26.7.17

Siapa Sangka Akhirnya Stand Mixer Cornell Dalam Genggaman

Assalamualaikum semua. Siapa sangka akhirnya stand mixer Cornell kini berada dalam genggaman aku. Sebenarnya dah lama sangat-sangat aku nak memilik sebuah stand mixer ni. Masa aku start berjinak-jinak dalam baking ni, aku cuma mampu beli hand mixer yang harganya pun bawah RM 100 je. Alhamdulillah selepas beberapa bulan ni dapat la upgrade instrument. Slow-slow kayuh orang kata kan? 

Ciri-ciri Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer Red, Cornell mixer, Alatan membuat kek, Gambar stand mixer,

Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer Red 

Sebenarnya lama dah aku servey-servey stand mixer mana yang aku nak beli. Ada juga aku tanya-tanyakan kawan dan kenalan FB khasnya mereka-mereka yang membuat kek tentang jenama stand mixer mana yang boleh dikatakan murah dan tahan lasak. Ramai yang suggest jenama Cornell ni la. Aku pun servey la harga kat internet, shoping mall dan kedai barangan elektrik. Ternyata LAZADA juga tempat yang aku pilih. 

Masa aku beli (dalam last week gitu la), LAZADA ada buat promosi. Jadi, harga dia jadi murah sikit. Memang betul la harga promosi tu. Bila aku tengok semula harga stand mixer ni di LAZADA, harga dah kembali normal. Nasib baik cepat bertindak kan. Hehehe. Aku baru je dapat mixer ni this week. So far aku dah gunakan 2 kali buat kek dan sekali buat butter cream. Ok la. 

Paling membantu dalam buat butter cream la. Kalau guna hand mixer lenguh tangan nak buat.Yela buat butter cream ni kne guna speed sederhana dan agak lama kan. Tu yang lenguh. Dah ada stand mixer ni mudah. Masuk-masukkan bahan je, ko biarla dia putar ikut kelajuan yang ko nak. Memang mudah.

Ciri-ciri Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer Red, Cornell mixer, Alatan membuat kek, Gambar stand mixer,

Kalau korang nak tahu, ciri-ciri Cornell CSM-EL688SR Heavy Duty Stand Mixer yang berwarna merah ni mempunyai 8 level kelajuan dan didatangkan dengan 3 jenis pemutar iaitu wisk, hook dan K-beater (paddle). Memandangkan stand mixer ni cuma middle size, jadi saiz bowl hanyalah 4.2 litre. Ok la untuk aku baker yang baru berjinak-jinak ni kan. Yang bestnya mixer ni ada penutup plastik. Memang best la. Dapat mengelakkan tepung ataupun adunan dari splash atau berterbangan keluar. Tak la mengotorkan 

Bercakap tentang hook, paddle dan wisk, sebenarnya aku baru nak memahami apakah sebenarnya kegunaan setiap satunya. Biasa sumber maklumat aku adalah google dan kawan-kawan baker kat FB. Apa yang aku dapat faham, untuk hook yang berbentuk macam mata kail tu biasanya kita gunakan untuk mengadun doh roti. Unutk paddle atau K-beater pula biasanya digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek, butter kek, kek coklat dan lain-lain kek lagi. Manakala wisk pula digunakan untuk mengadun bahan-bahan yang memerlukan proses pengembangan. Contohnya dalam membuat kek span. Alat ini berfungsi untuk memrangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan naik kembang. 

Macam tu la sedikit sebanyak. Walau apapun, membaca teori ni tak kan sama kalau kita tak cuba buat sendiri kan? So, we will see la time by time aku gunakan stand mixer ni apa yang akan berlaku dan apa yang bakal aku pelajari nanti. Korang doakan aku tau supaya rajin membaking. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

13 ulasan:

  1. Alhamdulillah..moga boleh lebih luas mengorak langkah merialisasikan minat...

    BalasPadam
  2. wow bestnyaaa.. CT pun teringin nak ada sbijik tapi tak adalah rajin nak baking. cuma suka nak ada hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe CT beli buat koleksi je pun blh kn.. hahaha

      Padam
  3. wow..kalau dapat ni mau bangkit segala semangat baking!haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Come ok hazeera dapatkan satu sekarang...

      Padam
  4. Tahniah papa, semoga papa terus maju jaya buat kek. bila lah nak dapat rasa kek papa ne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah satu hari nanti ☺️☺️

      Padam
  5. Wah..semoga dengan kehadiran si merah menyala ni memudahkan papaG nyer bisness kan...

    BalasPadam
  6. tahniah papa..moga jadi baker berjaya nanti

    BalasPadam
  7. Wah, bestnya dapat mixer stand mcm tu.. lagi semangat la nk baking..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com