27.9.18

Resipi Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum semua. Minggu lepas aku ada makan Nasi Kukus Mama bersama dengan ayam berempah. Nasi kukus memang kebiasaannya akan dimakan bersama dengan ayam goreng berempah kan? Kiranya macam matching gitu. Tapi macam mana nak dapatkan ayam goreng berempah yang terbaik? Jom au kongsikan resipi ayam goreng berempah versi Kak Zainab Idar ni yang memang marvelouss katanya.


Resipi Ayam Goreng Berempah


Bahan:

Daging ayam, potong medium size
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
0,5 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbu kari
1 sudu besar tepung jagung
1,5 sudu kecil garam
Bahan kisar kasar:
4 ulas bawang putih
6 bawang merah
0,5 inchi lengkuas
0,5 inchi halia
4 serai
3 sudu besar air

Baca juga : Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mangkuk. Kisar menjadi pes. Ketepikan

2. Masukkan ayam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung jagung dan garam ke dalam mangkuk besar.

3. Tambahkan pes lalu perap ayam selama 1 jam.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga coklat keemasan.

5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.

6. Ayam goreng berempah boleh dihidangkan semasa panas-panas

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

7 ulasan:

  1. salam singgah. alahai menggoda nya ayam goreng berempah ni. nasib baik takda gigit skrin. eh? hahahhahahaa

    BalasPadam
  2. saya buat simple je...jintan manis,ketumbar,garam,serbuk kunyit dan halia..walaa!kekeke..

    tapi kalau resipi papaG mesti lagi ummph!

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com