Bukan Medan Selera Biasa-Biasa, KIMSTONE Food Court & Hall Ini Macam Restoran Dalam Kebun!

Bukan Medan Selera Biasa-Biasa, KIMSTONE Food Court & Hall Ini Macam Restoran Dalam Kebun!

Tempat makan yang diberi nama KIMSTONE Food Court & Hall merupakan satu lagi tempat makan terbaru yang baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2017. 

Food court yang bertemakan ala-ala restoran di dalam kebun ini mempunyai keunikannya tersendiri yang pasti  mampu membuat para pengunjung teruja.

lila wadi restaurant kuantan pahang malaysia, brotherhood western & grill kuantan pahang malaysia, restoran sedap weh kuantan pahang malaysia, tempat best di kuantan, lila wadi kuantan, restoran sedap wehhh! kuantan, pahang, kotak kalam kuantan, restoran sedap wehhh kuantan pahang malaysia,

Menariknya disini, anda bukan sahaja boleh makan, tetapi anda boleh menikmati suasana yang cantik dengan limpahan lampu-lampu yang berwarna-warni serta anda juga bakal dihidangkan dengan alulan muzik band secara langsung. 

Sangat menarik dan memang sesuai buat anda yang hendak bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Berikut adalah "Killer" menu yang boleh anda nikmati bila datang ke sini.

lila wadi restaurant kuantan pahang malaysia, brotherhood western & grill kuantan pahang malaysia, restoran sedap weh kuantan pahang malaysia, tempat best di kuantan, lila wadi kuantan, restoran sedap wehhh! kuantan, pahang, kotak kalam kuantan, restoran sedap wehhh kuantan pahang malaysia,

Untuk makluman, food court ini beroperasi dari setiap hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari, food court ini mula dibuka pada jam 4.30 petang dan ditutup pada pukul 12.00 tengah malam. Masa yang begitu sesuai untuk anda makan-makan dan bersantai bersama keluarga.

Untuk makluman anda juga, foodcourt ini ada menyediakan perkhidmatan buat anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau apa sahaja majlis-majlis keraian. 

Tempatnya yang luas sudah pasti mampu memuatkan ramai tetamu dan memberi keselesaan kepada mereka yang hadir ke majlis anda nanti.

Jadi apalagi? Jangan lupa singgah di sini juga anda datang ke Kuantan.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain
restoran sedap weh kuantan pahang malaysia,
tempat best di kuantan,
lila wadi kuantan,
restoran sedap wehhh! kuantan, pahang,
kotak kalam kuantan,
restoran sedap wehhh kuantan pahang malaysia,
Jangan Sia-Siakan Momen Indah Ketika Anda Bercuti. Ikuti Panduan 'Meletup' Fotografer Ini..

Jangan Sia-Siakan Momen Indah Ketika Anda Bercuti. Ikuti Panduan 'Meletup' Fotografer Ini..

Siapa tak suka travel ataupun bercuti kan? Lagi-lagi kalau bercuti ditempat yang menarik. Melihat pemandangan yang cantik dan indah sudah pasti dapat menenangkan dan hilangkan sekejap stress ditempat kerja.

Tapi, jika keindahan itu tidak dirakam dengan sebaik mungkin rasa rugi la pula. Jadi, jangan lupa untuk rakam gambar-gambar kenangan anda ketika anda bercuti. Anda nak tahu tips mudah untuk anda mengambil gambar ketika travel? Jom baca perkongsian dari Akiey iaitu Photographer 52 negara newbies.

13 Tips Ambil Gambar Cantik Ketika Travel 

1. Travel bersama rakan yang pandai ambil gambar.
2. Kalau tak pandai tidak mengapa, janji kawan sporting untuk tolong ambilkan gambar.
3. Kalau rakan travel tak sporting juga, tidak mengapa, cool je, bawa tripod sendiri atau pastikan muka tebal tak malu tersipu-sipu untuk tegur strangers dan minta mereka ambilkan gambar. Boleh jadi, ini menjadi satu titik pertemuan jodoh anda!

4. Google terlebih dahulu gambar-gambar di tempt yang bakal anda pergi, ambil feel dan berangan dulu gambar bagaimana yang anda impikan atau scroll balik gambar kawan-kawan yang pernah dulu buat korang jeles di instagram.

5. Ambil ribuan gambar, cuba sahaja dari pelbagai sudut, depan, belakang, jauh, dekat, angle atas, dll.

6. Pastikan bawa extra SD card, bawa laptop supaya boleh transfer gambar atau ada account yang boleh sync-kan gambar, seperti Dropbox, Google Drive atau MEGA ; katakan memori phone penuh, lepas sync, boleh delete terus.

7. Bila pose, set mode : POYO habis, baru feel bila ambil gambar. Tak perlu cover macho/ayu. Karang belek-belek gambar dalam kamera dalam flight balik Msia menyesal tak sudah tak cuba posing poyo, nangislah dalam kapal terbang sorang-sorang.

8. Pelbagaikan pose! Antara pose blh cuba; gaya Titanic, gaya meditasi, gaya kuak lentang, gaya I believe I can fly dll.

9. Pastikan gambar nature lebih banyak dari anda. Masukkan elemen alam dalam setiap foto. Awan, burung, ataupun cahaya matahari akan menambah warna di setiap subjectfoto. Kita berjalan bukan untuk ambil gambar diri sendiri semata, tapi nak gambar naturebelakang awak tu. Ye dok?

10. Lokasi-lokasi favorite: gambar-gambar rare cantik selalunya top view,atas bukit-bukit/gunung-gunung tinggi, dalam hutan simpan, tepi tasik, dekat air terjun. bersedialah kaki untuk hike tinggi-tinggi dan basah-basah sedikit. Kalau tak nak hike, boleh labur sedikit duit untuk cable car untuk sampai ke puncak (jika ada).

11. Kalau nak gambar nampak extra international gitu, ambil gambar dengan tourist entah siapa di sebelah. Pastikan dapat kebenaran dulu okay, terutamanya jika ambil gambar anak-anak kecil comel-comel. Jangan selamba badak sangat. Orang putih sangat overprotective dengan anak mereka dan dianggap rude jika ambil gambar tanpa kebenaran parents. Silap-silap balik hostel dengan penampar sebiji hinggap di muka. Siapa yang susah?
12. Kalau ada extra cash, invest on magic camera, bila tangkap terus cantik habis. Seperti mirrorless/iphone dan handphone latest model.
13. Photography ni banyak rules; tapi jangan terlalu rigid dengan rules tersebut, just be yourself (extra excited+poyo) and enjoy!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
My Weight Loss Progress Record After 2 Month

My Weight Loss Progress Record After 2 Month

Tajuk mat saleh sangat kan? Ok la seperti yang aku janji kan dalam entri semalam (Papaglamz dan Coach Syam di Serambi Teruntum Run 2018 Kuantan Pahang, Klik di sini untuk membaca) aku nak show off progres rekod weight loss aku dalam usaha aku untuk menguruskan badan dan untuk hidup lebih sihat dan cergas. Diam tak diam dah 2 bulan juga aku try untuk menguruskan berat badan. 

So far aku rasa sangat-sangat ok. Alhamdulillah berat badan aku dah ada penurunan. Rasa badan ni semakin sihat. Kalau nak buat kerja-kerja yang perlukan kudrat yang tinggi insyallah aku boleh buat. Bila melakukan aktiviti-aktiviti sukan pun seperti berjogging dan hiking, aku boleh bertahan lama. Tak mudah rasa penat seperti sebelum ini. Rasanya, fitness level aku semakin meningkat kot. Alhamdulillah.

how to lose weight in a week,  how to lose weight fast in 2 weeks,  how to lose weight in a month,  how to lose belly fat,  diet tanpa nasi,  diet plan,  diet cepat,  menurunkan berat badan,

Gambar atas ni ala-ala gambar sebelum dan selepas gitu kan. Pada aku, tak ada la nampak perubahan ketara sangat pada struktur badan aku, tapi bila lihat pada data-data yang akan aku kongsikan kejap lagi nampak juga progress perubahan yang lebih positif. Haaa sebab tu untuk menurunkan berat badan ni, merekod data semasa adalah penting bagi menilai sejauh mana kejayaan kita dalam usaha menurunkan berat badan. Adakah matlamat yang ingin dicapai semakin dekat ataupun masih jauh lagi. Dari sinilah kita akan tahu apa lagi usaha-usaha yang perlu kita buat untuk memastikan matlamat kita tercapai. 

My Weight Loss Progress Record 18 Nov 2017 - 18 Jan 2018

Weight Lost, Kg

how to lose weight in a week,  how to lose weight fast in 2 weeks,  how to lose weight in a month,  how to lose belly fat,  diet tanpa nasi,  diet plan,  diet cepat,  menurunkan berat badan,

Graf kat atas ni aku nak tunjukkan penurunan berat badan aku selama 2 bulan. Bermula dari tarikh 18 November 2017 berat aku masa tu ialah 88.4 kg. Next weeknya pula timbang lagi dan berat dah turun almost 2 kg. Ofkos la suka! So, aku teruskan la lagi melakukan aktiviti-aktivit yang mengeluarkan peluh sampai la hari ni aku timbang lagi dan berat aku sekarang 81.3 kg. Dari data ni nampak la dalam masa 2 bulan, aku berjaya menurunkan berat badan aku sebanyak 6.8 kg. Satu perubahan positif kan?

Fat lost, %

how to lose weight in a week,  how to lose weight fast in 2 weeks,  how to lose weight in a month,  how to lose belly fat,  diet tanpa nasi,  diet plan,  diet cepat,  menurunkan berat badan,

Graf atas ni pula adalah progress rekod aku punya body fat. Body fat ni lagi rendah lagi bagus lah. Bagi seorang lelaki yang sihat, bacaan body fat yang ideal ialah bawah 20%. Masa aku mula-mula nak kuruskan badan, body fat aku adalah 26.2%. Selama 2 bulan ni aku berjaya menurunkan bacaan body fat aku sebanyak 3% kepada 23.6%. Tapi, nampak ada macam kenaikan 0.3% untuk last week tu kan? Mungkin diet terkeluar dari landasan kot. Banyak sangat makan benda berminyak. But it is ok, jom usaha lagi untuk mendapatkan bacaan body fat lebih rendah. Chyoook Faizal....!!!

Metabolic Age

how to lose weight in a week,  how to lose weight fast in 2 weeks,  how to lose weight in a month,  how to lose belly fat,  diet tanpa nasi,  diet plan,  diet cepat,  menurunkan berat badan,

Graf ni pula adalah metabolic age ataupun body age. Metabolic age ni bermaksud umur tubuh badan korang yang sebenarnya. Target aku nak dapatkan body age aku lebih muda dari umur aku yang sebenar. Sekarang ni umur aku mengikut tahun ialah 30 tetapi body age aku 34. Maksudnya segala bagai sistem-sistem dalam badan aku ni dah berumur 34 tahun. Kira badan ni lebih tua dari umurnya la. So, nak kekal muda, kena la banyak buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bukan makan produk kecantikan yang macam-macam kat luar tu. Upsssss..!!! Hahaha

Kesimpulannya, macam yang Coach Syam cakap la, tak kira macam mana pun gayanya korang nak diet, please consistent. Kalau hangat-hangat tahi ayam je memang tak kemana la. Lagi satu start sekarang juga. Jangan nanti.. Nanti.. Lama-lama takut tak jadi pula. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
Papaglamz dan Coach Syam  di Serambi Teruntum Run 2018 Kuantan Pahang

Papaglamz dan Coach Syam di Serambi Teruntum Run 2018 Kuantan Pahang

Baru-baru ni aku join event running Serambi Teruntum Run 2018. Sejak-sejak rajin berjoging ni aku pun mula la menjinak-jinakkan diri register nama untuk event running macam ni. This year aku plan nak kumpul finisher medal sebanyak mungkin. Nak jadikan koleksi peribadi. Hahaha

cara nak kurus dalam masa seminggu,  tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat,  makanan untuk kurus,  cara nak kurus tanpa senaman,  cara untuk kurus dalam masa 3 hari,  senaman untuk kurus,  tips diet,  cara nak kuruskan badan bagi remaja,  running event malaysia,  running event penang,  just run lah,  milo breakfast run,  my race online,  marathon penang,  twincity marathon,  kl international new year run,

Untuk Serambi Teruntum Run ni merupakan first time aku join acara berlari seperti ini kecuali masa merentas desa masa kita sekolah-sekolah dulu la. Join pun untuk acara 5 km sahaja bukan 10 km. Pengalaman pertama so far so good. Bila berlari dalam event ni dia punya feeling macam berbeza sikit. Semangat nak sampai ke garisan penamat tu  macam lebih membara gitu kan.

cara nak kurus dalam masa seminggu,  tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat,  makanan untuk kurus,  cara nak kurus tanpa senaman,  cara untuk kurus dalam masa 3 hari,  senaman untuk kurus,  tips diet,  cara nak kuruskan badan bagi remaja,  running event malaysia,  running event penang,  just run lah,  milo breakfast run,  my race online,  marathon penang,  twincity marathon,  kl international new year run,

Alhamdulillah untuk 5 km ni aku berjaya menamatkan larian aku dalam masa 30 minit 29 saat dan jarak larian lebih kurang 5.5 km. Timing ni antara rekod terbaik untuk diri aku sendiri yang aku pernah catatkan. Lepas ni nak bit rekod ni then nak try pula buat larian 10 km non-stop. Insyalllah

cara nak kurus dalam masa seminggu,  tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat,  makanan untuk kurus,  cara nak kurus tanpa senaman,  cara untuk kurus dalam masa 3 hari,  senaman untuk kurus,  tips diet,  cara nak kuruskan badan bagi remaja,  running event malaysia,  running event penang,  just run lah,  milo breakfast run,  my race online,  marathon penang,  twincity marathon,  kl international new year run,

Siapa Coach Syam?

Hahaha. Ok.! Mesti ramai yang tanya dah kenapa tajuk entri aku kali ni ada nama si Syam ni kan. Coach Syam ni sebenarnya trainer Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) untuk area Kuantan. Before this aku join program yang coach buat. Tapi bukan  JK1M la. 

cara nak kurus dalam masa seminggu,  tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat,  makanan untuk kurus,  cara nak kurus tanpa senaman,  cara untuk kurus dalam masa 3 hari,  senaman untuk kurus,  tips diet,  cara nak kuruskan badan bagi remaja,  running event malaysia,  running event penang,  just run lah,  milo breakfast run,  my race online,  marathon penang,  twincity marathon,  kl international new year run,

Yup! Memang aku nak kurus dan lebih penting aku nak sihat. For me, bila join team-team nak sihat ni kita akan lebih termotivasi untuk lebih sihat gitu. Nak buat sendiri memang kadang-kadang akan terdemotivated je. So, cari la support dari team yang korang join. Bak kata pepatah Arab:

"Ibarat berkawan dengan seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberi kita minyak wangi, atau kita boleh membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, kita boleh mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan jika berkawan dengan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaian kita, dan sudah pasti bau asapnya yang tak sedap akan melekat pada badan kita.”
Dijadikan cerita, time Serambi Teruntum Run 2018 ni coach pun join la juga event ni atas dasar support trainee-trainee katanya. Entah ya entah tidak. Hahaha. Kalau ya, weolls sangat-sangat berbesar hati. 

cara nak kurus dalam masa seminggu,  tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat,  makanan untuk kurus,  cara nak kurus tanpa senaman,  cara untuk kurus dalam masa 3 hari,  senaman untuk kurus,  tips diet,  cara nak kuruskan badan bagi remaja,  running event malaysia,  running event penang,  just run lah,  milo breakfast run,  my race online,  marathon penang,  twincity marathon,  kl international new year run,

So, warga Kuantan yang nak jadi kurus, nak sihat, nak menjalani hidup lebih baik, jom la pakat register JK1M 2018 yang bakal berlangsung tak lama lagi. Aku? Soryyyyy aku dah kurus...!!! Hahahaha. Berlagak gila! Tak ada la. Kita ada target lain. So, kita join la program yang lain pula. 

cara nak kurus dalam masa seminggu,  tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat,  makanan untuk kurus,  cara nak kurus tanpa senaman,  cara untuk kurus dalam masa 3 hari,  senaman untuk kurus,  tips diet,  cara nak kuruskan badan bagi remaja,  running event malaysia,  running event penang,  just run lah,  milo breakfast run,  my race online,  marathon penang,  twincity marathon,  kl international new year run,

Next entri insyallah aku kongsikan progress penurunan berat aku kat korang semua OK! Tunggu!

Nak kenal Coach Syam boleh klik disini.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
Senarai Kuih-Muih Tradisional Di Malaysia Yang Semakin Pupus

Senarai Kuih-Muih Tradisional Di Malaysia Yang Semakin Pupus

Bila menyingkap kembali sejarah penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza, terselit satu kisah tentang beliau berlatih menyanyi ketika menjual kuih-kuih tradisional di kampung. 

Jika dulu, selalu ada budak-budak di kampung yang akan datang jual kuih dari rumah ke rumah sambil membawa bakul.

Sekarang suasana ini sudah jarang kita lihat. Mungkin kuih-kuih tradisional ini sudah ramai yang tidak kenal. Apatah lagi nak buat sendiri kan? 

Buat anda yang ingin mengenang kembali zaman-zaman kegemilangan kuih-muih tradisional, jom tengok kuih tradisi yang semakin hilang ditelan zaman ini.

Kuih tradisi yang semakin menghilang

  • Kuih Kalakatar – Perak – asal Banjar

  • Kuih Wadai Kepeng – Selangor/Perak – asal Banjar

  • Kuih Barongko – Selangor – asal Bugis
  • Burasak – Selangor – asal Bugis

  • Kuih Penyaram – N.9 – asal Minang
  • Kuih Ocong-ocong – Perak – asal Bengkulu
  • Kuih Lemper – Selangor – asal Jawa
  • Kuih Puteri Dua Sebilik – Kelantan – asal Siam
  • Kuih Gedung Chak – Kedah 
  • Kuih Ringgi / Emping Kelapa – Perlis
  • Kuih Kelamai – Perak – asal Rawa
  • Kuih Dodol Kukus Tahi Minyak – Pahang
  • Kuih Halwa Maskat – P.Pinang – asal Arab
  • Kuih Kebebe – Lenggong Perak
  • Kuih Opok-opok – Terengganu
  • Kuih Tepek Pisang – Malaysia – asal tidak diketahui
  • Apam Daun Rambai – N.9 – asal Minang

Yang bukan kuih tetapi dianggap makanan tradisi yang hampir pupus adalah:

  • Ketupat daun tebu
  • Ketupat daun buluh
  • Lemang tepung
  • Pulut kukus periuk kera

  • Nasi Daun Lerek
  • Ikan Bakar Dalam Tanah
  • Nasi Lemuni
  • Kebebe – Lenggong, Perak 

Jadi sebagai generasi baharu, kita seharusnya pertahankan adat resam ini, meskipun ia sekadar kuih muih. Kan?

With Love
Papaglamz

-Sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain
Resepi Mudah Burger Malaysia. Anda Wajib Cuba Tau.!

Resepi Mudah Burger Malaysia. Anda Wajib Cuba Tau.!

Tidak tahu la bagaimana kuih ini boleh mendapat nama burger Malaysia. Mungkin bentuknya seperti burger-burger biasa cuma saiznya yang lebih kecil membuatkan orang di sini memanggilnya burger Malaysia.

resepi pau sambal sukatan cawan, resepi burger malaysia mat gebu, resepi burger sedap, resepi burger ayam, resepi burger daging, mini burger, resepi pau sambal azie, resepi donut sambal,

Bagi yang tidak tahu, negara kita ada burger tersendiri tau! Burger Malaysia namanya. 

Ianya adalah kuih yang diletakkan inti sambal merah (biasanya sambal bilis atau lebih dikenali dengan sambal nasi lemak) dan juga timun di dalamnya.

resepi pau sambal sukatan cawan, resepi burger malaysia mat gebu, resepi burger sedap, resepi burger ayam, resepi burger daging, mini burger, resepi pau sambal azie, resepi donut sambal,

Ok jom cuba resepi membuat Burger Malaysia yang telah dikongsi oleh Che' Nom di laman iresipi.com:

Bahan-Bahan:

2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

Cara Penyediaan:

  • Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  • Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  • Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  • Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  • Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  • Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit.
  • Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  • Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.

Tips dari Che' Nom - Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain
'Punten' Nasi Impit Versi Jawa Yang Anda Harus Cuba! Sedap Berlemak Rasanya..

'Punten' Nasi Impit Versi Jawa Yang Anda Harus Cuba! Sedap Berlemak Rasanya..

Mungkin ada yang pelik dengan namanya. Tapi, bagi masyarakat Jawa, makanan Punten bukanlah sesuatu yang pelik dan asing bagi mereka. 

Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa seakan-akan nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat melayu.

Cuma, yang berbeza ialah Punten mempunyai rasa yang berlemak seperti nasi lemak kerana pembuatannya dicampur dengan santan dan garam. 

Masyarakat Jawa biasanya meminati Punten ini jika dimakan bersama dengan sambal merah ataupun sambal totok Jawa. Memang terbaik!

Nak tahu cara-cara membuat Punten? Jom ikuti perkongsian dari Air Tangan Cik Siti cara-cara nak buat Punten.

Bahan-bahan (untuk 2 orang):

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - seperti membuat nasi lemak)
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.  
2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan-tekan dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan... Mula-mula memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan-tekan sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.

3)  Bila dah sejuk, boleh potong...  Kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekatlah nanti.

Siap untuk dimakan bersama sambal yang anda suka! 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Hati-hati Dengan Penyakit Yang Mudah Merebak Ketika Musim Hujan

Hati-hati Dengan Penyakit Yang Mudah Merebak Ketika Musim Hujan

Musim hujan terjadinya perubahan suhu dan kelembapan pada persekitaran kita.

Perubahan persekitaran ini mampu meningkatkan lagi pembiakan dan penyebaran kuman dan juga bakteria-bakteria yang mampu menyebarkan penyakit kepada kita.

penyakit yang sering terjadi pada musim hujan, penyakit akibat hujan, musim hujan dan penyakitnya, penyakit musim kemarau, sakit saat musim hujan, pencegahan penyakit di musim hujan, waspada penyakit musim hujan,

Sebagai langkah berjaga-jaga, semasa musim hujan hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan diri dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan anda dijangkiti bakteria-bakteria berbahaya seterusnya mengundang penyakit pada diri anda.

Berikut adalah 6 penyakit yang mudah menyerang ketika musim hujan

1. Diarrhea

Diarrhea adalah penyakit yang kerap menyerang ketika musim hujan. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh bakteria seperti e.coli, salmonella, shigella dan cholera.

Mungkin anda dengan tidak sengaja memakan makanan yang telah tercemar dengan bakteria-bakteria tadi.  Antara tanda-tanda anda diserang diarrhea ialah anda kerap membuang air besar berbanding kebiasaannya dan perkara ini berlaku sehingga beberapa hari dan minggu.

2. Selesema

Selesema biasanya disebabkan oleh virus influenza A, B, atau C. Virus ini akan menyerang pernafasan dan akan menyebabkan gejala seperti demam, batuk dan pening kepala.

Walaupun ada yang menganggap penyakit ini biasa terjadi, sekiranya tidak dikawal, ia boleh menyebab kepada penyakit lebih serius seperti Pneumonia.

3. Demam Malaria

Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk. Ketika musim hujan, pembiakan nyamuk meningkat. Jadi, kebarangkalian untuk anda terkena penyakit malaria adalah tinggi.

Jika demam ini dibiarkan, ia akan menyebabkan kematian.

4.  Demam Thypoid

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang masuk ke dalam tubuh kita melalui mulut. Kemudian bergerak ke esophagus, perut, usus kecil dan usus besar.

Penyakit ini menyebabkan demam panas yang sangat tinggi. Jika dibiarkan, akan menyebabakan kematian.

5. Leptospirosis

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira sp yang menyebar melalui kencing tikus. Penyakit ini akan menyebabkan kulit menjadi kekuningan dan mengering. Kebiasaannya penyakit ini diiringi bersama dengan diarrhea dan juga sembelit.

Ketika musim hujan, air kencing tikus tersebar melalui air hujan yang masuk ke dalam tubuh anda.

6. Penyakit kulit

Bakteria yang tersebar ketika musim hujan akan menyerang kulit dan akan menyebabkan kegatalan. Jika anda terkena gatal-gatal pada kulit, cepat ubati dengan ubat yang mampu mengatasi kegatalan kulit ataupun minta pendapat doktor untuk mencari ubat.

Selalulah mencuci tangan ataupun mandi agar badan anda terhindar dari sebarang bakteria JAHAT.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Percutian Outdoor Nature Menarik di Sekeping Serendah

Percutian Outdoor Nature Menarik di Sekeping Serendah

Bagi penggemar percutian outdoor yang mewah dan menyamankan, Sekeping Serendah adalah lokasi yang anda boleh singgah untuk menginap. Hotel yang sangat unik dan agak rare ini membuat para pengunjung seperti 'back to nature' kerana lokasinya yang terletak ditengah hutan. Tetapi tetap mengekalkan konsep  mewahnya. 

"Sekeping Serendah is a private retreat attempting to tread lightly on the land. The very transparent and open sheds celebrate the beauty of the natural environment surrounding them. The sheds are intentionally kept basic and free from lavishness. They are seen more as ‘glorified tents’ to provide basic shelter for its inhabitants as they commune with the land. Sekeping Serendah consists of 10 sheds set within 5 acres of tropical rainforest. The sheds float gently over the forest floor beside a bubbling brook.-Sekeping Serendah Retreats"

Di sini, penginapan berkonsepkan terbuka. Bilik-bilik yang dibina memang tidak dipasang langsir langsung. Memang sesuai dengan konsep 'back to the nature'. Dari dalam bilik kita boleh melihat pemandangan luaran seluas-luasnya. Memang sesuai untuk mereka yang suka dengan alam semulajadi. 

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Kolam renang

Walaupun terletak di dalam hutan, kemudahan yang disediakan di sini agak banyak. Antaranya termasuklah:

  • Forest living environment.
  • Bedrooms (queen-sized beds with mosquito nets).
  • Outdoor shower* and swimming pool.
  • Cooking stove, kettle and oven toaster.
  • BBQ equipments and cutletries.
  • Fridge and kitchen sink.
  • Outdoor coffee table.
  • Ceiling fans.
  • Share dinner with stars and sounds from the forest.
  • Self-catering or caretaker's meal.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah:

  • BBQ – Dapur pemanggang memang disediakan oleh pihak resort dan anda perlu membuat memberitahu pihak resort untuk menyediakan arang jika anda ingin berBBQ di sini. 
  • Berenang – Di resort ini memang disediakan kolam renang yang cantik. Memang sangat sesuai untuk penggemar alam semulajadi. 
  • Jungle trecking – Bagi penggemar adventure, anda boleh melakukan aktiviti jungle trecking menuju ke air terjun serendah dari resort. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit sahaja.
  • Memancing – Buat kaki pancing, ada kolam memancing istemawa untuk anda semua.

Kredit foto : Sekeping.com

With Love
Papaglamz

-Sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain

Resepi Mudah Burger Malaysia Anda Semua Mesti Cuba!

Resepi Mudah Burger Malaysia Anda Semua Mesti Cuba!

Tidak tahu la bagaimana kuih ini boleh mendapat nama burger Malaysia. Mungkin bentuknya seperti burger-burger biasa cuma saiznya yang lebih kecil membuatkan orang di sini memanggilnya burger Malaysia.

resepi pau sambal sukatan cawan,  resepi burger malaysia mat gebu,  resepi burger daging,  resepi burger sedap,  resepi burger ayam,  mini burger  resepi pau sambal azie,  resepi burger bakar,

Bagi yang tidak tahu, negara kita ada burger tersendiri tau! Burger Malaysia namanya. 

Ianya adalah kuih yang diletakkan inti sambal merah (biasanya sambal bilis atau lebih dikenali dengan sambal nasi lemak) dan juga timun di dalamnya.

Ok jom cuba resepi membuat Burger Malaysia yang telah dikongsi oleh Che' Nom di laman iresipi.com:

Bahan-Bahan:

2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

resepi pau sambal sukatan cawan,  resepi burger malaysia mat gebu,  resepi burger daging,  resepi burger sedap,  resepi burger ayam,  mini burger  resepi pau sambal azie,  resepi burger bakar,

Cara Penyediaan:

  • Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  • Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  • Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  • Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  • Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  • Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit.
  • Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  • Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
  • Tips dari Che' Nom - Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com