20.9.18

Tips Dan Panduan Untuk Mudah Lepas Pemeriksaan Di Airport

Kalau bercuti atau travel ke negara orang, perkara pertama yang perlu kita lalu ialah pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang. 

Setiap traveller mahu untuk berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan tanpa sebarang masalah. Untuk berjaya pemeriksaan keselamatan di setiap checkpoint, kita harus bersedia dari awal.

Foto: Google

Jom ikuti perkara yang anda patut elakkan ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang supaya mudah untuk anda lepas yang dikongsikan di laman tmplbackpackers.my.

Tips Dan Panduan Untuk Mudah Lepas Pemeriksaan Di Airport


1. Jangan bawa cecair melebihi 100ml

Ramai yang tahu, untuk menaiki kapal terbang, kita dilarang sama sekali memebawa barang berbentuk cecair di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, masih ramai yang terlupa tentang peraturan ini. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya ke dalam kapal terbang. Kalau tertangkap ia akan menyusahkan anda dan juga melambatkan keadaan.


2. Jangan simpan cecair dan gel di tempat yang susah dicapai dalam beg handcarry

Tentu menambahkan tekanan buat anda yang tersangkut di kaunter pemeriksaan dek kerana terbawa cecair yang melebihi 100ml dan ditambah menyusahkan pula bila cecair yang anda bawa di dalam beg tangan anda berada jauh di dalam beg. Tentu anda perlu menggali beg anda untuk mencarinya. Jadi, pastikan anda meletakkan barang-barang seperti ini ditempat yang mudah untuk dicapai.

Baca juga: 7 Panduan Beli Tiket Flight Murah Ramai Tak Tahu

3. Jangan tunggu untuk menanggalkan barang-barang yang perlu ditanggalkan.

Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan, apa kata terus bersedia untuk menanggalkan barang-barang seperti tali pinggang, dompet, jam tangan dan apa sahaja barang yang ada di dalam poket anda. 

Setelah selesai membuat pemeriksaan, pakai semula semua barang tadi ditempat yang jauh dari kaunter pemeriksaan. Baru la tidak mengganggu perjalanan orang lain di kaunter pemeriksaan.

4. Jangan keluarkan barang yang tidak perlu

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau X-box atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan.

5. Elakkan barisan yang mempunyai keluarga atau kanak

Sebelum masuk beratur di barisan tu, perhatikan dahulu kalau-kalau ada keluarga atau kanak-kanak di dalam barisan tersebut. Kalau ada, elakkan barisan tersebut. Travel solo atau berdua dengan travel dengan keluarga dan kanak-kanak ni berbeza. Kalau kita dengan keluarga pun kan mesti macam relaks-relaks juga kan?

6. Jangan menyusahkan pegawai yang memeriksa anda

Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undang-undang penerbangan yang telah ditetapkan.

7. Jangan bergurau atau buat lawak tentang keselamatan negara atau bom

Ini lagi satu kesalahan yang berat juga. Mungkin kita ingat ianya hanya gurauan, tetapi kita tidak tahu penerimaan orang lain tentang gurauan kita. Untuk pengatahuan semua, pegawai-pegawai yang berada di kaunter pemeriksaan bersikap begitu berhati-hati dan begitu mengambil serious dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara dan awam. Jadi, jaga mulut anda!

Jom ikuti tips ini semua. Harap tak la termiss flight jika anda ada melakukan perkara-perkara di atas tadi.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Elakkan 7 Perkara Ini Jika Anda Nak Mudah Lepas Pemeriksaan Di Airport" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

1 ulasan:

  1. teringat ms kt kastam Jepun, adoiyai, tersalah isi borang. jenuh lah terpaksa beratur balik lps amik borang baru..huhu

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com