14.11.14

Tinta Papaglamz l#l Kehebatan seorang Ibu, MELAHIRKAN


Assalamualaikum...

Seperti biasa bersyukur yang teramat sangat sebab hari ni Papaglamz masih lagi di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah..

Papaglamz rindu kat mak dan bapak kat kampung tu. Haaa tetibe teringat la time wife Papaglamz masa nak melahirkan anak first kitorang. Excitednye tu tuhan sahaja la yang tau. Siap dah amek cuti awal 3 hari dari tarikh due date, wife plak dah amek seminggu awal. Tapi tunggu punya tunggu tak nak jugak keluar. Huhuhu.

Seminggu jugak la dari tarikh due date tu baru la rasa nak bersalin tu. Sebenarnya bukan excitednya menanti tu yang Papaglamz nak cerita. Papaglamz sangat respek dan tabik spring la kat wife Papaglamz. Yela, pernah dengar tak kalau dah seminggu baby x keluar jugak, nanti ubat akan di bagi dekat wife untuk paksa baby tu kluar.

Jadi, wife Papaglamz terpakse membersalinkan dirinya. Start masuk ubat tu, mula la contraction yang amat menyakitkan itu. Papaglamz ingatkan lepas je masuk ubat terus boleh bersalin. Rupanya tidak. Selagi jalan tak buka lagi selagi tu la wife kene menempuhi kesakitan tu.

MASYALLAH......

Papaglamz sangat bersyukur dapat isteri yang sangat sabar. Walaupun sakit, tak pernah sikit pon Papaglamz dengar sebarang rungutan dari die. Malah jika Papaglamz datang untuk melawat, senyuman yang teramat indah tetap la terukir di wajahnye. Papaglamz sayang isteri KETAT2 okay.

Lepas 36 jam, baru la jalan untuk baby tu keluar terbuka luasnya. Lame tau dekat dua hari menunggu untuk jalan tu terbuka. Lepas dh terbuka tu, wife n Papaglamz pon masuk la ke dewan bersalin. Time ni ready2 untuk bersalin la. Ramai la dengan nursenye, doktor, doktor praktikel n tukang sapu segala bagai pon ade dlm dewan bersalin tu. Hospital kerajaan kn. Huhuh

Time nak bersalin tu pulak. Untuk bakal2 ayah tu, nasihat Papaglamz ikut bersama isteri anda ketika hendak bersalin tu. Kalau pon tak dapat merasa kesakitan, at least dapat la bg semangat. Memang Papaglamz tak dapat nak gambarkn macam mana keadaan baby tu nak keluar. Doktor potong itu ini. Papaglamz blh beristighfar je kat sebelah melihat ape yang nurse2 dan doktor2 buat kerja diorang.

Alhamdulillah, selepas bertarung nyawa selama 2 jam. Lahirlah puteri sulung Papaglamz pada 17 Mei 2014 pukul 2.30 petang (tarikh tu betul mase tu x pasti. lupe. hehehe). Jujur Papaglamz cakap ni. Lepas je baby tu kluar, Papaglamz dan wife tak boleh nak cakap pape. Terkesima sekejap. Siap nurse tu tegur 2 or 3 kali suruh iqamahkn baby tu. Yang bestnye, Papaglamz tak terkeluar suara time iqamah tu. Yang keluar air mata okay. Tak kisah dah sape ade kat situ. Ala-ala dak tecik Papaglamz menangistak mengalahkan baby yang baru keluar tu. Hahahaha. OK segan. Tapi ni pengalaman.

Haa macam tu la. Bertarung nyawa untuk melahirkan sorang anak. Sebab tu la syurga tu di bawah tapak kaki ibu ka. Jangan derhaka kepada ibu dan bapa. Banyak kali tuhan sebut dalam quran tentang menghormati ibu bapa ni kan? Betapa tingginya martabat mereka. Jadi hormatilah dan sayangi mereka.

Ape la yang seronoknye tu kan? Hehehe

Wajah-wajah bunga syurga. Tiada dosa lagi.

Macam pelik je. Hehe

Dan sekarang ni anak Papaglamz dah nak masuk 6 bulan. Cepatnye masa berlalu. Dan dah banyak la perangai-perangai yang kadang kala membuat kan kita ni tergeram yang teramat. Nasib baik la anak sendiri kan. Papaglamz sabooorr je la. Yang paling best, bila kami berjumpa sabtu ahad, asyik nak Papaglamz pegang die je. Letak je menangis, tinggal sikit menangis. Menangis yang tak ade air mata pon. Wife Papaglamz cakap kalau Papaglamz tak de ok je. Senyap je. Budak yang sangat baik. Ish ish... Ni kes balas dendam sebab seminggu tak jumpe ke ap ni?. Huhuhu. Tak pe la. Bila lagi nak manja kan kalau bukan sekarang?

p/s: Ada anak tu menyeronokkan. Dalam seronok tu, terselit satu tangungjawab yang besar kita kena pikul. Lagi-lagi jadi AYAH. Segalanya tertanggung atas bahu AYAH. Yang paling utama Dosa dan Pahalanya. Selagi anak tu belum baligh lagi, AYAH la yang akan mendapat saham atas segala yang dilakukan oleh si anak. Jadi, anda sayang AYAH dan IBU anda.? Jom koreksi diri, perbetulkan niat di hati. Insyallah kita akan sejahtera di dunia dan AKHIRAT nanti. Aamiin.

-sekian-

16 ulasan:

  1. Semoga menjadi ayah yang soleh dan hebat dalam mendidik anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. Doakan saya ye Mama Myja..

      Padam
    2. saya juga mendoakan papaglamz

      Padam
  2. Tahniah.
    budak skg cpt jecbesar

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Papaglamz kan? Hahaha..
      #perasan..

      Padam
    2. papaglamz bapak comel.. hik hik hik

      Padam
  4. comel anak2 syurga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula.. Ciptaan tuhan kn. Indah belake.. Thank singgah sini.

      Padam
  5. Comel nya puteri Papaglamz... alhamdulillah semoga kasih sayang sekeluarga hingga ke Jannah......

    BalasPadam
  6. kasih ibu membawa ke syurga

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com