24.3.15

KETAHUI 10 PENYAKIT POPULAR DI KALANGAN LELAKI

Assalamualaikum

Jom ketahui 10 penyakit yang sangat popular di kalangan lelaki. Yang tentunya sering menghantui para lelaki di luar sana. Yup, lelaki harus tahu semoga dengan perkongsian ini dapat menjadikan kita berwaspada dengan apa yang bakal menimpa kelak. Ingatlah mencegah itu lebih baik dari merawat kan? 


Info : Digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
Penyebab : Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam,darah tinggi & kencing manis


Info: COPD adalah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.
Penyebab: Merokok


Info : Juga dikenali sebagai diabetes mellitus. ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
Penyebab : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pancreas


Info : merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba. biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah
Penyebab : faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok),diabetes,genetik,darah tinggi,penyakit jantung,kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok


Info : Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum
Penyebab : Faktor pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang sering dan banyak, diabetes dan merokok


Info : Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki).
Penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron


Info : Juga dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah
Penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi,lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol kurang bersenam dan tekanan perasaan


Info : Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini terialu pekat,garam berlebihan bertulkar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau gallstone.
Penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yang kurang sihat


Info : Dsebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
Penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat,pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolic


Info : Gout disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk hablur atau kristal.
Penyebab : Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan.

Nah itu tadi 10 penyakit yang sangat popular di kalangan lelaki. Jadi cegah sebelum mengena. Amalkan pemakanan yang sihat bagimenjamin kesejahteraan hidup anda di waktu tua nanti. Mulakan dari sekarang. Ok lah sampai di sini sahaja. Nanti Papaglamz kongsikan lagi info-info kesihatan lelaki-lelaki idaman buat semua yer.
p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com