Amanah Sosial | Wanita Itu Fitnah...!!!

Amanah Sosial | Wanita Itu Fitnah...!!!

Amanah sosial seorang wanita


Assalamualaikum

Seringkali kita dengar jolokan ataupun sindiran bagi seorang wanita yang tempatnya hanya duduk di rumah dan di dapur sahaja tanpa menghiraukan dunia luar. Kerana ditakuti wanita ini menjadi fitnah dunia sosial di luar. Tapi sebenarnya, wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan dunia. 
Tanggungjawab sosial wanita itu bermula sejak dari melahirkan anak lagi. Jika ditakdirkan seseorang wanita itu melahirkan bakal pemimpin dunia yang unggul, ibulah yang mendidik dan mengasuh pejuang unggul itu dari kecik sehinggalah dewasa. Tanpa ibu, tiadalah insan ini. Betul tak? Jadi, penciptaan wanita itu bukalah finah semata-mata. Sesungguhnya mereka ini mempunyai amanah yang tersendiri yang perlu mereka pikul.

Antara contoh dalil wujudnya kegiatan sosial yang bermanfaat antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi ialah:

Kaum wanita berdialog dengan kaum lelaki mengenai ilmu.

“Dari Ummu al-Fadhl al-Harits dikatakan bahawa sekelompok manusia berdebat di sampingnya pada hari Arafah mengenai puasa Nabi…” (HR Bukhari dan Muslim)

Kaum lelaki belajar ilmu pengetahuan tentang sunnah dari isteri-isteri Nabi.

“Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Datang tiga rombongan (lelaki) ke rumah isteri Rasulullah, untuk menanyakan ibadah Nabi.” (HR Bukhari Muslim)
Ketika mengajar mereka, antara aturan yang khusus untuk isteri Nabi ialah tetap berada di rumah dan memakai hijab (seperti tabir langsir). Aturan ini tidak diwajibkan ke atas Muslimah lain.

Kaum lelaki memutuskan perkara yang mereka pertikaikan dengan pertimbangan kaum wanita.

“Dari Thawus, dia berkata: “Aku sedang bersama Ibnu Abbas ketika Zaid bin Tsabit berkata, ‘Kamu memfatwakan bahawa wanita haid harus pulang sebelum masa terakhirnya dengan Baitullah?’ Ibnu Abbas menjawab, “Mungkin tidak. Cuba tanyakan kepada wanita ansar itu, apakah Rasulullah menyuruhnya demikian?” (HR Muslim)

Rasulullah menjawab persoalan wanita di perjalanan.

Dari Anas dikatakan bahawa seorang perempuan terlintas dalam fikirannya sesuatu, lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, aku ada hajat.”Nabi berkata, “Wahai Ibu si Fulan, pilihlah jalan mana yang kamu suka sehingga aku dapat menjawab hajatmu.” Lalu Rasulullah berangkat dengan perempuan itu melewati beberapa jalan sehingga selesai hajat perempuan itu.” (HR Muslim)

Ummu Syuraik si penyambut tetamu.

Rasulullah SAW bersabda, 
“….Ummu Syuraik adalah wanita yang banyak tetamu…”(HR Muslim)

Asma binti Abu Bakar menyusun strategi agar niatnya direstui suami.

Datang seorang lelaki miskin dan meminta izin untuk berniaga di perkarangan rumah Asma’. Asma’ tidak keberatan tapi beliau risaukan suaminya mungkin keberatan. Asma lalu meminta lelaki miskin itu mengikutinya untuk berjumpa dengan suaminya. Lelaki miskin itu meminta izin sekali lagi di hadapan suami Asma’. Asma’ menjawab dengan nada pura-pura tidak mengizinkan. Lalu Zubair simpati dengan lelaki miskin itu dan mengizinkannya. (Rujuk lanjut HR Muslim)

Sumber: Klik di sini

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Roti Telur Mudah dan Ringkas

Resepi Roti Telur Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum

Kebetulan hari ni PapaG kerja separuh hari sebab mata tidak berapa sihat. Tiba-tiba petang ni datang pula rasa rajin. Nampak ada roti yang dibeli semalam. Teringin pulak makan roti telur. Godek-godek barang kat dapur ok jumpa bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat Roti Telur yang mudah dan ringkas.

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • Daun sup
  • Sedikit garam
  • Minyak masak

Cara-cara membuatnya


  1. Potong kecil-kecil bawang, cili merah dan dauh sup.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan garam secukupnya dan gaul.
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit bawang, daun sup dan cili merah yang telah di potong tadi ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Tumis sebentar. Tuangkan sedikit telur ke dalam kuali. Letakkan roti di atas permukaan telur dan bahan yang ditumis. Biarkan telur tadi garing.
  4. Sedia untuk dihidang.
Mudah kan? Biasa orang makan roti telur ni masa sarapan. Tapi hari ni PapaG makan petang-petang sebab teringin. Kalau korang nak makan dengan sos pun boleh. Lebih sedap.

Ini lah sahaja resepi yang ringkas dan tak seberapa dari PapaG. Harap berguna untuk korang yang sudi membaca. Kalau masak lebih tu ingat jiran-jiran tetangga. Lazimkan amalan memberi juadah sesama kita agar ukhwah yang terbina lebih erat dah kukuh. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Mengejar Nikmat Sesaat demi Menghampiri Azab Sepanjang Zaman

Mengejar Nikmat Sesaat demi Menghampiri Azab Sepanjang Zaman

Pasangan curang


Assalamualaikum

Salam kedamian buat semua pembaca Papaglamz.com yang tak pernah jemu menjengah halaman tidak seberapa ini. Ingat lagi entri PapaG yang bertajuk Ketahui 5 Tanda-tanda Suami Anda Sedang Curang di Belakang Anda? Ternyata ramai yang memberi respons tentang entri ini. Sebenarnya apa yang di kongsikan ini hanyalah dari pembacaan PapaG sendiri. Di harapkan perkongsian dalam entri itu memberi manfaat buat semua. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Bukan dijadikan satu titik tolak untuk menjatuhkan hukum pada seseorang tanpa usul periksa. 
Pasangan_curang
Tatkala PapaG membaca isu tentang kecurangan di dalam rumah tangga. PapaG amat tertarik dengan satu hujah dan pandangan yang di beri oleh Ustazah Fatimah Syarha. Siapa tak kenal kan? Penulis novel Aku Ada Wali dan telah pun di dramakan di TV Al-hijrah. Beliau membicarakan isu kecurangan yang dapat dielak sejak dari awal perkahwinan itu sendiri. 

Masih ingat lagi entri Terokai 4 Ciri-ciri Pasangan Pilihan Yang Harus Anda Cari yang PapaG coretkan sebelum ini? Ya, seawal langkahan pertama telah di ajar pada kita dalam memilih pasangan hidup. Adakah pemilihan pasangan yang kita inginkan itu nanti bakal menjadi seseorang yang akan memberi kita nikmat bahagia yang hakiki  ataupun pasangan yang hanya mampu memberi nikmat bahagia seketika lantas menghampiri azab sepanjang zaman. 

Ironinya, pembentukan keluarga yang harmoni dan bahagia itu bermula dengan pembentukan sahsiah dan akhlak suami isteri. Pernah tak dengar satu ayat ni? 
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat."
Jelas kan? Untuk mencari seseorang yang baik sebagai pasangan hidup kita, sebaiknya ubah diri kita sendiri menjadi baik. Misalnya, inginkan isteri yang berakhlak baik, jadilah seorang lelaki berakhlak mulia malah lebih lagi. Penuhi ilmu-ilmu islam yang kukuh dalam diri agar dapat membimbing keluarga dengan baik. Insyallah.

Begitu lah juga jika kita tidak mahu mendapat pasangan yang curang, jangan curangkan hubungan kita dengan Allah melalui perbuatan menghampiri zina. Tiada nikmatnya maksiat. Hanya memberi azab setiap hari bahkan juga di kemudian hari.

Analoginya, jika kita tidak mahu terkena penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi ketika di usia tua, kita perlu menjaga pemakanan dan berdoa ketika di usia muda. Inilah kebijaksanaan mencegah sebelum merawat. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Hukum Mandi Telanjang atau Bogel

Hukum Mandi Telanjang atau Bogel

Apakah hukum mandi bogel?


Assalamualaikum

Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
Apakah-hukum-mandi-bogel
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.
“Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan.” [Sharh Muslim, 4/32].
Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama’ salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain.  Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: “Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia.”

Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh  kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan…

Walaubagaimanapun…apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.

Wallahualam…

Dipetik dari : Media Islamic
Sehati Sejiwa | Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 Tahun 2015

Sehati Sejiwa | Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 Tahun 2015

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia kali ke-58 tahun 2015


Assalamualaikum

Waktu PapaG menulis entri ini dalam tidak kurang 2 jam lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air kita Malaysia bagi kali ke-58 tahun 2015. Sudah lebih setengah abad negara kita merdeka. Seharusnya kita sebagai rakyat haruslah matang dalam mengisi makna kemerdekaan agar perjuangan yang di lakukan oleh nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah tidak akan sia-sia

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan Malasia ke-58 Tahun 2015

Logo-Rasmi-Sambutan-Hari-Kemerdekaan-Malasia-ke-58-Tahun-2015-sehati-sejiwa

Maksud di sebalik logo hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Logo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia.

Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Lirik lagu tema hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015 (Sehati Sejiwa)

Demi tanah yang bertuah 
Taman cinta merdeka ..aaa
Kasih di hatiku ini 
Untukmu tanah pertiwi 

Dari utara selatan
Juga timur ke barat
Turut gagah Sabah Serawak
Sehati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu dengan kuj
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa


Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu 
Sehati sejiwa 
Malaysia Kekal Sejahtera … 

Korus 
Mi i so ginavo 
Kitai Dekak Mujur
mi i so ginavo
Ngetan Ke Menua
Mi i soginavo
Nyuluk Cita Mulia
Malaysia Sehati Sejiwa x2

Dendangan lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Harapan di hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Sudah pasti di sudut hati setiap rakyat di negara kita inginkan keamanan dan kemakmuran terus kekal samapi bila-bila. Bukan hanya makmur dan aman sahaja. PapaG percaya, kita mahukan negara kita membangun dari segi ekonomi dan juga sahsiah jati diri setiap penduduk dalam negara ini.

Ayuh...!!! Kuat kan jati diri Islam yang padu dalam diri ini. Bangkitkan semangat cintakan dan jihad mempertahankan negara dari segala ancaman serta penjajahan negara luar. Bukan hanya penjajahan yang berbentuk fizikal. Malah, penjajahan yang bukan fizikal iaitu penjajahan minda dan budaya. Tidak guna berbangga kita telah merdeka selama 58 tahun dari penjajahan fizikal kuasa barat, andai jiwa di setiap anak-anak bangsa masih terjajah. Renung-renungkan.

"Mengisi dan mempertahankan kemerdekaan itu lebih mencabar daripada menuntut kemerdekaan"

With Love
Papaglamz

-sekain-
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kuning di Raja

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kuning di Raja

Resepi ayam masak lemak cili api


Assalamualaikum

Baru-baru ni wife PapaG masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Biasanya masakan ni resepi orang negeri sembilan. Walaupun PapaG orang Johor, tak kisah pun apa menu. Janji sedap dan halal. Jalan je la. Beruntung sapa kawen dengan PapaG tau, sebab tak cerewet bab makan ni. Batu kayu je PapaG tolak. Yang lain masuk. Hehehe
Resepi+ayam+masak+lemak+cili+api+masakan+isteri

Ok la, kali ni PapaG nak kongsi kan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ni. Semoga berguna.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

3 Ketul ayam
Sebatang serai wangi (Titik)
Sepotong Halia
Sepotong Kunyit Hidup
Setengah Labu Bawang Besar
Cili Api
Asam Keping
Garam
Gula

Cara-cara memasak Ayam Masak Lemak Cili Api

Pertamanya, tumbuk bawang, kunyit, halia dan cili api. Mu wife tubuk je sebab masak sikit je kan. Untuk makan 3 orang. Masukkan bahan yang di tumbuk tadi dalam periuk,. Masukkan santan pekat. Gaul rata semua bahan. Masukkan Ayam. Tenggekkan atas api dengan api yang perlahan. Memula PapaG pelik, tambah semua bahan dah tu terus rebus macam tu je? Mudahnye. Wife cakap memang macam tu. Cuma masa masak tu gunakan api yang perlahan supaya tak pecah santan. Reneh atas api dalam 45 minit ataupun sehinggalah ayam tu masak. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Siap...!! Boleh dah makan.

Mudah kan? PapaG tak tahan tengok dia punya warna kuning tu dan kepekatan santan dia. Sebab tu nama dia di Raja. Memang tak sabar la nak menjamah. Hehehe.

-sekian-





Sudah la Cikgu Hilang Kuasa di Label Biadap Pula

Sudah la Cikgu Hilang Kuasa di Label Biadap Pula

Benarkah cikgu biadap atau budak sekarang kurang adap?


Assalamualaikum

Sebenarnya isu cikgu yang menulis ayat seakan biadap sudah menjadi bualan ramai orang di media beberapa hari lepas. Namun, baru hari ini PapaG terasa nak berkongsi rasa dengan pembaca semua. Di petik dari status facebook  Mohd Fadli Salleh
Benarkah-cikgu-biadap-atau-budak-sekarang-kurang-adap?
"Untuk mengelakkan aku stress, lantak kau nak buat apa. Yang nak belajar, tolong siapkan karangan. Yang tak nak boleh berambus sekarang."

Aku pun pernah remaja. Aku pun pernah jadi pelajar. Aku pun pernah membenci dan berdendam dengan guru atas sebab2 yang tertentu. Tapi tidak sampai ke tahap mengejek dan menghina guru sendiri. Tidak sampai memalukan guru yang menyampaikan ilmu kepadaku, kerana aku tau keberkatan sesuatu ilmu terletak pada guru!

Murid ini sebenarnya BIADAP! Murid ini sebenarnya TIADA ADAB! Entah berapa banyak gurunya ini memendam rasa. Entah berapa lama gurunya ini menanggung duka atas perangai murid2 beliau. Kuasa merotan kini tiada, usahkan mencuit, berleter pada murid pun dianggap satu kesalahan guru!

Maka apa yang tinggal? Apa lagi kuasa guru untuk mendidik anak2 murid yang nakal dan tidak mendengar kata? Rujuk kaunseling? Apa kau ingat setakat 2-3 kali kaunseling murid boleh berubah sekelip mata? Terus menjadi murid contoh? Apa cara lagi boleh diguna untuk mendidik murid?

Cikgu ini,walau siapa pun dia aku tetap menyokongnya. Mungkin perkataan "berambus" itu agak kasar, tp beliau tidak meluahkan dgn kata2, hanya melalui tulisan malahan siap ada lukisan emosi senyum lagi kat bawah tu. Guru ini menggunakan perkataan "berambus" pada 24 Ogos 2015.

Sedarkah anda berapa lama guru ini bersabar dengan karenah pelajarnya? 8 bulan penuh kesabaran! Guru ini guna "berambus" ada yang kata kasar, pelajar yang guna perkataan BIADAP kpd guru sendiri pula pelajar yang baik? Perkataan "berambus" itu perkataan yang lembut untuk murid sebiadap ini. Cukup lembut!

Guru ini, siapa pun dia, aku yakin guru yang penyabar, penyayang dan baik hati. Lihat saja pada ayat beliau yang ini "yang nak belajar TOLONG siapkan". Ini bukan ayat arahan, ini ayat rayuan. Seorang guru MERAYU kpd pelajar2nya untuk menyiapkan kerja dikatakan biadap? Mana lagi korang nk cari guru sebaik dan sesabar ini?

Maka benarlah segala isi kandung luahan guru pada Seminar Pendidikan Antarabangsa pada 22 Ogos yang lalu. Anak kita sedang tenat. Ya,anak2 kita sedang tenat!

Ini lah status yang di kongsi oleh pemilik FB berkenaan. Anda sebagai pembaca tentunya dapat memberi komen tersendiri. Sebenarnya banyak juga komen yang menyokong cikgu tersebut dan tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mengecam tindakan guru tersebut sehingga dilabel biadap..!!! Bagi PapaG selagi cikgu tidak melakukan tindakan kekasaran ia ok. Yela, sekarang ni cikgu sangat tersekat untuk mengambil tindakan. Nak rotan tak boleh dah. Segala tindakan fizikal memang tak boleh nk guna dah. Hanya mampu menggunakan leteran sebagai cara untuk membentuk seseorang pelajar. 

Wife PapaG cikgu kot. Stress tu memang. Lebih-lebih lagi dapat student yang macam ni. Sapa entah yang ajar dia boleh bawak handset semasa sesi persekolahan. Agak pelik sebenarnya. Cikgu yang biadap ataupun pelajar ni yang kekurangan adap? Entah la. Walau apepun, PapaG sokong cikgu ni. Wallahualam.

With Love
Papaglamz.

-sekian-

Labu Air Tumis Lada Hitam | Resepi Untuk Orang Demam

Labu Air Tumis Lada Hitam | Resepi Untuk Orang Demam

Menu masakan sayur labu air


Assalamualaikum

PapaG pasti ramai yang pernah dengar tentang labu air ni kan. Khasiat labu air ini sering sekali diguna pakai dalam perubatan tadisional. Kat sini PapaG kongsikan beberapa khasiat yang boleh diambil daripada labu air Sumber - Cahaya wahyu:


  • Mampu menurunkan suhu badan yang panas.
  • Membantu menyembuhkan demam yang sangat tinggi.
  • Mengelakkan selsema.
  • Mengubati penyakit asma.
  • Bagi perokok, labu air juga mampu membersihkan paru- paru akibat pengaruh nikotin.
Korang nak tahu kenapa labu air ni berkasiat? Ini di sebabkan kandungan air di dalamnya mempunyai mineral-mineral yang baik untuk kesihatan seperti Vitamin-C, Sponin dan poliferol yang mana ianya bersifat mendinginkan yang mampu menurunkan suhu tubuh kita.
 Labu+Air+Tumis+Lada+Hitam

Resepi Labu Air Tumis Lada Hitam

Bahan-bahan

1 biji labu air
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ikan bilis ditumbuk kasar
1 cawan soohoon yang telah direndam
2 sudu minyak masak
4 cawan air
2 sudu the garam, atau secukup rasa
2 biji cili padi (Jika suka)

 Cara Memasak

1. Buang kulit labu air tanamsendiri dan potong kecil.
2. Lumatkan bawang putih dan lada hitam.
3. Panaskan minyak masak.
4. Tumis bawang putih, lada hitam dan ikan bilis.
5. Bila sudah naik bau, masukkan air dan garam.
6. Apabila air mendidih masukkan labu dan soohoon. 
7. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga labu masak.

Haaa mudah kan..? Labu tumis lada hidam ni memang favourite PapaG dan isteri. Dan setiap kali beli barang dapur mesti ada selit sebiji dua labu air dalam troli. Hehehe. Ok lah, selamat mencuba yer.

Titah Perintah Sultan Johor Untuk Mendirikan Solat Hajat

Titah Perintah Sultan Johor Untuk Mendirikan Solat Hajat

Assalamualaikum

PapaG dapat info ni dari mak mertua PapaG tentang Titah Perintah Sultan Johor yang menggesa rakyatnya untuk menunaikan solat sunat hajat selepas solat jumaat di masjid-masjid seluruh negeri johor. 

Antara tujuan solat hajat ini di titahkan baginda kerana:

Untuk memohon keselamatan, keamanan dan kemakmuran Negeri Johor Darul Takzim dan Negara Malaysia.
 Memohon agar masalah yang dihadapi negara dalam pelbagai ujian dan cabaran dapat ditangani segera.
Memohon diturunkan hujan di tasik-tasik sebagai limpah kurnia dan rahmat ke atas Negeri Johor dan Malaysia amnya.
Untuk pengatahuan semua titah perintah ini berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan bermula 28 Ogos 2015. Semoga Allah memberi limpah kurnia buat kita rakyat Malaysia. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Jika anda wanita hebat, WAJIB baca…

Jika anda wanita hebat, WAJIB baca…


Proses melahirkan anak yang comel 


Assalamualaikum

Proses melahirkan adalah antara masa yang sangat dinanti-nantikan setelah penantian yang panjang lebih kurang 9 bulan. Dalam fasa kehamilan, PapaG percaya, hari-hari yang di lalui wanita amat sukar. Wanita amat berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya agar kesihatan anak dalam kandungan terjaga. Saat ini jugak kadang-kadang si suami pening kepala ingin memenuhi kehendak dan keinginan orang sedang mengidam ni. Hehehe

Tahniah buat para ibu sekalian. Anda mampu bertahan dalam menanti proses kelahiran bayi anda. Anda istimewa kerana tiada seorang lelaki pun yang mampu merasa bagaimana kesukaran dan kesakitan dalam proses melahirkan bayi.

Cuba anda bayangkan, rahim ibu yang mengandung mampu mengembang 500 kali dari ukuran normal bagi menampung kandungannya. Masyallah, sungguh menyakitkan bukan. Hanya wanita hebat sahaja yang mampu merasainya.

Selain itu, semasa proses bersalin wanita-wanita hebat ini akan mengalami kehilangan darah yang amat banyak sehinggakan 500ml. Selain itu, tubuh badan kita hanya mampu menanggung rasa sakit hingga 45 del. Tetapi, semasa proses bersalin kesakitan yang perlu wanita hebat ini tanggung ialah 50 del di mana ia bersamaan dengan kesakitan jika 20 tulang kita patah. Ya Allah, sakitnya.. Betapa sakitnya, tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Masyallah. Hebatnya wanita.

Yang pasti seorang ibu yang bersalin akan di beri ganjaran setimpal dari Allah. Antaranya ialah wanita hebat ini akan mendapat ganjaran pahala yang sama dengan 70 tahun solat dan berpuasa serta mendapat pahala menunaikan haji. Dan yang paling best, wanita-wanita hebat ini akan mendapat pahala jihad dan gugurlah segala dosanya umpama bayi yang baru lahir. Malah jika wanita hebat ini terkorban semasa melahirkan, terus di kira mati syahid. Betapa tuhan mengangkat darjat seorang wanita itu tinggi di sisinya.

Wahai wanita hebat sekalian. Berbanggalah kerana anda mampu mengharungi saat kehamilan dan juga melahirkan. Selemah-lemah sifat wanita, tapi kuat dan kebal hatinya dan jiwanya. Jadilah seperti Sumayyah, walaupun dia wanita lemah di mata TUANNYA tapi dia hebat di sisi TUHANNYA. Yang mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-



Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com