Tinta Papaglamz |#| Jalan-jalan cari GUCCI

Tinta Papaglamz |#| Jalan-jalan cari GUCCI


Asslamualaikum

Beli hadiah untik wife. Senyum lebar kau main lagi. Kesian dompet yang Papaglamz basebagai hadiah hantaran tunang masih di pakai lagi. Dah lusuh pon. Tetap nak pakai jugak. Sentimental value katanya. Huhuhu. Actualy bagus jgak. Tak la tipis poket Papaglamz ni kan? Hehehe.
GUCCI jugak menjadi pilihan
p/s : Seharian berjalan cari dompet ni jer. Tak sempat langsung Papaglamz nak bermanja-manjaan dengan blog Papaglamz ni. Ni je la entri untuk hari ini. Mata dah layu. Selamat malam. Zzzzzzzzzzzzzz....

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Cerita HOMESCHOOLING

Tinta Papaglamz |#| Cerita HOMESCHOOLING


Assalamualaikum

Demi menyahut cabaran homeschooling. Ni la step permulaan Papaglamz. Haaa maka wife Papaglamz menghadiahkan Imtiyaz set permainan yang cumil2. Rasa macam Papaglamz yang nak main dulu. Hehehe

Papaglamz pun tumpang sekaki. Jom tengok ape yang terjadi. Huhuhuhu
Scene yang pertama

Scene yang kedua

Kesian si belalang

Ni semua Imtiyaz yang punya. Ayah sebooookkk....!!!!
p/s : Pasni nak belikan set masak-masak la. Boleh tolong ibu masak kat dapur. Nak cari set tukang-tukang macam tak ayu jer nanti. Hehehehe

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Papaglamz.com sebulan jagung

Tinta Papaglamz |#| Papaglamz.com sebulan jagung


Assalamualaikum

Hari ni genap sebulan umur papaglamz.com sejak 29 Oktober 2014. So, jom nyanyi ramai-ramai.

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Papaglamz.com...
Happy birthday to you...

Selama sebulan ni Papaglamz rase seronok. Sharing maring kat blog. Naseb baek tak mereng okay la kan? Banyak komen-komen yang memberangsankan dan yang menggelikan hati bila baca. Agak banyak juga post yang Papaglamz buat dah rupenyer. Even Papaglam berblogging pakai phone je Lenovo S290, gigihnye la kan berentri, bersegmen, berbloglist, berblogwalking sgala bagai. Lamanya nak tunggu bulan April sebab ad orang nak hadiah kan birthday kita laptop kat Papaglamz. Ermmm, blh tak klu bagi hadiah dulu? Kikiki

Ok ni rumusan trafik Papaglamz.com

Pageviews : 4545
Follower : 60
Bilangan entri : 55
Bilangan komen : 355
Top komenter : Eny Abdullah. Kebanyakan entri Kakak ni rajin komen. Tq Akak. (tak pandai nak analisis. Kira2 camtu je)
Post yang paling popular : Tinta Papaglamz l#l Imtiyaz dah nak jadi Kakak? TERKESIMA ad 159 view

Analisis terkini

Follower yang Papaglamz love sangat. Hahah
Haa tu je la rumusanye. Harapnye untuk bulan yang ke dua ni Papaglamz akan terus istiqamah dan glamz gituuu.. hahaha. Ok la. Nak sambung kerja.

p/s : Bekerja dihari sabtu. #PITAM

-sekian-
PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

Assalamualaikum

Klik Di Sini

Seperti perkara di atas. Jom reramai jadi bloglist Cik Belbel. Mesti best uolss

-sekian-


Tinta Papaglamz |#| Satle blog walking

Tinta Papaglamz |#| Satle blog walking


Assalamualaikum.

Akhirnya.... Satle Papaglamz berblogwalking semua peserta dari SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH. Letih uolllsss. Nak PITAM. So hari ni entri ni je la. Jari kebas plus handphone ala-ala hang gitu.

p/s : Papaglamz berblogging guna handphone jer. Laptop hilang. Boleh kalau nak meminta simpati. Hehehe

-sekian-
Semasa |#| Ragam UPSR

Semasa |#| Ragam UPSR


Assalamualaikum


26 November 2014, keputusan UPSR keluar. Macam-macam ragam pelajar yang dapat keputusan. Suka, duka, gembira, excited dan sebagainya la. Tahniah Papaglamz ucapakan bagi yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang tak berapa nak cemerlang tu, don't give up. Perjalanan adik-adik dalam menuntut ilmu ni panjang lagi.

Tak dapat 5A bukan bermakna masa depan adik-adik semua gelap okay. UPSR je pon. Tak payah la nak sedih-sedih segala bagai. Tahun depan masuk tingkatan satu boleh la belajar lagi. Papaglamz dulu pon time UPSR tak la setraigh mana pon A nye. Dapat la merasa 1A. Masuk je Universiti. Abes je degree. Tapi ok je skrg ni. Kehidupan yang gembira jer. Alhamdulillah.

Pada Papaglamz, jangan la kita melihat sesuatu daripada bilangan A je. Sebab anak-anak tu ade kelebihan masing-masing. Ibu bapa perlu bijak mencari di mana kelebihan anak-anak yang boleh kita serlah kan. Elbert Einstain tu dulu masa kecik-kecik bukan pandai pon. Siap ada sakit dysleksia lagi. Tapi die suka bermain dengan mencipta alat-alat permainan bermekanik. Last2, jadi pemenang anugerah Nobel bidang fizik kot.

p/s : Belajar lah untuk berfikir. Bukan belajar untuk menghafal. Dalam kehidupan sebenar kita di hadapkan dengan pelbagai masalah untuk kita berfikir mencari jawapan. Tiada penyelesian yang kita boleh hafal ye adik-adik semua.


-sekian-
Foodsglamz |#| Kuey Teow Kungfu Purnama Merindu

Foodsglamz |#| Kuey Teow Kungfu Purnama Merindu


Assalamualaikum

Adehh.. Hancussss la diet Papaglamz. Macam mana nak selim ni? :-(
Memalam buta kelaparan. Mengidam kuey teow kingfu ni. Makan berteman bulan purnama la kat warung depan taman Papaglamz ni. Memang faveret Papaglamz menu ni kat sini. Memenuhi citarasa. Kalau nak ke warung ni moh le. Taman Dato' Rashid Semambu, Kuantan Pahang.
Nyum... Nyum... Nyum...
Dah la, Papaglamz nak menambahkan lelemak yang dah sedia ade di dalam badan ni di samping layan lagu Purnama Merindu dari Siti Nurhaliza. Enjoy uolsss.

p/s : Makanan dh lama sampai tapi tak makan-makan sebab update entri. Pelayan pon pelik. Lantak la dek oi.

-sekian-
Foodsglamz |#| Sirap ais mawar berduri aduh sakitnya

Foodsglamz |#| Sirap ais mawar berduri aduh sakitnya


Assalamualaikum

Dalam 2 3 hari ni matahari kat Kuantan ni memancarkan sinarnya yang begitu indah sekali. Memang agak panas la. Tapi alhamdulillah, boleh la kami-kami menjemur kain. Papaglamz ade 2 bakul baju yang tak di sidai lagi tu. Ok nak sidai baju.

Tapi sebelum tu nak recharge energy untuk sidai baju tu dengan air Sirap ais mawar berduri aduh sakitnya. Haaa nama die kelazzzzz uolllss. Hahaha.
Jemput tengok
Dah la. Jom minum. Papaglamz nak minum sambil nak melihat baju-baju Papaglamz tu tersidai dengan sendirinya.

-sekian-
Tipsglamz |#| Berbaik sangka

Tipsglamz |#| Berbaik sangka


Assalamualaikum

Manusia dikurnia dengan pelbagai perasaan. Terkadang kita rasa gembira, bahagia dan suka. Dan adakalanya juga kita rasa sedih, hiba, pilu dan duka. Namun, Manusia diberi akal untuk bereksperimentasi cara bagaimanakah yang sepatutnya kita guna untuk hidup bahagia di dunia.

Papaglamz juga ingin hidup sentiasa gembira dan bahagia. Keinginan untuk memiliki kebahagiaan di dalam kehidupan pastinya bermula dari dalam diri seseorang itu. Dengan adanya hati yang bahagia, nescaya seluruh kehidupanya pasti akan bahagia. Di dalam rumah tangga kebahagiaan itu bermula dari setiap hati penghuni rumah tangga itu sendiri yang pastinya suami dan isteri.
Okayyy.. Ni cmne plak? Terlampau berbaik sangka ni.
Pinjam dari ayeemayam.com
Ya....!! Untuk terus kekal bahagia kita perlu sentiasa bersangka baik dengan pasangan kita. Tiada sebarang sangsi di dalam hati. Jika pasangan tidak bersangka baik antara satu sama lain, nescaya ikatan perkahwinan yang di bina akan terlerai.

p/s : Jom wujudkan rasa baik sangka sesama suami dan isteri.
Tinta Papaglamz |#| Mangsa ke kreatifan

Tinta Papaglamz |#| Mangsa ke kreatifan


Assalamulaikum

Hurmm naseb la anak ku. Jadi anak Papaglamz. Dok merengek manja. minta di bawa ke sana sini. Masuk kan dalam mesin basuh terus terpelik dan tersuka. Kreatif kan Papaglamz? hahaha
Yang kiri tu macam REDHA je muka die.
p/s : Mesti die rasa macam naik kereta kan? Ala-ala macam jalan-jalan cari makan gitu. Jangan terbasuh baju dengan anak-anak sekali dah la uolss.. hehehe

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com