Ada satu trip ke Terengganu yang agak spontan tapi memang best.
Adik ipar aku sebenarnya ada rombongan bersama anak-anak murid dia ke Terengganu. Jadi kami pun ambil kesempatan join sekali. Diorang stay homestay sendiri, kami pula sewa homestay lain. Jadi bukanlah semua duduk satu rumah, tapi siang hari memang banyak aktiviti dibuat bersama.
Antara tempat yang kami sempat pergi ialah Masjid Kristal, beberapa pantai sekitar Terengganu dan tentunya Muzium Negeri Terengganu. Kalau dah sampai Terengganu, memang rugilah kalau tak singgah muzium. Banyak juga benda menarik tentang sejarah dan budaya negeri ni.
Yang paling wajib mestilah celup tepung! Duduk tepi pantai, makan panas-panas… memang ngam dengan suasana Terengganu.
Yang best sebenarnya bukan sangat pasal tempat yang kami pergi. Tapi sebab dapat jalan-jalan sekali dengan adik ipar, mak dan ayah mertua. Anak-anak pun dapat menikmati trip dengan keluarga dan suasana yang berbeza.
Kadang-kadang trip macam ni tak perlu pun dirancang terlalu complicated.
Simple, tapi seronok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan