Buat la sosej sendiri, baru la lebih sihat. Jom cuba resepi ini

Buat la sosej sendiri, baru la lebih sihat. Jom cuba resepi ini

Assalamualikum semua. Sosej atau hot dog sudah pasti makanan yang sangat diminati oleh anak-anak kecil. Namun sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam sosej itu sendiri. Ditakuti jika makan terlampau banyak akan memudaratkan kesihatan. Tambah-tambah lagi bila kebanyakan sosej dipasaran ni dalam kategori makanan diproses dan sudah pasti mengandungi bahan pengawet dan garam yang tinggi.

Apa kata sekali sekala kita buat sosej sendiri. Resepi yang mudah ini sudah pasti terjamin lebih berkhasiat, bersih dan halal. Aku dapat resepi ini dari perkongsian Puan Zarina Jaidon dalam facebook beliau.

cara masak sosej yang sedap, sosej goreng tepung, resepi sosej masak black pepper, sosej masak kicap, resepi sosej masak sos, cara goreng sosej tidak kecut, sosej masak sambal,

Bahan-bahan:

1 kg ayam
1 1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
1 tangkai cili kering
1 gelas air atau stock ayam

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
  3. Masukkan pipping bag, picit memanjang di atas cling film. Gulung kemas, pusingkan hujung cling film hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
  4. Didihkan air, rebus balutan cling film tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Juga boleh disimpan beku.
  5. Sosej ayam siap di goreng.
Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber: Facebook @Puan Zarina Jaidon & Majalah Pama

Carian Lain


Melihat Matahari Terbit di Puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Melihat Matahari Terbit di Puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Assalamualaikum semua. Sekali lagi aku berpeluang mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing. Dalam entri sebelum ni, aku share gambar-gambar di Puncak Bukit Panorama. Kali ni aku berpeluang melihat sunrise di atas puncak bukit secara live. Memang rezeki aku la. Last time aku pergi keadaan agak mendung. So tak dapat la nak tengok matahari terbit.

Melihat matahari terbit di puncak Bukit Panorama sememangnya amat mengujakan. Seperti biasa seawal jam 6 pagi lagi aku dan geng-geng "Nak Kurus" dah mula memanjat. Kiranya kami solat subuh dahulu di kaki bukit (memang ada masjid di sini) sebelum kami mendaki. 

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

Seperti yang pernah aku kongsikan sebelum ni, ketinggian bukit ni aku tak sure pulak berapa tinggi. Tapi average masa dari kaki bukit sehingga ke puncak dalam 35 minit. Tapi kalau berlari boleh je naik dalam masa 15 minit. Pernah orang buat ye. Tapi memang berbaloi kalau korang hiking disini. Tak la mencabar sangat. Sebab dah tersedia treck bertangga untuk kita gunakan. Ok la. Yang penting kita dapat mengeluarkan peluh kita kan. Memang betul-betul berpeluh bila sampai kat puncak.

Nah aku kongsikan buatp embaca semua gambar-gambar yang kitorang ambil semasa matahari tengah terbit. 

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

Itu sahaja lah perkongsian aku untuk entri kali ni. Jangan lupa menonton video aku mendaki bukit panorama di youtube (Klik disini) dan jangan lupa untuk subscribe youtube channel Papaglamz dot com. 





With Love
Papaglamz

Cara Mengira Body Mass Index (BMI) Menggunakan Rumus dan Formula Yang Mudah

Cara Mengira Body Mass Index (BMI) Menggunakan Rumus dan Formula Yang Mudah

Assalamualaikum semua. Mesti ramai yang sudah sedai maklum ataupun tahu tentang Body Mass Index (BMI). Dalam bahasa melayunya Index Jisim Tubuh. Tapi, korang tahu tak cara mengira BMI dengan menggunakan rumus atau formula yang mudah. Senang cakap kira BMI secara manual la. 

kalkulator bmi, cara kira bmi kanak kanak, formula bmi, bmi kalkulator malaysia, kira bmi kalkulator, kalkulator bmi berat badan, bmi ideal untuk wanita, carta bmi,

Ya aku setuju sekarang ni banyak laman web yang memembolehkan kita mengira BMI secara automatik. Hanya masukkan berat dan tinggi, then BMI kita akan dikira secara automatik. Cara ini memang mudah. Tetapi mesti ada yang tak tahu bagaiman BMI yang kita dapat ni dikira. Ok la dalam entri kali ini, aku nak kongsikan untuk korang semua bagaiman cara dan memahami rumus atau formula matematik mudah untuk mengira index jisim body korang.

Cara mengira Body Mass Index (BMI)

Secara asasnya, pengiraan BMI menggunakan formula matematik seperti di bawah:
kalkulator bmi, cara kira bmi kanak kanak, formula bmi, bmi kalkulator malaysia, kira bmi kalkulator, kalkulator bmi berat badan, bmi ideal untuk wanita, carta bmi,
Kalau kita tengok formula di atas, untuk mengira BMI, kita hendaklah mengetahui berat dalam kg dan juga tinggi kita dalam meter. Di bawah ni aku bagi contoh untuk korang supaya mudah untuk cuba kira BMI korang sendiri.

Contoh berat anda 60 Kg dan tinggi 1.70 M

66 Kg / 2.89 (*2.89 dapat hasil darap 1.70 x 1.70)

= 22.8 (kg/m2)

Kategori berat badan mengikut BMI

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa gunanya nilai BMI ni kan? Untuk apa kita kira BMI? Sebenarnya nilai BMI yang kita dapat ni kita akan mengetahui kategori berat badan kita sama ada kita kekurangan berat badan, normal atau kita mempunyai berat badan yang berlebihan. Mungkin jadual di bawah ni boleh membantu korang menilai kategori berat badan korang selepas korang mengira BMI korang.

kalkulator bmi, cara kira bmi kanak kanak, formula bmi, bmi kalkulator malaysia, kira bmi kalkulator, kalkulator bmi berat badan, bmi ideal untuk wanita, carta bmi,

Kepentingan mengetahui BMI

Segelintir kita langsung tidak ambil tahu akan kesihatan diri sendiri.  Cara yang paling asas ialah mengetahui cara berdiet mengikut keperluan badan.  Bagi mengetahui keperluan badan sudah pasti kita perlu tahu cara menghitung BMI untik diri kita sendiri.  Ini kerana diet antara kita tidak akan sama berdasarkan BMI yang perlu dicapai.  

Pentingnya berat badan ideal adalah bagi menjaga kesihatan yang sewajarnya diamalkan oleh semua orang jika ingin sihat. Berat berlebihan lebih mudah 'mengundang' berbagai macam penyakit seperti gangguan pernafasan, jantung koroner, tekanan darah tinggi, diabetes, stroke serta gangguan hormon. Bagi menentukannya tidak cukup hanya dengan berdiri di depan cermin. Jadi, kira BMI korang sekarang dan mulakan cara hidup yang sihat. Insyallah hidup kita lebih baik nanti.

Kalau korang nak kira BMI secara automatik boleh klik di sini --> BMI Calculator

With love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
Antara Amalan, Tips dan Doa Ketika Memasuki Rumah Baru Serta Cara Memagar Rumah

Antara Amalan, Tips dan Doa Ketika Memasuki Rumah Baru Serta Cara Memagar Rumah

Assalamualaikum semua. Pertamanya aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan limpahan rezekinya, alhamdulillah aku dah pindah ke rumah baru aku sendiri. Dah tak payah nak sewa menyewa dah lepas ni. Bayar hutang rumah sendiri je la kat bank sekarang. Bila nak masuk rumah baru ni dah pasti aku tercari-cari antara amalan, tips dan doa ketika memasuki rumah baru serta cara memagar rumah. 

cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, doa pagar rumah dari makhluk halus, ayat pagar diri, doa pelindung rumah, cara memagar diri dari gangguan jin, ayat pendinding diri dari sihir, cara masuk rumah yang lama ditinggalkan, doa masuk rumah baru, cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, adab masuk rumah, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, surah al baqarah,

Angkut barang

Perkara paling malas nak pindah rumah ialah nak mengemas dan angkut barang. Sebab malas nak angkut-angkut ni la aku jarang pindah-pindah rumah sewa. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya nak kemas dan mengangkut barang. Aku perlukan lebih kurang dua minggu nak kemas-kemas rumah dan nak angkut barang ke rumah baru.

cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, doa pagar rumah dari makhluk halus, ayat pagar diri, doa pelindung rumah, cara memagar diri dari gangguan jin, ayat pendinding diri dari sihir, cara masuk rumah yang lama ditinggalkan, doa masuk rumah baru, cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, adab masuk rumah, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, surah al baqarah,

Kaedah atau cara memagar rumah secara islam

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

Sumber: Darussyifa'

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Berkaitan
Video Resepi Butter Kek Mudah Step by Step

Video Resepi Butter Kek Mudah Step by Step


Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua video resepi butter kek mudah step by step. Jangan lupa untuk mencuba. Kalau nak baca resepi butter kek, boleh klik disini. Jangan lupa subscribe channel you tube Papaglamzdotcom sekarang (klik disini). Insyallah aku akan update video-video best untuk korang semua.

With love
Papaglamz

-sekian-

Carian berkaitan
Resepi Daging Masak Kicap Yang Simple dan Mudah

Resepi Daging Masak Kicap Yang Simple dan Mudah

Assalamualaikum semua. Hari ni aku rasa nak kongsikan resepi daging masak kicap yang simple dan mudah buat pembaca semua. Aku guna daging kurban hari tu. Masih ada lagi ye. Biasa la orang tak rajin nak masak daging kan. Dalam banyak-banyak masakan, daging adalah sesuatu yang aku malas sangat nak masak. Sebab apa? Sebabnya aku kene tunggu lama nak biarkan daging tu lembut. Lain la kalau ada pressure cooker kan? Bestnya kalau ada yang hadiahkan aku pressure cooker. Hihihihi

daging masak kicap berkuah simple resepi daging masak kicap istimewa daging masak kicap pedas daging masak kicap berempah daging goreng kicap kelantan daging masak kicap lada hitam daging masak kunyit daging masak kari

Jom kita layan resepi yang aku gunakan hari ini. Sekadar berkongsi dan mungkin. Simple-simple sahaja dan hanya menggunakan bahan-bahan basic je. Mana tau berguna untuk korang-korang yang nak cuba menu daging masak kicap ni kan.  Jom layan. Nak tengok video, kena singgah di channel youtube aku (Klik Di Sini).

daging masak kicap berkuah simple resepi daging masak kicap istimewa daging masak kicap pedas daging masak kicap berempah daging goreng kicap kelantan daging masak kicap lada hitam daging masak kunyit daging masak kari

Resepi Daging Masak Kicap

Bahan-bahan

1/2 kg Daging lembu dipotong halus
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada sulah
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
Kicap manis Jalen
Gula dan garam secukupnya

Cara-cara memasak

  1. Cuci daging yang telah dipotong.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih, halia dan lada sulah.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkeh.
  5. Setelah semua bahan tumis agak garing, masukkan daging dan air. Biarkan sehingga air kering atau daging menjadi lembut.
  6. Masukkan kicap dan perasakan dengan gula dan garam mengikut kesesuaian.
  7. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan? Makan dengan nasi putih panas-panas memang syok tau. Boleh la korang cuba untuk lunch atau dinner korang. Selamat mencuba. Jangan lupa tengok video aku masak daging masak kicap kat channel youtube aku (Klik Di Sini).

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!



Carian lain
Gambar di puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Gambar di puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Assalamualaikum semua. Sejak kebelakangan ni, aku tak tahu la kenapa rasa bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktivi yang mengeluarkan peluh. Mungkin kesedaran badan dah semakin besar timbul kot. Terasa nak menguruskan diri pulak. Selain bermain badminton, aku mula berjinak-jinak hiking katanya. hahaha. 

Last week adalah first time dalam hidup aku memanjat bukit. Di Sungai Lembing Pahang sebut je Bukit Panorama ramai yang tahu. Memang tempat yang popular. Ramai hiker datang sini untuk melihat matahari terbit dipuncak bukit secara live. Tapi ikut rezeki jugak nak dapat tengok matahari terbit. Kena cuaca mendung, memang tak dapat la nak tengok sun rise tu.

hiking, bukit panorama, sungai lembing

Untuk pengatahuan korang semua, Bukit Panorama adalah salah satu tarikan pelancongan di Sungai Lembing. Pernah sebelum ni aku ceritakan kisah tentang El-Dorado (Perkampungan Inggeris) Timur di Sungai Lembing (Klik disini) yang menceritakan tentang kegemilangan sektor perlombongan dan  sungai lembing salah satu pusat perlombongan terbesar di dunia. Dan kalau korang nak tahu, di sini juga terdapatnya Muzium Sungai Lembing yang menyimpan sejarah-sejarah zaman kegemilangan kegiatan perlombongan suatu masa dahulu. 

Ok la, berbalik pada cerita bukit panorama, ketinggian bukit ni aku tak sure pulak berapa tinggi. Tapi average masa dari kaki bukit sehingga ke puncak dalam 35 minit. Tapi kalau berlari boleh je naik dalam masa 15 minit. Pernah orang buat ye. Tapi memang berbaloi kalau korang hiking disin. Tak la mencabar sangat. Sebab dah tersedia treck bertangga untuk kita gunakan. Ok la, untuk first timer macam aku ni. Tak kan start-start terus nak naik Gunung Everest pulak kan? Hehehe

Jom la aku kongsikan gambar di puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing. Banyak pulak celotehnya kan. Hehehe. Enjoy. 

hiking, bukit panorama, sungai lembing

hiking, bukit panorama, sungai lembing

hiking, bukit panorama, sungai lembing

Itu sahaja lah perkongsian aku untuk entri kali ni. Jangan lupa menonton video aku mendaki bukit panorama di youtube (Klik disini) dan jangan lupa untuk subscribe youtube channel Papaglamz dot com. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah dan Sangat Sedap

Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah dan Sangat Sedap

Assalamualaikum semua. Butter kek bagi aku merupakan kek yang evergreen dan ramai yang suka. Selain cara nak buatnya yang simple, rasanya juga adalah sangat sedap jika kena bahan-bahan dan cara nak buatnya. Kalau kita google resepi butter kek ni macam-macam resepi yang akan kita dapat. Tapi, basic resepi butter kek tetap ada. Basic bahan seperti butter, telur, gula dan tepung mesti akan kita gunakan. Untuk entri kali ini, aku nak kongsi inovasi aku sendiri resepi butter kek gebu yang mudah dan sangat sedap.

resepi kek butter, Kek butter marble, kek biasa, kek mudah,

Kek butter yang aku buat ni menggunakan bahan asas yang sama, cuma aku adjust sedikit penggunaan susu tepung. Bagi aku penggunaan susu tepung dapat menambahkan lagi rasa lemak-lemak dalam kek yang kita buat tu. Dan ternyata ianya benar. Huhuh. Ok la, aku kongsikan resepi Butter kek untuk korang semua seperti di bawah ni:

Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah

Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 50g susu tepung
  • 225g butter atau merjerin
  • 3 biji telur
  • 150g gula kastor
  • 1 sudu teh baking bikarbonat
  • 1 sudu teh asen vanila


Cara nak buat
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan asen vanila
  4. Pukul adunan sehingga kembang dalam 10 minit
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak
  6. Masukkan susu tepung
  7. Gaul rata semua bahan dan masukkan dalam loyang
  8. Bakar pada suhu 170 darjah selsius 1 jam

resepi kek butter, Kek butter marble, kek biasa, kek mudah,
Inilah hasilnya. Aku gunakan deep pan 6 inci. Boleh juga nak guna pan 8 inci tetapi kak akan leper sedikit

resepi kek butter, Kek butter marble, kek biasa, kek mudah,
Nampak tak betapa gebunya kek aku ni Hehehe

Mungkin ada yang bertanya, nama butter kek boleh ke kalau nak gunakan marjerin untuk membuat kek ni? Bagi aku selagi tak kisah pun nak guna marjerin atau pun butter. Butter ni pun tak kisah buttercup ataupun pure butter. Setiap penggunaan butter atau marjerin sudah pasti ek korang akan ada perbezaan rasa walaupun sedikit. Tapi kalau nak murah, guna je la marjerin atau buttercup. Yang penting, kek tu akan menjadi. Insyallah.

Okla, sampai di sini sahaja perkongsian aku. Selamat mencuba. Klik link channel youtube aku (disini) untuk video penuh cara-cara nak buat butter kek.

With Love
Papaglamz

-sekian-

OST Drama Titian Cinta - Sumpah Cintaku oleh Asfan Shah

OST Drama Titian Cinta - Sumpah Cintaku oleh Asfan Shah

Assalamualaikum semua. Sememangnya tengah hangat sekarang dengan drama Titian Cinta lakonan hero terkenal malaya masa kini, Zul Arifin. Aku pasti drama ini dapat rating yang tingg. Di facebook, twitter, dan mana-mana sosial media, ramai yang bercerita tengang drama ni. Aku nak kongsikan video klip OST Drama Titian Cinta - Sumpah Cintaku oleh Asfan Shah. Jom layan.


Lirik lagu OST Drama Titian Cinta - Sumpah Cintaku oleh Asfan Shah

Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari

Lambaian Mu di dalam mimpi
Bayangan Senyum bidadari
Indah Segenap rasa tak terbagi

Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti
Sumpah Cintaku hanya padamu

Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari

Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Tak bisa berganti
Sumpah Ku hanya kau disisi

Genggam Tanganmu yang suci
Sampai Rambutku memutih
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Tak bisa berganti
Sumpah Ku hanya kau disisi

Genggam Tanganmu yang suci
Sampai Rambutku memutih
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti

Sumpah Cintaku hanya padamu
Sumpah Cintaku hanya padamu

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pakaian wanita dari Butik Lanafira.com yang mesti korang cuba

Pakaian wanita dari Butik Lanafira.com yang mesti korang cuba

Assalamualaikum semua. Pertumbuhan butik online bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan sudah pasti membuat pengikut fesyen-fesyen terkini berasa teruja untuk mencuba ataupun mencuci mata dengan melihat koleksi-koleksi pakaian secara online. Terbaru, aku terbaca satu laman web ala-ala butik onlne iaitu Lanfira.com. Kalau korang nak tahu, Lanafira merupakan sebuah butik online yang menjual pakaian trend terkini. Butik ini menampilkan tema sendiri iaitu TRENDY, AFFORDABLE, QUALITY.

Koleksi keluaran Lanafira.com

Antara koleksi popular keluaran Lanafira seperti Mellisa Dress, Kebaya Peplum, Kebaya Alana dan Rosalinda Set. Aku sangat tertarik dengan koleksi Mellisa Long Dress. Konsep muslimah yang ditonjolkan dalam kolksi ini sangat cantik. Koleksi yang simple tapi comel sudah pasti membuat si pemakai tampil lebih menawan. Yang paling best baju ini adalah baju mesra wuduk. Zip yang dipasangkan di lengan memudahkan pemakai untuk mengambil wuduk.

Butik muslimah, dres muslimah, Lanafira.com

Selain koleksi Mellisa Long Dress, aku juga tertarik dengan kolkesi Kebaya Alana. Baju ala-ala ikan duyung ni sudah pasti nampak elegance dan menawan bila dipakai. Kolkesi yang diperbuat dari kain Japanese cotton sudah pasti akan memberi keselesaan dan tidak panas ketika memakai baju ini. Konsep mesra wuduk dan mesra breasfeed juga diterapkan didalam koleksi Kebaya Alana ni.

Butik muslimah, dres muslimah, Lanafara.com

Bagi penggemar baju yang mempunyai peplum kembang, jangan lupa juga untuk melihat koleksi Kebaya Peplum dari Lanafira.com ni. Inovasi baju kebaya tetapi disuntik dengan element dress peplum kembang sudah mpasti memberi impact comel dan gaya yang sweet pada si pemakai. 

Butik muslimah, dres muslimah, Lanafara.com

Jom membeli-belah di Lanafira.com

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa beria betual aku puji-puji Lanafira.com ni kan. Sebenarnya memang berbaloi kalua korang semua shopping online di butik ini. Antara sebabnya ialah:
  • Design di Lanafira adalah EKSKLUSIF. Tiada restock.
  • Material yang digunakan untuk baju-baju di Lanafira amat berkualiti dan sesuai dengan cuaca di Malaysia.
  • Tukang jahit baju-baju Lanafira adalah orang tempatan(Malaysia) yang berpengalaman.
  • Baju-baju di Lanafira bukan di borong dari Vietnam, China mahupun India. Ia rekaan eksklusif.
  • Harga baju di Lanafira amat berpatutan setanding kualiti kain dan designnya.
  • Kebanyakkan design baju di Lanafira mesra wudhuk dan nursing friendly.
  • 100% bumiputera

Bagaimana nak membeli pakaian di butik online Lanafira? 

  1. Pergi web www.lanafira.com
  2. Klik pakaian yang kamu ingikan
  3. Pilih saiz dan klik butang '' ADD TO CART''
  4. Terus buat bayaran dan isi maklumatkan yang diperlukan.
  5. Then tunggu barang sampai terus ke alamat kamu.

Untuk maklumat lanjut:

Website: - www.lanafira.com
Instagram: - @lanafiraofficial
Tel: - 019-5231203

Boleh dapatkan tips fesyen terkini di SINI

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com