“Jangan cakap BABI la, tak elok”. Mungkin ayat yang selalu kita dengar dulu kala bila ada seseorang yang bercakap perkataan itu. Betapa kita menganggap haiwan ini begitu hina dan kita tidak selesa bila dikaitkan dengannya.
Seperti yang kita tahu, dalam al-quran terdapat banyak ayat yang menyatakan secara jelas tentang pengharaman daging babi. Babi bukan sahaja haram untuk dimakan, malah haram juga untuk kita memegangnya. Kenapa ya agaknya islam begitu tegas menyatakan pengharaman babi ini?
Jom Baca Sebab Tersembunyi Pengharaman Babi Menurut Islam
Rahsia pengharaman babi hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tahu. Tapi sebagai manusia yang dikurniakan akal dan mampu berfikir dapat mengambil hikmah dari pengharaman babi berdasarkan pemerhatian-pemerhatian yang kita dapat lihat. Berikut adalah beberapa sebab kenapa babi haram dalam islam yang dipetik dari sumber islamituindah.info.
1. Dalam daging babi terdapat cacing pita
Memakan daging babi memiliki risiko terkena jangkitan cacing pita (sistiserkosis). Kerana daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia yang boleh berpindah ke tubuh manusia yang memakannya.
2. Kantung urine babi sering bocor
Prof. A.V. Nalbandov menyebutkan bahawa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urinenya meresap ke dalam daging.
3. Babi tidak memiliki leher
Secara fisiologis, babi tidak boleh disembelih. Sebabnya, babi tidak memiliki leher. Sedangkan Islam mensyariatkan penyembelihan binatang pada lehernya.
4. Babi haiwan yang paling rakus
Babi melahap makanan apa pun yang ada di depannya. Ia merupakan haiwan paling rakus di dunia. Bahkan jika makanannya telah habis, ia memuntahkan makanan dalam perutnya dan memakannya kembali demi memuaskan kerakusannya.
5. Babi haiwan paling pengotor
Jika di depan babi ada sampah, ia akan makan sampah tersebut. Bahkan babi juga melahap kotoran. Hingga kotorannya sendiri pun dilahapnya.
6. Babi menampung banyak penyakit berjangkit
Selain mengandungi cacing pita (Taenia solium), babi juga mengandungi cacing spiral (Trichinella spiralis), cacing tambang (Ancylostoma duodenale), cacing paru (Paragonimus pulmonaris), hingga bakteri kolera (Salmonella choleraesuis) dan virus kudis (Scabies).
7. DNA babi mirip manusia
Ditemukannya fakta DNA babi paling mirip dengan manusia, memakan babi dapat dengan mudah menularkan perilaku buruk babi kepada manusia. Selain rakus, perilaku babi yang pernah diobservasi oleh Muhammad Abduh adalah tidak memiliki cemburu. Ketika dua ekor babi jantan dan seekor babi betina dimasukkan kandang, dua babi jantan itu tidak saling berebut tetapi justeru saling membantu untuk berasmara dengan babi betina.
8. Daging babi payah dicerna manusia
Meskipun empuk, ternyata daging babi payah dicerna oleh pencernaan manusia. Ini kerana daging babi mengandung lemak berbahaya.
9. Babi merupakan carrier virus Flu Babi
Di dalam tubuh babi, virus AI yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas dan menular kepada manusia.
10. Daging babi penyebab utama kanser anus dan kolon.
Potensi penderita kanser anus dan kolon meningkat drastis di negara-negara yang penduduknya memakan babi, terutama di negara-negara Eropa, Amerika, Cina dan India. Sedangkan di negara-negara Muslim, pontensinya sangat rendah.
Nah! Itulah tadi beberapa fakta tentang sebab pengharaman babi dalam Islam. Semoga kita semua berhati-hati dalam memilih makanan kita. Wallahualam.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Carian Lain
Indahnya Islam tu. Setiap pengharaman ada kebaikan di sebaliknya.
BalasPadamsemestinya. hikmah yang pasti membawa kebaikan kepada umat.
PadamBaru tahu binatang xda leher.. Nice info.. Thks sharing
BalasPadamSama-sama uni
PadamFuh... Tq sharing info.. banyak yg taktau tapi dah tau
BalasPadamsama-sama. boleh panjang-panjangkan
PadamTerima kasih perkongsian ilmiah ini...jelas..alhamdulillah
BalasPadamsama2. semoga bermanfaat
PadamTq share..
BalasPadamSelalu nampak babi berkeliaran kat tmpt tinggal saya.
dapat didik anak secara dekat, apa itu babi dan babi sama sekali tidak boleh disentuh dan dimakan...
sama2. semoga bermanfaat
PadamIslam itu mementingkan kesihatan jasmani dan rohani...tq papaglamz share.
BalasPadamsama2. semoga bermanfaat
PadamErkkk.. Dia makan muntah dia balik. Itulah, ada sebabnya babi diharamkan.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
betul tu mai. pengotor betul.
Padam