19.9.18

Panduan Dan Petua Nak Kurus Yang Mudah Tanpa Menggunakan Ubat Kurus

Assalamualaikum semua. Siapa tak nak kurus kan? Majoriti kita semua inginkan tubuh yang ramping dan cantik. Aku adalah antara golongan yang nak kurus juga ya! Almaklum bila melihat dalam cermin terasa diri ini sangat-sangat besar. Sebab-sebab ni la aku kadang tu gigih juga nak cari petua mudah nak kurus samaada kurus dengan ubat kurus ataupun kurus dengan diet seimbang.

Credit: Google

Diet? Sebenarnya aku pernah berdiet dan sekarang ni masih lagi on going diet. Sebenarnya nak kurus tak perlukan ubat kurus pun. Hanya perlukan azam dan istiqamah serta ilmu. Pengalaman aku sendiri, nak kurus tak boleh dalam masa yang singkat. Kita perlu slow-slow. Orang kata pelan-pelan kayuh. Biasanya mereka yang nak kurus dengan ubat kurus ni nak result cepat. Tapi percaya lah, kurus memang tak boleh dengan ubat-ubatan

Sebelum dan selepas

Baca juga : My Weight Loss Progress Record After 2 Month

Ok la, jom layan Panduan Dan Petua Nak Kurus Yang Mudah Tanpa Menggunakan Ubat Kurus ni.

1. Elakkan perut kosong

Ya! Jangan biarkan perut kosong. Secara saintifiknya, badan memerlukan tenaga dan tenaga itu diperlukan melalui sumber makanan. Jika badan kita dibiarkan kosong, sistem metablisma badan kita akan mula membakr otot untuk menggantikan makanan yang akan menyebabkan metabolisma badan menjadi rendah. 

Dan kalau perut terlampau lapar, ia akan membuatkan nafsu makan kita membuak-buak dan pasti masa makan nanti kita akan mengambil makanan dengan banyak sekali.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Mungkin sebelum makan anda boleh mengambil secawan kopi. Ini akan menyebabkan tekak berasa pahit dan akan menggalakkan penghasilan enzime dan juga asid HCL. Bila enzim dan HCL tinggi dalam perut, proses penghadaman akan menjadi lebih lancar. 

3. Banyakkan minum air kosong 

Sebagai panduan, kita digalakkan minum sebanyak 8 gelas air seharian. Air kosong dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu menigkatkan metabolisma dalam badan kita. Ia juga berupaya membantu penyingkiran lemak yang tersimpan dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunya makanan kepada cebisan lebih kecil

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Baca juga : Cara Mengira Body Mass Index (BMI) Menggunakan Rumus dan Formula Yang Mudah

9. Makan secara kerap

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Cuci mulut

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Pilih makanan berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

12. Pilih makanan berbijirin / berkacang 

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

13. Diari pemakanan

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

14. Utamakan kesihatan

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

15. Cara masakan

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

16. Pilih perkakas

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

17. Tabiat berbelanja

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

18. Kurangkan gula

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

19. Aktivit sampingan

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Let's kurus beramai-ramai. Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber: Ohsempoi


2 ulasan:

  1. Terima kasih perkongsian...
    Amalkan minum air kosong suam sebelum dan selepas makan serta sebelum tidur dan selepas bangun tidur pun elok..insyaAllah.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com