Resepi Kek Butter Simple But Nice

Resepi Kek Butter Simple But Nice

Assalamualaikum semua. Dalam banyak kek, pada aku kek butter adalah yang paling mudah sekali kita nak buat. Bahan asas untuk membuat butter kek cumalah buter, telur, gula dan tepung. Ada kesemua bahan ini, boleh dah jadi sebiji butte cake yang sedap kau memikat. Ok la, aku nak kongskan pada korang semua resepi kek butter simple but nice yang aku buat baru-baru ni. Macam biasala resepi ini inspirasi dari sifu baker aku kak Eny Abdullah. Resepi Kek Butter kak eny macam-macam. Korang boleh tengok-tengok blog kak Eny tau. 

How do you make butter cake, kek butter sukatan cawan, resepi kek butter moist, resepi kek butter gebu, kek butter kukus, kek biasa, kek butter cheese, resepi marble cake, kek butter pelangi,

Resepi Kek Butter

Untuk kek butter ni aku nak buat alal-alal berbelang batik warna kuning coklat. Tapi macam tak jadi pulak belang-belang batik tu. Aku takut-takut nak lorek adunan dalam loyang. Aku lorek sikit-sikit je. So kalau korang buat nanti, sila confident masa nak mixkan adunan di dalam loyang tau. 

Bahan-bahan kek butter

250g guttercup
200g gula kaster
5 Biji telur gred A
200g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh asen vanila

Cara-cara membuat kek butter

  1. Sebelum mengadun kek panaskan oven (ikut kesesuaian oven masing-masing) 145 darjah celcius.
  2. Pukul butter dan gula sehingga gebu (butter bertukar warna putih).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Masukkan asen vanila
  5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  6. Bahagi 2 adunan. Satu adunan campurkan dengan serbuk koko. Gaul sebati.
  7. Dalam loayg yang telah dialas dengan kertas minyak. Masukkan adunan yang tidak bercampur dengan serbuk koko dahulu sedikit. Kemudian masukkan pula adunan yang bercampur dengan serbuk koko. Ulang step ni sampai semua adunan habis.
  8. Ambil pisau cucuk sehingga sampai ke dasar adunan. Gerakkan pisau dalam gerakan bulatan dari tepi loyang sehingga bulatan kecil di tengah-tengah loyang. 
  9. Bakar kek selama 45 minit. 
Mudah je kan? Selamat mencuba tau. Rasa dia memang sedap. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-



My Harry Potter Collection

My Harry Potter Collection

Assalamualaikum semua. Siapa tak tahu siri popular yang penuh dengan dunia magik Harry Potter kan? Aku adalah antara peminat siri Harry Potter. Setiap siri Harry Potter yang difilemkan telah aku katam. Dan kebanyakan filem-filem Haryy Potter aku tonton di panggung wayang. Kalau dulu tengok kat wayang, sekarang tengok kat laptop jer. Aku ada full movie Harry Potter Collection dari siri yang petama sehingga la siri yang ke 7 bahagian ke-dua. Dan aku dah ulang tengok semuanya sebanyak 3 kali ulang-ulang tahun ni. Hahahaha. Gigih kan..???

My Harry Potter Collection


Ok la tu je nak cakap yang aku ada koleksi full movie Harry Potter. Hahahaha. #AkuTakDeIdeaNakUpdateEntri

With Love
Papaglamz

-sekian-
Ramuan Tradisional Jamu Kunyit dan Asam Jawa Merawat Rahim Ibu Selepas Bersalin

Ramuan Tradisional Jamu Kunyit dan Asam Jawa Merawat Rahim Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua. Aku ada kongsikan entri tentang beberapa Peranan Suami Yang Perlu Dilakukan Ketika Isteri Sedang Berpantang sebelum ini. Banyak respons yang positif dari pembaca tentang entri itu khasnya bila aku kongsikan di laman facebook. Banyak yang bertanya tentang gambar kunyit dan asam jawa. Untuk apa semua bahan-bahan ni? So, dalam entri ni aku nak kongsikan pada semua Ramuan Tradisional Kunyit dan Asam Jawa Merawat Rahim Ibu Selepas Bersalin siap dengan resepi sekali tau.

membersihkan rahim dengan kunyit asam manfaat kunyit asam bagi wanita manfaat kunyit untuk rahim manfaat kunyit asam untuk kesuburan manfaat induk kunyit untuk kesuburan manfaat kunyit asam untuk menstruasi khasiat jamu kunyit asem setelah keguguran khasiat kunyit putih untuk kesuburan wanita

Membersihkan rahim dengan kunyit dan asam

Sebenarnya ramuan tradisi ini mak aku yang suruh sediakan untuk isteri aku minum masa dia berpantang hari tu. Pada mulanya aku agak terkejut apa taknya nak minum air kunyit siapa yang nak kan? Lepas aku google khasiat minum air kunyit baru la aku faham betapa berkhasiatnya jika kita mengamalkan minuman jus kunyit ni. 

Kunyit mempunyai khasiat yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu selepas bersalin. Dipercayai sekiranya diminum bersama asam jawa ia mampu menjaga dan merawat rahim ibu selepas bersalin. Dalam katanya lainnya rahim cepat kecut. Sebenarnya jus kunyit ini bukan sahaja baik diamalkan oleh ibu-ibu lepas bersalin, malah untuk semua wanita juga baik kerana 'anti-radang' yang terkandung di dalam kunyit itu sendiri mampu menghalang rasa kesakitan tatkak wanita period.

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa

Antara bahan-bahan yang korang perlu sediakan untuk membuat jamu ini seperti dibawah:
  1. Kunyit hidup - 1 inci
  2. Asam Jawa - 2 Sudu besar
  3. Gula melaka - 3 Sudu besar
  4. Manjakaki (Jika ada)
Cara nak membuat jamu ini amatlah mudah. Korang cuma perlu hiris halus semua bahan tadi dan masukkan dalam shaker. Tuang air panas dan shake. Siap untuk diminum. Ada juga cara lain. Korang hiris semua bahan tadi. Masukkan dalam periuk. Tambahkan air 2 cawan. Kemudian reneh dengan api yang kecil sehingga air menjadi satu cawan. Cara ini lambat sikit tapi lebih baik sebab pati-pati ramuan akan keluar dengan banyak bila kita memasaknya.

Mudah je kan nak buat? Jadi suami-suami sekalian, nak sayang isteri tolong la jaga mereka ketika berpantang. Insyallah isteri bertambah-tambah sayang.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Amalkan 9 Adab Ini Semasa Menggunakan Kenderaan Awam

Amalkan 9 Adab Ini Semasa Menggunakan Kenderaan Awam

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni kecoh di Facebook tentang bertapa coolnya admin page RapidKL dalam menegur pengguna pengangkutan awam dengan sindiran-sindiran yang begitu deep di status pagenya. Sangat banyak komen-komen positif dari nitizen dan tak kurang juga memuji admin kerana rajin membalas komen-komen nitizen di page berkenaan dengan ayat-ayat 'menganjing' yang panas. Walau panas macam mana pun, admin tetap memberi peringatan pada semua tentang seharusnya kita semua mengamalkan adab yang baik ketika menggunakan pengangkutan awam ni. 

langkah mengatasi masalah pengangkutan awam langkah penambahbaikan pengangkutan awam karangan pengangkutan awam cara cara untuk menarik minat orang ramai terhadap pengangkutan awam di negara kita karangan cadangan penambahbaikan pengangkutan awam karangan perkhidmatan pengangkutan awam karangan langkah-langkah meningkatkan kualiti pengangkutan awam masalah pengangkutan awam dan cara mengatasi

langkah mengatasi masalah pengangkutan awam langkah penambahbaikan pengangkutan awam karangan pengangkutan awam cara cara untuk menarik minat orang ramai terhadap pengangkutan awam di negara kita karangan cadangan penambahbaikan pengangkutan awam karangan perkhidmatan pengangkutan awam karangan langkah-langkah meningkatkan kualiti pengangkutan awam masalah pengangkutan awam dan cara mengatasi
Dear valued customers, lately we've been receiving surprise visits from Annabelle. Mind your manners while you're on our trains or....she will haunt you FOREVER #annabelleisnear #citizenwithmannerswanted #forabetterfuture

As we are not filming any "MARVEL" movie scene in our train, we strongly believed this is a missing CHILD. PM us if this CHILD is yours. #spidermandoesnttakemrt #蜘蛛侠不搭捷运 #solvathunanmaike

9 etika ketika menaiki pengangkutan awam yang boleh dipraktikkan bersama.

  1. Hormati harta benda awam. Jangan buat vandalism dan jangan gantung buaian dalam tren tu.
  2. Jangan berebut-rebut untuk turun atau naik tren atau bas. Bagi laluan, beri penumpang lain keluar baru kita masuk.
  3. Sebaiknya berbaris dalam satu barisan lurus untuk menaiki pengangkutan awam.
  4. Jangan duduk di kerusi khas yang disediakan untuk ibu mengandung, wanita hamil, ibu yang membawa anak kecil serta OKU.
  5. Jangan tinggalkan sampah anda sesuka hati. Simpan dalam poket atau beg anda dulu, dah jumpa tong sampah baru buang.
  6. Hormati hak pengguna lain. Dah dapat tempat duduk, jangan letak beg anda di kerusi sebelah. Beri ruang untuk orang lain duduk.
  7. Dah masuk tren, janganlah tercegat depan pintu masuk tu lebih-lebih lagi waktu peak hours. Apa kata bergerak masuk ke bahagian dalam untuk beri ruang penumpang lain keluar dan masuk dengan lebih mudah.
  8. Silent kan telefon anda.
  9. Perlahankan suara anda. Janganlah seronok sangat bercerita, sampai semua orang dengar. Seriously ramai tak nak tahu cerita korang tu pun.
With Love 
Papaglamz

-sekian-
Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang

Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang

Assalamualaikum semua. Sekarang tengah hot dan viral isu Alif Aziz kena serang dengan wife die yang baru bersalin 20 hari di pusat karaoke bersama-sama degan Afifah Nasir (adik pelakon popular masa kini iaitu Anzalna Nasir). Aku tak nak la komen pape tentang hal rumah tangga si Alif. Rumah tangga diorang, diorang la satel. Tak gitu? Harapnya dengan kejadian ini kita akan lebih insaf dan mengambil pengajaran. Pasti Allah nak tunjuk sesuatu pada kita. Betul tak?

Coretan kali ni aku lebih suka nak berkongsi pada korang semua tentang apa yang sepatutnya kita iaitu lelaki atau lebih sesuai aku cakap suami perlu lakukan bila isteri kita ni sedang berpantang. Aku kongsikan apa yang aku lakukan la. Based on experience aku sendiri. Tak la orang kata cakap tak serupa bikin pulak nanti kan?

Tanggungjawab atau Peranan suami/lelaki ketika isteri berpantang selepas bersalin

Urusan uri bayi

Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan Rahim.

tanggungjawab suami ketika isteri berpantang,
Ringkasan gambar untuk membersihkan uri
Orang-orang tua kata uri ni macam kawan bayi dalam perut ibu. Jadi sebagai seorang suami adalah lebih baik untuk kita tahu untuk menguruskan uri anak kita dari membersihkan hinggalah menanamnya. Kalau korang nak tahu caranya boleh baca entri Step by step mencuci uri di link ini untuk mempelajari secara ringkas macam mana nak menguruskan uri anak kita.

Vitamin dan ubat-ubatan ketika berpantang

Masa wife aku berpantang memang dari awal kau dah sediakan beberapa vitamin dan ubat-ibatan tak kira secara tradisional ataupun moden. Macam biasa la untuk vitamin aku memilih set vitamin untuk selepas bersalin. Memang dari anak first bini aku makan vitamin dari Shaklee. So far alhamdulillah serasi.

Basic set vitamin Shaklee
Set bersalin ni banyak manfaatnya. Antaranya dapat menambah susu badan. Memandangkan aku memang menyokong 100% penyusuan susu ibu untuk bayi, jadi seboleh-boleh aku menyediakan kelengkan untuk wife aku buat stok EBM. Bagi die selesa dan memudahkan. Kalau stress-stress nanti susu tak keluar pulak kan. Hehehe

Urusan rumah tangga

Memang sudah menjadi kelaziman aku dari anak pertama, bila wife aku bersalin sememangnya tanggungjawab urusan rumah tangga dari segi masak, kemas rumah dan membasu baju menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu kalua wife aku bersalin aku akan amek cuti sampai sebulan lebih. Memang dari awal-awal pregnant dah bagi tau bos awal-awal yang aku akan amek cuit yang lama. Kau bayangkan 7 bulan awal dah mintak cuti, kalau tak approve jugak memang la kan. Hehehe

Sidai baju katanya

Menu ringkas unutuk orang berpantang


Uruskan bayi

Selain dari masak, basuh dan kemas rumah, aku juga menguruskan anak aku. Antranya mandikan, salin baju dan sebagainya. Kalau anak first, aku mula mandikan anak aku sendiri bila umur dia start 3 hari. Hari first until hair yang ke-3 tu nenek dia yang mandikan. Aku tengok dari tepi sambal belajar gitu. Tapi untuk anak second ni, balik je dari hospital, esoknya aku la yang mandikan anak aku sendiri. Orang kata dah pakar kan? Hehehe.

http://www.papaglamz.com/2017/07/Suami-Perlu-Lakukan-5-Perkara-Ini-Ketika-Isteri-Berpantang-Bertambah-tambah-Sayang.html
Madikan Husna dengan mandian ubat kuning


Uruskan isteri

Selepas selesai semua urusan bayi, baru la aku akan uruskan wife aku. For your info, orang lepas bersalin ni macam-macam kita kena buat tau. Nak mandi kena masakkan air panas. Baju-baju bersih kita kena sediakan dan macam-macam lagi la. Kalau kita sebagai suami tak sediakan semua itu, tak kan ko nak suruh mak kau buatkan. Betul tak? Nak suruh bini ko buat sendiri confirm2 tak larat. Jadi, sebagai suami, ambil la tanggungjawab untuk menguruskan isteri kita yang sedang sakit tu. Insyallah sambal-sambil kita buat tu isteri Nampak la betapa kita ni sangat SAYANG kat diorang ni kan. Hehehe
Haa macam mana? Mudah je kan? Jom amalkan sama-sama.
With Love
Papaglamz
-sekian-

Cubaan Membuat Perfect Swirled Rose Butter Cream Menjadi

Cubaan Membuat Perfect Swirled Rose Butter Cream Menjadi

Assalamualaikum semua. Dekorasi sesebuah kek memerlukan kita untuk mahir dalam melakar atau membentuk corak di atas kek dengan menggunakan krim. Baru baru ni aku saja cuba-cuba belajar membuat perfect swirled rose butter cream. Banyak kali juga aku cuba nak buat swirled rose butter cream ni. 

giant rose cake, how to make icing roses easy, rose cake tip size, how to make buttercream roses, step by step, rose icing recipe, rosette cake tip, rosette cake images, rose flavored cake, Cara buat swirled rose butter cream,

Kalau korang nak tahu, untuk membuat corak swiss rose butter cream, kita menggunakan nozel berbentuk star. Dalam pasaran banyak jenis nozel berbentuk star. Aku lebih suka gunakan nozel closed star. Kebanyakan tutorial-tutorial di youtube ramai yang gunakan nozel ni. Jadi, aku ikut je la. Pada aku nozel yang aku guna ini akan membentuk alunan kelopak rose yang cantik.


Sebenarnya mudah je nak buat swirled rose butter cream ni. Firsrly for sure korang kena la buat dulu butter cream korang. Untuk resepi butter cream ni nanti aku share dalam entri yang ain yer. Dah sediakan krim, masukkan krim dalam piping dan gunakan closed star nozel yang aku cakap tadi. Kemudian buat la swirled rose kita tu atas kek kita tu. Kalau korang nak tutorial video, search je di youtube. Macam-macam teknik ada diorang tunjuk.

giant rose cake, how to make icing roses easy, rose cake tip size, how to make buttercream roses, step by step, rose icing recipe, rosette cake tip, rosette cake images, rose flavored cake, Cara buat swirled rose butter cream,

giant rose cake, how to make icing roses easy, rose cake tip size, how to make buttercream roses, step by step, rose icing recipe, rosette cake tip, rosette cake images, rose flavored cake, Cara buat swirled rose butter cream,

Gambar di atas ni adalah antara swirled rose butter cream yang aku pernah buat. Ni semua adalah untuk training aku je. Rose yang berwarna pink tu adalah cubaan pertama aku dan yang berwarna pastle peach di bawahnye adalah swirled rose yang aku buat baru-baru ni. Nampak la bezanya kan. Terasa ada better gitu la kan. So kena training lagi untuk lebih cantik lagi. 

Swirled rose butter cream ni pada aku merupakan bentuk yang mudah yang kita nak buat tapi hasilnya cantik kalau pandai mengenakan gayanya. Jom aku kongsikan contoh-contoh kek yang dihias menggunakan swirled rose butter cream. 




With Love
Papaglamz

-sekian-
Siapa Sangka Akhirnya Stand Mixer Cornell Dalam Genggaman

Siapa Sangka Akhirnya Stand Mixer Cornell Dalam Genggaman

Assalamualaikum semua. Siapa sangka akhirnya stand mixer Cornell kini berada dalam genggaman aku. Sebenarnya dah lama sangat-sangat aku nak memilik sebuah stand mixer ni. Masa aku start berjinak-jinak dalam baking ni, aku cuma mampu beli hand mixer yang harganya pun bawah RM 100 je. Alhamdulillah selepas beberapa bulan ni dapat la upgrade instrument. Slow-slow kayuh orang kata kan? 

Ciri-ciri Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer Red, Cornell mixer, Alatan membuat kek, Gambar stand mixer,

Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer Red 

Sebenarnya lama dah aku servey-servey stand mixer mana yang aku nak beli. Ada juga aku tanya-tanyakan kawan dan kenalan FB khasnya mereka-mereka yang membuat kek tentang jenama stand mixer mana yang boleh dikatakan murah dan tahan lasak. Ramai yang suggest jenama Cornell ni la. Aku pun servey la harga kat internet, shoping mall dan kedai barangan elektrik. Ternyata LAZADA juga tempat yang aku pilih. 

Masa aku beli (dalam last week gitu la), LAZADA ada buat promosi. Jadi, harga dia jadi murah sikit. Memang betul la harga promosi tu. Bila aku tengok semula harga stand mixer ni di LAZADA, harga dah kembali normal. Nasib baik cepat bertindak kan. Hehehe. Aku baru je dapat mixer ni this week. So far aku dah gunakan 2 kali buat kek dan sekali buat butter cream. Ok la. 

Paling membantu dalam buat butter cream la. Kalau guna hand mixer lenguh tangan nak buat.Yela buat butter cream ni kne guna speed sederhana dan agak lama kan. Tu yang lenguh. Dah ada stand mixer ni mudah. Masuk-masukkan bahan je, ko biarla dia putar ikut kelajuan yang ko nak. Memang mudah.

Ciri-ciri Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer Red, Cornell mixer, Alatan membuat kek, Gambar stand mixer,

Kalau korang nak tahu, ciri-ciri Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer yang berwarna merah ni mempunyai 8 level kelajuan dan didatangkan dengan 3 jenis pemutar iaitu wisk, hook dan K-beater (paddle). Memandangkan stand mixer ni cuma middle size, jadi saiz bowl hanyalah 4.2 litre. Ok la untuk aku baker yang baru berjinak-jinak ni kan. Yang bestnya mixer ni ada penutup plastik. Memang best la. Dapat mengelakkan tepung ataupun adunan dari splash atau berterbangan keluar. Tak la mengotorkan 

Bercakap tentang hook, paddle dan wisk, sebenarnya aku baru nak memahami apakah sebenarnya kegunaan setiap satunya. Biasa sumber maklumat aku adalah google dan kawan-kawan baker kat FB. Apa yang aku dapat faham, untuk hook yang berbentuk macam mata kail tu biasanya kita gunakan untuk mengadun doh roti. Unutk paddle atau K-beater pula biasanya digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek, butter kek, kek coklat dan lain-lain kek lagi. Manakala wisk pula digunakan untuk mengadun bahan-bahan yang memerlukan proses pengembangan. Contohnya dalam membuat kek span. Alat ini berfungsi untuk memrangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan naik kembang. 

Macam tu la sedikit sebanyak. Walau apapun, membaca teori ni tak kan sama kalau kita tak cuba buat sendiri kan? So, we will see la time by time aku gunakan stand mixer ni apa yang akan berlaku dan apa yang bakal aku pelajari nanti. Korang doakan aku tau supaya rajin membaking. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Gambar Kek Perkahwinan Hasil Tangan Papaglamz

Gambar Kek Perkahwinan Hasil Tangan Papaglamz

Assalamualaikum semua. Dalam satu-satu majlis perkahwinan, kek perkahwinan atau wedding cake merupakan satu item penting bagi menyempurnakan lagi majlis rasa sehari. Acara memotong kek perkahwinan biasanya akan dilaksanakan dengan begitu indah dan istimewa. Pendek kata, kek perkahwinan merupakan nadi pelengkap pada majlis hari bahagia pasangan mempelai.

Gambar Wedding Kek, Gambar Kek Perkahwinan, kek perkahwinan yang cantik, kek kawin simple, design kek kahwin terkini, kek hari jadi yang paling cantik, hiasan kek coklat yang simple, cara menghias kek coklat, cara menghias kek harijadi, dekorasi kek coklat,
Pengantin sedang memotong kek
Bersempena dengan perkahwinan sepupu aku baru-baru ni, mak cik aku telah memberi tanggungjawab kepada aku untuk membuat kek perkahwinan anaknya. Yela, nak juga merasa kek hasil tangan anak buah sendiri kan? Secara jujurnya aku tak pernah langsung buat wedding kek ni. Kiranya ini merupakan kali pertama aku untuk mencabar diri aku buat kek perkahwinan. Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menyiapkan sebuah kek perkahwinan 2 tingkat untuk majlis persandingan sepupu aku tu. 

Gambar Wedding Kek, Gambar Kek Perkahwinan, kek perkahwinan yang cantik, kek kawin simple, design kek kahwin terkini, kek hari jadi yang paling cantik, hiasan kek coklat yang simple, cara menghias kek coklat, cara menghias kek harijadi, dekorasi kek coklat,
Tingkat atas kek
Korang rasa macam mana? Ok tak? Secara jujurnya aku berpuas hati dengan percubaan pertama aku ni. Walaupun sangat banyak benda yang perlu aku perbetulkan, lebih-lebih lagi dalam bab kemasan lepaan krim pada kek. Comot sana comot sini. Kalau korang tengok real memang akan dapat kesan cacat cela yang ada. Tapi aku puas hati. Semua yang tengok kek aku, diorang puji dan tak sangka seorang ABAM SADO buat kek kawen untuk majlis hari tu tau. Hahaha

Gambar Wedding Kek, Gambar Kek Perkahwinan, kek perkahwinan yang cantik, kek kawin simple, design kek kahwin terkini, kek hari jadi yang paling cantik, hiasan kek coklat yang simple, cara menghias kek coklat, cara menghias kek harijadi, dekorasi kek coklat,
Tingkat bawah kek
Untuk majlis ini, aku buat kan kek cheese 2 tingkat. Aku gunakan kek span biasa dan aku filling serta lepa kek dengan krim cheese. Agak mencabar jugak la nak sapu krim pada kek besar-besar ni. Sengat sana la. Senget sini la. Tapi alahamduillah hasilnya memuaskan aku. Hehehe. Kalau korang nak tengok resepi kek cheese dari aku, boleh klik link ini (Klik Di Sini).

Bila bercakap tentang kek perkahwinan ni kan, bagi bakal-bakal pengantin korang tahu tak ada beberapa guidline yang korang perlu ikut semasa korang nak menempah kek perkahwinan termasuklah:
  1. Perkara utama, lakukan tinjauan melalui Facebook atau Instagram tentang pilihan kek perkahwinan yang diinginkan. Sebelum menempah kek, anda disarankan untuk mencuba dan rasai dahulu kek sampel atau tester. Apabila sudah ‘berjumpa’ dengan kek yang disukai, bolehlah terus menempahnya.
  2. Perhatikan reka bentuk kek perkahwinan yang disukai atau anda sendiri boleh melakar bentuk kek yang diingini mengikut cita rasa. Bawa lakaran kek anda itu kepada pembuat kek dan berbincanglah tentang apa yang anda inginkan. Pastikan pemilihan warna dan hiasan menepati cita rasa anda.
  3. Kunci dekorasi sesebuah kek perkahwinan terletak kepada konsep dan tema kek itu sendiri. Tanpa konsep, kek tersebut kelihatan tidak sempurna. Pilihlah konsep dan tema kek yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda.
  4. Warna kek perkahwinan yang dipilih seharusnya sama dengan tema dan konsep majlis yang berlangsung. Hindari warna-warna yang terlalu kontra dengan tema majlis resepsi anda. Pilihan warna-warna lembut dengan terapan hiasan yang romantis adalah lebih sesuai untuk majlis meraikan cinta.
  5. Kek perkahwinan mempunyai harga yang berbeza-beza kerana ia bergantung kepada saiz dan berat kek tersebut. Oleh itu, pastikan anda menempah kek perkahwinan mengikut bajet yang anda telah tetapkan.
  6. Kenal pasti dan tentukan jumlah sebenar tetamu yang bakal hadir ke majlis resepsi anda. Ia penting sebelum anda membuat tempahan kek. Jika anda menjemput 500 orang tetamu, anda memerlukan kek yang lebih besar dan bertingkat-tingkat. Majlis resepsi yang diadakan di dalam dewan atau dalam ruang yang besar dan luas tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan saiz kek yang besar dan tinggi.
  7. Tentukan sudut yang sesuai untuk meletakkan kek perkahwinan anda. Jika kek perkahwinan anda besar dan bertingkat, letaklah kek perkahwinan tersebut di sudut hadapan berhampiran dengan pelamin.
  8. Lokasi merupakan faktor yang sangat penting sebelum membuat keputusan untuk menempah kek perkahwinan. Jangan sesekali menempah kek jenis krim, meringue atau butter cream jika majlis diadakan dalam taman atau outdoor kerana cuaca yang panas boleh mencairkan kek tersebut. Rujuklah dengan pembuat kek tentang jenis-jenis kek yang sesuai untuk lokasi, cuaca dan persekitaran majlis. Sebaiknya pilihlah kek daripada jenis fondant penuh kerana ia lebih sesuai dengan pelbagai situasi.
Sumber: Pesona Pengantin

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Assalamualaikum semua. Lontong sememangnya popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dipercayai masakan lontong ini berasal dari negeri Johor. Ya..!! Aku percaya. Aku rasa kebanyakan orang Johor je yang sarapan lontong pagi-pagi buta kan? Satu set lengkap lontong biasanya mengandungi nasi himpit, kuah lodeh, telur (samada goreng mata atau rebus) dan sambal merah. Dalam entri kali ni aku nak kongsikan kat korang semua resepi lontong kuah lodeh mudah. Kita belajar buat kuah lodeh ye.

Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Resepi mudah kuah lodeh

Carrot
Sengkuang
Kobis
Soon
Tauhu kering
Santan 
Serai – dititik
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk
Segenggam bilis yang dah disiang. Kalau tak nak guna bilis boleh guna udang kering.
1 biji bawang besar.
3 biji bawang merah kecil.
3 ulas bawang putih.

**Bahan-bahan ni korang boleh agak dan lebih kurang je.
**Lagi satu kalau nak tambah sayuran yang korang suka pun boleh juga.

Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Bahan lain
Nasi impit
Telur rebus
Sambal merah

Cara memasak kuah lodeh untuk lontong

  1. Potong semua sayuran mengikut bentuk yang korang suka. 
  2. Kisarkan bawang putih, besar dan kecil serta bilis.
  3. Tumis bahan yang di kisar sehinga naik bau.
  4. Masukkan serai dan serbuk kunyit.
  5. Masukkan sayuran yang keras seperti lobak merah dan sengkuang. Masukkan air dan biar mendidih sebentar. 
  6. Masukkab pula sayuran yang lain dan masukkan sehingga menutupi sayuran tadi. Biarkan mendidih beberapa minit.
  7. Kemudian, masukkan santan, garam dan gula. Masukkan soon dan tauhu kering.
  8. Kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkan daripada santan pecah. 
Dah siap. Korang amek nasi impit, campurkan dengan kuah lodeh, sambal dan telur. Makan memang syok la. Sekarang ni sesiapa yang datang rumah aku kat Kuantan ni memang aku buatkan lontong je la. Mudah dan sedap. Dah jadi signature menu kat rumah aku tau. Siap ad yang request pot luck mintak bawakkan lontong kuah lodeh ni. Memang sedap la tu nampaknya kan. Hehehe. Ok la, selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Maps atau Peta dan Daerah-daerah Di Negeri Johor

Maps atau Peta dan Daerah-daerah Di Negeri Johor

Assalamualaikum semua. Kalau pernah aku kongsikan tentang Perkara menarik di Negeri Johor. Kali ni aku nak kongsikan pada korang semua tentang Maps atau Peta dan Daerah-daerah yang ada di Negeri Johor. Sebelum itu, untuk pengatahuan semua la kan, Negeri Johor ni merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak betul-betul di selatan Semenanjung Malaysia dan berdekatan dengan Singapura. Negeri Johor bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Haa aku selalu melalui sempadan Johor dan Pahang. Almaklumla, kampung di Johor tapi kerja di Kuantan Pahang. Peta di bawah ni contoh yang aku ambil dari google maps untuk peta Negeri Johor.

Maps of Johor, Peta Negeri Johor, Districts of Johor, Daerah-daerah di Negeri Johor,

Nampak kan Johor betul-betul hujung Semenanjung Malaysia. Sebab tu di Johor ni banyak juga pantai-pantai tempat peranginan. Lebih-lebih lagi di bahagian Johor Timur menghala ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Menurut portal Johor.gov.my, Negeri Johor juga mempunyai Ibu negeri tersendiri iaitu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan JB. JB merupakan sebuah bandaraya di selatan negeri ini. Kalau korang nak tahu JB ni merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Patut la kat JB tu crowded jugak ye.

Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang negeri johor dan dah tengok peta Jom aku kongsikan dengan korang semua nama-nama daerah yang terdapat di negeri ini. Di Johor terdapat 10 buah daerah. Setiap daerah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara daerahnya ialah seperti di bawah:

Maps of Johor, Peta Negeri Johor, Districts of Johor, Daerah-daerah di Negeri Johor,



Johor terbahagi kepada 10 daerah antaranya ialah :

  1. Daerah Johor Bahru
  2. Daerah Kulaijaya
  3. Daerah Pontian
  4. Daerah Kota Tinggi
  5. Daerah Kluang
  6. Daerah Segamat
  7. Daerah Muar 
  8. Daerah Batu Pahat
  9. Daerah Mersing
  10. Daerah Ledang

Dalam kesepuluh daerah-daerah ni, semuanya aku pernah jejakkan kaki. Samada sekadar melalui jalan ataupun menetap sehari dua. Tapi daerah tempat tumpah darah tercinta aku ialah Batu Pahat atau lebih glamour dengan panggilan BP la. Kalau gulu orang-orang BP sangat popular dengan Summit Parade. Summit ni macam shopping mall la. Ada wayang dan macam-macam lagi. Sekarang macam-macam shopping dah ada contohnya BP mall, Carefour, dan macam-macam lagi seiring pembangunan di daerah ini. 

Unversity pun dah ada di Batu Pahat. Siapa tak tau UTHM kan? Univerity Tun Hussin Onn. UTHM ni kebanyakannya banyak bidang kejuruteraan. Sebelum ni kolej tapi dah naik taraf. Dengan kampung aku dekat je. Dalam 40 minit gitu la. Tapi aku tak berpeluang study di sini. Rezeki aku menjadi anak didik UiTM. 

Haa ok la, sebelum aku merapu yang bukan-bukan dan lari dari tajuk asal entri, baik aku stop di sini. Harapnya info tentang peta dan daerah-daerah di Negeri Johor ini berguna untuk semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com