27.3.15

8 RESEPI KAYA HATI DAN KAYA JIWA

Assalamualaikum

Papaglamz terbaca atu artikel dari facebook jutawan. Nak share dengan kamu orang la. Agak panjang tapi berbaloi untuk membuatkan kita lebih bersemangat meniti hari-hari mencipta kejayaan bersama.
----------------------------------------------------
1. Hidup Bertuhan

Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16)Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.Contoh,“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.


Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahuluBuat latihan pernafasan.Tarik nafas dalam kiraan 4 saatTahan 6 saatLepas perlahan-lahan 8 saatUlang selama 5 minitNiatkan zikir kerana AllahSebutlah zikir yang anda suka


3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri


Solat 5 fardhu di awal waktuSurah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malamSurah Yaasin setiap pagiQiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat WitirIstighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan)JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.Percaya pada Allah. Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain:)“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”


4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh, 


Saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay:)


5. Reprogramming Mindset


Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.


Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”

Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar. Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.Artikel berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan

6. Tenaga Doa:


Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa AndaPernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan)”Contoh,“Aku nak jadi jutawan”Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan. Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.


7. Sedekah


Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekahManiskan muka dengan senyumanSedekah sekurang-kurangnya RM1 semingguSolat awal waktuBerkata hanya yang positif atau diam..InsyaAllah. Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini , akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah


8. Syukur


Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7)Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati.“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”
-----------------------------------------------------------
Alangkah indahnya seandainya dapat beristiqomah melakukan semu ni kan? Tapi tula, tak senang untuk senang dan tak susah untuk susah. Fikir-fikirkan.

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

1 ulasan:

  1. Good sharing.

    Jemput join ni --> http://belogsheila.blogspot.com/2015/03/giveaway-2015-jubah-dress-leggings-oleh.html

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com