Assalamualaikum
Kanser atau barah adalah salah satu penyakit yang begitu digeruni oleh semua orang. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Macam-macam jenis Kanser antaranya ialah KANSER PAYUDARA, KANSER PERUT, KANSER RAHIM / SERVIC, KANSER PARU-PARU, KANSER PROSTAT dan beberapa lagi. Ternyata kalau kita cari dalam wikipedia tentang kanser ni, macam-macam keluar. Banyak info yang kita boleh hadam. Tapi entri kalu ni Papaglamz hanya nak sharing tentang KANSER PAYUDARA. Apakah ia? Apakah TANDA-TANDA penghidap kanser ini dan SIAPA GOLONGAN YANG BERISIKO terhadap kanser payu dara ni.
Untuk makluman semua, kanser payudara merupakan penyakit utama di kalangan wanita seluruh dunia. Majoriti mereka yang menghidap kanser payudara ni membawa kepada maut. Tapi perlu diingat, ajal maut tu di tangan Tuhan. Ini hanyalah statistik kajian dari manusia. Namun, kita boleh mengelak atau pengawal dari pada serangan kanser payudara ni. Setiap wanita haruslah rajin untuk memeriksa payudara mereka sewal usia 20 tahun lagi untuk mengesan tanda-tanda perubahan pada payudara mereka. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri. Tapi bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas, anda sangat digalakkan untuk berjumpa doktor yang bertauliah untuk membuat pemeriksaan berkala.
Antara TANDA-TANDA awal kanser payudara ialah:
- Berlakunya perubahan pada payudara dan juga puting.
- Wujudnya ketulan-ketulan pada payudara dan juga di bawah ketiak.
- Berlakunys perubahan ketebalan kulit di bahagian payudara dan di bawah ketiak.
- Puting payudara semakin tebal dan amat sakit.
- Puting payudara terperosok ke dalam.
- Permukaan payudara yang bersisik, kemerahan, bengkak dan seperti berlian-liang.
- Wanita yang semakin berumur.
- Sejarah individu yang pernah di serang kanser di sebealah payudara. Maka risiko tinggi untuk payudara yang sebelah lagi untuk terkena kanser.
- Sejarah keluarga yang pernah mengalami kanser payudara.
- Faktor genetik dari keluarga.
- Wanita yang datang haid pada peringkat umur yang sangat awal dan putus haid sangat lewat.
Mungkin inilah teguran yang tuhan bagi kat kita untuk kita lebih mendekatkan diri pada dia dan meletakkan pengharapan yang paling tinggi padanya untuk menyembuhkan anda. Kerana dialah yang Maha Berkuasa segala-segalanya. Tiada satu makhluk pun boleh menandinginya.
p/s: Tu je la dari Papaglamz. Semoga info ni bermanfaat yer. Maaf jika ade yang tersinggung dengan entri Papaglamz kali ni. Yela mesti ade yang cakap nanti. Papaglamz tak rasa boleh la cakap. Maaf sekali lagi yer.
Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
-sekian-