23.3.15

#BloggerTalk | Blog Menguntungkan Atau Merugikan Masa

Assalamualaikum
Akhirnya penantian berakhir. Jadinya, tajuk ketiga untuk segmen #BloggerTalk dari group Sahabat Blogger dah decide pun. So far ok la, Papaglamz masih lagi on the road untuk join segmen ni. Alhamdulillah. Untuk kali ni, tajuk yang dipilih ialah BLOG MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN. Fuh...!!! Penuh persoalan tajuk kali ni. Kadang-kadang menguntungkan, kadang-kadang merugikan. Hahaha. Papaglamz is LALANG yer..

Sebenarnya dua-dua ade. Menguntungkan dan juga merugikan. Depends on you la nak jadikan blog ni lagu mana. Pada Papaglamz sendiri, terlahirnya Papaglamz.com adalah atas dasar perkongsian tentang kekeluargaan pada asasnya. Perkongsian positif berserta tip-tip best pengalaman sendiri la. And now, perkongsian tentang kesihatan. Jangan tak tau ade je readers yang kadang-kadang tak tau pasal health and family say thank dengan Papaglamz atas perkongsian dari Papaglamz. Terharu uuhoollss..

Selain tu, berblogging ni jugak dapat menjana pendapatan. Memula memangla pasif, tapi lama kelamaan akan jadi aktif. Papaglamz percaya sesiapa yang datang ke blog Papaglamz mesti tahu what business i'm doing right? Ofkoss Pengedar Shaklee la. Hehehe. Sejujurnya, memang sangat menguntungkan. Tak percaya...? Kalau free tu cuba rerajin kan diri blogwalking blog MamaFaiz.com, Addaa-Inspiration, Vitamin-suci dan banyak lagi la dalam group FANTASTIC STAR MASTER dan BEAUTIFUL AND CHARMING. Dah ramai yang jadi leader yang best dan income 5-7 angka malah lebih lagi. Dan yang bestnya mereka-mereka ini aktif berblog sebagai medium penyampaian maklumat kepada semua.

Kalau pun bukan dalam Shaklee sendiri, cuba kita jelajah sikit webpage blogger-blogger terkenal macam Ben Ashaari, Hasnul Hassan, Bro Framstone, dan banyak lagi la. Kebanyakan mereka ni, jana income aktif dari berblog. AKTIF yer....!!! Bukan PASIF....!!! Tapi semua itu tidak semudah dengan berkata-kata jer hokayyy. Perlu usaha dan komitmen dan jugak ke'ISTIQOMAH'an. Papaglamz akui fasa-fasa permulaan ni memang sangat mencabar. But, that's it. 

TAK MUDAH MENCIPTA KEJAYAAN. KEJAYAAN BERMULA DARI SEGUNUNG PENGORBANAN. TANPA PENGORBANAN. MIMPI LA KAU...!!!!!

BLOG MERUGIKAN? Ermmm, kalau nak kita katakan blog ni merugikan, bagi Papaglamz tidak lagi waktu ni. Yela, Papaglamz ada matlamat dalam berblog ni. Mungkin la berblog ni boleh di katogerikan sebagai perkara yang merugikan sekiranya kelahiran blog itu tanpa satu matlamat atau tujuan yang jelas lagi nyata. Blog yang sekadar ada. Entri post setahun sekali. Genre yang bercampur aduk. Orang kata tiadanya identiti dalam blog tu. Mungkin itu boleh dikategorikan sebagai merugikan kot. Ni pendapat je tau. Jangan la pulak kena banned lepas buat statement ni. Huhuhu. By the way kita lah pemilik blog ni yang menjadi kan blogging tu merugikan atau pun tak ye dak?

Papaglamz akui, dalam dunia blog ni Papaglamz is new lagi. Sangat banyak lagi perkara-perkara yang perlu Papaglamz pelajari dan terokai. Harap dengan kehadiran Papaglamz dalam group Sahabat Blogger membolehkan Papaglamz menimba ilmu sebanyak mungkin dari blogger-blogger lagend dalam group ini.

It's great to knowing you guys and gurls. Blog is BUKAN SEKADAR BLOG (pinjam dari Kelab Blogger Ben Ashaari)

Ok la sampai di sini sahaja. Berjaya jugak follow segmen #BloggerTalk dari Sahabat Blogger untuk tajuk ketiga ni. Ahamdulillah. Terima Kasih pada semua yang sudi membaca.

p/s: Soryla entri macam promote Shaklee jer. Hehehe

-sekian-

7 ulasan:

  1. Tengok nma mamafaiz dh tau its bout SHAKLEE...ngeh ngeh...tp xpe la blog kita ye dok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Hehehe. tq jenjalan di sini...

      Padam
  2. Mcm perli blog disana jah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik.. Ada yang terasa jer.. Huhuhu.. Maaf la.. Coretan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati yer.. hehehe.. Ala blog Cik Ash pun tak merugikan ape. Selalu jer menang GA. Macam tipu je klu cakap merugikan..

      Padam
    2. Hahahaha saja panas line. Suratan dan.kebetulan jah tu

      Padam
  3. dah lama ek mula bloggertalk ni...

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com