2.2.25

Short Getaway di Sugeh Resort, Janda Baik – Best ke Tak? Ini Review Aku!

Ramai yang tanya aku tentang pengalaman bercuti di Sugeh Resort, Janda Baik, yang aku pernah share dalam entri Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik. So, aku nak kongsikan sikit suasana dan cara-cara untuk book Sugeh Resort dalam entri ni.

Before this, aku dan keluarga besar aku ambil keputusan untuk bercuti di Sugeh Resort. Kami pilih unit Kenyalang sebab ia sesuai untuk keluarga besar dan dilengkapi dengan private pool. Anak-anak paling seronok, dari siang sampai malam asyik berendam. Malah, ada yang sambung mandi sampai ke pagi. Hahaha

Ni main entrance. Tempat korang nak check in semua kat sini


Suasana dalam main entrance. Macam lobby hotel gitu la

Unit Kenyalang ni memang luas, dengan beberapa bilik yang selesa. Kemudahan dalam unit pun lengkap, termasuk dapur kecil untuk sediakan makanan ringan. Suasana sekitar resort tenang dan dikelilingi alam semula jadi, memang sesuai untuk yang nak lari dari kesibukan bandar.

Ni sikit sebanyak ciri-ciri unit Kenyalang.

Reka Bentuk dan Kemudahan

Unit Kenyalang adalah sebuah banglo dua tingkat yang dilengkapi dengan:

  • 1 bilik di tingkat atas dan 2 bilik di tingkat bawah.
  • 6 katil Queen, memastikan ruang tidur yang luas untuk semua tetamu.
  • 2 bilik mandi yang dilengkapi dengan kemudahan moden.
  • Dapur dengan kemudahan memasak, sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan hidangan sendiri.
  • Kolam renang peribadi, menawarkan privasi dan keseronokan eksklusif.
Ni la unit Kenyalang. Pintu masuk untuk ke pool.

Ni la private poolnya

Anak-anak buah aku main pool

OOTD depan pintu masuk unit Kenyalang

Selain itu, unit ini turut menyediakan kemudahan seperti:

  • Peralatan BBQ untuk sesi barbeku bersama keluarga atau rakan-rakan.
  • Penyaman udara di bilik tidur dan ruang tamu untuk keselesaan maksimum.
  • Televisyen dengan saluran Astro untuk hiburan.
  • Balkoni yang menawarkan pemandangan indah sekitar resort.
Selain private pool, ade juga open pool. Yang dekat dengan main entrance dan besar

Ada mini zoo

Ada kandang kuda jugak

Depan unit Kenyalang ada tasik. Tepi-tepi tasik tu banyak tempat OOTD

Tempat untuk BBQ dan boleh berOOTD

OOTD dengan family.

Sebenarnya sekitar tasik tu ada je lagi tempat-tempat boleh OOTD. Macam buaian, kerusi-kerusi cantik dan lain-lain. Selain unit Kenyalang, ade je unit-unit lain yang korang boleh book. Ikut kesesuaian percutian korang. 

Baca juga - Staycation vs Road Trip – Mana Lebih Best? Dari Sudut Pandang Aku

Untuk tempahan, korang boleh layari laman web rasmi Sugeh Resort di Sugeh Resort (Kenyalang). Pilih unit Kenyalang dan check la tarikh yang available ikut tarikh yang korang nak. Isi maklumat yang diperlukan dan buat peyment online. Mudah je prosesnya.

Secara keseluruhan, ok la resort ni untuk kami sekeluarga. Kalau korang cari tempat untuk family gathering atau sekadar nak berehat, aku syorkan cuba menginap di sini.

Semoga perkongsian ni membantu korang yang tengah plan percutian. Selamat bercuti!

Enjoy...!!!

7 ulasan:

  1. Bestnya dapat bercuti dgn family, tempat pun menarik nampak view pun cantik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far ok la tempat. boleh CA dtg bawak family.

      Padam
  2. seronoknya..dpt gi bercuti....alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali sekala kumpul ramai-ramai mcm ni mmg seronok.

      Padam
  3. Terima kasih, atas perkongsian. Kami selalu berhajat nak pergi cuti dalam negeri. Kalau boleh, tempat ada private pool, jadi boleh berendam sesama family je. Tempat ni bolehlah masuk dalam cadangan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu nk private pool, tempat ni boleh pergi la. sesuai dengan harga jugak tu.

      Padam
  4. Sugeh resort ni ..resort family datuk aliff syukri kan .. cantik laa suasana resort ni

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com