27.11.17

Eny Abdullah, Chef Blogger Malaysia Share Tips Untuk Buat Apam 3 Bahan Anda MENJADI. Mesti Cuba!

Baru-baru ini, viral di media social tentang resepi apam 3 bahan. Apam yang di buat dengan hanya menggunakan 3 bahan ternyata memudahkan buat mereka yang tidak begitu banyak masa untuk membuatnya.

Resepi apam 3 bahan, Cara mudah buat apam 3 bahan, Apam 3 bahan mudah,

Tapi, betul ke menjadi? Dengan hanya menggunakan 3 bahan, adakah apam yang anda buat itu betul-betul menjadi? Melihat perkongsian ramai dari group facebook MAKAN APA HARI NI (MAHN), rata-rata berkongsi hasil apam 3 bahan yang mereka buat. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Macam-maca rupa yang dan keadaan ada sehinggakan mampu membuat hati tergelak bila melihatnya. 

Memandangkan ramai yang mencuba apam 3 bahan dan menjadi viral, Eny Abdullah atau lebih mesra dipanggil Kak Eny iaitu seorang Chef Blogger di Malaysia mempunyai ulasan dan komentar yang tersendiri tentang ini. 

CEPAT! Mari kita baca komen dan tips yang Kak Eny kongsikan supaya apam yang anda nak buat nanti akan menjadi dan lebih sedap.

Kuih Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi?


Adoi penat juga ketawa tengok gambar kuih apam viral hari ni yang menggunakan 3 bahan sahaja iaitu 1 cawan telur, 1 cawan tepung gandum, 1 cawan gula. Guna blender, kisar 3 bahan dan kukus. Ramai share mereka buat tak menjadi.

Kenapa ada yang buat menjadi dan ada yang tak jadi.. yang tak jadi tu macam-macam rupa boleh tengok, yang bentuk pokok kaktus, yang jadi macam alien, macam planet marikh pun ada hehehehe..

1. Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur. Kesian telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung. Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu

2. Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh jugak guna. ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air

3. Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminum foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.

4. Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup. Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat hahaha

5. Bukan nak kecam, tapi harga eno, yis dan baking soda bukanlah mahal sangat sampai korang terdesak sangat nak buat apam 3 bahan. Kau dah kenapa kedekut sangat, dah apam tak menjadi kau sedih, trauma katanya siap letak hashtag #sistraumatakmaucubalagi

6. Nak resepi apam beras Kekny klik kat sini.. senang dan menjadi je kalau ikut tips kukusan diatas.

Jangan lupa cuba dan apply semua tips yang Kak eny bagi tahu ni. Insyallah apam yang anda buat akan menjadi.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian lain

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com