Resepi Sup Ayam Mudah Je Nak Buat

Resepi Sup Ayam Mudah Je Nak Buat

Assalamualaikum semua. Menu berkuah macam sup memang sesuai untuk kita yang tak berapa sihat kan. Herba seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan beberapa lagi bahan yang kita guna dalam masakan sup boleh menyegarkan badan bila kita menghirup kuahnya. Untuk entri kali ini aku nak share resepi sup ayam simple buat pembaca semua. Ala sup simple-simple je menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Resepi Sup Ayam Mudah

Sup ayam ni boleh kita makan macam tu sahaja ataupun makan dengan roti, mee hoon ataupun mee kuning. Kat Malaysia ni ramai yang menjadikan sup sebagai lauk time makan nasi. Macam aku la. Tak kira la untuk dinner or launch. Time breakfast pun boleh je nak layan sup ayam kan. Hehehe.

Resepi Sup Ayam Mudah

Resepi kali ini aku ada gunakan serai sebagi perasa. Mungkin agak pelik bila memasak sup menggunakan serai kan. Biasa serai orang guna nak masak tom yam je. Tapi ni ikut citarasa korang la. Serai ni nak letak pon boleh tak letak pon boleh. Yang penting korang kena gunakan halia bila nak memasak sup.

Resepi Sup Ayam Yang Mudah

Bahan-bahan

  • 10 ketul ayam bersaiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar cili putih
  • Sebatang serai
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Sup bunjut

Cara-cara memasak

  1. Tumbuk atau blender bawang, halia dan serai.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis juga cili putih, kulit kayum anis, bunga lawang dan sup bunjut.
  3. Selepas bahan yang ditumis naik bau, masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga jus daging ayam keluar.
  4. Masukkan kentang yang sudah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
  5. Tambahkan air sehingga menenggelamkan ayam dan kentang di dalam periuk.
  6. Biarkan mereneh selama 20 minit atau sehingga kentang dana yam lembut.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan. Korang yang dok bujang tu atapun yang malas sangat nak masak tu boleh la cuba. Dan ahkak-ahkak kalau tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ringkas dari aku ni. Sedap dan menyelerakan tau.

Kat bawah ni cara aku masak Sup Ayam dalam versi video. Jangan lupa subscribe channel youtube aku. Klik DISINI



With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pagi ni aku rajin nak masuk dapur walaupun dapur tengah kelang kabut. Almaklum aku nak pindah rumah bulan depan, so banyak barang-barang kat dapur aku dah simpan. Guna yang penting-penting sahaja. Ok la, untuk entri kali ini aku nak share kat korang resepi Mee Goreng Mamak mudah dan sedap. Selamat mencuba ye. 

Mee goreng mamak special, mee goreng mamak mudah, Resepi mee goreng

Untuk mee goreng ni aku gunakan sotong sebagai penyeri. Kalau korang takde sotong, korang boleh tukarkan dengan udang, ayam ataupun daging. Dan kalau korang nampak mee goreng mamak aku ni agak basah sikit. Sengaja aku buat basah-basah sikit. Kalau korang tak nak basah sangat pun boleh, jangan masukkan air atupun korang rendam kejap je mee kuning korang tu untuk buangkan rasa kapur dia je. 

Mee goreng mamak special, mee goreng mamak mudah, Resepi mee goreng

Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Bahan-bahan
1kg mee kuning
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam bilis
4 s.b cili kisar
4 s.b sos cili
4 s.b kicap manis
2 ekor sotong bersaiz sederhana
1 keping tauhu
1 mangkuk daun sawi
1 mangkuk taugeh
2 biji telur
Garam da gula secukupnya

Cara-cara memasak
  1. Rendamkan mee kuning untuk buag rasa kapur.
  2. Tumbuk bawang besar, putih dan bilis kemudian tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kicap dan sos. Biarkan seketika.
  4. Masukkan pula tauhu dan sotong yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa masing-masing. Biarkan mereneh diatas kuali seketika.
  5. Masukkan mee yang sudah diremdam. Ratakan mee dan rempah di dalam kuali.
  6. Masukkan telur dan gaul rata di dalam kuali.
  7. Masukkan sawi dan taugeh.
  8. Biarkan mee seketika di atas kuali dengan api yang perlahan beberapa ketika.
  9. Siap untuk dihidang.

Mudah je kan nak buat mee goreng mamak ni? Jangan lupa untuk mencuba. Kalau korang nak tengok video aku masak mee goreng mamak ni boleh klik link video youtube aku DISINI.



With Love 
Papaglamz

-sekian-
KHAS UNTUK LELAKI! SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

KHAS UNTUK LELAKI! SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

Assalamualaikum semua. Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.  

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik. Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. 
Dashing active, wangian dashing, produk dashing,

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Dashing active, wangian dashing, produk dashing,

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Assalamualaikum semua. Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.


''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 
''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 
''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

With Love
Papaglamz

-sekian-
Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Assalamualaikum semua. Demam sukan SEA KL2017 terus membara. Kehangatannya seiring dengan betapa hangat dan agresifnya team Malaysia mengumpul pingat-pingat kejuaraan hari demi hari. Penganjuran kali ini bagi aku sangat unik dan tersendiri. Sesungguhnya Malaysia sangat berbesar hati menerima kujungan atlit-atlit dari negara yang menyertai sukan ini. Lihat sahaja dengan kemeriahan, warna-warni dan persembahan-persembahan yang penuh dengan ciri-ciri kemodenan dan berteknologi tinggi di Majlis Perasmian Pembukaan Sukan SEA ke-29 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari, menunjukkan Malaysia sudah sepenuhnya bersedia untuk penganjuran kali ini.
Traveloke,

Bersempena dengan Sea Games KL2017, Traveloka telah menjadi salah satu sponsor untuk penganjuran KL2017. As one of the sponsors for KL2017, Traveloka pasti membuat promosi besar-besaran untuk semua pengguna aplikasi online Traveloka kan? Seronok la buat mereka yang suka jalan-jalan or traveller bila ad promosi macam ni. Untuk promosi hebat dari Traveloka ini, korang boleh check di  www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia untuk melihat senarai tawaran yang disediakan.

Selain promosi-promosi hebat yang Traveloka tawarkan buat korang, kalau korang berkesempatan untuk berkunjung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jangan lupa untuk singgah di booth Traveloka. Apa yang menariknya buat korang yang berkungjung ke booth traveloka ni, korang boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang berjumlah RM200,000. Lumayan sungguh hadiah yang ditawarkan. Jadi, korang yang berkunjung ke sana jangan lupa untuk singgah ke booth traveloka tau.

Ok la korang yang duduk dekat stadium, boleh la nak menang RM 200K tu kan? Macam mana yang duduk jauh? Tak dapat la nak menang duit yang banyak tu. Jangan risau. As official online travel partner for KL2017, Traveloka memudahkan korang-korang yang mungkin tidak berkesempatan untuk ke Bukit Jalil menonton secara live, korang juga boleh menonton acara Sea Games KL2017 ini melalui live streaming di Traveloka Livestream page di travelokakl2017.com.my. Sambil layan livestream tu, korang boleh menyertai peraduan yang disediakan di Livestream page.


Menarikkan tawaran yang ditawarkan oleh Traveloka sempena KL2017 ini? Jangan lupa untuk menikmati tawaran yang disediakan dan berkunjung ke booth Traveloka di Bukit Jalil sempena Sea Games KL2017. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.traveloka.com/en-my/

Tahniah Malaysia capai emas ke-111 – PM

Update terkini, biarpun Sukan SEA masih lagi berbaki 2 hari lagi, kontingen Malaysia sudah mencapai sasaran 111 pingat emas. Detik-detik pingat ke 111 yang diperolehi Azizul Awang dalam acara pecut final di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan semalam sudah pasti satu detik yang sangat bersejarah buat kita. Aku pasti, acara sukan yang masih lagi berbaki lagi 2 hari sudah pasti kontingen negara bakal menambah lagi koleksi pingat emas. Memang terbaik. Syabas dan semoga berjaya Team Malaysia. Bersama kita berjaya.

MALAYSIA BOLEH…………..!!!!!!!!!
With Love
Papaglamz

-sekian-
Shalin Zulkifli Srikandi Pejuang EMAS Di Medan Bowling

Shalin Zulkifli Srikandi Pejuang EMAS Di Medan Bowling

Assalamualaikum semua. Ok tak pernah-pernah aku tulis entri tentang Sukan Sea 2017 tetiba malam ni aku nak tulis pasal sorang atlet bowling wanita negara iaitu Shalin Zulkifli. Ceritanya harini acara terakhir arena bowling acara masters wanita. Kalau orang tengok acara ini memang panjang. Bermula seawal pagi lagi diperingkat saringat sehinggalah keperlawanan akhir dekat-dekat nak maghrib.

malaysia, indonesia, shalin zulkifli, tannya roumimper, sukan sea ke-29 acara bowling, emas malaysia acara
Shalin Zulkifli Srikandi Pejuang EMAS Di Medan Bowling

Ok la, bercerita tentang ratu bowling negara kita tak lain tak bukan Shalin Zulkifli, pertemuan di antara Shalin dan Tannya Roumimper dari Indonesia dalam perlawanan akhir ternyata amat sengit selepas kedua-dua jaguh itu terikat 245-245. Kemudian game pertama ditambah 2 balingan dan menyaksikan Shalin menang game pertama.

Kedudukan itu mengheret ke perlawanan kedua. Perlawanan kedua ni ya ampun. Ni lebih dramatik tau. Lagi-lagi bila score antara Shalin dan pesaingnya itu bergilir-gilir mendahului permainan. Rasa nak tercabut nyawa tengok diorang main. Hahaha. Pada satu ketika tu Shalin tertinggal sangat jauh. Aku dah rasa macam die nak kalah dah tau. Tapi tu la orang kata rezeki kan. Tannya iaitu pemain dari Indonesia ada melakukan kesilapan. Apa lagi, Shalin mengorak langkah la.

Kelebihan jatuhan 1 pin sudah cukup untuk membawa pulang emas

Masa last-last game ni la ya ampunnn. Jantung ni macam nak pecah tau. Kau bayangkan bila masing-masing saling mengejar antara satu sama lain, ratu boling negara itu akhirnya menamatkan pusingan kedua dengan kedudukan akhir 224-223 untuk menggapai emas ketiganya dalam temasya kali ini.

Terduduk menangis depan lane Shalin bila tau dia menang. Aku sendri turut berbangga tau. Memang game yang sangat EPIC. Secara keseluruhan, untuk temasya Sukan SEA kali ini, Shalin telah merangkul 3 pingat emas untuk acara bowling secara berkumpulan dan individu. Tahniah Shalin. Semoga kejayaan ini menjadi satu semangat buat genarasi baru.

TERUS BERJUANG HINGGA KE JATUHAN PIN TERKHIR. 

Chayooookkk...!!!!! Gambate....!!!!! Malaysia BOLEH....!!!!

Sekian
Papaglamz

-sekian-
Siapa Putera Kacak Dari Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen

Siapa Putera Kacak Dari Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen

Assalamualaikum semua. Padamulanya aku tak kenal siapa pon Pangiran Muda Abdul Mateen yang dikatakan sangat kacak ni. Lepas aku tertengok satu video Pangiran Mateen yang cool gila amek selfie dengan peminat di sukan SEA yang viral difacebook, aku pun nak tau la siapa la lelaki ini. Korang nak tahu siapa putera kacak dari Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen? Check it out.

prince abdul mateen biodata, Putera Mateen, pengiran muda abdul mateen, biodata prince mateen

Biodata Pengiran Muda Abdul Mateen


  • Nama Penuh: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mui’izaddin Waddaulah
  • Gelaran: Prince Mateen of Brunei / Putera Mateen
  • Tarikh Lahir: 10 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Zodiak: Leo
  • Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam
  • Keluarga: Anak ke-sepuluh daripada 12 adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Brunei
  • Instagram: https://www.instagram.com/tmski
  • Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Prince_Mateen_of_Brunei

prince abdul mateen biodata, Putera Mateen, pengiran muda abdul mateen, biodata prince mateen

prince abdul mateen biodata, Putera Mateen, pengiran muda abdul mateen, biodata prince mateen

Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen



  • Merupakan anak daripada hasil perkahwinan kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas isterinya bernama Hajah Mariam.Ibunya iaitu Hajah Mariam merupakan bekas pramugari di Royal Brunei Airlines.
  • Sukan polo, bola sepak, boxing dan scuba driving merupakan antara aktiviti sukan kegemarannya. 
  • Pernah menyertai pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners.Merupakan graduan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London.
  • Merupakan pencinta haiwan di mana Pengiran Muda Abdul Mateen membela beberapa ekor anak harimau dan kucing.
  • Pernah mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan.
  • Boleh menerbangkan pesawat jet.
  • Dilaporkan, Pengiran Muda Abdul Mateen hanya mempunyai satu media sosial sahaja iaitu Instagram di mana mempunyai hampir 500,000 pengikut.
  • Berpandukan Instagram miliknya, Pengiran Muda Abdul Mateen gemar berswafoto dengan berkongsi aktiviti sosial dan rutin kehidupannya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cara Mudah Memasak Sardin Capsicum Cameron Highland

Cara Mudah Memasak Sardin Capsicum Cameron Highland

Assalamualaikum semua. Diam-diam dah seminggu aku balik bercuti di Cameron Highland bersama family aku last week. Cepat sungguh masa berlalu. Untuk entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua cara mudah memasak sardin capsicum Cameron Highland. Nak tahu kenapa nama dia ada Cameron Highland? Sebenarnya aku masak sardin ni then letak capsikum atau lada banggala buat-buat penambah rasa dan bersayur gitu kan. Biasanya aku suka letak kentang bila masak sardin. Oleh sebab aritu ada beli banyak lada banggala, aku masukkan la.

cara masak sardin, resepi sardin, masak sardin, resepi masak sardin, cara mudah masak sardin,

Sebelum aku so called share cara-cara nak masak sardin yang sememangnya ramai dah tahu ni, just nak tanya korang suka sardin jenis ap? Yela, kat pasaran sekarangni bermacam jenis sardin ada kan? Aku pernah cuba bermacam jenis sardin tapi satu je pilihan dihati. Tak lain tak bukan sardin botan la. Ikannya lembut dan tak terlampau hanyir. Kuah pun sedap. Ada sardin tu bila makan ikan dia keras ya ampun dan lidah kita jadi gatal-gatal bila makan. Tapi botan memang terbaik.

Ok la cukup membebel nah aku kongsikan cara aku masak sardin bersama capsicum dari Cameron hihgland

cara masak sardin, resepi sardin, masak sardin, resepi masak sardin, cara mudah masak sardin,

Cara mudah masak sardin

Bahan-bahan

1 tin sardin cap botan
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - ketuk
1 batang serai- ketuk
1 sudu besar cili kisar
1 biji lada banggala / capsicum - hiris besar-besar
1 keping asam keping
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kisar. 
2. Masukkan sardin.
3. Masukkan asam keping.
4. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
5. Masukkan lada banggala yang korang hiris tadi dan matikan api.
6. Sedia dimakan.

Selamat mencuba..!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Program Kembara Jom Jimat Elektrik

Program Kembara Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017.

SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata,

"Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik." 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan

"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

With Love
Papaglamz

-sekian-
Panduan Buat Suami Jika Isteri Anda Fully Breastfeeding

Panduan Buat Suami Jika Isteri Anda Fully Breastfeeding

Assalamualaikum semua. Aku pasti menjadi matlamat setiap ibu bapa kat dunia ni yang mahukan anak-anaknya disusukan dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Dalam islam sendiri kita amat disarankan untuk menyusukan anak kita dengan susu ibu sehingga umur 2 tahun. Namun, menyusukan anak dengan susu ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Kalau dulu kebanyakan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa mungkin mempunyai peluang yang tinggi untuk mereka menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Tapi kini, kebanyakan ibu-ibu sudah bekerjaya. Sudah pasti menyusukan anak dengan susu ibu akan menjadi sesuatu yang mencabar. 

Breast feeding husband, Cara untuk suami membantu isteri yang menyusukan anak, penyusuan susu ibu secara eksklusif,

Pengalaman aku sendiri, masa anak pertama memang isteri aku cuba untuk menyusukan anak kami dengan susu ibu. Tapi dek kekangan kerja dan ditambah pula kami duduk berjauhan, rezeki anak sulung aku untuk fully breast feeding hanya tahan selama 6 bulan. Selepas itu mix la susu tepung dan juga susu badan sampai la umur 2 tahun. Untuk anak kedua, memandangkan kami sudah duduk bersama, kami berazam untuk sama-sama saling membantu menjayakan projek FULLY BRESTFEEDING anak kami sehingga 2 tahun. Insyallah.

Bagi aku, untuk memastikan penyusuan susu ibu ini berjaya, kedua-dua pihak suami dan isteri harus berkorban sama. Suami dan isteri perlu memainkan peranan yang tersendiri dan saling berkorban bagi memastikan projek menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya berjalan dengan lancar. Sebagai seorang suami, walaupun kita tiada "susu" yang kita nak berikan pada anak kita, tapi ada cara lain yang kita boleh lakukan bagi memberi sokongan pada isteri kita untuk menjajayakan projek penyusuan susu ibu ini. Mungkin boleh aku kongsikan pada pembaca semua tentang Panduan Buat Suami Jika Isteri Anda Fully Breastfeeding based on pengalaman aku sendiri.

Breast feeding husband, Cara untuk suami membantu isteri yang menyusukan anak, penyusuan susu ibu secara eksklusif,

Cara untuk suami membantu isteri yang menyusukan anak

Cari info tentang breast feeding

Sebagai suami, untuk memastikan isteri berjaya untuk fully breasfeeding anak, perkara pertama yang harus korang tahu ialah fahami apa itu breastfeeding. Segala info tentang penyusuan susu ibu seharusnya kita tahu dari segi kelengkapan atau alatan untuk membantu breast feding, penyimpanan susu yang diperah, tips-tips atau cara nak menambah susu ibu tak kira secara tradisional ataupun moden dan macam-macam lagi info tentang breasfeeding yang suami perlu tahu. 

Sekarang ni bukan susah nak cari info kan? Google je. Kalau rajin pergi kelas-kelas bakal ibu bapa. Selalunya hospital atau klinik akan mengadakan sesi taklimat atau kursus buat bakal-bakal ibu dan ayah ni. Boleh la korang korek ilmu sebanyak yang boleh tentang penyusuan susu ibu ni nanti. Sebenarnya banyak sangat topik atau perbincangan tentang susu ibu ni. Korang belajar then share pada isteri. Sudah pasti bila isteri melihat si suami begitu bersungguh-sungguh mendalami ilmu tentang breastfeeding, sudah pasti isteri anda semakin BERSEMANGAT untuk fully breastfeeding anak nanti. 

Bantu isteri

Dalam memastikan penyusuan susu ibu dapat dijayakan dengan sempurna, suami perlu sentiasa membantu isteri. Suami perlu cuba sedaya upaya membantu isteri bermula dari berpantang lagi. Mungkin sebelum ini pernah aku kongsikan pada pembaca semua tentang suami perlu lakukan 5 perkara ini ketika isteri berpantang sebagai titik permulaan untuk anda membantu isteri menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. 

Selain itu, semasa cuti berpantang la si ibu mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk membuat stock susu ibu sebagai backup untuk digunakan bila ibu sudah mula bekerja nanti. Jadi, suami harus bijak menguruskan hal-hal rumah dan anak yang lain bagi memastikan isteri anda mempunyai masa dan ruang yang selesa untuk isteri membuat stock susu ibu. 

Kalau korang nak tiru, aku dan isteri aku siap buat perjanjian lagi. Semua urusan dapur dan rumah tangga memang terpikul di atas bahu aku. Dan kerja isteri aku kena fullfill requirement untuk pam sehari minimum 4-5 kali termasuk lah buat power pumping. Sebab tu kalau korang mengikuti update di facebook aku, setiap hari ada sahaja tentang menu-menu simple untuk breakfast, lunch dan dinner. Korang cuba la buat perjanjian dengan isteri korang ye.

Sokongan dan semangat

Memang aku akui, isteri aku sendiri ada masanya semangat untuk terus mengepam stok susu kadang kala merudum. Aku faham, bila bekerja ni mesti la penat. Bila penat, emosi agak tak stabil. Jadi terus jadi malas nak mengepam. So, sebagai seorang suami berilah sedikit suntikan semangat pada isteri korang. Kalau aku, aku akan ceritakan semula bagaimana susah payah kami bersama-sama untuk memastikan stock susu ibu mencukupi dari awal-awal isteri aku berpantang. Tak ke sayang kalau tiba-tiba nak berhenti ditengah jalan. Jadi kuatkan semangat untuk menjayakan projek penyusuan susu ibu ni.

Mungkin juga suami boleh mengambil inisiatif untuk lakukan sesuatu yang buat isteri happy agar isteri tidak mudah stres dan penat. Cotohnya beri hadiah ke, masakan menu kegemaran diorang ke. Bak kata orang-orang dulu, kata-kata kita ni kadang kala boleh jadi penawar. So, berilah isteri kata-kata penghargaan. Lebih-lebih penghargaan dari si suami tecinta kan. Mesti mereka seronok. Insyallah. Cubalah.

Doa dan tawakal

Selepas kita usaha bermacam cara, sudah pasti last sekali kita perlu doa dan tawakal. Kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan dan kuat untuk menghadapi sepanjang tempoh penyusuan. Kalau semua sudah kita lakukan, makan vitamin sudah, suami dah bantu isteri, dan macam-macam kita dah buat tetapi susu masih tidak mencukupi untuk anak kita, maka kita redhalah. Berserah je pada Allah. Mungkin bukan rezeki untuk anak kita menyusu badan lagi. Ada hikmah disebalk setiap kejadian kan? So, teruskan membesarkan anak dengan sesempurna mungkin. Insyallah bila anak besar nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin.

p/s: Entri ni aku karang khas buat isteri aku. Harapnya bila dia baca, dapat la sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk dia terus menyusukan anak kami dengan susu ibu. Dan aku juga nak dia tahu yang betapa aku MENYOKONG sepenuhnya pilihan kami untuk menyusukan anak kami dengan susu ibu secara eksklusif. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com