28.5.17

Resepi dan Cara Membuat Lasagna

Assalamualaikum semua. Sekali sekala kalau kita mem'western'kan diri pun best jugak kan? Baru-baru ni aku ada la buat lasagna untuk aku dan family. Resepi mudah lasagna ni aku dapat dari google je tau. Cuma aku simplifykan sikit ikut bahan-bahan yang ada kat rumah aku je. Sebelum tu, korang tahu tak apa itu lasagna? Dulu aku pun gak confuse jugak lasagna dengan spaghetti. Almaklumla menu yang jarang-jarang kita makan kan? 

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Spaghetti dan lasagna ni adalah termasuk dalam kumpulan pasta. Cuma bentuk je berbeza. Kalau lasagna ni berkeping-keping. Kalau spaghetti ni pulak dia macam mee kuning. Tu je bezanya. Biasanya pasta ni dimakan dengan kuahnya tersendiri. Kedua-dua lasagna dan spaghetti kadang kala kita boleh juga makan menggunakan kuah yang sama. Kat bawah ni aku kongsikan resepi lasagna berserta resepi kuah past sekali.

Resepi Mudah Lasagna

Bahan
8 keping Lasagna segera
Mozrella Cheese secukupnya

Bahan untuk sos inti
400 gram daging atau ayam kisar
1 jar kecil sos prego traditional
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
6 biji cendawan butang, hiris nipis
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
3 keping keju cheddar cheesedale
1 cawan fresh milk atau susu full cream
Lada putih dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak lasagna

Mula-mula sekali bacalah bismillah dan sediakan semua bahan-bahan yang di perlukan. 


Untuk permulaan aku rendam kepingan lasagna sebanyak 8 keping. 

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Sementara menuggu kepingan lasagna kita siap, jom kita masak sos dulu. Aku mulakan dengan memasak sos putih. Macam dalam gambar kat atas, aku mulakan dengan panaskan mentega sampai cair. Kemudian aku masukkan tepung gandum. Kacau sekejap. Kemudian aku masukkan cheese dan juga susu segar. Teruskan mengacau sehingga campuran kita tu menjadi pekat diatas kuali. Perasakan sos putih kita dengan lada putih dan garam.

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Ok, dah siap masak sos putih, kita masak pulak sos pastanya. Yang ni mudah je. Aku guna sos prego. Mula-mula aku tumiskan bawang besar dan bawang putih. Bila dah naik bau dan agak garing, aku masukkan daging kisar. Aku biarkan daging atas kuali beberapa minis supaya daging tu empuk sebelum aku masukkan sos prego. Selepas dah masukkan sos, masukkan pulak cendawan butang yang dihiris. Untuk cendawan ni ikut korang. Kalau nak letak boleh. Tak letak pun boleh. Dan last sekali untuk masak sos pasta ni jangan lupa perasakan sos kita dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Dah siap.

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Ok la bila kedua-dua sos dan kepingan lasagna dah siap sedia, sekarang ready untuk susun dalam loyang dan nak bakar Mula-mula sekali, aku alaskan loyang dengan kertas minyak. Untuk lapisan pertama, aku susunkan 2 keping lasagna. Kemudian aku letakan sos merah. Kemudian aku letakkan pula sos putih. Selepas itu aku taburkan mozarella cheese. 

Dah siap, aku ulang semula step yang sama untuk lapisan seterusnya. Korang ulang-ulang sampai la habis bahan-bahan korang dan muat dalam loyang tu. Make sure last sekali bahagian atas korang taburkan mozarella cheese, Baru terasa cheesenya tu nanti bila dah masak. Dah siap susun semua, ready untuk bakar. Oven aku, aku bakar selama 45 minit dengan suhu 170 darjah celsius.

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Inilah rupanya lasagna aku yang dh siap aku susun-susun tinggal nak tunggu bakar je. Gambar yang dah siap macam yang kat atas tu la yer. Macam mana? Mudah je kan nak buat lasagna ni? Kalau bahan semua ada mudah je tau. So aku harap entri aku tentang resepi lasagna ni berguna untuk korang semua. Selamat mencuba....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini

7 ulasan:

  1. Honesty, baru cikla tau cm gitu rupa lasagna. Btk kepingan rupanya. Selalu tgk yg dh siap tinggal nk mkn je. Good sharing. Nnti boleh try...

    BalasPadam
  2. Sedapnya lasagna ni. Adik auni suka makan. Auni plak tak boleh nak makan banyak2 kalau yang beef punya. Kalau lasagna seafood macam kat pijahat tu sedapppp je makan...

    BalasPadam
  3. nice try. tak sangka pandai jugak papaglamz memasak yer. hehehe

    BalasPadam
  4. ngancamnya lasagna dia.penuh cheese..
    JanjiKita

    BalasPadam
  5. Amboi sedapnya nmpk.. penuh cheese.. terbaik..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com