25.10.17

Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah dan Sangat Sedap

Assalamualaikum semua. Butter kek bagi aku merupakan kek yang evergreen dan ramai yang suka. Selain cara nak buatnya yang simple, rasanya juga adalah sangat sedap jika kena bahan-bahan dan cara nak buatnya. Kalau kita google resepi butter kek ni macam-macam resepi yang akan kita dapat. Tapi, basic resepi butter kek tetap ada. Basic bahan seperti butter, telur, gula dan tepung mesti akan kita gunakan. Untuk entri kali ini, aku nak kongsi inovasi aku sendiri resepi butter kek gebu yang mudah dan sangat sedap.

resepi kek butter, Kek butter marble, kek biasa, kek mudah,

Kek butter yang aku buat ni menggunakan bahan asas yang sama, cuma aku adjust sedikit penggunaan susu tepung. Bagi aku penggunaan susu tepung dapat menambahkan lagi rasa lemak-lemak dalam kek yang kita buat tu. Dan ternyata ianya benar. Huhuh. Ok la, aku kongsikan resepi Butter kek untuk korang semua seperti di bawah ni:

Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah

Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 50g susu tepung
  • 225g butter atau merjerin
  • 3 biji telur
  • 150g gula kastor
  • 1 sudu teh baking bikarbonat
  • 1 sudu teh asen vanila


Cara nak buat
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan asen vanila
  4. Pukul adunan sehingga kembang dalam 10 minit
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak
  6. Masukkan susu tepung
  7. Gaul rata semua bahan dan masukkan dalam loyang
  8. Bakar pada suhu 170 darjah selsius 1 jam

resepi kek butter, Kek butter marble, kek biasa, kek mudah,
Inilah hasilnya. Aku gunakan deep pan 6 inci. Boleh juga nak guna pan 8 inci tetapi kak akan leper sedikit

resepi kek butter, Kek butter marble, kek biasa, kek mudah,
Nampak tak betapa gebunya kek aku ni Hehehe

Mungkin ada yang bertanya, nama butter kek boleh ke kalau nak gunakan marjerin untuk membuat kek ni? Bagi aku selagi tak kisah pun nak guna marjerin atau pun butter. Butter ni pun tak kisah buttercup ataupun pure butter. Setiap penggunaan butter atau marjerin sudah pasti ek korang akan ada perbezaan rasa walaupun sedikit. Tapi kalau nak murah, guna je la marjerin atau buttercup. Yang penting, kek tu akan menjadi. Insyallah.

Okla, sampai di sini sahaja perkongsian aku. Selamat mencuba. Klik link channel youtube aku (disini) untuk video penuh cara-cara nak buat butter kek.

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. Melihatnya rasa nak beli ja hehehe Salam kunjungan ya

    BalasPadam
  2. Terima kasih mengikuti laman Etuza

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com