Pilihan Raya Setiap Hari Selsaikan Isu Politik Dalam Diri.

Pilihan Raya Setiap Hari Selsaikan Isu Politik Dalam Diri.

Kata-kata Hikmah dan Mutiara


Assalamualaikum

Selamat tengahari pada semua pembaca.

(^_^)y


"Hidup ini seperti memandu kereta.Jika kita menutup mata, tentu berlaku kemalangan dan tidak akan sampai ke destinasi yang dituju. Begitu juga dengan hidup kita, jika tidak membuka mata hati atau minda,kita tentu tersasar. Jangan biarkan mata hati kita dipengaruhi oleh orang lain, media dan suasana. Buka mata hati dengan memperbanyakkan refleksi diri, muhasabah dan tanya kenapa kita fikir, apa kita fikir, kenapa kita buat, apa kita buat dan marah apa kita marah. Buat 'pilihan raya' setiap hari. Iman lawan nafsu, dosa lawan pahala, syurga lawan neraka. Jadikan perkataan ini bahasa harian keluarga. Bahasa menentukan fokus dan destinasi kehidupan."
Prof Dr Muhaya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
I'am Back

I'am Back

Cerita Diri Ku


Assalamualaikum

I'm back...!! Akhirnya Papaglamz dapat juga menitipkan sedikit kata dalam satu entri ini. Dekat dua minggu jugak Papaglamz.com tidak aktif. Kesibukan kerja dan hal ehwal keluarga membuatkan Papaglamz tidak berkesempatan untuk mencoret di sini.
I'am Back
2 minggu yang begitu menyesakkan. Namun, dalam kesesakan itu, berbagai ilmu dan pengalaman yang Papaglamz dapat. Baik dari masalah-masalah yang berlaku di tempat kerja sehinggakan Papaglamz perlu mencari jalan penyelesaian bersama pasukan siang dan malam dan juga hal-hal kekeluargaan yang Papaglamz dapat pelajari. 

Terlalu banyak ingin di ceritakan. Kisah-kisah tragedi Cik Elle yang kekadang menyakitkan hati. Namun, bila di fikir kembali, apa yang terjadi itu adalah hasil dari kekhilafan diri sendiri. Nanti la Papaglamz ceritakan dalam entri yang lain. 

Dalam kesibukan ini, terima kasih Papaglamz ucapkan buat team blogger Papaglamz tak lain dan tak bukan Exchange Feed Group yang banyak membantu dalam menceriakan suasana dan juga membantu dalam entri-entri wajib yang patut Papaglamz update dan juga feed yang wajib ditukar. Walaupun tidak selalu dapat membelek-belek blog ni, pertukaran feed dan juga entri-entri wajib update dapt juga Papaglamz buat. Alhamdulillah. Thank you guys. Heheh. #KipasSyiling

Ok la, Sekian sahaja coretan ringkas dari Papaglammz. Kita jumpa di entri yang lain. Stay tuned, I AM BACK......!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton


Assalamualaikum

Cik Elle sakit minggu lepas. Jadi, Papaglamz hantar la jumpa doctor. Bukan doctor cinta, doctor tayar yer. Cik Elle ni Kereta Persona Papaglamz la. Break tayar depan dah haus. Jadi kena la tukar. Lebih-lebih lagi nak balik kampung ni, kena periksa kereta sebaik mungkin supaya tidak ade yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan nanti. Insyallah.

Nak tahu something tak? Sebenarnya, sebelum tukar break dekat workshop, Ibu Dhia hantar la kereta untuk buat inspection kat pusat sevis Proton. Mana tau kot-kot ade warranty kan? Memang Papaglamz tak pernah skip service kereta kat pusat servis Proton yer. Lepas diagnose, memang confirm break kereta Papaglamz dah haus dan harus di ganti. Sebelum tukar tu tanya la kos untuk ‘break pad’ tu dengan upah semua sekali RM 343.00 hangus dan tak de warranty tau. Terkejut den. Nasib la Ibu Dhia call Papaglamz Tanya nak buat ke tak. Harus la Papaglamz cancle. Hehehe

Korang rasa ok ke rege tu? Untuk ‘break pad’ kedua-dua belah tayar depan siap upah RM 343.00 tu pada Papaglamz agak membebankan la. Jadi, Papaglamz pun call la mana-mana workshop yang boleh tukar ‘break pad’ tu. Alhamdulillah dapat.

Jadi, tengahari masa lunch keluar kejap dari offis pergi workshop mintak tukar ‘break pad’ yang dah kehausan tu. Tokey tu kata jenis baik performance pun baik. Cincai-cincai RM 159.00 kasi habis. Huhuhuh. Moga-moga tokey tu tak tipu la. (^_^)y Dan tukar la. Tak sampai pun sejam. Alhamdulillah. Semoga dapat balik kampung dengan selamat.

Errrrrr.. Korang Nampak tak perbezaa harga di situ? Benda yang sama. Tapi harga yang berbeza. Sebenarnya bukan masalah break ni jer. Dulu, tayar kereta Papaglamz dah haus, pergi la pusat service tanya nak tukar siap tanya harga dan upah. Dan ternyata harga tukar tayar kat pusat servis lebih tinggi dari harga di workshop biasa ni. Dan perbezaan yang sangat besar. Bukan kecik-kecik jer.
Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Dalam proses rawatan

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Break pad yang dah haus

Bukan nak cakap tak elok servis kat pusat servis tu. Tapi, sebagai pengguna, Papaglamz rasa, kita berhak kan untuk memilih mana-mana servis yang kita nak. Betul tak? Harga ikut kemampuan kita. Cuma Papaglamz tertanya-tanya kenapa ade perbezaan harga itu. Ok la. Sekadar bercerita. Harap tak kena saman dengan Proton dah la. Muahahha.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bukan Cinta Sandiwara

Bukan Cinta Sandiwara

Assalamualaikum

Tetiba memalam ni terkeluar idea. Korang hadap la yer..

Menelusuri kerangka masa silam,
Aku terpana dengan kisah cinta ku,
Yang aku tidak sedari,
Yang aku harungi hingga waktu ini,

Ah..

Cinta..

Sungguh mudah melafas cinta,

I Love You
Aku Cinta Padamu
Aku Sayang Padamu
Aku Sayang Kamu

Namun,

Tahukan kita akan kisah di sebalik cinta?
Tahukan kita akan beban kerana cinta?
Apakah maksud sebenar cinta?
Siapa pula yang berhak merasa rasa cinta dari kita?

Yang pasti,
Cinta bukan hanya pada lafaznya,
Cinta itu wujud pada praktikalnya,
Perhalusi tanggunjawab sebagai pencinta,
Cintailah pencipta rasa cinta,
Dengan sepenuh hati.
Dengan mentaati seluruh kata arahannya,

Ya,
Cinta itu satu tanggungjawab,
Yang harus kita lunaskan,
Yang bukan hanya,
Sekadar bait-bait SANDIWARA,
Cintailah Allah sepenuh hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Karipap Giant Inti Meletop

Karipap Giant Inti Meletop

Resepi Karipap Inti Kentang


Assalamualaikun

Waktu petang pastinya perut tercari-cari santapan ringan sebelum mengambil dinner. Papaglamz kalau di waktu petang akan mengambil sedikit kudapan ringkas bagi mengalas perut. Sambil-sambil berehat bersama keluarga dan menanti waktu makan malam, pastinya menggamit suasana indah di dalam keluarga. 

Baru-baru ni Papaglamz berkesempatan merasa karipap giant yang dibeli di warung sekitar rumah Papaglamz. Karipap ni besar dan inti dia sangat best. Pedas-pedas manis. Sakali makan mestu nak lagi. Jemput la tengok yer. Hehehe    
Haaaa korang nampak tak kebesaranya tu? Inti die yang Papaglamz suka sangat. Ok la, selamat mencuci mata.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Motivasi | Cinta Saling Menyempurnakan

Motivasi | Cinta Saling Menyempurnakan

Koleksi Kata-kata Hikmah


Assalamualaikum

Selamat Pagi

(^_^)y
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan. Itulah SUAMI ISTERI"

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bertemu Sifu Blogspot, Hasrul Hassan

Bertemu Sifu Blogspot, Hasrul Hassan

Sifu Blogspot, Hasrul Hassan


Kalau sebut je Hasrul Hassan Papaglamzrasa semua blogger tahu siapakah beliau. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang menggunskan blogspot sebagai hosting. Kalau korang nak tahu tentang sifu ni boleh la klik link di sini.

Nak di ceritakan, Papaglamz berkesempatan berjumpa dengan Abang Hasrul ni masa review buffet ramadhan di BGR tempoh hari. Jumpa sekajp je pon. Amik picture tukar-tukar business kad sembang sikit-sikit dan balik. Dah malam kan, Masing-masing ada urusan masing-masing. 

Tapi alhamdulillah, walaupun alam masa yang singkat ia sangat berharga. Bukan mudah nak jumpa. Abang Harul ni duduk di utara, tapi sangup datang event di Bangi. Jauh tu. Walau apapun, Papaglamz doakan semoga selamat. Hati-hati di jalan raya.


Nampak tak ke'excited'an Papaglamz di situ, Muahaha Ok la sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
3 Makanan Tambahan atau Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam

3 Makanan Tambahan atau Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam

Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam


Assalamualaikum

Salam ceria. Papaglamz ingin kongsikan 3 vitamin utama yang di perlukan oleh kulit kita agar ia bebas dari sebarang cela dan sentiasa cantik.


Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)

Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)

Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalau ada extra budget.. sila amik COllagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)

Semoga bermanfaat

With Love
Papaglamz

-sekian-
Motivasi | Kekasih Yang Hebat dan Abadi

Motivasi | Kekasih Yang Hebat dan Abadi

Koleksi Kata-Kata Hikma dan Motivasi


Assalmualaikum
"Tubuh yang lelah perlukan rehat yang mencukupi. Hati yang lelah perlukan KEKASIH yang setia di sisi. KEKASIH yang abadi ialah Allah S.W.T"

With Love
Papaglamz

-sekian-
Wanita Itu Dia Isteri Luar Biasa

Wanita Itu Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa

Some+One+That+Make+You+Happy


Oh wanita itu,
Yang tidak aku kenali,
Tiba-tiba menerjah kembali,
Dalam ruang kotak fikiranku.

Ternyata,
Bait-bait kata dari mak,
Mula meneroboh kembali,
Dalam ingatan ku.

Oh… Jodoh..

Mak begitu teruja,
Memulakan bait cerita,
Cerita yang bukan fiksyen,
Suatu cerita realiti,
Cerita itu bakal menghentikan,
Perjalanan hidup bujangku.

Oh wanita itu,
Jodoh pilihan mak,
Sungguh luar biasa,
Ruang lingkup mana yang mak suka?
Sisi kebaikan apakah yang mak perhatikan?
Aku mencari…… Jawapan……

Tapi....

Aku redha... Aku pasti...
Kata-kata mak pasti betul,
Setiap apa yang berlaku,
Pasti ada hikmah di sebaliknya,
Keyakinan mak pada wanita itu,
Menjadi penguat bagi ku,
Untuk aku terus menerima,
Seadanya…
Tanpa soal bicara…

Kini…

Dia isteriku,
Dan juga Ibu kepada puteri sulungku,
Ku sayang padanya,
Cinta yang beputik,
Kian mekar bersama wangian indah,
Menyeri indah kehidupan kami.

Dialah Isteriku
Semakin aku kenali,
Semakin nyata keluarbiasaannya,
Aku bersyukur dikurniakan
ISTERI LUAR BIASA
Sepertinya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com