Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Raya-raya ni, selain makan kuih tart nenas dan pergi baraan, satu lagi benda yang tengah meriah — Serumpun Challenge!

Lagu raya baru dari Mimi Fly ni memang padu habis, catchy gila. Dekat TikTok memang bersepah orang buat cover, siap ada gaya tarian khas dan paling unik — siap ada sign language sekali dalam choreo dia. Respect!

So, kita pun join the vibe laaa.

Tak sangka wehh… famili aku semua sporting, dari anak-anak sampai la ke mak dan bapak mertua aku pun on je! Mula-mula buat suka-suka je, tapi bila tengok hasil video… eh, boleh tahan juga kita ni. Rasa macam satu family K-pop raya edition! 😂

Tarian Serumpun ni bukan je fun, tapi dia macam eratkan lagi bonding satu keluarga.

Gelak-gelak hafal step, salah gerak, ulang rakam banyak kali… semua tu jadi kenangan manis raya tahun ni.

So yeah…

Enjoy Serumpun Dance Challenge dari famili aku!

Walaupun bukan pro, tapi yang penting semangat tu ada. Raya ni bukan pasal perfect, tapi pasal kita enjoy sama-sama.

Enjoy...!!!

Baraan - Tradisi Raya Johor yang Tak Pernah Hilang Seri

Baraan - Tradisi Raya Johor yang Tak Pernah Hilang Seri

Kalau sebut pasal musim raya, dan kau orang Johor… tradisi baraan memang satu benda yang wajib ada dalam senarai nostalgia.

Kat kampung aku sendiri, baraan ni dah jadi rutin tetap setiap kali raya kedua atau ketiga. Masa tu, geng-geng anak muda kampung—dari yang sekolah menengah sampai la yang dah masuk umur kerja—akan berkumpul, bergerak dari satu rumah ke satu rumah dalam kampung.


Bukan sekadar datang makan kuih atau kumpul duit raya. Tapi niat utama baraan ni lebih besar daripada tu. Kitorang akan berselawat, baca doa, dan memuji kebesaran Allah bersama-sama, dalam suasana yang penuh berkat dan semangat ukhuwah.

Kat kampung aku, baraan ni dah ada sejak lebih 40 tahun dulu. Dari aku kecik, aku dah ikut dari belakang, sambil tengok abang-abang kampung laung selawat sambil senyum dan ketuk pintu rumah orang. Sekarang, aku pulak yang sambung langkah-langkah tu—bawa anak sendiri ikut sama.

Tiba-tiba kene jadi juru cakap

Dan yang paling aku suka pasal baraan ni—tuan rumah tak perlu sediakan apa-apa pun. Sekadar apa yang ada. Kami datang bukan nak makan, bukan nak minum. Kami datang sebab nak ziarah. Nak eratkan silaturahim. Nak doakan kesejahteraan sesama jiran.

Baraan ni bukan sekadar tradisi—ia satu bentuk dakwah, satu cara jaga silaturrahim, dan lambang kuatnya komuniti kampung. Kalau dulu ramai yang naik motor, sekarang pun masih ramai yang kekal naik motor, ye la senang bergerak, boleh cilok jalan sempit. Ada juga yang berjalan kaki je, sebab rumah-rumah dekat dan suasana kampung tu memang best untuk jalan pelan-pelan sambil borak.

Dan jujurnya, baraan ni antara sebab kenapa aku sayang kampung aku. Tradisi yang tak semua tempat ada, tapi Johor… dia simpan elok-elok budaya ni sampai hari ni.

Moga tradisi ni terus hidup, dan anak-anak kita nanti pun dapat rasa nikmatnya baraan macam mana kita rasa dulu.

Enjoy...!!!

4 April - Antara Syukur dan Rindu yang Tak Pernah Padam

4 April - Antara Syukur dan Rindu yang Tak Pernah Padam

Tahun ni aku masuk umur 37. Sweet ke tak sweet, tak tahulah… tapi umur makin banyak, tu pasti. Orang kata hidup ni makin naik nombor, makin dekat la kita dengan destinasi akhir. Aku pun dah mula rasa benda tu.

Kebetulan tahun ni, 4 April jatuh masa cuti raya. Jadi sambutan pun ala-ala raya, simple je dekat kampung dengan family. Dapat makan sedap, dapat duduk rehat, dapat tengok mak senyum—cukup dah untuk aku.

Tapi 4 April ni bukan sekadar birthday.

4 April jugak... Adalah hari aku kehilangan satu-satunya anak lelaki aku.

Ya, mungkin ramai ucap "Happy Birthday!" hari ni… Dan aku pun senyum, ucap terima kasih. Tapi dalam hati aku, ada satu ruang yang kosong dan sunyi, yang tak akan pernah penuh balik.

Anak aku, yang sekejap je Allah pinjamkan… tapi cukup untuk buat aku rasa macam mana rasanya sayang yang tak ada hujung.

Hari pengkebumian Muhammad Ramadhan (4 April 2022)
Dan bila dia pergi, aku rasa macam sebahagian dari hati aku pun ikut hilang.

Jadi, 4 April ni, selamanya akan jadi tarikh yang istimewa, tapi dalam cara yang sangat personal.
Tarikh yang buat aku muhasabah, buat aku tunduk diam, dan bercakap lebih lama dengan Tuhan.

Aku bersyukur sebab umur panjang sampai ke 37.

Tapi aku juga rindu pada seorang anak yang aku tak sempat nak tengok membesar.

Semoga dengan bertambahnya umur aku, bertambah juga iman, sabar, amal, dan kekuatan untuk jadi manusia yang lebih baik.

Dan semoga suatu hari nanti, aku dapat jumpa semula anak aku di tempat yang paling indah.

Selamat ulang tahun buat diri sendiri.

Dan selamat jalan rindu, sampai kita bertemu lagi.

Salam Rindu...!!!

Raya & Bakso: Ziarah Raya Rumah Besan!

Raya & Bakso: Ziarah Raya Rumah Besan!

Dalam senarai ziarah wajib musim raya, selain rumah sedara-mara dan sahabat handai, satu tempat yang confirm masuk list adalah… rumah besan mak aku. Yes, rumah mak mertua aku.

Bergambar dengan mak mertua aku. Yang duduk pakai cermin mata tu mak mertua aku. Sebelahnya mak ku.

Tahun ni, bila semua adik-beradik dah berkumpul kat rumah mak, kitorang pun plan la untuk ziarah raya sama-sama. Jadi, aku pun bawak la mak aku dan adik-beradik aku ke rumah mertua aku — besan kepada mak aku. Seronok tengok dua keluarga besar boleh duduk berbual, gelak ketawa, makan sama-sama. Macam kenduri kecil-kecilan.

Dan kalau dah sampai rumah mertua aku masa raya ni, satu benda yang wajib ada — BAKSO TULANG LEMBU. Serius, dah jadi makanan tradisi Syawal untuk keluarga mertua aku. Setiap tahun, tetamu yang datang mesti tanya, "Tahun ni buat bakso ke tak?Kalau tak buat, memang rasa macam tak lengkap Syawal tu.

Bakso ni bukan calang-calang, ya. Tulang lembu besar, isi padat, kuah dia kaw! Rasa dia memang umphh gila. Aku sendiri pun kalau boleh, nak makan pagi, petang, malam. Raya pertama tu je aku sempat makan tiga mangkuk.

➡️ Satu sebelum solat raya,
➡️ satu lepas solat raya,
➡️ satu lagi masa tengah hari.

Tak termasuk suapan "nak rasa sikit je" dari mangkuk orang lain. Hahahaha! Kembung perut bukan halangan, asalkan dapat nikmati sup panas-pedas yang padu tu.

Seronok bila dua keluarga boleh duduk semeja, makan sambil bercerita, tengok mak aku dengan mak mertua borak mesra—itu semua momen raya yang tak ternilai.

Kalau korang datang beraya rumah mertua aku dan nampak bakso atas meja tu—jangan tanya, terus ambil mangkuk. Confirm tak menyesal! 😋🍜

Bakso & Raya, satu kombinasi yang tak boleh dipisahkan.

Raya Kedua kita ke Open House Wak Jadud, Sambil Ejas Masa Dengan Mak

Raya Kedua kita ke Open House Wak Jadud, Sambil Ejas Masa Dengan Mak

Raya kedua tahun ni, sementara tunggu abang-abang dan adik-beradik lain balik rumah mak, aku sempat bawak mak pergi open house Wak Jadud kat Sungai Dulang.

Biasa la, tahun ni ramai adik-beradik yang outstation beraya rumah mertua masing-masing. Tapi aku dengan kakak aku ni jodoh sekampung, jadi boleh la ejas masa dengan family mak kami. Asalkan susun jadual betul-betul, semua boleh jadi.

Lelaki yang berkopiah putih tu la wak jadud. Sebelah kiri die tu mak aku.


Sesi bergambar dengan sepupu-sepupu dan anak buah

Wak Jadud ni kira abang kepada mak aku, dah tua juga. Kalau mak aku 75 tahun, dia mungkin dah lebih 80 tahun. Jalan pun dah tak larat sangat, sama macam mak aku. Jadi bila dia buat open house, rasa macam wajib datang, sebab bukan selalu dapat jumpa.

Sampai je rumah Wak Jadud, jumpa sepupu-sepupu, mak sedara, pak sedara, yang lama tak bersua. Masing-masing dah besar panjang, dah beranak-pinak. Ada yang aku tak cam langsung! Haha, biasalah, jumpa setahun sekali (itu pun kalau sempat). Tapi bila dah duduk berbual, memori lama muncul balik—teringat zaman budak-budak dulu main sama-sama.

Suasana memang meriah. Sembang, makan, gelak-gelak, dan yang paling penting, mak aku nampak gembira. Itu pun dah cukup buat aku rasa puas hati.

Baca juga - Raya Ke-3 - Tema Warna-Warni, Raya Penuh Seri!

Terima kasih Wak Jadud sebab sudi jemput. Moga Allah panjangkan umur, beri kesihatan yang baik buat Wak Jadud, mak aku, dan semua ahli keluarga. Semoga ukhwah kita terus erat, walaupun masa dan jarak makin jauh. InshaAllah.

Kadang-kadang, raya bukan pasal berapa banyak rumah kita pergi, tapi berapa banyak hati yang kita bahagiakan. Raya kedua ni simple, tapi penuh makna.

Enjoy...!!!

Raya Ke-3 - Tema Warna-Warni, Raya Penuh Seri!

Raya Ke-3 - Tema Warna-Warni, Raya Penuh Seri!

Kalau raya pertama aku beraya kat rumah mertua, kali ni cerita raya kat rumah mak aku sendiri. Tahun ni sebab adik-beradik semua outstation, jadi raya ke-3 baru dapat kumpul ramai-ramai. Baru rasa macam betul-betul raya!


Macam biasa, bila semua dah ada, acara rasmi pun bermula—salam-salam, tukar-tukar duit raya, dan yang paling penting, sesi bergambar satu keluarga besar! Kalau kat rumah mertua hari tu tema maroon, belah family aku ni tema warna-warni. Aku, isteri, dan anak-anak pakai baju hijau pink. Gabungan warna yang macam tak kena, tapi macam menjadi pulak. Tetap nampak meriah. Raya kan, biar ceria!

Abang sulung aku. Anaknya kurang sorang sebab balik rumah mertua die. Anak buah aku ada yang dah kahwin

Keluarga akak aku no. 2

Keluarga akan aku no. 3. Husbannd dah kene kerja raya ketiga. Sabar jelah

Keluarga abang aku no. 4

Keluarga abang aku no. 5

My little family
Lepas semua settle, tiba masa ziarah raya. Tapi kali ni tak boleh pergi jauh sangat sebab mak aku pun dah kurang sihat. Jadi, cukup la 3 buah rumah je. Walaupun tak dapat ronda banyak rumah, yang penting dapat luangkan masa dengan adik-beradik dan anak-anak buah. Kecohnya tetap sama—gelak sakan, usik-mengusik, dan cerita throwback zaman budak-budak.

Pendek kata, walaupun raya ke-3 baru dapat berkumpul, tetap rasa puas dan bermakna. Apa yang penting, bukan jumlah rumah yang dikunjungi, tapi masa berkualiti yang dapat diluangkan bersama keluarga. Alhamdulillah, raya tahun ni tetap meriah walaupun jadual beraya berperingkat.

Raya belum habis lagi! Tunggu cerita seterusnya!

Enjoy...!!!

Seharian Beraya: Dari Pagi ke Tengah Malam!

Seharian Beraya: Dari Pagi ke Tengah Malam!

Tahun ni, aku dan isteri sepakat beraya di rumah mertua dulu. Tak ada isu gaduh-gaduh berebut kampung siapa dulu sebab, well… kami satu kampung je! Senang cerita, pagi rumah mertua, petang rumah mak aku pulak. Settle, adil dan saksama.

Team Maroon

Tema baju raya tahun ni? Maroon. Atau ada yang cakap burgendy. Tapi di mata aku, tetap maroon. Yang penting, semua nampak cantik dan sedondon. Kalau ambil gambar family, confirm nampak kemas dan matching.


Lepas makan pagi (dan tambah lagi satu round sebab makanan raya ni bukan boleh makan sekali je), operasi ziarah raya pun bermula. First day raya je dah dapat 9 buah rumah dalam sehari! Dari rumah mertua, ke rumah saudara-mara, sampailah ke rumah mak aku, semua tempat mesti singgah. Raya setahun sekali je, kan?

Paling best bila pergi rumah saudara yang dah lama tak jumpa. Dari sekadar nak ‘singgah sekejap’, terus lepak dua jam sebab terlalu seronok berbual. Tapi biasalah, raya pertama ni mesti padat. Nak kejar masa, tapi dalam masa yang sama nak enjoy setiap moment.

Pukul 12 tengah malam baru tapau balik rumah. Perut kenyang, hati puas, kaki lenguh. Tapi worth it! Alhamdulillah, dapat sambut raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga.

Raya kedua? Nanti kita cerita lagi.

Enjoy...!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! - Pejam celik, Pejam celik, RAYA...!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! - Pejam celik, Pejam celik, RAYA...!!!

 Weh, pejam celik pejam celik, dah sampai kita ke Syawal! Hari ni, 31 Mac 2024, kita officially sambut Hari Raya Aidilfitri. Rasa macam baru je Ramadan mula, tetiba dah raya. Time flies betul!

So, macam mana raya korang? Dah makan berapa ketupat? Kuih raya dah habis separuh ke sebelum tetamu datang? Hehe. Aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kat korang semua. Kalau ada tersalah taip, terkomen lebih-lebih, atau gurau kasar, aku mintak maaf ye. Raya ni kan masa untuk kita bersihkan hati, lapangkan fikiran, dan kasi reset balik hubungan dengan semua orang.

Raya tahun ni korang balik kampung ke? Aku harap siapa yang dapat balik kampung tu enjoy lah puas-puas. Peluk mak ayah lama-lama, borak sampai pagi dengan adik-beradik, ziarah saudara-mara yang lama tak jumpa. Yang tak dapat balik tu, jangan sedih sangat, yang penting kita tetap boleh sambut dengan penuh makna. Video call pun jadi lah, janji silaturahim tetap terjaga.

Paling penting, jangan lupa satu benda—makan! Lemang, rendang, kuah kacang, kuih tart, kuih semperit—aduh, perut aku dah start bunyi ni! Tapi berpada-pada lah ye, nanti lepas raya menangis tengok berat badan naik. Haha.

Apa pun, aku doakan raya kali ni bawak lebih banyak kebahagiaan, keberkatan, dan ketenangan dalam hidup kita semua. Semoga kita dapat terus jadi insan yang lebih baik lepas Ramadan ni.

Selamat Hari Raya! 🎉🎊 Maaf Zahir & Batin!

Gambar raya nanti aku share banyak-banyak kat entri lain.

Enjoy...!!!

Buka Puasa di Masjid: Nostalgia Berbuka Dalam Talam, Ukhuwah & Berkat Ramadan

Buka Puasa di Masjid: Nostalgia Berbuka Dalam Talam, Ukhuwah & Berkat Ramadan

Diam tak diam, dah nak raya! Suasana makin meriah, dan satu persatu kawan sekerja dah mula bercuti balik kampung. Aku? Masih setia di pejabat. Tabah je lah.

Tapi ada satu benda yang buat Ramadan aku tahun ni lebih bermakna – buka puasa di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Kotasas. Aku dah berbuka kat sini hampir 10 kali! Setiap hujung minggu, kaki ni automatik je melangkah ke sana. Apa yang best sangat?


Makan Dalam Talam – Nostalgia & Ukhuwah

Yang paling unik di masjid ni, makan dalam talam! Susunan talam-talam besar, setiap satu cukup untuk 4-5 orang. Memang jarang jumpa pengalaman macam ni zaman sekarang. Bukan setakat menjimatkan ruang, tapi juga membina ukhuwah. Duduk, kongsi makanan, borak santai – terasa betul kemesraannya.

Seawal 6 petang, orang dah mula beratur untuk ambil makanan. Lauk memang padu – ada nasi, lauk berkuah, sayur, kurma, dan buah. Kadang-kadang ada kuih tambahan. Makanan cukup untuk semua, tak kira awal atau lewat datang.

Lebih Dari Sekadar Berbuka

Bukan sekadar makan, masjid ni ada pengisian rohani yang buat hati rasa tenang. Setiap kali datang, mesti ada program seperti:

✅ Pemeriksaan kesihatan percuma (sempat check BP aku, alhamdulillah normal)

✅ Bacaan Al-Quran berjemaah

✅ Tazkirah ringkas yang menyentuh hati

✅ Tahlil untuk ahli keluarga yang telah pergi

Lepas berbuka, terus sambung solat Maghrib, kemudian Isyak dan Tarawih berjemaah. Lengkap pakej! Rasa Ramadan tu betul-betul hidup – bukan sekadar berbuka, tapi dapat pahala berjemaah dan mengeratkan silaturahim.

Tahniah & Terima Kasih AJK Masjid

Serius, aku salute AJK Masjid Al-Imam Ash-Shafie ni. Usaha mereka menyediakan program sebegini memang patut diberi penghargaan. Bukan mudah nak handle crowd ramai setiap hari, tapi mereka berjaya buat dengan lancar dan teratur. Syabas!

Sekarang, tinggal beberapa hari je lagi sebelum Ramadan berakhir. Mungkin aku sempat berbuka sekali dua lagi di sini sebelum balik kampung. Apa pun, pengalaman berbuka puasa di masjid ni akan jadi kenangan paling bermakna Ramadan tahun ini.

Ada sesiapa lagi yang suka berbuka di masjid? Kongsilah pengalaman korang!

Enjoy...!!! 

Potluck Iftar: Makan Sampai Kenyang, Main Sampai Letih!

Potluck Iftar: Makan Sampai Kenyang, Main Sampai Letih!

Dua minggu lepas, kawan-kawan tempat kerja aku cadang nak buat potluck sambil berbuka puasa. Masing-masing excited nak bawa makanan ikut citarasa sendiri. Aku, dengan penuh kebanggaan, pilih untuk bawa nasi ambeng – makanan legend yang confirm boleh buat orang kenyang sampai sahur!

Seharian aku dan isteri ‘bersilat’ di dapur menyiapkan nasi ambeng. Dari pagi sampai petang, dapur macam medan perang. Akhirnya, siap juga! Tepat pukul 6 petang, kitorang berkumpul di rumah host. Bila tengok meja makan, terus rasa terharu – ada lasagna, ayam kicap, kuih-muih, sambal goreng, dan macam-macam lagi. Memang betul semangat ‘sharing is caring’!



Makan Sampai Kenyang, Gelak Sampai Pecah Perut

Bila azan Maghrib berkumandang, semua terus serbu meja makan. Riuh rendah suasana, penuh dengan gelak ketawa, puji-memuji makanan masing-masing, dan sesi pertukaran resepi segera. Aku paling bangga bila nasi ambeng aku laku keras! Ada yang siap tapau untuk sahur – memang berbaloi penat memasak tadi.

Malam yang Meriah dengan Mercun & Bunga Api

Malam tu bukan sekadar makan-makan je. Lepas solat Maghrib, tiba-tiba ada idea nak bagi budak-budak happy – operasi mercun dan bunga api pun bermula! Anak-anak seronok berlari sambil pegang bunga api, yang dewasa pun taknak kalah – masing-masing jadi kanak-kanak semula! Suasana jadi lagi meriah dengan cahaya warna-warni dan bunyi letupan kecil yang menghiasi malam Ramadan.

Tepat pukul 10 malam, semua dah mula rasa letih. Ada yang terus balik, ada juga yang dengarnya nak sambung pergi bazar cari baju raya. Aku? Confirm balik terus tidur! Seharian berperang di dapur, tenaga dah habis.

Tapi satu benda yang aku sedar, Ramadan bukan sekadar tentang puasa dan ibadah – ia juga tentang mengeratkan hubungan sesama kita. InsyaAllah, tahun depan kita repeat lagi!

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com