"Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N

"Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N

Thailand adalah antara negara Asia yang anda wajib pergi untuk bercuti. Selain lokasinya yang agak dekat dengan negara kita, kos untuk bercuti ke sana agak murah. Jenis pengangkutan untuk masuk ke Thailand juga banyak sama ada dengan menaiki kereta, kapal terbang atau pun keretapi.

Antara tempat-tempat menarik dan popular yang anda boleh lawati di Hatyai ialah pasar terapung. Pasar ini sangat unik kerana pasar ini terletak betul-betul di atas air sungai. Dan banyak lagilah!

Bajet tak sampai 1K pun

Terbaru, seorang penggunma Twitter dengan panggilan @nadzmiii telah berkongsi pada semua tentang beberapa itenari dan bajet percutiannya di Hatyai-Songkla dengan bajet yang murah. Mari ikuti perkongsiannya.

Perjalanan menaiki train dari KL - Padang Besar - Hatyai




Hatyai Junction Railway Station

Ada juga kedai-kedai makanan sekitar stesen keretapi ini. Makanan pun boleh tahan.

Teh Tarik Power!


Tom Yam Asli dari Thailand

Menarik di Hatyai


Wajib pergi Floating Market dan rasa makanan yang ada di sini. Macam-macam ada!



Chabura dimsum


Floating Market Pandangan Dari Atas



Wajib pergi Asian Night Market yang jual barang murah-murah





Time to go back home!



Kacang murah-murah di Kimyong Market. Boleh buat ole-ole balik Malaysia!

Waktu train di Hatyai dan Padang Besar




Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang hendak bercuti di Hatyai.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N' sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.
Percutian Menarik Atas Houseboat Di Tasik Kenyir, Terengganu

Percutian Menarik Atas Houseboat Di Tasik Kenyir, Terengganu

Assalamualaikum semua. Dah lama aku nak cerita tentang percutian aku bersama kawan-kawan sekerja aku di Tasik Kenyir. Sebenarnya ini adalah first time aku naik houseboat di Tasik Kenyir. Macam-macam aktiviti menarik di Tasik Kenyir yang kitorang buat. Antaranya yang menarik tak lain dan tak bukan ialah melihat ikan kelah dengan lebih dekat di Kelah Sanctuary. Memang menarik!

Jom aku cerita satu persatu aktiviti kitorang. Enjoy!

11.08.2018 (Sabtu)

Seawal 6.30 start berkumpul. Plan 6.45 nak gerak tapi, 7.15 juga baru gerak. Macam biasa la sebelum gerak ada breakfast, briefing sikit dan doa.

Lepas flag off, masing-masing stop di check point selepas tol Ajil. Ni nak kumpul sebab ada peserta yang rumah di Kemaman, so diorang tak berkumpul di kilang. Kiranya kat Ajil ni semua peserta ada sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir.

Dalam pkul 12 tengah hari kitorang sampai. Check in House Boat di Tasik Kenyir apa semua. Then, ‘perlayaran’ bermula menuju ke Sungai Lasir. Perjalanan dalam 1.30jam juga.

Sebelum bertolak menaiki houseboat

Dalam perjalanan tu kitorang pun merewang prepare untuk lunch. Add on membawang sekali la. For your info, aktiviti kali ni tiada sorang pun perempuan. So bebas. Hahahahah.

Merewang

Sambil membawang. Ko nampak gaya mulut dan pisau kat tangan tu? Betul2 membawang ni

Dalam pkul 1.30 sampai di tebing Sungai Lasir kitorang pun lunch, solat dan aktiviti seterusnya berkayak. Lepas berkayak, kami hiking untuk mandi di air terjun sungai lasir.

Aktiviti berkayak. Gaya nampak ok dah yang depan tu

Air terjun Sungai Lasir 

Selfie dengan bos besar!

Dalam pkul 6.30 masing2 balik semula ke house boat, prepare untuk dinner, solat maghrib dan malam tu weolls semua ada bbq. Add on karaoke. Kira malam ni masing2 santai makan2 sambil borak2 dan ada pertandingan memancing sekali.

Dinner kami

Bbq terbaik!

11 malam semua tido. Tapi ada juga yang continue karaoke. Aku? SELAMAT DI BUAI MIMPI. Keletihan mendayung kayak lenguh tangan namati.!

12.08.2018 (Ahad)

Pepagi lagi 5.30 houseboat dah kecoh. Best! Geng2 yang agak umur lebih kurang bapak2 aku kejut bangun subuh. Macam bapak2 sangat tau. Tetibe time ni rindu bapak aku kat kg. Hahaha.

Pandangan pagi hari dari tengah2 Tasik Kenyir di atas houseboat menuju Kelah Sanctuary

Menikmati bayu pagi dari tingkat atas houseboat. Memang best..!!!

Santai dengan orang2 kuat BPC di pagi hari

Lepas sembahyang subuh, houseboat kitorang start bergerak dari tebing Sungai Lasir menuju Kelah Sanctuary, Tasik Kenyir. Sampai je kat check point post kawalan Kelah Sanctuary dalam pukul 9, kami dengar taklimat kejap sebelum kami kena naik boat laju untuk ke check point 1 menuju ke Lubuk Kelah.

Pos kawalan Santuari Kelah. Sebelum taklimat dan naik boat laju menuju ke lubuk kelah

Abam gemuk amek gambar

Lepas sampai check point 1, sebelum sampai lubuk kelah, kitorang kena sambung hiking dalam 2 km lagi. Ya ampunnnnnnn. Jaunyaaaaaa. Kalau tak betul2 memang mental. Tapi, bila sampai je kat lubuk kelah, terus hilang segala penat dan lelah. Memang berbaloi.! Benda baik memang tak mudah nak dapat kan?

Let’s start! Kena menapak hiking sejuh lebih kurang 2KM. Fuhhhhhh...!!!

Come to papa anak-anak hikan ku. How i am dealing with my anak-anak hikan

Video aku tangkap ikan di Kelah Sanctury



Lepas dari Kelah Sanctuary, kitorang balik ke houseboat, mandi2, lunch dan solat sebelum menuju ke Taman Herba pula. Dalam pukul 3 kami sampai di taman ni. Ok la, kat taman herba ni kitorang diberi peluang cuba air rebusan herba tongkat ali dan juga kacip fatimah.

Masing2 kepenatan lepas hiking dan main dengan ikan. After lunch memasing ketiduran. 3 orang yang kat hujung tu cari port landing tak jumpa2.

Taman herba!

Dalam 3.30 kami kembali semula ke houseboat dan start perjalanan balik ke jeti Tasik Kenyir. Pukul 4.30, tiba di jeti dan program berakhir di sini. Sebelum balik tu, jangan lupa singgah kedai duty free kat sini. Coklat, periuk semua ada. Ala2 harga langkawi gituuuuuu

With Love
Papaglamz

-sekian-
Gambar Dan Jenis-jenis Ikan Di Pasar Berserta Nama

Gambar Dan Jenis-jenis Ikan Di Pasar Berserta Nama


Selain ayam, ikan merupakan menu masakan yang menjadi pilihan ramai. Ikan mengandungi protein yang tinggi dan rendah kalori justeru ia selamat dan sihat dimakan setiap hari. Selain itu, kandungan lemak omega di dalam ikan adalah baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Dalam dunia ini, banyak jenis ikan yang ada. Ada kalanya kita tidak tahu nama ikan itu. Zaman kini tugas memasak telah dimudahkan dengan 'tunjuk-tunjuk' sahaja, menyebabkan ramai antara kita yang tidak kenal jenis-jenis ikan yang kita makan seharian.

Bagi membantu anda semua, apa kata simpan 'Kamus Ikan' ini yang telah dikongsikan oleh Puan Noor Hidayani Abdullah di laman facebooknya buat panduan anda semua. Senang nanti kalau mak mertua ajak pegi pasar pilih ikan, boleh tunjuk handal

Jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!

Jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!


Assalamualaikum semua. Singapura, negara yang kecil tetapi sangat maju. Walaupun kecil, tidak bermaksud kota kecil ini tidak mempunyai tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Lebih syok lagi, Singapura sangat sinonim dengan gelaran kota keriangan. Sudah pasti, buat anda yang ingin mencari hiburan sambil bercuti, Singapura adalah tempat terbaik untuk anda.

Foto: thefindersingapore.com

Dalam entri kali ni aku nak kongsikan buat anda semua antara tempat yang menjadi aim aku nak singgah kalau ke Singapura. Tapi sebelum tu just nak bagi tahu, sekarang ni Traveloka ada buat satu promosi jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promotion. Promosi ini membolehkan anda semua mendapat diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon "GOSG"


Sebelum tu, bagi yang tak pernah dengar lagi apa itu Traveloka, ia merupakan pakar dalam merancang percutian atau perjalanan anda. Senang cakap kalau anda nak bercuti, Traveloka ada segala maklumat yang anda perlukan termasuklah booking tiket, booking hotel, nak cari tempat makan dan lebih menarik, jika membuat pembelian melalui Traveloka mesti akan dapat diskaun sebab Traveloka banyak lounch macam-macam promotion. Macam promosi SEEngapore ni la. Jadi, jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!

Bercakap tentang promosi SEEngapore ni, antara syarat dan cara tempahan adalah seperti berikut:

1. Promosi diskaun RM50 untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura dalam satu ID Tempahan.

2. Sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS) sahaja.

3. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran


4. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat

5. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)

6. Tempoh Perjalanan: Anytime

7. Dengan menyertai kempen promosi ini, pengguna bersetuju untuk menanggung kerugian sepenuhnya dan membebaskan Traveloka dan sekutunya dari semua liabiliti, kerugian, ganti rugi, tuntutan (termasuk tuntutan pihak ketiga) dan tindakan yang berpunca dari penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan kupon atau penyertaan promosi promosi termasuk, tanpa batasan, kecederaan, kematian, dan kerosakan harta benda.

8. Traveloka berhak untuk mengubah terma dan syarat atau membatalkan sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis awal.

Mudah dan berbaloikan? Cepat dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi SEEngapore ini sekarang. Sebab banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati di sana. Buat yang ke sana untuk bekerja sudah pasti kos travel anda menjadi lebi murah!

Bila nampak promosi dari Traveloka ni, aku rasa berkobar-kobar nak travel ke Singapore. Sebenarnya ada tempat yang menarik yang aku dah aim nak singgah kalau aku ke sana. Sudah semestinya Universal Studis singapore (ini WAJIB).

Foto: Uniqly Singapore

Siapa la tak kenal dengan Universal Studios Singapore, USS ni kan. Salah satu tarikan yang ama-amat popular di sana. Nak ke universal studio yang sebenar jauh sangat. Jadi, ke Singapura pun jadi la.

Tentu sekali kalau ke USS ni anak-anak pasti suka termasuk mak bapak sekali teruja. Terdahulu, USS mula dibuka kepada pengunjung awam pada May 2011. Tempat ni agak luas dan banyak zon-zon tersendiri dengan tema yang tersendiri. Memang betul-betul dalam filem-filem hollywood. Antara zon-zon tersebut ialah:

1. zon Hollywood yang mempunyai replica Hollywood Walk of Fame,

2. zon New York yang mempunyai replica New York Public Library yang terkenal,

3. zon Sci-Fi City yang mempunyai Battlestar Galactica Duelling Rollercoaster,

4. zon Ancient Egypt,

5. zon The Lost World,

6. zon Far Far Away yang mempunyai binaan istana menarik,

7. zon Madagascar yang diinspirasikan daripada DreamWorks Animation.

Dan jika anda ke USS ni pastikan anda spare masa dalam sehari untuk explore baru la berbaloi!

Kesimpulannya, kalau anda ke Singapura, jangan lupa untuk KE USS sebab banyak benda yang akan membuat anda terhibur. Dan yang lagi penting, jangan lupa untuk grab promosi SEEngapore bersama Traveloka Promotion untuk dapatkan tiket penerbangan dengan potongan harga yang menarik disamping 20% diskaun hotel penginapan.

"Ingin cuti-cuti dan menerokai ke SEEngapore? Hanya tempah bersama Traveloka, dan nikmati diskaun hebat RM50 flat rate dengan Traveloka Promotion! https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore."

With Love
Papaglamz

-sekian-

Buat Kaki Hiking Tegar! Jom Try Biobax Untuk Menghilangkan Sakit Lutut Semasa Mendaki

Buat Kaki Hiking Tegar! Jom Try Biobax Untuk Menghilangkan Sakit Lutut Semasa Mendaki

Assalamualaikum semua. Sejak-sejak nak kembali kurus dan aktif bersukan ni dan progress weight loss aku pun semain cantik, antara aktiviti yang selalu aku buat ialah hiking. Kalau tak hiking pun aku akan berjogging. Tapi mostly hiking la. Sebab bila hiking ni seronok sikit. Sambil mengeluarkan peluh, dapat juga melihat keindahan alam ciptaan tuhan.

Bila hiking ni lebih-lebih lagi dalam hutan, kau akan nampak betapa alam ciptaan tuhan ni sangat cantik dan mempesonakan. Lagi seronok kalau hiking di gunung yang ada air terjun. Memang best.


Seronok-seronok juga tapi tu la, satu je masalah aku ni. Almaklum la, sebelum ni kan aku tak la aktif sangat. Jadi bila selalu naik bukit atau gunung, satu tahap tu lutut kau akan sakit-sakit. Terpaksa la rehat beberapa minggu dari buat apa-apa aktiviti. Bila dah rehat tu, kau tahu je la. Nak mula semula aktif memang makan masa yang lama. Nak capai semula fitness level tu memang sangat susah.

Actually, banyak juga cara yang aku dah cuba untuk menghilangkan sakit lutut semasa mendaki ni. Salah satunya ialah berurut. Bab berurut ni boleh la kita buat masa kita dah turun dari gunung ataupun bukit. Bagaimana kalau lutut kau sakit masa mendaki? Siapa pula kita nak minta tolong untuk mengurut? Dah satu hal menyusahkan geng-geng lain dalam team nak tolong urut la, nak tolong papah la. 

Final check sebelum gerak pergi hiking. Kena make sure Biobax kena ada dalam beg. Yang ni msih baru lagi tau!

Selain berurut, ada juga aku cuba pakai minyak angin yang dijual kat mana-mana kedai ubat atapun pak cik-pak cik yang jual minyak urut di pasar. Minyak urut ni satu je la rasa tak selesa dan susah nak bawa. Lebih-lebih lagi kalau penutup minyak urut tu terbuka dan tertumpah dalam beg. Nak bersihkan beg tu memang satu hal dan baunya Allah je la yang tahu.


Itu cerita dulu la. Sekarang ni tak lagi. Alhamdulillah, Biobax dapat membantu aku mengatasi masalah sakit lutut aku. Dengan Biobax, aku dapat menghilangkan sakit lutut aku dengan cepat. Lebih-lebih lagi sakit lutut yang aku alami ketika aku mendaki. Kiranya sekarang ni Biobax adalah item utama dalam list barang yang aku akan bawa pergi hiking. 

Menariknya biobax ni ialah botolnya yang sangat mudah dibawa dan cara nak gunakan pun mudah. Cuma spray tanpa membuka penutup botol. Jadi kat sini risiko Biobax kau nak tumpah atau penutup terbuka dalam beg dah tiada. 


Selain penggunan yang mudah, hanya spray di lutut dan urut seketika, baunya juga sangat menyegarkan. Aku sangat suka spray sikit Biobax ni di tapak tangan. Kemudian gosok kedua-dua tapak tangan, dan tekup hidung dengan kedua tapak tangan dan tarik nafas panjang-panjang sambil menghirup bau Biobax tu. Memang menyegarkan. Terbaik. Nak rasa kena cuba la ya!

Tak macam minyak urut yang melekit bila disapu pada tempat yang sakit, Biobax ni memang berbeza. Aku tak rasa sebarang kesan melekit macam sapu minyak urut. Dan rasa hangat Biobax ni tahan agak lama. Kesannya juga cepat kerana dikatakan Biobax diperbuat dari molekul-molekul nano yang muda meresap kedalam kulit dan menghilangkan kesakitan dengan segera.


Jika tidak mendaki pun, aku akan sapu Biobax ni di lutut atau mana-mana tempat yang lenguh-lenguh sehari 3 kali secara konsisten untuk memulihkan sakit lutut aku dan juga sakit-sakit otot badan aku yang lain.

Biobax, Teman hiking ku!

Dan seriously, Biobax ni adalah ubat sakit lutut terbaik yang aku pernah cuba. Memang kalau korang sedang mencari cara rawatan sakit lutut yang mudah dan cepat, cubalah Biobax!. Cara nak beli pun mudah je. Online sahaja di laman web Biobax.my ni. Lebih-lebih sekarang ni ada promosi beli dua botol Biobax dapat murah RM20.00 tau! Memang berbaloi. Kalau korang nak cuba juga promosi ini, boleh masukkan kod kupon “RM20” di ruangan yang disediakan selepas korang emilih untuk beli 2 unit Biobax.

Jadi, jangan lupa cuba Biobax untuk melegakan sakit lutut anda ya!

Order secara online:

Kod promosi - “RM20”

With Love
Papaglamz

-sekian-

Idea menarik dan kreatif hiasan tayar terpakai anda mesti cuba

Idea menarik dan kreatif hiasan tayar terpakai anda mesti cuba

Assalamualaikum semua. Kalau dah kreatif tu, barang terbuang pun bila dapat sentuhan kreatif memang akan menghasilkan sesuatu yang menarik sebagai hiasan dan menjadi kegunaan lain. Sama jugalah kisahnya tayar terbuang. Bagi yang kreatif dan mempunyai idea yang menarik sudah pasti dapat menggubah tayar buruk menjadi sesuatu yang cantik.

Tidak perlu membazir membeli barang-barang hiasan yang mahal, hanya Do It Yourself (DIY) je dah mampu menghasilkan sesuatu yang menarik. Yang penting korang perlulah kreatif menggubah sesuatu.

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Timun Sahaja!

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Timun Sahaja!

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi lagi berpetua pula kita hari ni kan. Sebenarnya banyak petua hilangkan jerawat yang kita boleh baca dan mencubanya. Yang pasti semua itu dengan menggunakan bahan-bahan alam semulajadi. Antaranya ialah dengan menggunakan timun.

Aku terbaca satu posting facebook saudara Nauf Safuan, seorang pakar timun rasanya yang berkongsi resipi mudah membuat toner timun sebagai cara untuk menghilangkan jerawat dengan mudah.

 http://www.papaglamz.com/2018/08/petua-hilangkan-jerawat-dengan-menggunakan-timun-sahaja.html

Jom ikuti resipi mudah ini

Bahan-bahan:


1/2 batang timun
1/2 biji lemon
Penapis teh
Penyagat

Cara-cara membuatnya

1. Sagat timun sehingga habis dan asingkan air timun dengan hampasnya.


2. Ambil air timun tadi dan campurkan dengan perahan lemon. Ini khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Bagi yang tidak berminyak, tidak payah menggunakan lemon.


3. Masukkan campuran ini ke dalam botol spray.

4. Gunakan setiap pagi dan malam dengan spray kan campuran ini keseluruh wajah sambil mengurut sebentar.

Dikatakan, tonet timun ini sangat sesuai sebagai petua untuk mengecutkan jerawat serta menghalang dari terus merebak ke kulit wajah kita. Para wanita dan juga mereka yang ingin bebas dari jerawat merebak, jangan lupa untuk mencuba membuat toner yang mudah ini.

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com