Baca juga

Cara Buat Air Detox Paling Mudah

Cara Buat Air Detox Paling Mudah

Rahsia detox dan khasiatnya


Assalamualaikum

Minum air detox boleh kurus | Bila bercakap tentang detox ni, mesti ramai yang kaitkan dengan cara pengurusan badan. Betul dengan mengamalkan pengambilan air detox ni kita boleh kurus tau. Tetapi dengan beristiqamah dan diikuti dengan beberapa senaman serta penjagaan makanan. Secara ringkasnya air detox ni adalah air kosong yang di masukkan beberapa buah-buahan ataupun sayuran dan dijadikan amalan minuman seharian. Kiranya improvise air masak la ni. 

resepi-air-detox

Dengan mengamalkan peminuman air detox ni ia di katakan mampu membantu tubuh kita dalam penyingkiran bahan-bahan toksik seperti racun, lemak, dan sebagainya. Penyingkiran bahan-bahan toksik ini penting bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Bagus kan?

Jadi, mesti ramai yang nak tahu cara-cara nak buat air detox ni kan? Sebenarnya cara untuk membuat air detix ni mudah sahaja hanya perlukan air masak dan buah-buahan yang mampu membantu dalam proses detoksifikasi badan kita. 

Resepi mudah air detox


Bahan-bahan
1 biji Lemon
1 Biji Timun
2 Biji Limau Nipis
1 Jug Air Masak

Cara-cara nak buat mudah je. Korang campurkan semua bahan-bahan tadi didalam satu jug. Dan simpan dalam peti ais semalaman. Esok paginya minum la. mudah je kan? Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bila Anak Kecil Mula Menulis Inilah Jadinya

Bila Anak Kecil Mula Menulis Inilah Jadinya

Fasa pembelajaran aktif bagi si manja


Assalamualaikum

Bila Anak Kecil Mula Menulis Inilah Jadinya | Setiap kanak-kanak mempunyai ragam tersendiri. Dari kecil sampailah besar, setiap fasa pembesarannya sudah pasti ada sahaja ragam atau perangai yang mencuit hati dan kadang kala menggeramkan juga. Macam gitu jugalah dengan anak PapaG si Imtiyaz. Sekarang ni Imtiyaz sudah mula rajin menconteng-conteng. Lebih-lebih lagi bila Ibunya belikan warna crayon untuknya, memang jenuh la melayan dia menulis. Sebagai ayah, PapaG layankan je la. Ada kalanya PapaG cuba mengajar Imtiyaz membuat bentuk bulatan, garisan lurus dan segi empat. Tapi, bukan bentuk dan garisan yang dia buat pun. Hanya lukisan-lukisan abstrak yang kita sendiri pun tak faham apakah dia. Hehehe

Walauapapun, tak kira la apa juga bentuk tulisan ataupun lakaran yang anak kita buat, kita harus support. Mula-mula memanglah hanya contengan yang entah pape, insyallah satu hari nanti anak kita akan menulis sebuah ayat-ayat manis untuk kita. Bila dah pandai pegang pen atau pensil ni, risau pulak kalau-kalau Imtiyaz ni menconteng dinding rumah. Untuk mengelakkan dia conteng dinding, PapaG lebih mengajar Imtiyaz untuk menconteng di dalam buku yang memang khas untuknya. Mintak di jauhkan la dia nak conteng dinding rumah. Kalau tak, jenuh la nak mencuci nanti kan? 

Nah PapaG kongsikan antara hasil nukilan dari Imityaz buat korang semua. Komen la sikit. Hehehe




Nampak tak? Khusyuk sangat. Tak cukup dengan buku, muka dia conteng sekali. Hehehe. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran Kandungan Usia 2 Bulan

Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran Kandungan Usia 2 Bulan

Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran Kandungan Usia 2 Bulan


Assalamualaikum

Beberapa minggu lepas, industri hiburan Malaysia di gemparkan dengan berita ura-ura mengatakan diva nombor satu negara kita Dato’ Siti Nurhaliza Binti Taruddin mengandung. Namun Siti tidak mengulas lebih lanjut kepada pihak media tentang berita ini. Siti tidak mengiakan atau pun menidakkan berita sedang hangat di perkatakan oleh semua orang. Sekiranya berita kehamilan ini adalah sesuatu yang betul, pastinya kesemua peminat Siti akan gembira. Siti hanya memberi komen bila sampai waktunya beliau akan berkongsi cerita yang sebenar.

Namun, beberapa hari lepas, PapaG terbaca status Instagram @ctdk menyatakan bahawa Dato’ Siti telah keguguran di usia kandungan 2 bulan. Pastinya ia merupakan satu yang amat menyedihkan. Sebagai manusia Siti menganggap ianya sebagai satu ujian baginya dan keluarga. Siti tetap redha dan positif bahawa semestinya ade hikmah di sebalik kejadian yang menimpa ini.

dato-siti-nurhaliza-keguguran

Kini, Siti akan berpantang dan selepas habis berpantang aktiviti seninya akan berjalan seperti sediakala. Sebagai peminat, PapaG doakan semoga Dato’ diberi kesembuhan yang sempurna dan tetap redha dengan ujian yang menimpa. Insyallah tahun depan mengandung lagi. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-
100 Plus Menyegarkan Walkathon Toray BASF Petronas 2015

100 Plus Menyegarkan Walkathon Toray BASF Petronas 2015

Assalamualaikum

100 Plus best | Buat mera yang aktif dalam bersukan pastinya minuman isotonik 100 Pluss menjadi pilihan tepat bagi mendapatkan kembali kesegaran dengan segera. Baru-baru ini BASF PETRONAS Chemical dan TORAY telah menganjurkan walkathon sempena Responsible Care week 2015. PapaG pun menyertai walkhaton ni. Sebenarnya banyak juga aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu responsible care ni. Antaranya blood donation, confine space trainig, dan macam-macam lagi la.

Memang acara walkathon ni adalah acara tahunan yang akan menjadi pilihan PapaG. Apa tidaknya mudah je. Korang perlu berjalan kaki je. Kalau berlari penyertaan korang akan terbatal. Dalam acara ni PapaG dapat tempat pertama dari belakang yer. Yela alang-alang acara berjalan, betul-betul kami berjalan la. Ala-ala mak jemah gitu. Hihihi. Yang penting kami happy dah la, Dan lagi satu dapat minum 100 Plus free. 

walkathon

walkathon

walkathon

walkathon

Gambar last ni adalah antara geng-geng yang paling last sampai ke garisan penamat. Hehehe. Yang penting kami happy. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Makan Sampai Kenyang di Aniq Steamboat Kuantan dengan Hanya RM 19.00 Sahaja

Makan Sampai Kenyang di Aniq Steamboat Kuantan dengan Hanya RM 19.00 Sahaja

Harga makan di Aniq Steamboat, Kuantan


Assalamualaikum

RM 19.00 makan di Aniq Steamboat, Kuantan | Baru-baru ni PapaG dan isteri berpeluang makan steamboat di Aniq Steamboat Kuantan. Saja sekali-sekala makan steamboat untuk dinner apa salahnye kan? By the way, Aniq Steamboat ni adalah antara tempat makan yang paling popular di Kuantan ni. Lebih-lebih lagi di dalam facebook group Warga Kuantan. Memang viral sangat cerita tentang Aniq Steamboat ni. PapaG tahu tentang kedai makan ni pun dari kawan-kawan di tempat kerja yang bercerita dan pencarian PapaG di group Warga Kuantan tu la.

Aniq-steamboat

Steamboat yang berkonsepkan buffet dengan tema MAKAN SAMPAI KENYANG memang la menjadi pilihan ramai pengunjung. Apa tidaknya sepanjang PapaG berada di sini, memang tak pernah kosong la. Penuh dengan orang. Sebenarnya PapaG dan wife pun bernasib baik sebab kebetulan semasa kami sampai ada satu meja yang baru sahaja selesai makan. Jadi kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk. Yang pasti memang hot stuff la meja-meja di Aniq steamboat ni. Ye la, api kat atas meja kan? Hot la tu. Hehehe

Bercerita tentang makanan yang disediakan pula, mungkin bagi yang ingin sedikit kelainan ketika makan malam boleh cuba steamboat di sini. Di Aniq, korang boleh merebus ataupun memanggang segala seafood, daging, ayam dan macam-macam lagi makanan yang di sediakan. Selain makanan steamboat, ada juga makanan seperti mee goreng, nasi kerabu, ABC, kek & pelbagai jenis kuih-muih. Jangan risau memang kenyang. Memang sesuai sangat dengan tema kedai steamboat ni iaitu MAKAN SAMPAI KENYANG. Dan yang paling best lagi, harga sangat la murah dan berpatutan. Hanya RM 19.00 satu kepala korang boleh makan sebanyak mana yang korang suka. Tapi ingat...!!! JANGAN MEMBAZIR.

Aniq-steamboat

Aniq-steamboat

Mesti korang semua nak tahu Aniq Steamboat ni kat mana kan? Kalau nak tahu tempatnya ianya berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa. Sampai la. Memang mudah jer. Kalau susah-susah google map je Aniq Steamboat Kuantan.

Aniq-steamboat

Aniq-steamboat

Komen PapaG tentang Aniq Steambot ni. Kalau tentang makanan memang memuaskan la bila di banding dengan harga dan servis dari semua staff pun ok. Diorang tambah kuah untuk merebus tu tanpa di suruh dan terus-terusan tersenyum. Memang mesra pelanggan la. Komen PapaG tentang kedai pula mungkin sempit sikit la. Susah untuk kita bergerak nak ambil makanan. Almaklumla kita ni saiz macam gajah nak bergerak sana sini perlukan keluasan. Jadi, wife PapaG la yang jadi mangsa. Hehehe. Walau apepun PapaG bagi 8 bintang untuk Aniq Stemboat ni. Korang jangan lupa tau singgah-singgah makan kat kedai makan ni. Gerenti syok la. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-
Gunakan ‘Baby Harness’ Sebagai Langkah Keselamatan Anak Anda di Tempat Awam

Gunakan ‘Baby Harness’ Sebagai Langkah Keselamatan Anak Anda di Tempat Awam

Anggap anak sebagai anjing jika pakai baby harness


Assalamualaikum

Gunakan ‘Baby Harness’ Sebagai Langkah Keselamatan Anak di Tempat Awam | Memandangkan Imtiyaz sudah meningkat dewasa, sebagai langkah keselamatan buatnya supaya tidak hilang, PapaG teringin nak cuba gunakan ‘Baby Harness’ kalau berjalan-jalan di tempat awam. Biasa la, sebelum nak membeli tu kita tanya-tanya dulu rakan-rakan minta pendapat. Ramai yang memberi komen positif dan ada juga yang memberikan komen negative. Sebenarnya penggunaan ‘Baby Harness’ di Malaysia ni tak la popular sangat. Terbaru PapaG terbaca satu artikel Awal Ashaari menggunakan ‘Baby Harness’ pada Lara Alana telah mendapat kecaman daripada peminat. Ada yang mengatakan perbuatan itu berdosa kerana mengganggap Awal seperti menyamakan anaknya dengan seekor haiwan peliharaan iaitu anjing.


Beratnya kecaman yang diberi tu kan? Bagi PapaG as long as ianya untuk keselamatan anak kita tiada salahnya kalua nak guna ‘Baby Harness’ ni. Yela kita ni kadang kala terleka. Dan yang paling penting di tempat awam ni pelbagai perkara boleh berlaku. Kadang tu penculikan berlaku depan mata tapi kita tak boleh buat apa pun. Mungkn selain daripada mengelakkan anak hilang, penggunaan ‘Baby Harness’ ini mungkin dapat membantu kita mengawal serta mengelakkan anak kita daripada bermain di tangga bergerak (escalator) di mana-mana shopping complex. Bahaya tau tangga bergerak ni. Banyak kemalangan-kemalangan ngeri yang terjadi di tangga bergerak ini sehinggakan boleh membawa maut. Jadi, tak salah nak gunakan ‘Baby Harness’ ni kan? Asal tujuan untuk keselamatan anak kita, why not kita cuba.

Buat mereka yang belum ada anak lagi, kalau koang nak tahu sebenarnya susah tau jaga anak yang baru pandai berjalan ni. Sangat-sangat susah. Kita perlukan 200% perhatian pada anak kita jika berada di tempat awam. Kadang tu bila kita pandang ke tempat lain, beberapa saat je anak kita dah kat tempat lain. Tu belum lagi dengan cerita anak kita menyorok di dalam baju-baju yang tergantung di kedai baju. Berpeluh la kita mencari rupanya dia dalam kedai tu jugak. Jadi, kawal pergerakan anak dengan menggunakan ‘Baby Harness’ mungkin juga adalah satu tindakan yang tepat demi keselamatan anak kita tu. Insyallah

Jom PapaG kongsikan beberapa komen dan pandangan rakan-rakan PapaG berkenaan pengguaan ‘Baby Harness’ ni.






Jadi kesimplannya, janganlah cepat memberi respons yang negatif terhadap sesuatu perkara tu kan? Lihat dengan lebih dalam. Cari di mana kebaikan dan di mana keburukannya. Mulakan langkah menjaga keselamatan anak-anak anda di tempat awam dengan menggunakan 'Baby Harness' ni. Insyallah jika kita memakainya dan ditambah dengan sikap prihatin kita pada anak-anak serta tidak cuai, kes kehilangan anak di tempat awam pasti dapat dielakkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Panduan Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama

Panduan Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama

Panduan buat bakal pengantin


Assalamualaikum

Debaran Malam Pertama | Menghadapi malam pertama sebagai suami isteri adalah saat-saat paling manis yang pastinya menjadi seribu satu kenangan buat semua pasangan pengantin yang ada di dunia ini. Mungkin pengalaman malam pertama yang bakal dilalui adalah satu pengalaman realiti dan nyata, bukan lagi pengalaman yang selama ini kita dengar atau baca dari mana-mana sumber sama ada media cetak atau elektronik. Sebagai pasangan yang baru memulakan hidup bersama, pastinya anda harus mempelajari panduan atau tips-tips menghadapai malam pertama agar anda tidak terkejut. 

Pengantin-malam-Pertama

Beberapa perkara harus diberi perhatian:

Persiapan Fizikal

Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama? Khususnya kaum wanita. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkhawinan. Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan,sekiranya pasangan kepenatan. Apa salahnya menunggu keesokan harinya, setelah keduanya sudah bersedia, maka laluilah malam pertama.

Persiapan Mental

Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?

Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut. Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif

Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yang sensitif  terhadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.

Jangan Makan Berlebihan

Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul di bahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah

Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .

Begitulah tadi yang beberapa panduan bagi menghadapi debaran malam pertama yang PapaG kongsikan dari artikel Ensklopedia Petua Melayu Lama di Facebook. Ni antara yang PapaG guna tau. Muahahha. Ok la. Selamat mencuba yer. (^_^)y

With Love
Papaglamz

-sekian-
Kismis Tok Guru Pilihan Ibu Bapa Untuk Kecergasan Minda Anak-anak

Kismis Tok Guru Pilihan Ibu Bapa Untuk Kecergasan Minda Anak-anak

Kismis makanan berkhasiat untuk anak-anak


Assalamualikum

Khasiat dan kelebihan kismis tok guru | Bertemu kembali semua. Kali ni PapaG nak cerita sikit tentang kebaikan kismis Tok Guru yang kerap kali PapaG beli untuk diberi pada anak PapaG. Sebenarnya rahsia kelebihan dan kebaikan kismis Tok Guru ni ramai yang telah ketahui. Almaklum la ianya antara kismis yang agak popular di Malaysia ni kan? Sebut je kismis, mesti jenama Tok Guru antara yang terlintas di dalam fikiran.

Kismis-tok-guru

PapaG pasti ramai yang mengetahui akan kebaikan dan kelebihan dalam mengamalkan makanan kismis. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang masih muda dalam membentuk minda yang lebih cergas dan segar. Memang sesuai la kalau makan kismis Tok Guru ni. Amalkan dengan memakan kismis setiap pagi, insyallah ia akan dapat mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan dan juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Kismis ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk meningkatkan kecerdasan otak dan minda, malah sesuai untuk yang menuntut ilmu, mereka yang belajar menghafaz Al-Quran, mereka yang belajar menghafaz Hadith dan juga untuk para Hafiz dan Hafizah. Antara khasiat dan faedah kismis Tok Guru ialah menghilangkan penyakit lupa, menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata dan menghilangkan balgham. 

Kismis-tok-guru

Banyak kan khasiat dia? Yang paling best ialah kismis ini telah telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan didoakan oleh Ustaz dan para pelajar Maahad Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka, Kelantan. Insyallah dengan keberkatan ini dapat memberi manfaat kepada kita sebagai pengguna. Jom sama-sama amalkan makanan berkhasiat kismis ni. Insyallah kita akan dapat manfaat darinya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

BIOLAC Susu Formula Terbaik Untuk Anak Anda Sihat Selepas Susu Ibu

BIOLAC Susu Formula Terbaik Untuk Anak Anda Sihat Selepas Susu Ibu

Susu untuk si comel selain susu Ibu


Assalamualaikum

Biolac susu penuh nutrisi terbaik selepas susu ibu | Alhamdulillah Imtiyaz sudah memasuki umur 1 tahun 6 bulan dan dia masih lagi menyusu ibu dia. Cuma penyusuan itu sudah berkurang sedikit sebab kadang dia tak puas. Jadi, untuk menampung kuantiti susu yang sudah berkurang tu, kami mencari-cari susu alternatif yang terbaik untuk anak kami. Jadi, kami terjumpa susu BIOLAC yang di katakan susu terbaik selepas susu ibu. Ini adalah susu cubaan pertama yang PapaG beri untuk Imtiyaz dan alhamdulillah ianya serasi. Tiada pula masalah alahan susu ataupun cirit birit dan sebagainya. Isyallah susu ini akan menjadi susu pilihan kami sebagai ibu bapa bila Imtiyaz sudah di pisahkan dari penyusuan ibu sepenuhnya nanti. 

Testimoni-kelebihan-susu-biolac

Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi dalam membekalkan gizi yang secukupnya. Tapi bila perlu gantian, BIOLAC adalah yang terbaik. Susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi-kombinasi khas garam tisu biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail yang berperanan untuk kesuburan dan pertumbuhan fizikal, emosi dan mental, kecergasan dan kecerdasan, menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi, membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan, megurangkan raga, tangis dan memudahkan penjagaan. Sesuai digunakan dari peringkat bayi hingga kanak-kanak berusia 2 tahun.

Apa yang PapaG baca, dalam susu Bio-Lac ni memang ditambah beberapa zat mineral dalam bentuk garam tisu biokimia, termasuklah kalsium fosfat. Cuma kalsium yang terdapat dalam susu ini adalah dalam bentuk diperhalus melalui proses triturasi ke peringkat 10-6. Dalam keadaan sehalus ini zat ini mudah larut, dicerna dan diserap melalui membran sel melalui proses osmosis dan tidak akan menimbulkan pengambilan berlebihan sehingga ke tahap toksik. Dengan itu ia adalah sangat selamat bagi bayi dan kanak-kanak. 

Testimoni-kelebihan-susu-biolac

Kelebihan-kelebihan susu Biolac

Mencerdaskan Akal 

Dengan kebaikan fosfat-fosfat kalsium dan magnesium, Biolek membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. 

Menguatkan Ingatan 

Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. 

Menambah Tenaga Mental 

Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindakbalas kimia, sama seperti “rechargeable battery”.

Testimoni-kelebihan-susu-biolac

Banyak kan khasiat dan kelebihan susu ni? Susu ni juga harga dia mampu milik. Tapi sekarang ni harga dia lebih mahal berganda-ganda selepas GST di perkenalkan. Jika sebelum GST, harga satu paket ialah dalam RM 24.00 tapi selepas GST jadi RM 35.00 untuk 500g. Nak lebih murah jadi ahli dan beli terus satu kotak. Dalam satu kotak tu ad 6 paket. Boleh la murah sikit. Tak pe la, demi anak kan, yang penting anak-anak membesar dengan sihat. Insyallah. Selamat mencuba susu BIOLAC keluaran Era Edar Marketing ni tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tutorial DIY Bunga Rose dari Riben (Rose Ribbon)

Tutorial DIY Bunga Rose dari Riben (Rose Ribbon)

DIY- Cara Membuat Riben Ros (Rose Ribbon)

Assalamualikum

Tutorial DIY Bunga Rose dari Riben (Rose Ribbon) | Ok la entri kali ni PapaG nak kongsikan pada semua cara-cara mudah membuat bunga rose dari riben. Bunga rose yang terhasil ni korang boleh buat brooch atapun buat hiasan di mana-mana sahaja yang anda inginkan. 

Tutorial-buat-bunga-rose-dari-riben

Langkah pertama : Sediakan riben sepanjang 2 jengkal. Lebih kurang la.

Langkah kedua : Lipat kira-kira satu inci dari hujng riben tadi seperti dalam gambar ke-2

Langkah ketiga : Hujung yang pendek lipat ke dalam dalam 45 darjah lipatan.

Langkah keempat : Gulungkan riben yang dilipat tadi. Di bahagian siben yang panjang, lipat ke luar dalam 45 darjah.

Tutorial-buat-bunga-rose-dari-riben

Langkah kelima : Selepas melipat bahagian riben yang panjang sepeti langkah keempat tadi, gulungkan lagi riben. 

Ulang langkah melipat dan menggulung sehigga penghujung riben. Mudah kan? Kena praktis banyak kali untuk menghasilkan kelopak bunga rose yang cantik. Ni hasil tangan PapaG yang masih amatur lagi. Tak la cantiksangat. Selamat mencuba tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com