17.9.18

Kek Viral Fruits Pastry Cake. Ini Resipinya Kalau Anda Nak Cuba

Assalamualaikum semua. Kebelakangan ni, Fruit Pastry Cake adalah antara topik hangat dan menjadi Kek Viral pada waktu ini. Tak sure kenapa. Bermacam cerita kisah suka dan duka perkongsian pengguna-pengguna laman sosial tentang kek viral ini. Tak kurang juga ada blogger-blogger yang sudah mencuba resipi Fruit Pastry Cake ini.

Kek Viral Fruit Pastry Cake

Kalau kita google resipi kek viral ini, bermacam versi dan style ada. Ada yang simple dan mudah untuk membuatnya dan ada juga yang agak sukar. Bermacam tips dan panduan supaya kek menjadi dan tak bantat. Aku? Buat masa ni aku mampu melihat dan membaca semua resipi dan tipsnya. Tiada kekuatan lagi nak membuatnya. 

Dalam banyak-banyak resipi, ada satu resipi yang aku rasa mudah nak buat dan hasil macam cantik je. Untuk mengelakkan kau terlupa sumber resipi tu, aku post kat blog kejap. Nanti ada masa aku nak buat kek yang viral ni. Insyallah.

Jom ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Lina Thomas ini.


BAHAN-BAHAN:

100gm mentega – suhu bilik
150gm gula 
2 sudu makan sour cream / yogurt 
3 biji telur gred A – dipukul perlahan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan jus lemon
Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon 
210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.

2. Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.

3. Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.

4. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.

5. Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.

6. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.

7. Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.

8. Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.

9. Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.

10. Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.


11. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-


2 ulasan:

  1. Memang dah viral ye kek ni.. Tq share.. Nanti kalau nak buat, boleh rujuk blog papa sini..Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar mmg tgh viral. Ramai plk yg try buat

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com