Throwback Raya dengan Geng Office. Makan, Sembang & Gelak Tak Ingat Dunia

Throwback Raya dengan Geng Office. Makan, Sembang & Gelak Tak Ingat Dunia

Walaupun raya aidilfitri dah lepas, kenangan raya dengan kawan-kawan kilang ni masih segar dalam kepala.

Kitorang bukan buat majlis besar-besaran pun…

Tapi sebab ada makan sedap, gelak besar, dan kawan-kawan yang sekepala, terus jadi salah satu raya yang paling best!

Port Raya: Rumah Athma

Tahun ni kitorang decide nak lepak rumah die.

Tak tahu kenapa, tapi rumah dia macam ada aura "raya" sangat. Alaa ikut turn sebenarnya. Huhuhuh. 

Tahun ni kami buat konsep potluck raya. Semua orang bawak makanan sendiri. Kiranya, meja makan tu penuh dengan kasih sayang. Gituuuu

Aku Bawak Apa? Aku bawak khas dari dapur rumah aku, Rendang daging, Lemang (beli..!! Tak kuasa aku nak membakarnya), Kuah lontong Johor (as Johorean, this is pride & honour ok!), dan yang lain bawak macam-macam jugak. Ada ketupat palas, kek homemade, dessert manis yang confirm naik gula dan macam-macam. Tak sangka pulak hari tu penuh makanan atas meja tu. 

Lepak Selepas Asar Sampai Malam

Kami start lepas Asar. Bukan setakat makan je. Tapi ada sesi Sembang, Gossip suam-suam manja, dan borak-borak. 

Wajib: Video Raya Ikut Trend TikTok

Yang ni tak boleh tinggal.

Setiap tahun mesti ada satu video raya trend. Siap dengan skrip, aksi kelakar, gaya lenggok lembut ala-ala iklan TV.

Apa Yang Paling Best?

Raya dengan membe-membe ni lain. Tak perlu fancy. Tak perlu meja panjang berlapis-lapis. Yang penting, ada membe yang buat kita rasa syok, rasa diterima, rasa "aku boleh jadi diri aku". Ha gituuuu.

Raya mungkin sehari dua, tapi kenangan macam ni... boleh buat kita senyum sepanjang tahun.

Terima kasih Athma untuk rumah, dan semua yang bawa bukan je makanan, tapi juga gelak ketawa yang mahal nilainya.

Enjoy...!!!

@papaglamz

Nyam nyam ketupat nyammmmm...

♬ original sound - Papaglamz
@papaglamz

Masih raya lagi..!! POT LUCK RAYA Thank you tuan rumah Tumpang sepahkan rumah

♬ Meriah Suasana Hari Raya - yuli
Kalau Korban Tu Bukan Sekadar Daging, Apa Lagi?

Kalau Korban Tu Bukan Sekadar Daging, Apa Lagi?

Raya Haji. Raya Korban. Bila sebut je raya ni, automatik terbayang lembu, kambing, pisau, periuk besar, bau sup tulang…

Tapi kan, semakin dewasa, aku mula sedar...

Korban bukan sekadar sembelihan dan daging.

Kadang-kadang, pengorbanan paling besar tu… tak nampak pun kat luar.

Korban tu… bila kita sanggup ketepikan kepentingan diri demi orang lain.

Contohnya?

Kita penat, tapi masih masak untuk keluarga.

Kita sedih, tapi tetap senyum supaya orang lain tak risau.

Kita ada impian, tapi tangguh dulu sebab ada orang yang lebih perlukan bantuan.

Kadang, kita pilih untuk diam dan mengalah… bukan sebab kita salah, tapi sebab kita nak jaga hati. Nak jaga hubungan. Nak jaga keharmonian.

Tahun ni, kalau aku ditanya:

“Apa korban paling besar kau tahun ni?”

Aku rasa… aku korbankan rasa selesa aku.

Selesa nak hidup ikut kepala sendiri.

Selesa nak lari dari tanggungjawab.

Selesa untuk tak fikir pasal orang lain.

Tapi hidup ni bukan pasal "aku", kan?

Kadang kita kena letak orang lain dulu. Walaupun kecil. Walaupun tak dihargai. Tapi kita buat juga… sebab kita tahu, itu yang Allah suka.

Baca juga - Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik

Korban tu bukan satu hari je.

Ia hidup hari-hari. Dalam bentuk kecil, perlahan-lahan.

Dan kita mungkin tak nampak hasilnya sekarang, tapi yakinlah — Allah nampak.

Jadi tahun ni… mungkin kita tak sumbang lembu atau kambing.

Tapi kalau kita dah belajar untuk:

sabar walau hati geram,

faham walau diri tak difaham,

bantu walau tak diminta,

dan tetap buat baik walau tak dibalas…

Itu pun korban.

Dan ia jauh lebih berat. Sebab ia melibatkan hati.

Kalau kau tengah rasa letih sebab asyik berkorban tapi orang tak nampak, aku nak cakap:

Allah tahu.

Dan setiap satu yang kau lepaskan demi kebaikan, akan diganti dengan sesuatu yang jauh lebih indah, pada masa yang tepat, dengan cara yang kau tak jangka.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga setiap pengorbanan kita, walau sekecil mana pun, diterima dan diberkati.

Enjoy...!!

p/s - aku main tulis je entri ni. tak sangka jadi pulak satu entri. Nampak tak apa yang ada dalam hati aku sekarang ni? Huhuhu

Benda-Benda Kecil Tapi Boleh Buat Kau Bahagia

Benda-Benda Kecil Tapi Boleh Buat Kau Bahagia

Kadang-kadang, bila kita tengok balik hidup ni, bahagia tu tak semestinya datang dari benda besar atau mahal. Tak perlu pun tunggu dapat bercuti ke luar negara atau tunggu hari gaji. Selalunya, benda-benda kecil yang buat aku paling rasa bersyukur dan tenang.

Dan hari ni, aku nak tulis pasal 3 benda kecil yang buat aku bahagia, walaupun orang lain mungkin rasa biasa-biasa je.

1. Dapat makan makanan kegemaran

Tak kisah la beli sendiri ke, orang belanja ke, tiba-tiba ada kat dapur ke. Yang penting, makanan tu memang makanan yang aku suka. Kadang-kadang nasi lemak biasa pun boleh jadi luar biasa kalau memang tengah mengidam.

Serius, bila dapat makanan kegemaran, mood aku boleh naik automatik. Rasa macam hari tu terus jadi lebih cerah.

2. Rasa masa yang cukup dalam sehari

Pernah tak ada hari yang bila malam je, kita rasa puas? Rasa mac

“Eh, banyak jugak benda aku sempat buat hari ni.”

Itu la nikmat yang aku suka. Bukan sebab hari tu tak sibuk, tapi sebab semua benda yang aku perlu buat dapat aku buat dengan tenang. Dari urusan kerja, hal rumah, anak-anak, dan ada juga masa untuk diri sendiri, itu sangat-sangat melegakan.

Kadang bukan masa tu tak cukup. Tapi bila kita rasa teratur dan terisi, hati pun rasa ringan.

3. Dapat tulis blog hari ni!

Yang ni paling aku suka. Paling bahagia. Hahaha

Dah lama sebenarnya tak tulis dengan aktif. Banyak kali rasa “nak menulis”, tapi tak tertulis pun. Hari ni, alhamdulillah, mood ada, idea ada, dan aku ada masa untuk luah dan simpan sesuatu kat sini.

Menulis ni bagi aku macam terapi. Tak kisahlah orang baca ke tak, yang penting aku dapat luah, dapat kenang, dan kadang-kadang bila baca balik tulisan lama… aku sendiri tersenyum. Hehehe

Baca juga - Short Getaway di Sugeh Resort, Janda Baik – Best ke Tak? Ini Review Aku!

Apapun, tak semua bahagia perlu datang dalam bentuk gempak. Kadang, cukup sekadar makanan kegemaran, masa yang cukup, dan peluang untuk menulis. Insyallah hati pun dah tenang.

Kalau korang pun ada “bahagia kecil” yang buat korang tersenyum, jangan lupa hargai. Sebab bahagia ni, tak semestinya datang besar.Yang kecil pun boleh bagi kesan yang besar dalam hati.

Jumpa lagi di entri seterusnya ✨

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com