17.2.25

AJL 39: Bila Highlight YouTube Jadi Penyelamat

Ok, semalam berlabuhlah tirai Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39). Aku? Jujurnya, tak tengok sampai habis. Bukan sebab tak minat, tapi sebab mata kalah dengan bantal. Setengah jalan je sempat layan sebelum aku terlelap.

Tapi pagi tadi, sebaik je bangun, benda pertama aku buat bukan scroll WhatsApp atau tengok berita, tapi terus buka YouTube cari highlight persembahan AJL. Dah macam satu ritual pagi Isnin pula.

Dan… aku baru tahu keputusan AJL 39 pagi ni. Marsha Milan menang juara dengan lagu “Hening Rindu”! Wah, ini betul-betul kejutan. Bukan sebab aku tak suka lagu tu, tapi sebab persaingan AJL tahun ni memang sengit.

Naib juara pula jatuh kepada Nadeera dengan lagu “Bukan Lagi Kita”, dan tempat ketiga dimenangi oleh Akim & The Majistret dengan “Saksama”. Aku ulang tayang balik video pengumuman pemenang—serius, Marsha nampak macam tak percaya dia menang!

Baca juga - The Trauma Code: Heroes on Call – Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

Lagi satu yang buat aku speechless, Vokal Terbaik dimenangi oleh Ernie Zakri. Aku memang dah agak, sebab suara dia power gila semasa nyanyi “Aura”. Tapi yang buat aku paling teruja, Persembahan Terbaik dimenangi oleh Aina Abdul. Seperti biasa, dia memang tak pernah fail buat sesuatu yang dramatik dan luar biasa.

Sambil layan video highlight, aku terfikir—AJL ni memang tak pernah gagal buat kita terkejut. Tahun lepas kita ada kontroversi, tahun ni kita ada kemenangan yang tak disangka. Aku tengok balik persembahan Marsha, memang dia layak menang. Vokal steady, penuh emosi, dan persembahan dia memang kena dengan konsep lagu.

Korang rasa result ok ke?

Enjoy...!!!

5 ulasan:

  1. Cuya tak layan sangat AJL...tapi Nadeera lagi Cuya suka persembahan dia. Apa pon juri lagi tahu nak kira markah, Cuya sekadar tengok gitu je. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la cuya. kita pun tengok highlight yutube je.

      Padam
  2. Tahniahnyer kepada yang menang.
    Tapi wak tak menontonnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah tonton la wak.. tiada faedah pon. hehehe

      Padam
  3. CCL pun tak tgk AJL haritu. Marsha juara kan?

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com