7.5.17

Gaya Rambut Terbaru

Assalamualaikum semua. Memiliki rambut yang menarik adalah menjadi idaman setiap insan. Bagi seorang wanita, memiliki rambut adalah mahkota yang boleh membuatnya keluar lebih cantik dan menarik. Macam tu jugak bagi seorang lelaki. Dalam entri ni saja aku nak bagi tau semua yang aku mempunyai gaya rambut terbaru. Kalau sebelum ini aku berambut agak panjang. Tapi kini, berkepala botak menjadi gaya rambut terbaru aku.

Gaya rambut terkini

Gaya rambut terkini

Gambar atas ni sebelum dan selepas. Gambar yang berambut botak tu diambil selepas je aku siap potong rambut. Nampak seksi tak? Hahahah. Berangan la kau. Aku nak botak ni bukan apa. Rasa lebih mudah untuk aku bersiap. Nak cuci rambut pun mudah. Tak payah shampo2 segala bagai kan. Tak payah nak pakai minyak rambut. Ditambah pula rasa kepala sangat-sangat ringan dan berangin je. 

Sekarang ni ramai je orang yang botak. Retis-retis pun ada yang botak. Selain mudah untuk diuruskan ianya menjadi satu trend fesyen terkini jugak. 

Botak seksi?  Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Ramai lelaki botak ternyata mempunyai tarikan yang luar biasa. Ikuti pandangan di bawah yang dipetik dari V-Male.

Lelaki botak lebih kemas

Memiliki rambut tetapi kalau gugur pun boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu ‘serabut’ dengan masalah ini. Tidak perlu risau pada rambut yang gugur merata-rata sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang keliling. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan. Ini kerana mereka tidak perlu ‘ribut’ dengan gel rambut dan sebagainya. 

Lelaki botak kelihatan lebih sasa 

Bruce Willis, Vin Diesel, Jason Statham, dan Samuel L. Jackson semua aktor Hollywood  ini nampak lebih sasa setiap kali beraksi dengan gaya lelaki botak atau rambut pendek berbanding lelaki-lelaki yang mempunyai rambut panjang atau diikat. Pelakon botak sering diberi peranan hero dalam filem-filem aksi atau superhero.

Bruce Willis

Jason Statham

Vin Diesel

Botak simbol kedewasaan 

Kebanyakan lelaki botak menampakkan fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Ini mungkin kerana semakin kurang rambut atau botak seorang lelaki itu, semakin jelas identiti gendernya dibandingkan lelaki berambut panjang atau kerinting. Memang secara logik sebenarnya tidak terlalu ada kaitan mengenai potongan rambut dengan kematangan, namun lelaki botak nampak tidak ‘main-main’ dan bertanggungjawab.

Lelaki botak tidak cerewet dengan penampilan

Biasakan melihat lelaki yang  ‘pantang’ jumpa cermin asyik mahu membetulkan rambut sahaja? Sama juga seperti wanita, lelaki berambut akan terdorong untuk sentiasa memeriksa dan membetulkan rambutnya takut kusut. Beza dengan lelaki botak yang tidak perlu risau hal itu. Kebiasaan dengan kepala yang tidak banyak perawatan, mereka cenderung memilih hal yang ringkas dan tidak cerewet dengan penampilan.

Rambut yang sedikit Menyerlahkan ‘Aset’ Yang Lain

Dengan rambut yang  sedikit atau botak, anda lebih mudah melihat ekspresi mereka. Matanya, senyumnya, raut wajahnya, sehingga mampu dilihat dengan jelas bahasa tubuh dan apa yang dia bicarakan.

Lelaki Botak Lebih Percaya Diri

Dengan kepala yang tanpa beban, gaya dandan yang ringkas dan personaliti yang lebih dewasa, mereka tampak lebih percaya diri. Lelaki botak punya percaya diri yang tinggi dan itulah yang membuat mereka nampak lebih seksi!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com