2.11.14

Travelglamz l#l Masjid Kristal menggamit sebuah memori

Assalamualaikum

Sesiapa sahaja yang datang ke Kuala Terengganu, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke salah sebuah mercu tanda di sini iaitu Masjid Kristal. Papaglamz juga begitu. Di kesempatan memenuhi undangan perkahwinan kawan di Kuala Terengganu, Papaglamz singgah sebentar di masjid ini.


Ternyata binaan concrit yang berasaskan kaca dan keluli menggamit pandangan dengan keindahannya. Di tambah pula apabila gabungan antara struktur bangunan dan juga alam terjalin harmoni. Begitu indah, sehinggakan Papaglamz terkesima. Bukan itu sahaja, binaanya yang terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam sememangnya satu bonus bagi para pelawat untuk singgah di masjid ini untuk menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.


Keluasan masjid 2,146 hektar persegi yang mana boleh memuatkan seramai lebih kurang 700 orang sesuatu masa, membuktikan juga masjid ini dibina untuk menampung kebanjiran pelancong ke kawasan ini untuk mengerjakan solat.

Alhamdulillah, sememangnya hajat di hati Papaglamz dari dulu lagi untuk bersama-sama si jantung hati yang halal untuk melawat masjid ini. Semoga selepas ini boleh lah bersama-sama pergi masjidil haram pula. Insyallah. Doakan ye semua.

p/s: Papaglamz berhajat nak menjelajah setiap masjid di Malaysia ni. Suatu masa nnti la. Insyallah.

-sekian-

23 ulasan:

  1. Salam.kenal..ini salah satu tempat wajib di kuala terengganu :) anak saya suka makan aiskrim susu kambing depan masj8d ni

    Www.adaa-inspiration.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Wife Papaglamz pn sama.. Mmg dh aim nk g masjid kristal utk cr aiskrim tu.. Nmpk dh niat dh lain.. Bahaya kan? Kne betulkn niat utk ke sana beribadah.. Huhuhuhu..
      BTW, thanz jalan2 kat sini.

      Padam
    2. banyak cerita negatif mengenai masjid nih.. entahlah.. saya tak pernah pergi lagi

      Padam
  2. mama belum lagi menjejakkan kaki ke sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke mama x penah pergi? Serious mama kne pergi.. Seronok g sana.. Satu hari nanti insyallah Papaglamz doakan mama akan jejak ke sini yer.. Lagipn melawat rumah Allah ni satu ibadah.. Hehehe

      Padam
    2. saya juga tak pernah sampai

      Padam
  3. nice share gan


    Kunjungi gan www.find4something.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Boleh sembahyang ke kat dalam sana? Orang cakap setakat amik gambar je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mst la boleh cik iman.. Yang dlm taman tamadun islam yang cume replika masjid2 je. Tu x leh wat semayang. Blh amwk gmbr jer. Masjid kristal ni btul2 sbelah taman tamadun islam. Ad masa g la melawat yer. Hehehe

      Padam
    2. banyak sungguh cerita negatif tentangnya.. dikatakan tak boleh guna untuk sembahyang jumaat sebab tak cukup kariah.. jatuh taraf macam surau aje.. entahlah saya juga tak pasti kesahihannya

      Padam
  5. hurmmm tak pernah sampai lagi kat sana

    BalasPadam
  6. waa tak jejak lagi masjid ni.. insha Allah kita jejak.. rasa awesome giler kalo dapat masuk masjid2 yang lawa ni.. masjid besi pun best.. ada rezeki g masjid biru lak =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. masjid cantik bukan untuk dimegah.. moga sama-sama kita mengimarahkan semua masjid yang ada

      Padam
  7. Tak pernah sampai lagi ... Masjid nyer cantik dan besar ... Harap2 ramai juge jemaah nyer ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. semoga ramai jemaah dan lengkap lima waktunya..

      Padam
  8. walaupun stay kat terengganu tapi baru sekali pergi masjid ni

    BalasPadam
  9. x pernah sampai ke sana lagi

    BalasPadam
  10. kalau ke rantau panjang, kelantan...singgahlah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sampai ke kluang jemput singgah masjid jamek kluang.. nama taklah gah sangat.. tapi masjid juga

      Padam
  11. Bila lah nak sampai agak nyer ...

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com