13.7.17

Jalan-jalan Tempat Menarik di Kuala Terengganu Sempena Hari Raya

Assalamualaikum semua. Kalau sebut je Kuala Terengganu siapa tak kenal. Antara daerah yang sangat popular di Negeri Terengganu sebagai pusat pelancongan domestik dan dikunjungi oleh pelbagai pelancong dari dalam dan luar negara. Kuala terengganu terkenal dengan tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati oleh para pelancong seperti Masjid Kristal, Pasar Payang dan yang paling famous ialah keropok losong Terengganu. Kalau ke sini memang tak sah tak cuba. 

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Baru-baru ni aku dan keluarga aku berkesempatan jalan-jalan di Kuala Terengganu. Boleh la dikira sebagai beraya. Yela, masih dalam bulan syawal kan? Sebenarnya aku ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan office aku. Alang-alang ke sini kita pun pergi la melawat tempat menarik di Kuala Terengganu ni

Antara tempat menarik di Kuala Terengganu yang aku singgah tak lain tak bukan ialah Masjid Kristal. Siapa tak kenal tentang masjid ni kan? Keindahan seni bina yang amat imat indah dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Dari jauh lagi aku dah nampak kubah-kubah masjid yang dibina indah memang seumpama kristal. Masjid yang terletak didalam kawasan Taman Tamadun Islam ini bukan sahaja menjadi tempat persinggahan musafir untuk bersolat, malah ade juga pelajar-pelajar yang membuat kajian tentang seni bina. 

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Sebelum ni aku dah pernah singgah masjid ni. Rasanya masuk kali ni aku dah menjejakkan kaki ke sini sebanyak 4 kali. Memang menarik. Jadi, korang kalau bercuti di Kuala Terengganu jangan lupa untuk singgah di Masjid Kristal.

Selain singgah di Masjid Kristal, sempat juga aku mencuba Ikan Celup Tepung (ICT) di Teluk Kepayang. Walaupun di Kuantan ade juga ICT ni, tapi nak juga rasa ikan celup tepung versi Kuala Terengganu kan? Sebenarnya banyak warung yang menjual ikan celup tepung sekitar Kuala Terengganu. Tapi sebab yang aku tahu hanya di Teluk Ketapang sahaja, jadi aku singgah la sini. 

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Ternyata ikan celup tepung mempunyai peminat yang tersendiri. Apa tidaknya aku terpaksa beratur lebih setengah jam jugak la untuk memilih dan membeli gorengan apa yang aku nak. Jadi, untuk kali ni aku memilin sotong goreng, udang goreng dan ikan goreng tepung. Memang sedap. Jagan lupa singgah makan Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu tau.

Ok bercerita tentang motif utama pergi Kuala Terengganu, aku pergi majlis perkahwinan kawan aku di Manir. Menjejakkan kaki di Manir merupakan kali petama buat aku. Dan memang aku tak sempat nak explore kawasan sekitar Manir. Dapat cari rumah pengantin dah kira untung la kan? Hehehe

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Selain pergi rumah pengantin, tiba-tiba terjumpa pula dengan blogger famous dari nun jauh Utara sana. Sapa tak kenal Arzmoha dari arzmoha.com ni kan. Kecil molek dan cute orangnya. Hahaha. Ok la, sebenarnya kebetulan si arz ni ada berdekatan kawasan Manir dan on the way nak balkik Penang, saja la jumpa sekejap amek gambar. Bukan mudah kami nak jumpa. Dan ini merupakan kali pertama juga kami berjumpa. Memang la susah nak jumpa. Sorang kat Utara, sorang kat Pantai Timur. Ada peluang ni kita jumpa la sekejap kan.

Selain tu aku ada juga beraya rumah kawan-kawan aku di Kuala Terengganu. Lepas je solat maghrib di masjid aku terus balik Kuantan dan sampai la rumah dalam pukul 11 malam. Sehari je pergi so called bercuti di Kuala Terengganu. Dan esoknya aku pun beraya lagi. Well beraya selagi boleh kan.? Ok la sampai sini dulu coretan dari aku. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

8 ulasan:

  1. Keropok losong Terengganu memang Best.... Kak efa pun suka.... Suka korang berdua (papaG + arz) ek, dpt berjumpa..

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam papa .. Waa best nya beraya kat tempat org .. Siap jumpa blogger famous utara lagi .. Rezeki .. =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. haar mg best yana. alang pergi kenduri org, kita jalan sekali

      Padam
  3. Wahhh seronoknya p jalan² kat ganu.
    Kepok lekor ganu mmh best. hohh terkeliur.

    BalasPadam
  4. Alaaaaa...nanti bawak akak jenjalan cari ICT eh...akak nak jugak makan semua seafood tu..nampak menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallh. dtg la sini. kt kuantn pun ade je ICT..

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com