25.7.17

Gambar Kek Perkahwinan Hasil Tangan Papaglamz

Assalamualaikum semua. Dalam satu-satu majlis perkahwinan, kek perkahwinan atau wedding cake merupakan satu item penting bagi menyempurnakan lagi majlis rasa sehari. Acara memotong kek perkahwinan biasanya akan dilaksanakan dengan begitu indah dan istimewa. Pendek kata, kek perkahwinan merupakan nadi pelengkap pada majlis hari bahagia pasangan mempelai.

Gambar Wedding Kek, Gambar Kek Perkahwinan, kek perkahwinan yang cantik, kek kawin simple, design kek kahwin terkini, kek hari jadi yang paling cantik, hiasan kek coklat yang simple, cara menghias kek coklat, cara menghias kek harijadi, dekorasi kek coklat,
Pengantin sedang memotong kek
Bersempena dengan perkahwinan sepupu aku baru-baru ni, mak cik aku telah memberi tanggungjawab kepada aku untuk membuat kek perkahwinan anaknya. Yela, nak juga merasa kek hasil tangan anak buah sendiri kan? Secara jujurnya aku tak pernah langsung buat wedding kek ni. Kiranya ini merupakan kali pertama aku untuk mencabar diri aku buat kek perkahwinan. Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menyiapkan sebuah kek perkahwinan 2 tingkat untuk majlis persandingan sepupu aku tu. 

Gambar Wedding Kek, Gambar Kek Perkahwinan, kek perkahwinan yang cantik, kek kawin simple, design kek kahwin terkini, kek hari jadi yang paling cantik, hiasan kek coklat yang simple, cara menghias kek coklat, cara menghias kek harijadi, dekorasi kek coklat,
Tingkat atas kek
Korang rasa macam mana? Ok tak? Secara jujurnya aku berpuas hati dengan percubaan pertama aku ni. Walaupun sangat banyak benda yang perlu aku perbetulkan, lebih-lebih lagi dalam bab kemasan lepaan krim pada kek. Comot sana comot sini. Kalau korang tengok real memang akan dapat kesan cacat cela yang ada. Tapi aku puas hati. Semua yang tengok kek aku, diorang puji dan tak sangka seorang ABAM SADO buat kek kawen untuk majlis hari tu tau. Hahaha

Gambar Wedding Kek, Gambar Kek Perkahwinan, kek perkahwinan yang cantik, kek kawin simple, design kek kahwin terkini, kek hari jadi yang paling cantik, hiasan kek coklat yang simple, cara menghias kek coklat, cara menghias kek harijadi, dekorasi kek coklat,
Tingkat bawah kek
Untuk majlis ini, aku buat kan kek cheese 2 tingkat. Aku gunakan kek span biasa dan aku filling serta lepa kek dengan krim cheese. Agak mencabar jugak la nak sapu krim pada kek besar-besar ni. Sengat sana la. Senget sini la. Tapi alahamduillah hasilnya memuaskan aku. Hehehe. Kalau korang nak tengok resepi kek cheese dari aku, boleh klik link ini (Klik Di Sini).

Bila bercakap tentang kek perkahwinan ni kan, bagi bakal-bakal pengantin korang tahu tak ada beberapa guidline yang korang perlu ikut semasa korang nak menempah kek perkahwinan termasuklah:
  1. Perkara utama, lakukan tinjauan melalui Facebook atau Instagram tentang pilihan kek perkahwinan yang diinginkan. Sebelum menempah kek, anda disarankan untuk mencuba dan rasai dahulu kek sampel atau tester. Apabila sudah ‘berjumpa’ dengan kek yang disukai, bolehlah terus menempahnya.
  2. Perhatikan reka bentuk kek perkahwinan yang disukai atau anda sendiri boleh melakar bentuk kek yang diingini mengikut cita rasa. Bawa lakaran kek anda itu kepada pembuat kek dan berbincanglah tentang apa yang anda inginkan. Pastikan pemilihan warna dan hiasan menepati cita rasa anda.
  3. Kunci dekorasi sesebuah kek perkahwinan terletak kepada konsep dan tema kek itu sendiri. Tanpa konsep, kek tersebut kelihatan tidak sempurna. Pilihlah konsep dan tema kek yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda.
  4. Warna kek perkahwinan yang dipilih seharusnya sama dengan tema dan konsep majlis yang berlangsung. Hindari warna-warna yang terlalu kontra dengan tema majlis resepsi anda. Pilihan warna-warna lembut dengan terapan hiasan yang romantis adalah lebih sesuai untuk majlis meraikan cinta.
  5. Kek perkahwinan mempunyai harga yang berbeza-beza kerana ia bergantung kepada saiz dan berat kek tersebut. Oleh itu, pastikan anda menempah kek perkahwinan mengikut bajet yang anda telah tetapkan.
  6. Kenal pasti dan tentukan jumlah sebenar tetamu yang bakal hadir ke majlis resepsi anda. Ia penting sebelum anda membuat tempahan kek. Jika anda menjemput 500 orang tetamu, anda memerlukan kek yang lebih besar dan bertingkat-tingkat. Majlis resepsi yang diadakan di dalam dewan atau dalam ruang yang besar dan luas tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan saiz kek yang besar dan tinggi.
  7. Tentukan sudut yang sesuai untuk meletakkan kek perkahwinan anda. Jika kek perkahwinan anda besar dan bertingkat, letaklah kek perkahwinan tersebut di sudut hadapan berhampiran dengan pelamin.
  8. Lokasi merupakan faktor yang sangat penting sebelum membuat keputusan untuk menempah kek perkahwinan. Jangan sesekali menempah kek jenis krim, meringue atau butter cream jika majlis diadakan dalam taman atau outdoor kerana cuaca yang panas boleh mencairkan kek tersebut. Rujuklah dengan pembuat kek tentang jenis-jenis kek yang sesuai untuk lokasi, cuaca dan persekitaran majlis. Sebaiknya pilihlah kek daripada jenis fondant penuh kerana ia lebih sesuai dengan pelbagai situasi.
Sumber: Pesona Pengantin

With Love
Papaglamz

-sekian-

6 ulasan:

  1. Wow hebatnya papaglamz buat kek kahwin. Cantik Pula tu

    BalasPadam
  2. Kombibasi warna cheese tu dengan manik gold tu...cun..simple but nice..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. tq. insyalah nak explore lagi nanti.

      Padam
  3. wow.. cantiknya.. mesti sedap tu ^^

    BalasPadam
  4. alamak terliur pulak lah time time macamnie hakhak. mesti sedap!

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com