorang start bergerak dari tebing Sungai Lasir menuju Kelah Sanctuary, Tasik Kenyir. Sampai je kat check point post kawalan Kelah Sanctuary dalam pukul 9, kami dengar taklimat kejap sebelum kami kena naik boat laju untuk ke check point 1 menuju ke Lubuk Kelah.

Pos kawalan Santuari Kelah. Sebelum taklimat dan naik boat laju menuju ke lubuk kelah

Abam gemuk amek gambar

Lepas sampai check point 1, sebelum sampai lubuk kelah, kitorang kena sambung hiking dalam 2 km lagi. Ya ampunnnnnnn. Jaunyaaaaaa. Kalau tak betul2 memang mental. Tapi, bila sampai je kat lubuk kelah, terus hilang segala penat dan lelah. Memang berbaloi.! Benda baik memang tak mudah nak dapat kan?

Let’s start! Kena menapak hiking sejuh lebih kurang 2KM. Fuhhhhhh...!!!

Come to papa anak-anak hikan ku. How i am dealing with my anak-anak hikan

Video aku tangkap ikan di Kelah Sanctury



Lepas dari Kelah Sanctuary, kitorang balik ke houseboat, mandi2, lunch dan solat sebelum menuju ke Taman Herba pula. Dalam pukul 3 kami sampai di taman ni. Ok la, kat taman herba ni kitorang diberi peluang cuba air rebusan herba tongkat ali dan juga kacip fatimah.

Masing2 kepenatan lepas hiking dan main dengan ikan. After lunch memasing ketiduran. 3 orang yang kat hujung tu cari port landing tak jumpa2.

Taman herba!

Dalam 3.30 kami kembali semula ke houseboat dan start perjalanan balik ke jeti Tasik Kenyir. Pukul 4.30, tiba di jeti dan program berakhir di sini. Sebelum balik tu, jangan lupa singgah kedai duty free kat sini. Coklat, periuk semua ada. Ala2 harga langkawi gituuuuuu

With Love
Papaglamz

-sekian-
Gambar Dan Jenis-jenis Ikan Di Pasar Berserta Nama

Gambar Dan Jenis-jenis Ikan Di Pasar Berserta Nama


Selain ayam, ikan merupakan menu masakan yang menjadi pilihan ramai. Ikan mengandungi protein yang tinggi dan rendah kalori justeru ia selamat dan sihat dimakan setiap hari. Selain itu, kandungan lemak omega di dalam ikan adalah baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Dalam dunia ini, banyak jenis ikan yang ada. Ada kalanya kita tidak tahu nama ikan itu. Zaman kini tugas memasak telah dimudahkan dengan 'tunjuk-tunjuk' sahaja, menyebabkan ramai antara kita yang tidak kenal jenis-jenis ikan yang kita makan seharian.

Bagi membantu anda semua, apa kata simpan 'Kamus Ikan' ini yang telah dikongsikan oleh Puan Noor Hidayani Abdullah di laman facebooknya buat panduan anda semua. Senang nanti kalau mak mertua ajak pegi pasar pilih ikan, boleh tunjuk handal

Jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!

Jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!


Assalamualaikum semua. Singapura, negara yang kecil tetapi sangat maju. Walaupun kecil, tidak bermaksud kota kecil ini tidak mempunyai tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Lebih syok lagi, Singapura sangat sinonim dengan gelaran kota keriangan. Sudah pasti, buat anda yang ingin mencari hiburan sambil bercuti, Singapura adalah tempat terbaik untuk anda.

Foto: thefindersingapore.com

Dalam entri kali ni aku nak kongsikan buat anda semua antara tempat yang menjadi aim aku nak singgah kalau ke Singapura. Tapi sebelum tu just nak bagi tahu, sekarang ni Traveloka ada buat satu promosi jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promotion. Promosi ini membolehkan anda semua mendapat diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon "GOSG"


Sebelum tu, bagi yang tak pernah dengar lagi apa itu Traveloka, ia merupakan pakar dalam merancang percutian atau perjalanan anda. Senang cakap kalau anda nak bercuti, Traveloka ada segala maklumat yang anda perlukan termasuklah booking tiket, booking hotel, nak cari tempat makan dan lebih menarik, jika membuat pembelian melalui Traveloka mesti akan dapat diskaun sebab Traveloka banyak lounch macam-macam promotion. Macam promosi SEEngapore ni la. Jadi, jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!

Bercakap tentang promosi SEEngapore ni, antara syarat dan cara tempahan adalah seperti berikut:

1. Promosi diskaun RM50 untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura dalam satu ID Tempahan.

2. Sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS) sahaja.

3. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran


4. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat

5. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)

6. Tempoh Perjalanan: Anytime

7. Dengan menyertai kempen promosi ini, pengguna bersetuju untuk menanggung kerugian sepenuhnya dan membebaskan Traveloka dan sekutunya dari semua liabiliti, kerugian, ganti rugi, tuntutan (termasuk tuntutan pihak ketiga) dan tindakan yang berpunca dari penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan kupon atau penyertaan promosi promosi termasuk, tanpa batasan, kecederaan, kematian, dan kerosakan harta benda.

8. Traveloka berhak untuk mengubah terma dan syarat atau membatalkan sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis awal.

Mudah dan berbaloikan? Cepat dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi SEEngapore ini sekarang. Sebab banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati di sana. Buat yang ke sana untuk bekerja sudah pasti kos travel anda menjadi lebi murah!

Bila nampak promosi dari Traveloka ni, aku rasa berkobar-kobar nak travel ke Singapore. Sebenarnya ada tempat yang menarik yang aku dah aim nak singgah kalau aku ke sana. Sudah semestinya Universal Studis singapore (ini WAJIB).

Foto: Uniqly Singapore

Siapa la tak kenal dengan Universal Studios Singapore, USS ni kan. Salah satu tarikan yang ama-amat popular di sana. Nak ke universal studio yang sebenar jauh sangat. Jadi, ke Singapura pun jadi la.

Tentu sekali kalau ke USS ni anak-anak pasti suka termasuk mak bapak sekali teruja. Terdahulu, USS mula dibuka kepada pengunjung awam pada May 2011. Tempat ni agak luas dan banyak zon-zon tersendiri dengan tema yang tersendiri. Memang betul-betul dalam filem-filem hollywood. Antara zon-zon tersebut ialah:

1. zon Hollywood yang mempunyai replica Hollywood Walk of Fame,

2. zon New York yang mempunyai replica New York Public Library yang terkenal,

3. zon Sci-Fi City yang mempunyai Battlestar Galactica Duelling Rollercoaster,

4. zon Ancient Egypt,

5. zon The Lost World,

6. zon Far Far Away yang mempunyai binaan istana menarik,

7. zon Madagascar yang diinspirasikan daripada DreamWorks Animation.

Dan jika anda ke USS ni pastikan anda spare masa dalam sehari untuk explore baru la berbaloi!

Kesimpulannya, kalau anda ke Singapura, jangan lupa untuk KE USS sebab banyak benda yang akan membuat anda terhibur. Dan yang lagi penting, jangan lupa untuk grab promosi SEEngapore bersama Traveloka Promotion untuk dapatkan tiket penerbangan dengan potongan harga yang menarik disamping 20% diskaun hotel penginapan.

"Ingin cuti-cuti dan menerokai ke SEEngapore? Hanya tempah bersama Traveloka, dan nikmati diskaun hebat RM50 flat rate dengan Traveloka Promotion! https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore."

With Love
Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com