Tanggal 22 April 2025, bertempat di Royal Chulan Cerating — tempat yang cukup eksklusif untuk percutian, tapi hari tu kami conquer untuk program SH Engagement Department kami. Bukan engagement nak tunang ya, ni engagement antara team management dan staf-staf hebat lain department aku.
 |
Team lab dan rakan-rakan |
Program kali ni memang lain macam. Bukan sekadar datang dengar taklimat pastu balik. Dia siap campur-campur, ada tema raya, ada team building, ada presentation achievement last year, ada kaunter check kesihatan, dan tak lupa juga makanan yang buat lupa ko tengah diet.
Sebelum Program Start: Cucuk Dulu Baru Sembang
Sebelum sesi rasmi bermula, peserta yang datang awal boleh singgah dulu kat kaunter pemeriksaan kesihatan. Siap ada staff dari klinik datang buat cek tekanan darah, gula dalam darah, BMI, dan macam-macam lagi.
Ada yang confident terus masuk, ada juga yang pura-pura sibuk cari tandas sebab takut jumpa jarum. Tapi lepas tengok nurse dia senyum manis, terus semua beratur elok. Hehe.
Sesi Pagi: Otak Makan Info
Pagi-pagi kami start dengan sesi serius sikit. Sesi pembentangan achievement tahun 2024 dan planning 2025. Time ni semua muka fokus, ada yang semangat ambil nota, ada yang semangat ambil gambar slide (dan ada juga yang semangat tahan mata dari tertutup sendiri 😂). Tapi overall, info yang dikongsi memang power.
 |
Taklimat dari En. Amir, GM kita |
 |
En. Shahruny our Site Director |
Sesi Tengahari: Hantu Raya Menjadi!
Lepas tu, kami masuk ke sesi team building yang paling ONZZZZ. Permainan Hantu Raya, versi kita ubah suai dari Warewolf. Yang ni sumpah kelakar! Masing-masing unleash bakat terpendam. Siap ada yang patutnya boleh pergi audition drama TV3 slot Akasia.
 |
Ni tengah struggle membela diri sebab kene accuse kita jadi Hantu Raya. Padahal bukan |
 |
Keriuhan permainan Hantu Raya |
 |
Tutup mata semua. Hantu Raya nak beraksi |
Aku sendiri pun berlakon bukan main. Tahan gelak tu satu hal, nak elak kena ‘bunuh’ tu lagi satu seni. Tapi yang bestnya, semua masuk game, semua enjoy. Suara gelak bersahut-sahut macam pesta.
Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024
Makan Tengahari: Syurga Lidah Bertema Raya
Lepas penat menjerit sebab takut hantu raya (dan takut kantoi), kita recharge balik tenaga dengan jamuan raya. Ya Allah, nikmat tak terhingga. Lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, semua ada. Boleh kata meja makanan tu macam buffet Aidilfitri level kampung halaman. Kalau ada muzik latar lagu Dendang Perantau masa makan tu, memang syahdu habis.
 |
Makan time |
Sesi Petang: Explore Race – Ketupat, Kelapa dan Kecoh
Petang tu kita sambung dengan aktiviti Explore Race. Dibahagi kepada 4 kumpulan, masing-masing terus aktif macam masuk rancangan realiti TV.
Antara cabaran dalam Explore Race petang tu memang macam-macam gaya. Cabaran pertama, kami kena isi air dalam botol pakai span. Bunyinya macam main budak-budak petang kat taman, tapi bila buat sendiri, berpeluh macam tengah masuk Ironman Cerating Edition. Span kecil, botol besar, dan tekanan tu tinggi sebab semua nak menang.
Masuk cabaran kedua, anyam ketupat – haa ni memang tempat aku bersinar. Aku anyam semua ketupat dalam 4 minit je. Kalau ada markah gaya anyaman, konfem dapat bonus markah sebab hasilnya elok dan padat. Hehe. Berangan la kau..!!!
 |
Jom la menganyam |
 |
Aku dok sebok fokus menganyam, boleh pulak masing-masing pose belakang aku |
Cabaran seterusnya, boling kelapa – satu aktiviti yang buat kita rasa kelapa tu macam ada personal vendetta. Baling dah macam bowler Sri Lanka, tapi pin tetap berdiri teguh macam tiang bendera. Bila akhirnya satu pin jatuh, semua bersorak macam menang pingat emas.
 |
Jatuh je tak pin tu? Die punya tengok kau main lagi |
Last sekali, kami main batu seremban dan telefon buruk versi lukis-lukis, bukan bisik-bisik. Konsep dia senang je – orang pertama dapat satu perkataan, lepas tu kena lukis, orang kedua tengok lukisan tu dan teka, orang ketiga lukis semula, dan orang seterusnya teka lagi, sampailah ke orang terakhir. Tema kami masa tu ada tiga perkataan: baju melayu, pokok kelapa, dan pelita. Dua yang last tu berjaya diteka dengan penuh jitu – hasil seni lukisan pokok dan pelita boleh tahan kreatif. Tapi bila masuk “baju melayu”, lukisan tu terus jadi misteri. Makin lama makin hilang hala tuju, dan akhirnya bila sampai kat orang terakhir, perkataan yang keluar jadi “belajar menari”. Kami pun tak pasti bila baju bertukar jadi gerakan tari, tapi yang pasti semua tergolek gelak tak cukup nafas.
 |
Teringat time kecik-kecik main batu seremban |
 |
Telefon buruk |
Dan guess what? Team aku menang! Juara Explore Race ni. Bangga weyh. Boleh buat letak dalam resume ni. Hahaha.
 |
Nilah die tema juara...!!!! |
 |
Team terpaling bolot semua hadiah. Hahahaha |
Kudos to the AJK!
Overall, program ni memang function habis. Tak rasa pun bosan walaupun mula dengan sesi formal. Semua berjalan lancar, penuh gelak tawa, dan yang penting, kita semua rasa lebih rapat, lebih faham, dan lebih semangat untuk capai target 2025.
Tahniah kepada team organizer! Korang bukan setakat plan program, tapi berjaya cipta kenangan manis yang kami akan ingat sampai bila-bila. BRAVO...!!!
Enjoy...!!!