22.5.17

Kek Hari Jadi Istimewa Untuk Imtiyaz

Assalamualaikum semua. Masih segar dalam ingatan aku, pada tanggal 17 May 2014 lahirlah puteri sulung aku Dhia Imtiyaz Binti Muhammas Faizal. Time fly so fast, tak sangka tahun ni dah genap 3 tahun. Sempena birthdaynya aku buat kek hari jadi istimewa untuk Imtiyaz. Maaf la ayah tak mampu beli kek mahal-mahal. Mampu buat kek biasa-biasa je sayang.

Kek Hari Jadi Istimewa Untuk Imtiyaz

Bila cakap pasal pengalaman bersama isteri menghadapi situasi melahirkan Imtiyaz, aku sure pengalaman berada dalam dewan bersalin adalah satu pengalaman yang mesti di lalui oleh setiap insan bergelar suami. Pengalaman berhari-hari tunggu di hospital, tidur dalam kereta 2-3 malam. Almaklumla Imtiyaz ni anak 'terlebih masak'. Seronok sangat kot duduk dalam perut ibu dia, sampai te'teroverdue' pulak. Induce kan, sebab tu la berkampung lama sikit kat hospital.

Kek Hari Jadi Istimewa Untuk Imtiyaz

Nak buat macam mana kan? Demi menyambut amanah Allah yang satu ni, memang perlukan bermacam pengorbanan. By the way, time nak bersalin ni jugak la dompet aku hilang kat hospital. Tak tahu la aku tercicir kat mana. Korang rasa tak betapa kelang-kabutnya aku masa tu. Macam-macam hilang. Kad pengenalan, kad ATM dan segala jenis kad hilang tau.

Ada satu ketika tu masa nak masuk dewan bersalin untuk menemankan isteri, nurse nak tengok kad pengenalan aku. Gigih dan lama jugak la nak convince nurse tu yang aku ni memang suami bini aku. Hahahaha. Kelakor je kan. Dah jadi cerita. Kita layan je la.

Apapun yang berlaku, tanpa aku sedar 3 tahun telah berlalu. Alhamdulillah. Di kesempatan ini, ayah doakan semoga Imtiyaz terus membesar dengan sihat dan mejadi anak yang solehah. Insyallah.

Doa untuk anak-anak

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لِي فِي أَوْلَادِي وَلَا تَضُرَّهُمْ وَوَفِّقْهُمْ لِطَاعَتِكَ وَارْزُقْنِي بِرَّهُمْ

Ya Allah berilah barokah untuk hamba pada anak-anak hamba, janganlah Engkau timpakan mara bahaya kepada mereka, berilah mereka taufik untuk taat kepadaMu dan karuniakanlah hamba rejeki berupa bakti mereka

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنِ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami dari istri kami dan anak keturunan kami dan jadikanlah kami orang-orang taqwa sebagai pemimpin

رَبِّ هَبْ لِى مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ

Wahai Tuhanku berikan kepadaku dari sisiMu anak keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau Dzat Maha Mendengar doa.

اَللهُمَّ اجْعَلْ أَوْلاَدَنَا أَوْلاَدًا صَالِحِيْنَ حَافِظِيْنَ لِلْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ فُقَهَا فِى الدِّيْنِ مُبَرَكًا حَيَاتُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang sholih sholihah, orang-orang yang hafal Al-Qur'an dan Sunnah, orang-orang yang faham dalam agama dibarokahi kehidupan mereka didunia dan di akhirat

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. amin.. untunglah imtiyaz ada papa yg pandai buat kek.. acik ita nak sikit boleh? hehehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya kek tu wlaaupun simple..
    Selamat ulang tahun Imtiyaz.. semoga menjadi anak yang solehah..

    BalasPadam
  3. Sanah helwah Imtiyaz. Sama byr dengan anak aunty Ana lah. Aunty doakan semoga Imtiyaz menjadi anak solehah yg berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Happy Belated Bestday Imtiyaz. Kek penuh kasih sayang air tangan seorang ayah. Cm pun belum berkesempatan pernah buat kek bestday untuk anak.

    BalasPadam
  5. muka anak copy paste muka papa lamz je... sannah helawah Dhia Imtiyaz moga jadi anak yn soleha

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com