RESEPI DAGING MASAK MERAH SEMERAH HATIKU

RESEPI DAGING MASAK MERAH SEMERAH HATIKU

RESEPI DAGING MASAK MERAH


Assalamualaikum

Dulu-dulu time student selalu makan kat kedai nasi putih daging merah. Rasa begitu la tak rasa. Memalam ni kita cari resepi. Mana tau weekend ni wife Papaglamz rajin nak tolong masakkan. Hehehe.

RESEPI DAGING MASAK MERAH


RESEPI_DAGING_MASAK_MERAH

Bahan-Bahan:

● 200 gram daging
● pewarna merah
● 1 senduk minyak masak
● 1 inci halia, hiris nipis
● 3 ulas bawang putih, diketuk
● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
● 4 biji jagung muda, potong memanjang
● 1/4 cawan cili kisar
● 2 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 sudu besar sos ikan
● 2 helai daun limau purut
● sedikit tepung jagung
● Karot, potong memanjang

Caranya :

1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Selamat mencuba uolsss

-sekian-
PROMOSI VITALEA PERCUMA UNTUK SEMUA PELANGGAN SHAKLEE

PROMOSI VITALEA PERCUMA UNTUK SEMUA PELANGGAN SHAKLEE

Kebaikan Vitalea Iron Formula dari Shaklee

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Ok, Papaglamz nak berkongsi satu promosi yang sangat best Shaklee tawarkan bulan ni bagi mereka yang ingin menjadi ahli Shaklee.

Bagi pengguna produk Shaklee, bulan May sehingga bulan Oktober 2015 nanti akan berlangsungnya promosi pembelian satu produk dari mana-mana produk dan mendatar ahli, anda akan mendapat sebotol Vitalea Iron Formula yang berharga RM 89.00 secara PERCUMA. Haa best tak? PERCUMA yer. Dan Vitalea ni sangat berkhasiat. Ia merupakan satu multivitamin yang lengkap untuk keperluan nutrisi harian kita.
Promosi_ahli_shaklee

Vitalea Multi yang Hebat


Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

  • Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Vitalea Shaklee

  • Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti Vitalea yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
  • Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
  • Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

anemia
Untuk pengatahuan semua, Vitalea amat diperlukan bagi ibu-ibu yang sedang hamil yang menghadapi risiko kekurangan darah. Ya betul, ibu yang sedang hamil cenderung untuk menghadapi masalah kekurangan darah yang lebih tinggi berbanding ibu yang tidak hamil. Kekurangan darah adalah akibat daripada kekurangan Iron di dalam darah. Jadi, Vitalea dengan formula iron menjadi satu supplement yang berupaya membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah kekurangan darah ataupun Anemia.

Jadi, jangan lepaskan peluang. Bila lagi nak merasa produk percuma kan? jadi jangan lepaskan peluang ok? Hubungi Papaglamz segera untuk rebut tawaran dari shaklee!

shaklee
Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
PUTIHKAN KULIT ANDA DENGAN MENGGUNAKAN 10 BAHAN SEMULA JADI

PUTIHKAN KULIT ANDA DENGAN MENGGUNAKAN 10 BAHAN SEMULA JADI

Muka putih dengan menggunakan Barli, Beras, Nenas, Timun, Delima, Lobak Merah, Limau Nipis


Assalamualaikum

Entri ni Papaglamz nak sharing tentang PETUA MENCARAHKAN KULIT MENGGUNAKAN BAHA-BAHAN SEMULAJADI. Papaglamz dapat dari Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan | Fuh.My ENJOY....!!!!!

BARLI

  • Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.
  • Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.

BERAS PULUT

  • Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.
  • Cara-Caranya:
    • 1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
    • 2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
    • 3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
    • 4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
    • 5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.

NENAS

  • Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.

TIMUN

  • Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.

LOBAK MERAH 

  • Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

LIMAU NIPIS 

  • Belah limau nipis menjadi 2, Gosok pada wajah dan badan. Kulit akan menjadi cerah, licin dan harum.

BERAS 

  • Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah..

BUAH DELIMA

  • Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

LABU

  • Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati dengan mencampurkan puri labu, madu, cuka epal, tepung ubi, dan 1 biji telur.

KOPI

  • Serbuk kopi akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda. Kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut.
  • Caranya;
    • 1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
    • 2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
    • 3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
    • 4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
    • 5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
    • 6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
    • 7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.
Haaa jangan lupa untuk mencuba. Perkongsian ikhlas dari Papaglamz. Ngeee \(^_^)y

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Blogspot hosting paling popular dan best bagi Papaglamz

Blogspot hosting paling popular dan best bagi Papaglamz

Blogspot hosting paling popular


Assalamualaikum

Dalam dunia blog ni apa yang Papaglamz perhatikan akan ade dua hosting yang popular iaitu Blogspot dan Wordpress. Antara dua ni yang mana best yer? Untuk mengatakan mana best tu Papaglamz tak boleh nak bagi tau la. Sebab Papaglamz.com bermula dengan menggunakan hosting blogspot. Blogger blogspot yang paling best dan sempoi tak lain tak bukan Hasrul Hassan. Papaglamz just nak share apa keseronokan yang Papaglamz dapat dengan menggunakan hosting blogspot selama Papaglamz berblog ni.
blogspot
Pada Papaglamz Blogspot ni mudah di gunakan. Sekiranya ada masalah papepun, mudah untuk Papaglamz rujuk memandangkan banyak blogger yang membuat review ataupun tutorial tentang blogspot. Jadi, sebagai newbies macam Papaglamz ni, blogspot la pilihan di hati.

Selain blogspot mudah untuk newbies, pengguna blogspot mudah untuk memilih template-templete free dan cantik-cantik di alam maya ni. Terpulang pada kita nak yang style macam mana. Buat carian sahaja di google "Blog templete" macam-macam template akan keluar. Boleh la memilih.

Blogspot juga macam mesra pelanggan. Kalau nak komen tu mudah je (bagi blog yang setting no need verification untuk ruang komen). Pernah Papaglamz komen di dalam blog sahabat yang menggunakan wordpress, perlukan kita untuk mengisi emial dan bermacam lagi verification. Macam agak susah plak. Huhuhu. 

Untuk blogspot ni, Papaglamz rasa dashboard dia agak mudah di fahami. Maksud Papaglamz kat sini, tak susah kalau kita nak ikut mana-mana tutorial dari blogger-blogger yang memerlukan kita mencari sesuatu di dashboard. Contohnya setting, layout, template, dan sebagainya.
wordpress
Tetapi kan? Bila tengok blog-blog yang menggunakan wordpress sebagai hosting, nampak lebih clean and clear gitu. Orang kata lebih professional. Susun atur lebih rapi dan ade tu loading die cepat jer. #RambangMata #Lalang. Ini berdasarkan pengalaman Papaglamz berblogwalking la. Lain orang lain pendapatnya kan? 

Ok la, tak kira la blogspot ke.. Wordpres ke.. Happpy blogging semua. Anda semua tetap seorang blogger. Kita kawan tau. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz.com 100% mesra SEO?

Papaglamz.com 100% mesra SEO?

Teknik-teknik SEO untuk sebuah blog


Assalamualaikum

Dalam sesuatu blog atau webpage tentunya peranan SEO itu penting. Tapi anda tau apa itu SEO? Sesejak join ExchangeFeedGroup ni baru lah Papaglamz tahu apakah itu SEO. Search Engine Optimization tu adalah nama sebenar SEO. SEO ni penting bagi setiap blog untuk memastikan blog atau web page kita tersenarai diantara top list di dalam enjin carian google, yahoo dan sebagainya.

Adakah blog anda mesra SEO?


Ok untuk anda yang nak tahu blog anda mesra SEO ke tidak. Boleh lah klik link ni >>>Check SEO<<<. Untuk pengatahuan semua, Papaglamz,com sudah mencapai 100% SEO. Tapi bukan mudah yer. Tu pun setelah tunjuk ajar beberapa orang cikgu dari ExchangeFeedGroup ni. Pada mulanya SEO Papaglamz hanyalah 61% sahaja. Tetapi, bila dapat tips-tips mudah dari sifu, Terus jadi 100% mesra SEO. Sempoi jer. Nak termeninggal bila dapat tahu Papaglamz.com ni dah 100% mesra SEO. Alhamdulillah.
seo
Dan sebenarnya banyak lagi benda yang Papaglamz masih lagi perlu perlajari tentang selok belok duni blog ni. Ni baru bab untuk meningkatkan lagi SEO blog. Belom lagi bab penulisan yang berkesan buat pembaca. Memang baanyak lagi la. Harapnya Papaglamz dapat terus dan terus belajar. Insyallah.

Jadi para blogers. Happy blogging buat semua.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Rawat Gastric Dengan Energising Soy Protein

Rawat Gastric Dengan Energising Soy Protein

Ubat Gastrik dan Sakit Perut


Assalamualaikum,

Jom layan kisah cinta ESP rakan-rakan Ibu Dhia... Enjoy..!!
Gastrik
Wawa kenal dengan ESP bulan 3/2014.. Waktu ni first promosi selepas wawa join ahli. 

Wawa ada gastrik yang agak teruk, dari dulu wawa kena standby ubat gastrik kat rumah yang rasa macam ubat gigi color putih tu.. Ya Allah, nak telan pun tak lalu. Dari zaman remaja wawa sakit gastrik, langsing tak leh lapar, gastrik pasti menyerang.

Start bln 3/2014 wawa ambil 1 sudu je setiap pagi, konsisten setiap hari, hari jumaat je kadg2 termiss.. Wawa kerja site, pagi jarang sempat makan. Normal jam 10/11 baru boleh makan.. Yang BESTnya, dan sangat pelik, angin gastrik langsung tak datang.. Alhamdulillah, sampai sekarang, wawa dah tak tahu macam mana rasa sakit gastrik..

Alhamdulillah, asbab ESP sakit gastrik yang bertahun2 wawa alami, hilang dengan izin Allah..

I love ESP!! U make me healthy..


Sila dapatkan khidmat konsultasi dari saya sebelum anda membeli mana-mana produk. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Boleh email kepada saya di ibudhia90@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-6830445 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari saya

Saya IBU DHIA
Berpengalaman berpantang dengan SET BERPANTANG serta SET PENYUSUAN Shaklee. 

 Untuk Maklumat Lanjut
Wassap 0136380445
Facebook : Saadiah Fauzi
www.ibudhia90.blogpot.com
COD : Temerloh, Kuantan, Maran
Pos seluruh malaysia 

-wassalam-
VITAMIN E SHAKLEE PILIHAN TEPAT BUAT PARA JEJAKA

VITAMIN E SHAKLEE PILIHAN TEPAT BUAT PARA JEJAKA

Tip Rumah Hubungan Intim Suami Isteri


Assalamualaikum

Kali ni Papaglamz nak berkingsi tentang kebaikan yang sangat best Vitamin E ni. Seriously, Papaglamz pun terkesima dengan kebaikan Vitamin E ni bagi LELAKI dan PEREMPUAN khususnya bila terbaca di dalam satu atikel ni. >>>KlikDiSini<<< 

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dalam menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

NAK TAHU SUMBER TERBAIK VITAMIN E?


Jadi ape die sumber- sumber VITAMIN –E yang boleh kita perolehi contohnya

  • Minyak-minyak sayuran-Minyak zaitun, minyak jagung
  • Kekacang- seperti biji bunga matahari
  • Produk dari minyak sayuran seperti mayonis& majerin
  • Capsule Vitamin-E Shaklee :)

Jadi ape kelebihan Vitamin-E Shaklee?

  • Mengunakan Vitamin E asli(d-alfa) bukan sintetik (I-alfa)
  • Daripada sumber kacang soya
  • Vitamin E- tiada kesan sampingan, Vitamin A apabila berlebihan menjadi toxic
  • Mengandungi selenium yang berfungsi sebagai sebahgian daripada komponen glutanion peroksida iaitu sejenis enzim dari keluarga enzim antioksidan
  • Satu kapsul Shaklee Vita-E 400 IU membekalkan jumlah vitamin E seperti terdapat di dalam:
    • 40 hidangan (setiap hidangan 1 auns) buah badam semulajadi
    • 28 hidangan (setiap hidangan 2 sudu makan) minyak bunga merah
    • 24 hidangan (setiap hidangan 1 sudu makan) moyanes

Apa lagi agaknya kelebihan VItamin E nie??  Antaranya:

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).
  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
  • Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
Pengambilan Vitamin semulajadi adalah sangat penting dalam menentukan kesihatan tubuh badan dari dalam hingga ke luar. Menjaga perhubungan suami isteri juga memerlukan usaha yer. Sudah Papaglamz kongsikan bersama tapi terpulang pada anda untuk membuat pilihan terbaik untuk anda dan pasangan.

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
LELAKI PUNCA MASALAH ISTERI ANDA SUKAR HAMIL?

LELAKI PUNCA MASALAH ISTERI ANDA SUKAR HAMIL?

Tip menyelesaikan masalah intim rumah tangga


Assalamualaikum

Anak merupakan permata keluarga. Sangat beruntung bagi pasangan yang dikurniakan cahaya mata seawal usia perkahwinan mereka. Namun, ada juga pasangan yang sukar mendapat cahaya mata setelah betahun-tahun usia perkahwinan mereka. Setelah sekian lama tidak mendapat sebarang tanda kehamilan si isteri, ade segelintir pasangan mulalah mencari siapakan punca masalah ini berlaku. Adakah si isteri ataupun si suami. Jadi, dalam entri kali ni, Papaglamz ingin berkongsi punca masalah kesuburan yang dihidapi oleh lelaki dan cara yang terbaik untuk mengatasinya. 

Pada asasnya, statistik menunjukkan 30% masalah ketidak suburan adalah di sebabkan oleh lelaki (Sumber Harian Metro). Nah jelas di sini yang lelaki juga penyumbang dalam masalah kesukaran mendapat anak di dalam sesebuah rumah tangga. 

APAKAH PUNCA MASALAH KESUBURAN SESEORANG LELAKI?


Bagi golongan lelaki, masalah yang biasa dihadapi adalah tahap kualiti sperma yang kurang atau abnormal. Ketidaknormalan ini meliputi bilangan sperma , pergerakan sperma dan atau rupabentuk sperma. Keadaan ini berpunca samada daripada keabnormalan kongenital, masalah hormone, jangkitan pada testis (contoh; demam campak), testis yang termasuk, pendedahan kepada radiasi / bahan kimia, merokok, lebihan berat badan dan varicocele.
MASALAH_INTIM_RUMAH_TANGGA
Sperma lelaki ini berpotensi untuk dipengaruhi oleh unsur alam seperti tubuh terdedah kepada cuaca panas yang berlebihan mahu pun bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi. Justeru, bagi memastikan tahap kesuburan adalah normal, lelaki di luar sana dinasihatkan untuk tidak beraktiviti seperti menunggang basikal atau duduk di atas kerusi dalam tempoh masa yang lama. Memakai seluar dalam yang sendat dan ketat atau pun meletakkan laptop di atas peha anda iaitu kawasan yang berdekatan dengan organ pembiakan lelaki. Penting juga untuk memberhentikan tabiat merokok dan menghindarkan diri dari duduk dalam sauna, mandi air panas dan sebagainya.

Bahan toksik seperti racun seranggan dan pengambilan minuman keras juga perlu dielakkan. Apatah lagi aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah seperti marijuana, ganja mahu pun tembakau! Semua ini akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma lelaki. Malah dadah seperti marijuana berpotensi menyebabkan pergerakan sperma perlahan dan sperma hilang bentuk! Terjejasnya kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan tubuh merendahkan lagi kebarangkalian untuk memperoleh cahayamata.

Tahap estrogen dan testosteron dalam tubuh seorang lelaki itu juga perlu normal. Untuk itu adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang unggul mengikut BMI yang ditetapkan. Pengurusan stress yang baik juga perlu dengan melakukan aktiviti senaman kerana stress boleh menyebabkan masalah tidak subur kerana hormon yang tidak stabil.

SHAKLEE MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH LELAKI TIDAK SUBUR


Jika anda inginkan Zuriat, pastikan SPERMA anda BAIK, KUALITI dan KUAT. Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan ambillah vitamin untuk kesihatan diri anda. Untuk dapatkan Sperma yang berkualiti, anda memerlukan sekurang - kurangnya 3 bulan. Bukannya dalam masa beberapa hari. Oleh itu, Vitamin apa yang anda perlukan? Tentunya :

ZINC 
  • Membantu mengurangkan mati pucuk
  • Menghasilkan Sperma yang berkualiti dan meningkatkan jumlah Sperma
Vitamin E
  • Mengelakkan dari pembengkakkan prostat
  • Mengekalkan saluran darah yang sihat
  • Meningkatkan motility sperma
CoQHealth Plus
  • Memberi tenaga kepada sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yang abnormal
Omega Guard
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mengurangkan keradangan
MASALAH_INTIM_RUMAH_TANGGA
Sekiranya anda sukar untuk dapatkan zuriat, jangan salahkan isteri 100%. Sila pastikan "aset" anda benar - benar banyak, sihat dan berkualiti.

JADI APA TUNGGU LAGI?

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
AWET MUDA DENGAN ESP | ISTERI DI SANGKA ADIK SENDIRI

AWET MUDA DENGAN ESP | ISTERI DI SANGKA ADIK SENDIRI

Hubungan Intim Suami Isteri


Assalamualaikum

Jom baca kisah cinta ESP. Kali ni cerita dari Papaglamz sendiri. Enjoy...!!!
Ok la. Rata-rata bila cerita pasal ESP ni mesti relate dengan ibu menyusu la, ibu berpantang la, untuk menguatkan rahim la dan macam-macam lagi yg majoritinya gugurlz punya. Lelaki tak de ke? By the way, lelaki pun boleh minum ESP ni. Lagi banyak khasiatnya. Tak mungkin la bila minum ESP ni ade terasa nak berkasut tumit ke, nak ber shawl ke. Hahaha. Saya sendiri pecinta ESP. Mulanya bukan saya yang minum. Saya cari ESP ni untuk wife saya yang sedang berpantang. Alhamdulillah dengan mengamalkan ESP sesi berpantang wife saya berjalan baik. Di tambah breast feeding pun ok sampai sekarang anak dah 9 bulan. 

Dan sekarang saya pula yang tumpang sekaki dengan wife minum ESP. Jeles tengok ke'gojesan' beliau dan jeles bile pegi mana-mana orang asyik cakap yang wife tu adik saya. =_= #SentapHatiMakNak...!!!!

Baru-baru ni je saya start minum ESP ni. Memang terasa perubahannya. Kekal bertenaga sampai ke tengahari kalau saya ambil 2 sudu waktu serapan. Jimat... Cepat... Mudah... Berkesan... So, tiap pagi la akan jadikan menu utama ESP ni sebab mudah nak buat. Duduk berjauhan dengan wife ni sape la nak tolong wat kan sarapan kan? Mak Cik warung kat depan rumah la yang tolong. Dah lama tak beli sarapan dengan Mak Cik tu dek hari-hari ber'ESP ni. Hahaha.

Terima Kasih ESP. Muahh ciket. 

Wanita di sebelah ni la yang orang kata macam adik saya. =_=

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
#BloggerTalk | Ciri-ciri Pasangan Idaman

#BloggerTalk | Ciri-ciri Pasangan Idaman

Wanita Dambaan Syurga


Assalamualaikum

Kembali kita dalam segmen #BloggerTalk dari Sahabat Blogger. Salam sahabat buat semua blogger, pembaca, blogwalker dan sesiapa sahaja yang rajin dan sudi singgah di Papaglamz.com yang tak seberapa ni. Ok untuk minggu lepas topik yang di ketengahkan dalam segmen ni ialah ciri-ciri pasangan idaman. Papaglamz baru nak mula menulis entri tentang tajuk yang diberi. Sebenarnya dah agak lewat. Nak kena ketuk ketampi nih. Hehehe.

Baiklah, bila bercakap tentang pasangan idaman ni tentu sahaja kita sebagai manusia inginkan pasangan yang sempurna kan? Tapi ingat lah manusia ini tidak ada yang sempurna. Allah SWT sahaja yang maha sempurna. Diri kita sendiri tidak lah sempurna. Adalah lebih elok jika di katakan pasangan kita itu pelengkap kekurangan kita. Dan kita pula pelengkap bagi kekurangan dia. Haaa ni la ciri-ciri pasangan idaman Papaglamz. Saling melengkapi. Yela, bukankah perkahwinan itu adalah pelengkap sebahagian dari iman kita? Jika kita berkahwin, maka lengkaplah iman di dalam hati. Insyallah.

Pada Papaglamz itu lah satu-satunya ciri yang Papaglamz idam-idamkan. Melengkapi kekurangan yang ada pada diri Papaglamz. Sekiranya ciri-ciri itu ada, maka bersyukur pada Allah tidak terhingga. 
Hubungan_Intim_Sex_Suami_Isteri
Perasan tak dalam dunia ini, semua Allah ciptakan berpasangan. Malam ada siangnya, cas positif ade cas negatifnya, lelaki mesti berpasangan dengan perempuan. Tak tau sekiranya ade yang berpasangan sesama jenis. Nauzubillah.. Jadinya, isteri itu pelengkap bagi suami. Sebagai insan yang serba kekurangan, tiada sebarang kesempurnaan yang berhak kita miliki. Sebab itu setiap pasangan haruslah saling melengkapi. Isteri pelengkap kekurangan suami dan begitu lah sebaliknya. 

Bagi Papaglamz, peranan isteri dalam sebuah rumah tangga amat besar sekali. Ok cuba bayangkan bermula seawal pagi lagi, isteri sudah sebok bersilat di dapur, kejutkan suami dan anak-anak. Bagi yang bekerja, balik dari kerja nak menguruskan rumah lagi. Fuhhh.. Maaf Papaglamz cakap awal-awal tak terlarat nak buat semua itu. Tapi, itulah kehebatan seorang wanita. Itulah kelebihan yang mampu mengisi kekurangan dalam diri Papaglamz. Hehehe

Ya, Papaglamz akui, hidup berumah tangga begitu indah ala-ala di dalam syurga gitu. Tapi, harus diingat, pasang surut alam rumah tangga itu pasti. Apa yang harus dilakukan saling memahami dan bertolak ansur demi mencari jalan keluar untuk menuju kebahagiaan rumah tangga itu. Insyallah jika saling bermuafakat, keindahan di dalam rumah tangga akan tercapai.

Nah itulah dia ciri pasangan idaman Papaglamz. MELENGKAPI kekurangan diri Papaglamz. Harapnya, Papaglamz juga dapat menyempurnakan kekurangan yang ada di dalam diri isteri Papaglamz. Insyallah. Ternyata hidup Papaglamz zaman bujang dan sekarang ni banyak perbezaannya. Isteri Papaglamz begitu banyak menyokong Papaglamz dalam setiap hal. Lebih-lebih lagi dunia blogging Papaglamz. Mana yang yang tak elok dia akan menasihati untuk jadi lebih elok. Alhamdulillah kurniaan Allah begitu hebat. 

Terima kasih buat isteri Papaglamz Halimatu Sa'adiah (Ibu Dhia). 

<3 <3 <3 <3 until janah okayyy.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com